Gelombang kuning tuntut pembaruan p'raya

Frame1

Kejayaan perhimpunan puluhan ribu orang anjuran Bersih (Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil) pada 10 November 2007, untuk menyampaikan memorandum pembaruan pilihanraya negara kita kepada Yang di-Pertuan Agong, telah memberi nafas baru kepada pergerakan rakyat sejak kesurutan gerakan reformasi beberapa tahun kebelakangan ini, akibat penindasan Barisan Nasional (BN) dan faktor-faktor dalaman.

Perhimpunan ini menunjukkan parti-parti dan badan-badan bukan kerajaan terbabit masih mampu memobilisasi perhimpunan raksasa yang aman di bawah pelbagai tekanan, cemuhan, amaran dan tindasan daripada pemimpin-pemimpin Umno/BN menerusi jentera polis dan undang-undang tidak demokratik.

Yang sinis sekali ialah selepas 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, rakyat kita masih dilarang berhimpun di ‘Dataran Merdeka’ secara aman dan bebas. Sebelum tarikh perhimpunan, Bersih didesak pihak polis untuk memohon permit perhimpunan, meskipun kebebasan berhimpun merupakan hak asasi manusia dan hak perlembagaan kita.

Seperti nasib semua perhimpunan yang dianggap sebagai anti-kerajaan, perhimpunan anjuran Bersih itu telah diharamkan oleh pihak polis atas enam alasan, termasuk Bersih adalah sebuah pertubuhan tidak berdaftar, tanpa kebenaran DBKL, terdapat aktiviti lain di tempat yang sama, terdapat kumpulan tertentu akan mengambil kesempatan untuk menimbulkan keadaan tidak tenteram, gangguan lalulintas dan ancaman terhadap keselamatan awam.

Amatlah dikesali, Bersih, sebagai sebuah jawatankuasa kerja gabungan parti-parti dan badan-badan bukan kerajaan yang sah di sisi undang-undang, telah diinsinuasikan sebagai pertubuhan haram. Di samping itu, apa yang berlaku pada hari bersejarah itu telah membuktikan bahawa sekatan jalan oleh polislah yang melumpuhkan lalulintas di Kuala Lumpur manakala gangguan lalulintas ekoran perarakan dan perhimpunan di depan Istana negara, dapat dikawal ke tahap minima.

Tentang ancaman keselamatan dan ketenteraman awam, sekali lagi terbukti bahasa tindakan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) - khasnya sembuhan air campuran kimia, tembakan gas pemedih mata serta buruan dan tangkapan terhadap mereka yang berhimpun (termasuk kanak-kanak dan wanita) - ketika mahu menyuraikan perhimpunan aman di tempat-tempat berkaitan, terutamanya di sekitar Majlis Jemek, yang telah menimbulkan kekecohan dan ancaman keselamatan terhadap penunjuk perasaan dan orang awam.

Puluhan ribu penunjuk perasaan yang berkumpul dan disuraikan oleh pasukan FRU di Sogo, Pasar Seni, Masjid Jemek dan Masjid Negara, berjaya meloloskan diri daripada kawalan polis untuk beredar dalam hujan menghala ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum pembaruan pilihanraya, dan bersurai menurut arahan pemimpin Bersih tanpa menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini.

Perhimpunan aman

Ketabahan hati dan disiplin yang membanggakan ini mungkin telah mencegah peluang mencetuskan sebarang huru-hara oleh provokatur-provokatur dalam selimut dan membuktikan dakwaan polis tentang ancaman keselamatan dan ketenteraman awam itu adalah tidak berasas.

Dalam proses menentang perhimpunan anjuran Bersih, sikap anti-pembaruan sistem pilihanraya dan anti-demokrasi Umno juga terdedah sebulat-bulatnya. Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dengan lantang mengatakan beliau ‘pantang dicabar’ sebab Bersih tidak berganjak untuk tetap mengadakan perhimpunan 100 ribu orang yang telah diharamkan!

Di manakah logiknya permintaan Bersih untuk pembaruan sistem pilihanraya negara kita boleh dianggap sebagai cabaran individu terhadap Perdana Menteri? Bukankah Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya sendiri juga mengaku keperluan pembaruan sistem pilihanraya di negara kita. Adakah beliau juga cuba mencabar Perdana Menteri?

Sesiapa yang tidak setuju bahawa pilihanraya perlu dikendalikan secara lebih bebas dan adil, bukanlah dicabar, tetapi sebaliknya mencabar keperluan sistem demokrasi yang tulen dan bermakna! Ini bukan hanya berkaitan dengan perasaan atau keangguhan seseorang Perdana Menteri, tetapi kena-mengena dengan hari depan dan kepentingan rakyat dan negara pada keseluruhannya.

Saranan memorandum

Tidak dapat dinafikan lapan perkara pokok yang dikemukakan Bersih dalam memorandumnya sebagai agenda perubahan jangka panjang memerlukan pertimbangan serius semua pihak terbabit, dan bukan boleh diketepikan dengan alasan ‘pantang dicabar’ jika kita benar-benar menghargai sistem demokrasi yang kita amalkan sekarang. Antara lain, memorandum Bersih telah menyarankan:

1. Sistem pilihanraya yang lebih seimbang untuk memperbetulkan kepincangan prinsip ‘First- Past-The-Post’ akibat manipulasi pembahagian kawasan pilihanraya, jaminan jumlah kerusi bagi kaum wanita (30%) dan kelompok terpinggir dalam masyarakat di Parlimen, dan memperkenalkan semula pilihanraya tempatan.

2. Pentadbiran pilihanraya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai sebuah institusi yang bebas dan memperuntukkan undang-undang yang berkaitan dengan hak pemerhati-pemerhati antarabangsa dan tempatan.

3. Pembetulan mengenai kepincangan-kepincangan pendaftaran parti baru, penamaan calon dan wang deposit pilihanraya yang terlalu tinggi .

4. Tempoh berkempen yang lebih panjang, jaminan kebebasan bersuara dan berkumpul sebagai hak perlembagaan, kawalan pembiayaan kos kempen dan mencegah amalan rasuah secara berkesan dan pertimbangan untuk membiayai kos kempen bagi parti-parti politik, calon-calon wanita dan kumpulan-kumpulan terpinggir dalam masyarakat.

5. Rombakan undang-undang untuk mencegah media dimonopoli oleh proksi Barisan Nasional, akses kepada media yang adil bagi semua parti politik, termasuk hak membalas dalam media.

6. Kerajaan Sementara ( Caretaker Government) tidak berkuasa untuk menggubalkan sebarang dasar kerajaan selepas Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan, salahguna sumber dan instrumen negara untuk menang pilihanraya adalah kesalahan jenayah, dan penyediaan dan penyemakan daftar pemilih perlu dibuat secara telus dan tertakluk kepada semakan kehakiman.

7. Mengemaskinikan daftar pemilih untuk mengelak pemindahan pengundi secara haram, melenyapkan ‘pengundi hantu’ dan mengamalkan pendaftaran pengundi secara automatik.

8. Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda dan memansuhkan sistem pengundian pos.

Pembaharuan p'raya

Untuk jangka terdekat, Bersih mengemukakan empat pembaharuan untuk dilaksanakan segera, iaitu:

* Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan;
* Penggunaan dakwat kekal untuk menghalang pengundian berganda;
* Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara; dan
* Akses media yang adil kepada semua pihak dlam pilihan raya.

Memorandum akhirnya memohon ke Bawah Duli Tuanku agar sebuah Suruhanjaya Diraja dapat ditubuhkan untuk mengkaji pembaruan sistem dan proses pilihanraya, dan mengunakan kuasa Tuanku untuk menolak apa juga permintaan untuk membubar Parlimen selagi empat pembaruan serta merta di atas, tidak dilaksanakan.

Perdana Menteri Abdullah menuduh bahawa penyerahan memorandum Bersih kepada Yang di-Pertuan Agong pada 10 November 2007 sebagai cubaan parti pembangkang untuk mengheret institusi Raja-Raja Melayu, terutama Seri Paduka sendiri dalam kancah politik adalah tuduhan melulu, kerana bagaimanapun Seri Paduka adalah ketua negara yang diiktiraf oleh Perlembagaan.

Mungkin boleh dipertikaikan tentang kebijaksanaan memorandum diserahkan kepada Seri Paduka sebagai langkah strategi pergerakan rakyat, di samping sifat feudalis, rasanya tidak begitu realistik juga jika menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap kuasa simbolik Seri Paduka.

Padahal hingga sekarang Seri Paduka masih belum secara terbuka menunjukkan sokongan atau simpatinya terhadap gerakan pembaruan sistem pilihanraya anjuran Bersih, atau sekurang-kurangnya menjawab tuduhan perdana menteri yang cuba memperlekehkan isu penyampaian memorandum Bersih kepada Seri Paduka sebagai ketua negara.

Yang lebih melucukan ialah parti-parti pembangkang diajak untuk menunjukkan ‘kejantanan’ mereka dalam gelanggang pilihanraya yang berat sebelah dan hanya menguntungkan parti pemerintah saja! Sesiapa yang benar-benar ‘jantan’, mustahil mengelak untuk bertarung di gelanggang yang bersih dan adil!



LEE BAN CHEN, yang dilahirkan di Johor, pernah diusir dari Singapura oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1966. Pasa masa itu, Ban Chen sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Nanyang. Beliau juga pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama tujuh tahun dari 1967 kerana terlibat dalam pemogokan petani di Ladang Bukit Asahan, Melaka and Ladang Triang, Pahang. Ban Chen juga pernah bertugas sebagai editor di akhbar Sin Chew Jit Poh selama satu tahun pada 1976.



Lingam: I'll cooperate with royal commission

Frame1

Prominent lawyer VK Lingam today broke his two-month silence on his alleged role in the appointment of ‘friendly’ judges to the higher courts.

He said he would cooperate with the royal commission to be set up by the government to look into the ‘Lingam tape’ scandal, named for his alleged involvement in a telephone conversation recorded in 2002.

I will surely cooperate with the royal commission. And as such, it would be inappropriate for me to comment further on the matter now,” he told
Malaysiakini today when contacted this afternoon.

He sounded calm and collected when asked about his alleged involvement which was caught on camera.

Lingam has proved elusive to track down for comments since the eight-minute video clip was revealed by PKR
de facto leader Anwar Ibrahim on Sept 19.

The clip showed Lingam in a telephone conversation purportedly with then chief judge of Malaya Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, discussing the appointment of judges to the Court of Appeal and Federal Court.

Ahmad Fairuz was appointed chief justice in 2003. He retired from the post on Oct 31.

‘I will clear my name’

Lingam added that he would also cooperate with all other enforcement agencies that are currently investigating the Lingam tape.

It has been previously reported that the Anti-Corruption Agency has recorded a statement from Lingam over his remarks made in the video clip.

When the time comes, I will come forward and show myself not just to the royal commission, but also to the ACA or anyone else,” he added.

“I feel I shouldn’t be saying anything at this time. At the royal commission, I will clear my name.”

Lingam has refused to speak to the media ever since the controversial video clip was released - although he was reportedly abroad at the time - apart from saying that he would issue a statement at an appropriate time.

More
revelations regarding Lingam’s alleged cosy relations with top judges were made on Sunday by lawyer Wee Choo Keong, who referred to the police reports lodged by Lingam’s estranged brother Thirunama Karasu Kandar Veluppillai, 49.

In the police reports, Thirunama had alleged that Lingam had "used" him to corrupt ex-chief justice Eusoff Chin, former attorney-general Mohtar Abdullah, a former police chief, and several senior judges.

Lingam today denied these allegations, stating in a press statement that his younger brother was a “psychiatric patient who suffers from hallucinations, strong suicidal tendencies, delusions and major depression”.

He said that
Thirunama was being used, manipulated and exploited by persons with selfish motives and agenda.


Pengerusi SPR hina Yang di-Pertuan Agong - Presiden PAS


Harakahdaily
Mon | Nov 19, 07 | 4:08:14 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Tindakan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman yang mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 merupakan satu kenyataan yang jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Haji Abdul Hadi Awang kenyataan Tan Sri Rashid bahawa beliau tahu bila tarikh Pilihan Raya Umum ke-12 itu jelas menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

"Menurut Perlembagaan Persekutuan Malaysia, kuasa memperkenankan pembubaran Parlimen merupakan kuasa Yang di-Pertuan Agong setelah menerima permohonan dari Perdana Menteri.

"Apabila Tan Sri Rashid sewenang-wenangnya mengisytiharkan yang beliau telah tahu akan tarikh pilihan raya bermakna beliau telah bertindak membelakangkan sama-sekali kuasa Yang di-Pertuan Agong itu, sekaligus membelakangkan undang-undang tertinggi negara dan ini merupakan satu tindakan yang menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perlembagaan Persekutuan,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Oleh itu, katanya, PAS mendesak agar pihak istana, sebaik-baiknya melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, segera mengeluarkan kenyataan meminta agar Tan Sri Rashid menarik balik kenyataan beliau itu dan memohon maaf secara terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Malah PAS menjadi bertambah ragu dan keliru berikutan kenyataan Perdana Menteri di Kuala Terengganu semalam bahawa beliau sendiri hairan bagaimana Tan Sri Rashid boleh mendakwa yang ia tahu akan tarikh tersebut sedangkan Perdana Menteri sendiri kononnya belum menentukannya.

"Ini membuktikan yang Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong telah berbohong secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,"tambahnya.

Ujarnya, bagi PAS ketidaktentuan terhadap tarikh pilihan raya umum di Malaysia adalah bukti betapa tidak demokratiknya negara ini berbanding negara-negara maju yang lain yang mengamalkan sistem demokrasi. - mks.