BERSATU AKAN JADI BAHAN KETAWA DUNIA JIKA SANGGUP TERIMA MB UMNO

 

Walaupun UMNO dilihat berjaya menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja melalui tipu daya usul undi percaya, tetapi laluan untuk parti itu menduduki kerusi Menteri Besar Perak tidaklah semudah yang diimpikan.

Benarlah kata orang tua-tua – meroboh lebih mudah daripada membina sebuah bangunan.

Di sebalik UMNO merasakan dengan jatuhnya Peja, mereka dengan mudah dapat merampas kerusi Menteri Besar itu, laluan kini terlihat masih lagi buntu dan berliku.

Dengan UMNO hanya mempunyai 25 daripada 59 Adun keseluruhannya, keinginan parti itu agar kerajaan PN terus dikekalkan bermakna mereka masih memerlukan sokongan 5 Adun Bersatu dan 3 Adun Pas untuk merealisasikannya.

Sehingga ini, walaupun Presiden UMNO, Zahid Hamidi telah mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan nama Sharani Mohamad sebagai calon Menteri Besar, Bersatu dan Pas masih lagi enggan menentukan sokongan mereka.

Bersatu dilaporkan belum lagi membuat keputusan sama ada mahu menyokong atau tidak dan diberitakan, Setiausaha Agung parti itu, Hamzah Zainuddin telah diberi mandat untuk mengumpul maklumat dan seterusnya mencadangkan keputusan yang muktamad.

Peja sendiri memaklumkan pihaknya masih belum memohon untuk mengadap Sultan Perak berhubung isu perlantikan Menteri Besar.

Senada dengan Bersatu, Pas pula mengambil keputusan menangguhkan majlis mengadap tiga Adunnya terhadap Sultan Perak yang dijadual petang tadi.

Pembatalan majlis mengadap itu dimaklumkan atas arahan pucuk pimpinan Pas.

Dalam erti kata lain, Bersatu dan Pas kini benar-benar sudah menunjukkan kesepakatan mereka dalam isu perlantikan Menteri Besar ini.

Sama ada mereka akhirnya bersetuju atau menolak kerajaan baru yang dipimpin UMNO, hanya masa menentukannya.

Yang pasti, selagi tiada persetujuan Bersatu dan Pas, selagi itulah kedudukan Sharani masih tergantung dan mungkin juga beliau turut tidak lena tidurnya memikirkan sama ada jawatan Menteri Besar dapat didakapnya atau terlepas sekali lagi seperti sebelum ini.

Ini kerana UMNO tetap mahu kerajaan PN terus dikekalkan mentadbir Perak, sedangkan Peja yang dijatuhkan sebelum ini pun mewakili kerajaan PN juga.

Hasrat UMNO bahawa hanya Menteri Besar yang diganti dan bukan kerajaan PN yang perlu ditukar, meski nampak senang untuk disebut, realitinya tidaklah mudah untuk diterima khususnya bagi Bersatu dan Peja sendiri.

Bersatu tentu saja akan dilihat tiada harga diri, memalukan, malah diketawakan semua orang jika sekiranya masih sanggup bersama dan menyokong Menteri Besar daripada UMNO yang sebelum itu bertindak menjatuhkan pemimpinnya daripada jawatan Menteri Besar.

Tidak pernah dalam sejarah ada orang bertindak menjatuhkan rakan sendiri dalam kerajaan melalui usul undi percaya yang dibentangkan.

Biasanya, usul undi percaya, jika dikemuka oleh rakan sendiri, ia adalah bertujuan untuk mengesahkan kedudukan seseorang agar tidak lagi dipertikaikan di kemudian hari.

Sebaliknya, UMNO Perak membawa usul undi percaya adalah sebagai tipu daya untuk menjatuhkan Peja.

Difahamkan, melalui usul undi percaya itu, bukan saja Peja dan Bersatu kena tipu, malah Pas pun kena auta sekali dengan UMNO.

Maka, siapa pun jika dalam kedudukan Bersatu, pasti akan mengambil keputusan berkerat rotan dan berpatang arah andai diperlakukan sedemikian rupa.

UMNO yang menjatuhkan Peja mungkin senang untuk mengatakan “marilah kita bersatu semula” tetapi Bersatu yang dikhianati tentu saja hati mereka sudah hancur berkecai dibuatnya.

Kalau UMNO pun dikhianati seperti itu, belum tentu ia sanggup berbaik dan duduk semeja kembali.

Kecuali jika Bersatu benar-benar sudah tiada harga diri dan sanggup ditertawakan dunia, barangkali bersedialah mereka menyokong Sharani sebagai Menteri Besar baru, seterusnya berada pula di bawah kekuasaan UMNO yang menjatuhkan mereka sebelumnya.

 (Shahbudindotcom 08/12/2020)




JUMPA RANCANG APA TU?

 

IBRAHIM MAT ISA

Dia tu, kalau pergi jumpa dia tu..

Memang merancang kejahatan!

Dia punya sejarah

hebat

, tebuk atap 

 

Image may contain: people sitting and indoor, text that says "Patutlah @PASPusat taknak mengadap Baginda Sultan Perak, rupanya ada komplot tanpa melibatkan UMNO di Putrajaya!! Translate Tweet 3:47PM-08/12/2020 Twitter for Android"

SPEAKER ROBOT ?





Di Parlimen pagi ini. Bila MP dari PH (Jelutung) tanya Speaker, mengapa tidak dinaikkan usul undi percaya atau tidak percaya kepada PM di Parlimen agar dapat dipastikan keabsahan Muhyiddin sebagai PM? Apa jawab Speaker?

Jawapan paling low class oleh Speaker, iaitu, beliau tiada kuasa. Kena tunggu menteri arahkan, katanya. Kita ada Speaker robotkah?

Menteri mana mahu PM yang melantiknya dan kerajaannya itu tumbang? Cuba Speaker beritahu, boleh?

Patutlah geraf negara kita menjunam teruk walaupun kerajaan ini paling ramai menteri dari kalangan negara di Asia. Rakyat terus menderita jika kerajaan seperti ini terus memerintah.

WFAUZDIN NS

 

KERAJAAN JUAL WALAU TAHU DIBAWAH PARAS HARGA DAN MENTERI AGAMA TIDAK LAYAK DISITU

 HAMDAN TAHA

Saya sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan hari ini. Hilang

Sebentar tadi di dalam parlimen, YB Baling DS Azeez Rahim telah mendedahkan sepucuk surat daripada Unit Perancang Ekonomi (EPU). Surat ini mendedahkan bahawa kerajaan telahpun bersetuju bagi membenarkan penjualan lebih 6,500 hektar ladang di Sarawak kepada syarikat non bumi (yang dimulakan prosesnya pada zaman PH) dengan dua syarat:

1. Harganya RM170 juta

2. Ekuiti 30% Bumiputera dalam tempoh setahun selepas penjualan.

I mean, how ignorant can you be Tok Pa? How naive can you be Dr Zul?

Syarat apa benda macam ni? Kita semua tahu harga tersebut jauh lebih rendah daripada harga belian lama (+-RM250juta) dan harga penilaian pertama JPPH (RM224juta). Tapi kita jual juga.

Kita semua tahu bahawa dengan penjualan ini maka hutang RM247 juta terpaksa dihapuskira. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu ladang-ladang ini sedang menghasilkan keuntungan kerana kenaikan harga minyak sawit mentah (CPO) ke paras RM3500 per tan berbanding RM1900 pada zaman PH. Tapi kita jual juga

Kita semua tahu 30% ekuiti Bumiputera itu boleh dibuat senang-senang melalui lantikan proksi. Tapi kita jual juga

Dan kalau dalam masa setahun ini proksi tidak dapat dilantik bagi memenuhi syarat 30% tu, apa Tabung Haji boleh buat? Ambil balik tanah kemudian nak bayar balik Tamaco dengan apa? Sedangkan hasil sawit telah dikutip berganda.

Bodoh sangat ke kita?

Penjualan ini daripada dulu hingga sekarang adalah antara isi tentangan UMNO dan PAS ke atas PH. Membenarkan penjualan ini bukan saja bukti PPBM gagal menjaga aset umat Islam, tetapi tiada rasa hormat ke atas sensitiviti rakan kongsi.

Kalau benar perlu dijual sekalipun. Maka ia mesti create value (cipta nilai) dan memberikan pulangan munasabah kepada Tabung Haji. Ini basic common sense.

Dan kepada Dr Zul. Maaflah.

Tak perlu hairan macammana YB Baling yang tiada apa-apa kuasa boleh lebih tahu daripada kerajaan hari ini. Itu sebenarnya bukti kakitangan kerajaan lebih percaya kepada mereka berbanding tuan-tuan semua pak menteri.

Nak jadi menteri agama, bukan sekadar perlu faham Quran dan hafal hadith. Tetapi mesti juga mahir dalam ilmu pentadbiran, dasar ekonomi umat, kompleksiti undang2 serta geopolitik dunia.

Kalau fokus tu lebih kepada tulis buku, ulas hukum hakam, terjemah kitab, bagi kuliah, beri bantuan kebajikan, maka kembalilah ke kerusi mufti.

Tuan lebih layak di sana.

---

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Kuala Terengganu

 


Tubuh Kerajaan segera, ketepikan fahaman politik kepartian

 Tubuh Kerajaan segera, ketepikan fahaman politik kepartian

Pemuda AMANAH Perak mengikuti perkembangan politik Perak dengan rasa penuh bimbang apabila semua pihak khususnya parti-parti politik masih memikirkan survival politik masing-masing daripada kepentingan rakyat.

Sejak usul undi percaya terhadap YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ahmad Faizal Azumu ditolak pada Jumaat lalu dan menyaksikan beliau terpaksa meletakkan jawatan, keadaan politik menjadi tidak menentu di negeri ini.

Kami ingin mengingatkan bahawa, kebanyakan negeri-negeri dan di persekutuan, pembentangan dan perbahasan Belanjawan untuk 2021 telah dan sedang berjalan tetapi di negeri Perak, kita terpaksa menunggu kepimpinan baharu dibentuk sebelum Belanjawan ini dapat dibentangkan.

Dengan baki tinggal beberapa hari lagi sebelum kita masuk ke Tahun 2021, rakyat negeri Perak masih belum tahu apa perancangan untuk negeri dan program kepada mereka lebih-lebih lagi dalam tempoh sukar menghadapi kesan pandemil Covid-19 ini.

Pemuda AMANAH Perak ingin menyeru kepada semua pihak khususnya parti-parti politik agar segera menyelesaikan kemelut ini dan segera membentuk kerajaan di negeri ini agar pentadbiran dan khidmat kepada rakyat diutamakan.

Segala pilihan dan formula terbaik yang ingin dicapai bagi membentuk kerajaan seharusnya mengenepikan segala pertimbangan politik kepartian yang memberi kesan kepada pentadbiran negeri.

Justeru, sekiranya penjajaran baru merupakan pilihan terbaik untuk memastikan pentadbiran negeri ini stabil dan boleh membawa manfaat kepada rakyat, parti-parti politik yang terlibat seharusnya berlapang dada dan segera mengambil langkah tersebut demi memastikan kebajikan dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat negeri ini dapat terus dilaksanakan.

KHAIROL NAJIB HASHIM

Ketua Pemuda
AMANAH Negeri Perak

Terkini! Parti Lebai ikut arahan pimpinan untuk tidak menghadap Sultan Perak



Terkini! Pas ikut arahan pimpinan untuk tidak menghadap Sultan Perak

PAS hari ini membatalkan rancangan mereka untuk mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, di Istana Kinta, Ipoh.

Wakil parti itu sepatutnya mengadap baginda pada jam 3 petang ini.

Memetik Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Bernama melaporkan keputusan berkenaan diambil atas arahan pucuk pimpinan parti.

Sementara itu sumber dari istana pula memberitahu asalnya PAS dijadual mengadap Sultan Nazrin pada jam 3 petang namun menarik balik janji temu itu dengan alasan mereka mendapat arahan pimpinan tertinggi parti.

Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak


Harits Asyraf Hasnan
Tiada parti politik miliki majoriti mudah di Perak
Datuk Seri Annuar Zaini menjawab soalan wartawan di perkarangan Istana Kinta, Ipoh pada Selasa.
IPOH: Tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak yang baharu buat masa ini.
Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, situasi itu sekali gus gagal meyakinkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk melantik Menteri Besar Ke-14 negeri ini.
“Oleh kerana DYMM (Duli Yang Maha Mulia) masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah dan sehingga DYMM yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah, barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.
“Oleh kerana itu, DYMM belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak.
“Kita akan tunggu sehingga mereka sudah bersedia untuk meyakinkan DYMM dan DYMM berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuhkan kerajaan,” katanya kepada media di perkarangan Istana Kinta di sini hari ini.
[LAPOR LANGSUNG] Pas batal menghadap Sultan Perak
Beliau berkata demikian selepas tiga pemimpin Pakatan Harapan Perak iaitu Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming; Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi menghadap Sultan Nazrin.
Ia disusuli pemimpin dari UMNO Perak iaitu Pengerusi Perhubungan negeri ini, Datuk Saarani Mohamad dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Jelas beliau, sehingga hari ini (Selasa), tiada mana-mana individu mahupun ahli politik yang memohon untuk menghadap Sultan Nazrin.
“Untuk hari ini, tiada lagi sesi menghadap. Esok pun sama, setakat ini tiada lagi mana-mana pihak yang mohon menghadap Sultan pada esok hari,” katanya.
Beliau pada masa sama turut mengesahkan bahawa ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim ada menghadap Sultan Nazrin pagi tadi, namun tidak diketahui atas kapasiti apa pertemuan itu dilakukan.

PAS INKAR TITAH SULTAN ?

 NIZAM AKA

Ini dah dikira kurang ajar dan derhaka kepada Sultan..Kalau kamu tak suka dengan adat kesultanan yang wujud di Malaysia,bolehlah kamu pilih mana-mana negara yang kamu suka di luar Malaysia untuk kamu dan kluarga kamu tinggal..

Image may contain: 2 people, text that says "Sebelum: B SIENANA BERNAMA @bernamadotcom Selepas: BERNAMA @bernamadotcom Sultan Nazrin titah wakil ADUN Bersatu, PAS menghadap bernama.com/bm/news.phi... PAS batal menghadap Sultan Nazrin di Istana Kinta, lpoh petang ini atas arahan pucuk pimpinan Pesuruhjaya PAS Negeri Transiate Tweet Transiate Tweet B BERNAMA @bernamadotcom 2h Sultan Nazrin titah wakil ADUN Bersatu, PAS menghadap bernama.com/bm/news.phi... 12:47 PM. 08/12/2020 Twitter for iPhone 3:02 PM 08/12/2020 Twitter for Phone Kenapa Adun Pas Ini Biadap Sangat Ni? Kalau Ya Pun Hormat Kpd Pucuk Pimpinan Jgn Sampai Sanggup Sanggah Titah Tuanku Sultan Perak.. Kalau Dah Suka Dgn Adat Kesultanan,Mohor Adun Pas Keluar Drp Bumi Msia.."




BILA KENA DIRI SENDIRI UMNO JADI PENGKHIANAT



Katanya, keputusan itu mungkin diambil bagi memastikan Muafakat Nasional (MN) tidak terjejas dan Perak tidak jatuh ke tangan PAKATAN HARAPAN. “Jadi PAS mungkin akan berkompromi untuk memelihara kesepakatan dan MN. Apa pun yang berlaku di Perak kita perlu duduk bersama supaya PAKATAN HARAPAN tidak ambil balik kerajaan negeri itu.



MALAYSIA PERLUKAN PARTI POLITIK YANG BERPRINSIP

 


SYED SADDIQ

4 DISEMBER 2020: "PAS tidak akan menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu"

6 DISEMBER 2020: "PAS tidak menolak kemungkinan berkompromi dengan pendirian awal parti itu yang sebelum ini tidak berhasrat menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu di Perak."

Dalam masa kurang 48 jam sahaja, PAS sudah berikan dua pendirian yang berbeza perihal pembentukan kerajaan negeri.

Kerana kuasa, prinsip dan pendirian parti pun boleh berubah-ubah asalkan mereka jadi sebahagian dari kerajaan negeri dan persekutuan.

Malaysia perlukan ahli politik yang punya pegangan prinsip, membawa suara rakyat dan sentiasa memastikan kepentingan rakyat itu jadi nombor satu.

Bukannya parti yang boleh berubah-ubah prinsip dalam masa kurang 48 jam.



NAMPAKNYA IMPIAN 42 TRILLION ANGAN ANGAN SAJA KOT

 

saifuddin nasution


Di parlimen pagi ini menteri tenaga dan sumber asli menjawab soalan mp kuantan berkaitan perlombongan REE(rare earth elements).

1. Majlis tanah negara (MTN) sdg merangka SOP darihal penerokaan dan pengeluaran REE

2. MTN tidak pernah keluarkan izin/ kelulusan utk penerokaan atau pengeluaran REE

3. MTN tidak akan beri izin/ kelulusan penerokaan atau penerokaan jika melibatkan hutan simpan.

4. Kjaan negeri hanya boleh keluarkan lesen teroka jika diberi kelulusan oleh kjaan pusat

Jawapan menteri di parlimen pagi ini dengan sendirinya menjelaskan status pengumuman mb kedah berkenaan REE.

#updateREE

 

Rundingan lantik MB Perak baru dibuat secara berprinsip, telus - Anwar

 



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan rundingan gabungan Pakatan Harapan (PH) di Perak untuk melantik Menteri Besar yang baharu perlu dibuat secara berprinsip dan telus.

Beliau menganggap, penyingkiran Ahmad Faizal Azumu adalah satu perkembangan positif di negeri itu.

"Kita memantau perkembangan di Perak dan berbincang dengan kepimpinan negeri di Perak yang merupakan DAP, KEADILAN dan AMANAH.

"Ini adalah perkembangan yang sangat positif kerana sekali lagi ia mencerminkan ketidakcekapan Menteri Besar dan mereka harus mengambil tindakan. Ia adalah permulaan yang baik. Sebab itu, kami membenarkan mereka membuat rundingan," katanya.

Anwar juga berkata, rundingan itu adalah bagi memastikan kerajaan negeri Perak akan diterajui dan ditadbir dengan baik.

"Rundingan berdasarkan prinsip pentadbiran yang baik dan ketelusan. Bagi kami, ini mengenai pentadbiran yang baik.

"Perubahan hanya dapat diterima jika mereka dapat memastikan kestabilan dan komitmen terhadap pembaharuan dan pentadbiran yang baik," katanya.

Bagaimanapun, apabila ditanyakan mengenai calon sesuai dalam kalangan ADUN UMNO sebagai Menteri Besar baharu, Anwar menyerahkan perkara itu kepada PH negeri Perak.

"Kami belum membincangkan mengenai perkara itu.

"Kami telah membenarkan para pemimpin negeri Perak untuk membuat perbincangan dan memutuskan serta memberi cadangan yang wajar," katanya.

 


PH PELAKON TAMBAHAN WAYANG UMNO PERAK?

 

Akibat Khianat -.....Bakal dipecat Bersatu, Hasnul kata tak apalah…

 





Bakal dipecat Bersatu, Hasnul kata tak apalah…

“Tak apalah, tunggu keputusan Bersatu. Saya pun tak nak komen,” demikian kata ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim.

Beliau mengulas berita tentang ura-ura bahawa beliau bakal dipecat parti  dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Hasnul berkata dia sedang menanti parti barunya – Bersatu – memutuskan apa tindakan yang akan diambil ke atasnya selepas dia didakwa mengundi menolak undi percaya ke atas Ahmad Faizal Azumu.

Media sebelum ini melaporkan Bersatu sedang membuat pertimbangan bagi mengambil tindakan ke atas Hasnul Zulkarnain termasuk memecatnya.

Untuk rekod Hasnul Zulkarnain merupakan bekas ketua Pemuda Amanah yang meninggalkan partinya untuk menjadi Adun bebas menjelang kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Perak.

Dia kemudian menyertai Bersatu. Ahmad Faizal pula merupakan timbalan presiden parti berkenaan yang berdepan undi percaya dibawa Adun Umno di DUN Perak pada 4 Dis lalu.

Ahmad Faizal terpaksa berundur dari jawatan menteri besar Perak selepas hanya mendapat keyakinan 10 daripada 59 Adun Perak, berbanding 48 undi yang menolaknya. Seorang Adun berkecuali atau membuat undi rosak.

Selain itu Hasnul Zulkarnain juga dikaitkan dengan perakuan bersumpah (SD) Adun Perak yang menyokong pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad sebagai calon menteri besar baru.

The Malaysian Insight melaporkan Biro Politik Bersatu pada Jumaat lalu membincangkan kedudukan Hasnul Zulkarnain ekoran perkembangan di DUN Perak.

“Kami mengenal pasti Hasnul sebagai wakil rakyat yang tidak menyokong MB (menteri besar) semasa usul percaya.




APA KATA DAHLAN LIVE PREMIER [Siaran Ulangan Penuh]

MACAM MANA INDUSTRI DAGING TAK HALAL SELUDUP BERKEMBANG DI MALAYSIA?


UMNO PERAK DIBAYANGI ZAHID, NAJIB?


HANYA UNDI TIDAK PERCAYA BOLEH UBATI EKONOMI MERUDUM


GANDINGAN BERSATU DAN PAS BUKAN SAJA BOLEH TOLAK SHARANI, MALAH BILA2 MASA BOLEH JATUHKAN MB UMNO

 

Dalam mesyuarat Majlis Tertingginya semalam, Bersatu membuat pendirian sebarang keputusannya mengenai penubuhan kerajaan baru di Perak akan dibuat bersama dengan Pas.

Ini bermakna, dengan Bersatu mempunyai 5 Adun dan Pas 3 Adun, gabungan kedua-duanya memiliki jumlah 8 Adun kesemuanya.

Walaupun besar kemungkinan Bersatu akan menerima pembentukan kerajaan baru itu nanti, tetapi bersamanya parti itu dengan Pas dalam ketetapannya memberi erti suatu keadaan yang bahaya dan tidak selamat buat UMNO.

Bersama UMNO yang mempunyai 25 Adun, persetujuan Bersatu yang bergabung dengan Pas dengan sendirinya memperlihatkan kerajaan baru boleh dibentuk semula berdasarkan gabungan tiga parti itu mempunyai jumlah 33 Adun daripada 59 Adun keseluruhannya.

Dengan berpadunya Bersatu dan Pas dalam kerajaan baru itu nanti, setidak-tidaknya dua bahaya sedang menanti UMNO:-

Pertama, Bersatu dan Pas boleh berkeras menolak calon Menteri Besar yang telah diputuskan UMNO, Sharani Mohamad.

Hujah bahawa Sharani telah mengetuai dan merancang pengkhianatan untuk menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja boleh saja menjadi alasan yang cukup kuat bagi Bersatu dan Pas untuk sepakat menolak Adun Kota Tampan itu.

Penolakan Bersatu dan Pas itu tentu saja akan membuatkan Sharani terhalang daripada mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak.

Sebagai tawar menawar, Bersatu dan Pas boleh pula meletakkan syarat bahawa sokongan mereka hanya akan diberikan untuk membentuk kerajaan baru jika Adun UMNO selain Sharani yang dinamakan sebagai calon Menteri Besar.

Keadaan ini mungkin akhirnya membuka peluang kepada Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir atau Adun Rungkup, Shahrul Zaman Yahya untuk dinamakan sebagai calon baru Menteri Besar Perak.

Kedua, melalui penggabungan Bersatu dan Pas itu juga akan mejadikan mereka sebagai “king maker” dalam kerajaan baru yang diterajui UMNO nanti.

Melalui 8 kerusi daripada 33 kerusi yang membentuk kerajaan negeri, Bersatu dan Pas bukan saja boleh menuntut pengagihan jawatan yang seimbang dalam pelbagai posisi, malah bila-bila masa boleh meletakkan Menteri Besar dalam ugutan mereka.

Kalau Menteri Besar UMNO enggan tunduk kepada kemahuan mereka, tidak mustahil nantinya sokongan akan ditarik dan akan menyebabkan jatuh lagi kerajaan negeri.

Akhirnya, meskipun melalui usul undi percaya yang dirancang berjaya membuatkan UMNO menduduki kerusi Menteri Besar Perak yang diidam-idamkan, pergantungan nyawa talian hayat tetap kepada Bersatu dan Pas.

Paling malang, mungkin ini akan membuatkan Sharani terlepas rezeki sekali lagi untuk menjadi Menteri Besar Perak, setelah sebelum ini dikhabarkan sudah tiga kali ditimpa nasib yang sama.

 (Shahbudindotcom 08/12/2020)