[BERITA BAIK] 18 PERTUDUHAN PEMIMPIN PN BERDEPAN HUKUMAN PENJARA 15 TAHUN!


Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM5.59 juta. Bagaimanapun, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang berusia 48 tahun itu mengaku tidak bersalah. Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, atau mana lebih tinggi. =================================================================================== Pendakwa raya akan mengemukakan bantahan terhadap permohonan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasportnya secara kekal. Pasport itu sebelum ini diserahkan kepada mahkamah jenayah sebagai sebahagian daripada syarat jaminan RM2 juta dalam kes pengubahan wang haramnya yang sedang dibicarakan. Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bahawa mereka memerlukan lebih masa untuk menjawab permohonan Muhyiddin.





No comments: