Ahmad Shahril.
Masa mezah jadi menteri KDN dan lakukan perkara yang sama,ke mana agaknya menghilang ustaz Pas ni.
Ahmad Shahril.
Masa mezah jadi menteri KDN dan lakukan perkara yang sama,ke mana agaknya menghilang ustaz Pas ni.
Ni Mezah bagi nikah pasangan cina..Un tak sekolah ni.,.
WALAUN NAK TUNJUK GAMBAR SAIFUDDIN NASUTION.
Mohd Mukhlis Mohd Syarif.
Benda ini standard operation di bawah akta 164 yang mana Menteri boleh mendaftar perkahwinan bukan Islam. Selain YB MDN, Ketua Pengarah
Pendaftaran Negara, Timbalan Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Pengarah Bahagian Perkahwinan dan Perceraian, Pengarah Pendaftaran Negeri serta pegawai dan kakitangan JPN yang bertugas di Bahagian Perkahwinan dan Perceraian sebagai Timbalan Pendaftar Perkahwinan turut diberikan kuasa tersebut.
Isu remeh macam ini pun jadi besar sebab Un tak mahu guna akal, tak percaya tengok mantan Menteri KDN pun buat benda sama. Next time kalau nak pakai sosial media, tebus balik akal yang tengah rahnu pada lebai.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukan sebanyak RM 1 juta menerusi Program Modenisasi Rantaian Nilai Agromakanan bagi menarik lebih ramai petani muda.
Timbalannya, Chan Foong Hin (PH - Kota Kinabalu) berkata pembiayaan yang ditawarkan melalui Agrobank pada kadar 3.5% itu memberi tempoh pinjaman sehingga 10 tahun selain kementerian akan memberikan bimbingan berteraskan teknologi terkini.
"Bagi mewujudkan lebih ramai petani muda, KPKM menerusi Agrobank telah menawarkan pinjaman sehingga RM 1 juta serta bimbingan kepada mereka menggunakan kemudahan moden dan terkini," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian, bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Edwin anak Banta (GPS - Selangau) mengenai langkah kerajaan dalam mewujudkan usahawan tani di kalangan belia.
Mengulas lanjut, Chan berkata, kementerian juga pada ketika ini sedang giat mewujudkan program pensijilan berasaskan pertanian bagi meningkatkan kemahiran golongan belia.
Jelasnya, sebanyak 10 latihan melalui sijil dan diploma telah diperkenalkan di 15 pusat pertanian berdaftar di Malaysia.
"Dalam usaha memperkasakan usahawan muda, KPKM telah memperkenalkan 10 bidang antaranya tanaman; pertanian air tawar dan marin; perikanan dan tangkapan; pemprosesan makan; padi dan penyenggaraan.
"Kesemua kemahiran itu khusus kepada belia yang berusia 18 hingga 20 tahun dan ia disediakan di 15 pusat pertanian yang bertauliah di Malaysia," ujarnya lagi.
Perkara itu diumumkan Anwar pada Majlis Makan Malam dan Ramah
Mesra Alumni Majlis Belia Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, malam tadi.
Mengimbau sejarah penubuhan Majlis Belia Malaysia (MBM), Perdana
Menteri berkata ia tercetus daripada ledakan suara anak-anak muda yang menuntut
perubahan.
"Pada masa itu dalam keadaan ledakan suara nyaring anak muda
menuntut perubahan, dalam generasi yang disebut rising expectations, kemudian
rasa kecewa kerana merosot cita-cita murni itu, kerajaan masa itu di bawah
Almarhum Tun Abdul Razak, memberi ruang kepada anak muda melontarkan idea tanpa
sekatan dalam Majlis Rundingan Belia Negara.
"Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan masa itu Datuk Hamzah
Abu Samah seorang yang sabar, memberi ruang kepada kita menyampaikan pandangan
dan kritikan, dan itu memberikan kesempatan kepada anak muda yang mahu menegakkan
keadilan dan mengusulkan beberapa rancangan yang diberikan pertimbangan oleh
kementerian berkenaan pada masa itu," katanya.
Sementara itu Anwar menyatakan harapan supaya pertubuhan belia di
negara ini dapat menjalin kerjasama dan bergabung, untuk menyampaikan mesej
yang jelas kepada anak muda, khususnya aspek kenegaraan dan nilai-nilai murni
yang menjadi semangat Malaysia MADANI
Di bawah kepimpinan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan
Timbalannya, Adam Adli Abdul Halim, terdapat kesediaan untuk berbincang dengan
lebih teliti berhubung program kepada anak muda, yang sebahagiannya turut boleh
dilaksanakan bersama badan-badan belia di negara ini.
Selain itu, Perdana Menteri juga berharap kerjasama daripada
jabatan dan kementerian lain bagi memberikan ruang dan kemudahan kepada mantan
pemimpin belia, untuk terlibat dalam bidang seperti keusahawanan dan
perniagaan.
Menurut laporan media, pihak
pendakwa raya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan Pengerusi PN,
Mahiaddin Md Yasin untuk mendapatkan pasportnya secara kekal bagi melakukan
perjalanan ke luar negara.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asma Ahmad memberitahu Mahkamah
Sesyen Kuala Lumpur, mereka memerlukan lebih masa untuk menjawab permohonan
Mahiaddin itu.
“Notis permohonan telah
disampaikan kepada kami pada 17 Oktober lalu dan kami akan membantah permohonan
tersebut.
“Kami memohon dua minggu (untuk memfailkan afidavit pendakwaan
sebagai jawapan),” kata Nor Asma kepada hakim perbicaraan, Azura Alwi.
Azura kemudiannya menjadualkan
semula perbicaraan awal yang ditetapkan hari ini mengenai permohonan Mahiaddin
itu kepada 23 November depan.
Hakim juga kemudian mengarahkan pihak pendakwaan memfailkan
afidavit mereka sebelum atau pada 8 November, sementara sebarang jawapan oleh
pasukan peguam bela Muhyiddin mesti diserahkan sebelum atau pada 17 November.
Pasport Mahiaddin sebelum ini
diserahkan kepada mahkamah jenayah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan
RM2 juta dalam kes pengubahan wang haramnya yang sedang dibicarakan
terhadapnya.
Minggu lalu, bekas Perdana Menteri itu memfailkan permohonan
pelepasan kekal pasportnya dengan mengemukakan pelbagai alasan antaranya ingin
membawa keluarga bercuti di London.
Dalam afidavit sokongan yang
difailkan bersama permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mahiaddin
berkata, beliau memerlukan dokumen itu untuk pemeriksaan kesihatannya di
Singapura.
“Sudah menjadi tradisi saya akan membawa keluarga bercuti selama
sebulan setiap tahun.
“Tahun ini juga tidak terkecuali.
“Percutian ini penting kerana ia membolehkan saya meluangkan
masa bersama keluarga memandangkan tahun ini amat menekan saya dan keluarga,”
ujar beliau dalam hujahnya.
Perlu atau tidak sebenarnya
passport beliau dilepaskan?
Dalam kes Mahiaddin ini, terdapat dua sebab mengapa beliau ingin
memohon passportnya dikembalikan – pertama, untuk pemeriksaan kesihatan di
Singapura dan kedua, untuk bercuti ke London selama sebulan bersama
keluarganya.
Sebagaimana kenyataan pihak
pendakwa raya bahawa mereka akan membantah permohonan Mahiaddin itu, setepatnya
itulah langkah paling wajar sekali dilakukan.
Ini kerana bercuti bukanlah urusan atau tugas rasmi dan ia boleh
ditangguhkan sehingga keadaan mengizinkan.
Dalam kes Mahiaddin yang ada perbicaraan di mahkamah dan
passportnya diserahkan kepada mahkamah, eloklah beliau bercuti saja di dalam
negara.
Kalau tujuannya untuk berkumpul sesama keluarga, boleh saja
melakukannya di banyak tempat percutian yang menarik di Malaysia ini.
Tak perlu ke luar negara pun.
Mahiaddin hanya perlu diserahkan passportnya untuk beliau
menjalani rawatan perubatan di Singapura dan kemudian hendaklah diserahkan
semula kepada mahkamah.
Bukan apa, kalau untuk bercuti pun diberikan passportnya,
bimbang nanti ia menjadi duluan di mana semua orang yang ada kes mahkamah akan
berbuat hal yang sama.
Tetapi, sebagaimana banyak kes lain, membenarkan Mahiaddin
memiliki passportnya secara kekal adalah tidak munasabah sama sekali.
Hanya orang bebas dan
tiada kes mahkamah bebas menyimpan passportnya sendiri. – ShahbudinHusin
25/10/2023.
Ada yang mainkan naratif jahat. Kononnya dalam satu himpunan solidariti Palestin yang dianjurkan NGO, tak boleh takbir, tak boleh sebut zionis dan lain-lain lagi. Lalu pembangkang pun persoalkan pegangan kerajaan terhadap isu Palestin. Padahal himpunan itu anjuran NGO, bukan kerajaan.
PMX DS Anwar berusaha keras menentang Israel dan membela nasib rakyat Palestin. Beliau berjaya mengumpulkan sehingga RM81 juta dana untuk membantu rakyat Palestin. Tak cukup itu, beliau pusing pula negara Arab meminta mereka semua bersatu dan bertindak membela Palestin.
Mereka yang mempersoalkan kerajaan tu, apa yang mereka dah buat?
Mahiaddin tak sudah risaukan nasibnya yang bakal ke penjara. Asyik la nak menuduh kerajaan tak adil padahal mulut sendiri macam longkang. Hadi pula masih main naratif aku lebih Islam dari kamu. Buat cerita palsu memperbodohkan penyokong sendiri, konon Islam terancam di negara ini.
Taki bercerita tentang nak ambil alih kerajaan. Tak boleh nak move on kalah PRU dan gagal merampas Selangor dan Negeri Sembilan dalam PRN6 yang lalu. Tuan Ibharim juga sibuk bercakap soal politik. Tapi tak ketahuan hala apa yang dia cakap. Sampai kantoi berbohong pasal Hadi tolong Cina.
Kesemua pemimpin pembangkang, tak ada sorang pun yang serius bercerita tentang Palestin. Mereka hanya sibuk nak rampas kuasa. Amat jelas mereka hanya menunggang isu Palestin untuk kepentingan politik mereka sahaja. Cuma untuk cemarkan imej DS Anwar, bukan untuk bela Palestin.
Tapi ada hati nak mempersoalkan prinsip kerajaan. Jenis tak bermaruah. Tak sedar diri. Sendiri yang bertelanjang, nak tegur orang seluar koyak. Negara ini dipuji oleh negara-negara Arab kerana komitmen kita membela Palestin walaupun jauh. Tapi si lebai buat-buat buta demi kepentingan politik.
Sampah semua ni. SAMPAH!!!!!
Dasar hipokrit. Walaun bolehlah ko tipu. Tapi jangan ingat Allah boleh ditipu juga. Allah tak tidur. Allah melihat segalanya walaupun apa yang ada dalam hati kamu. Apa sekalipun, kebatilan tak akan dapat tewaskan kebenaran. Tunggulah pembalasan untuk kamu nanti. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Wang Xiang
Wang Xiang
BAYAR lah hutang saman tu.
Nanti kena panah petir.
ps ... sekadar ingatan mesra sesama agama.
Isu Palestin sengaja dijadikan rumit oleh para pelobi Yahudi terutama ke atas negara kuasa besar Barat yang dipengaruhi untuk bersimpati terhadap kekejaman Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua membunuh jutaan kaum Yahudi di Eropah.
Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, peristiwa Holocaust selamat 4 tahun itu telah diperguna oleh Zionis Israel sebaik baiknya untuk melindungi dan mengabui mata dunia ke atas keganasan mereka terhadap rakyat Palestin.
"Apabila orang tanya saya isu Palestin, saya kata ia tidak sukar. Isu Palestin saya boleh rumuskan, Zionis menceroboh bumi Palestin, merampas tanah rakyat Palestin dan kemudian memaksa seluruh dunia menerima hakikat penjajahan (mempertahankan diri) rejim Zionis.
"Itulah kesimpulan kepada isu Palestin. Ada orang yang kononnya bersimpati menyokong Zionis dengan alasan Yahudi menjadi mangsa holocaust tahun 1941 - 45, tetapi saya nak beritahu, kita simpati dengan kaum tertindas di mana mana tetapi jangan lupa kalau Yahudi ditindas holocaust 4 tahun tetapi rakyat Palestin ditindas holocaust Zionis selama 75 tahun sejak 1948," katanya dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, malam tadi. .
Lebih buruk, tegas Steven Sim, holocaust Zionis bukan sahaja membunuh rakyat Palestin tetapi menyebabkan perekonomian bangsa itu musnah sama sekali dengan perampasan tanah, pemusnahan tanaman serta kawasan yang dijadikan zon ketenteraan oleh Israel.
"Oleh sebab holocaust, bukan sahaja rakyat Palestin terkorban nyawa setiap hari. Sekatan ke atas Tebing Barat rakyat Palestin dirompak RM16 bilion setahun.
"Bersamaan (belanjawan) 11 negeri di Malaysia campur Kuala Lumpur.
"Sejak tahun 1967 lebih kurang sejuta pokok zaitun milik petani, peladang Palestin dimusnahkan rejim Zionis.
"Saya tidak mampu pergi berperang ke Palestin tetapi setiap tahun saya beli produk Palestin, minyak zaitun, buah kurma dari kawan kawan Palestin.
"Kita sokong beli produk bumi Palestin," laungnya disambut tepukan bergemuruh.
Steven Sim juga mengimbau ucapan bermakna supremo DAP, Tan Sri Lim Kit Siang pada 1975 di Dewan Rakyat yang berkata revolusi Palestin ialah perjuangan yang perlu didukung oleh semua rakyat Malaysia tidak mengira agama atau bangsa.
"Saya kata, saya menyokong perjuangan kemerdekaan rakyat Palestin," katanya lagi.