SYED SADDIQ
4 DISEMBER 2020: "PAS tidak akan menyertai usaha
pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu"
6 DISEMBER 2020: "PAS tidak menolak kemungkinan berkompromi dengan pendirian awal parti itu yang sebelum ini tidak berhasrat menyertai usaha pembentukan kerajaan negeri baharu di Perak."
Dalam masa kurang 48 jam sahaja, PAS sudah berikan dua pendirian
yang berbeza perihal pembentukan kerajaan negeri.
Kerana kuasa, prinsip dan pendirian parti pun boleh berubah-ubah
asalkan mereka jadi sebahagian dari kerajaan negeri dan persekutuan.
Malaysia perlukan ahli politik yang punya pegangan prinsip,
membawa suara rakyat dan sentiasa memastikan kepentingan rakyat itu jadi nombor
satu.
Bukannya parti yang boleh berubah-ubah prinsip dalam masa kurang
48 jam.