ANWAR KONSISTEN TENTANG ISRAEL DAN BELA PALESTIN SEJAK ZAMAN ABIM HINGGA SEKARANG

 BRACE FOR IMPACT 


“Kita tak mintak banyak. Kita hanya mintak rakyat Palestin dilayan selayaknya sebagai manusia. Beri mereka makanan dan ubat2an. Dan beri peluang untuk bayi mereka hidup dan membesar”. 


Kuasa besar Eropah dan Amerika akan menekan kita kerana bersuara. Tetapi kita tidak boleh diam. Kerana ini isu kemanusian. Salah orang kalau mereka nak menekan”. 


Itu kata2 berapi PMX semalam di hadapan berpuluh ribu peserta di Stadium Axiata, Bukit Jalil. 


Truth be told, I have mixed feelings about this. 


Jokowi dan Sultan Hassanal Bolkiah belum lagi nampak kuat menentang. Mereka ambil posisi tunggu dan lihat. Keluar statement pun beringat. 


PM Singapore juga buat statement neutral. Simpati kepada Palestin tetapi tak bersetuju dengan serangan Hamas. Mahu tolong kedua2 Israel dan Palestin. 


PMX nampak ke hadapan dalam hal Palestin ini. Masa lawatan ke Arab Saudi, dia bersuara kepada MBS untuk lindungi Palestin. Dan pakat dengan Erdogan. 


Ye kita setuju ia perkara yang betul untuk dilakukan. But it will come with a huge backlash. 


Kita semua tahu, Bangsa Y ni menguasai ekonomi dan perbankan. Kita lihat minggu ini Ringgit jatuh menjunam. Terteruk dalam masa 20 tahun. 


Sudah nampak backlash nya di situ. 


Ingat dulu macam mana bangsa Y, George Soros kawal mata wang dunia, sampai terjadi Krisis Kewangan Asia. 


Kelantangan Malaysia ini akan ada impaknya kepada ekonomi negara. Kita nampak semua negara yang lantang seperti Pakistan dan Turki, mata wang mereka jatuh sama. 


Makanya, adakah kita bersedia? 


Apa strategi ekonomi kita kalau mereka kenakan boikot kepada Malaysia? Terutamanya untuk melindungi rakyat rentan dan tersusah? 


Yang paling utama, adakah kelantangan PMX ini disokong dan difahami oleh semua? Malah Pembangkang juga. 


Yang kita perlu betul2 faham, ini bukan isu agama semata2, tetapi kerana prinsip kemanusian. PMX bersuara melawan kebatilan. 


Walau macam mana pun anda membenci dia, bila dia lakukan perkara yang betul, kita perlu menyokong. Tambah dia membawa nama negara, untuk menentang kuasa besar dunia. 


Saya percaya, kelantangan ini perlukan sepenuhnya sokongan rakyat. Buying in perlu dibuat. Supaya apa pun datang, kita bersedia untuk hadapi bersama. 


Brace for impact, people. Because… 


“Blessed are those who maintain justice, who constantly do what is right” 


Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: