Hawa Yaakub ni macam mana boleh masuk RTM??
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor harus mengambil iktibar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya, yang mengekalkan hukuman bersalah atas kesalahan memfitnah yang dilakukan beliau pada 2019.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu Muhammad Sanusi dinasihatkan agar tidak berterusan bersikap ego selain meminta maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes saman dikemukakan Anwar terhadap Muhammad Sanusi, Disember lalu.
Menurutnya, keputusan saman fitnah berkenaan membuktikan perbuatan Muhammad Sanusi yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah adalah salah dan menyerlahkan sikap beliau yang gemar mengeluarkan kenyataan berunsur negatif
SANUSI JANGAN MOHON MAAF.
“Muhammad Sanusi sewajarnya berunding dengan peguam Anwar untuk mohon maaf secara terbuka, ia perlu dilakukan demi kepentingan rakyat dan negeri Kedah.
“Adalah tidak elok untuk menunjukkan sikap ego, sehingga akhirnya apabila mahkamah buat keputusan dan tidak menyebelahi beliau, akan memburukkan lagi keadaan apabila ketua kerajaan disahkan melakukan perbuatan tidak sewajarnya,” jelasnya.
Mahkamah Rayuan pada Isnin memerintahkan Muhammad Sanusi membayar ganti rugi sebanyak RM120,000 kepada Mahfuz, berhubung saman fitnah yang dikemukakan berhubung isu pemindahan premis judi ke kawasan Pokok Sena.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Seri Mariana Yahya dan Datuk Wong Kian Kheong membenarkan rayuan balas Mahfuz untuk kuantum ganti rugi dinaikkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.
Panel hakim sama menolak rayuan Muhammad Sanusi untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 November 2021 yang memerintahkannya membayar ganti rugi kepada Mahfuz selepas membenarkan saman fitnah Mahfuz.
Disember lalu, Anwar turut memfailkan saman terhadap Muhammad Sanusi berhubung ucapannya yang berbaur fitnah dalam kempen ceramah 'Jelajah PN Best Tambun' pada 13 November lalu.
ANDRIAN LIM CHEE ANN
“……didakwa menawarkan rasuah RM500,000 setahun selama 15 tahun kepada xxx untuk faedah xxx bagi mempercepatkan proses pengambilalihan.”
“Kesalahan didakwa dilakukan di pejabat Kementerian XXX itu di Putrajaya di antara Julai dan Ogos 2022.”
(Dipetik dan rephrased dari kertas dakwaan SPRM di mahkamah pada hari ini)
MELAKA – Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka melibatkan sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) dan seorang daripada Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri, di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini, pada Rabu.
Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka itu diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.
Upacara lantikan barisan Exco dibuat selepas lima hari Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Ketua Menteri.
Sembilan ADUN BN termasuk tujuh ADUN BN yang dilantik semula sebagai Exco iaitu ADUN Paya Rumput, Datuk Rais Mohd Yasin dilantik sebagai Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana; ADUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menjawat jawatan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan dan ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh sebagai Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Turut dilantik semula, ADUN Ayer Molek Datuk Rahmad Mariman memegang jawatan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama; ADUN Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Nordin, dilantik Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti; ADUN Machap Jaya, Ngwe Hee Sem sebagai Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta ADUN Gadek VP Shanmugam dilantik sebagai Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
Manakala wakil rakyat tunggal PH iaitu ADUN Kesidang,Seah Shoo Shin dilantik memegang portfolio Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.
Tidak dilantik semula sebagai Exco iaitu ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan yang sebelum ini memegang Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar dan ADUN Rembia, Datuk Jailani Khamis yang memegang portfolio Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan.
Jumaat lalu ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.
Ia selepas Ketua Menteri ke-12, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Ada yang tanya aku, kes doktor kontrak nak mogok tu ada dalang
dari kalangan pembangkang ke?
Aku tak pasti. Tapi kalau betul ada, aku cuma nak ingatkan
pembangkang. Isu Hartal Doktor Kontrak ni bukan benda baru. Bukan terjadi lepas
Kerajaan Perpaduan terbentuk.
Isu ni bermula dari zaman Mahiaddin lagi. Waktu itu kita ditekan
dengan pandemik COVID dan perlukan ramai staff kesihatan. Dari situ ketidak
puasan hati ini membiak dan jadi kronik ketika KJ jadi menteri.
Sekarang baru isu ini dapat perhatian sewajarnya. Jadi
pembangkang tak payahlah nak berlagak hero sebab kemelut ini berpunca daripada
mereka juga. Kalau bermaruah, mereka sepatutnya malu.
Aku nampak Dr. Zaliha ni ada kesungguhan untuk selesaikan isu
ini. Rasanya mungkin kerana beliau sendiri pernah jadi doktor. Kita berikan
kepercayaan dan masa kepadanya. Guane boh?
.
Masa jadi pembangkang baru dia perasan hak para doktor kontrak.
Masa jadi kerajaan dulu dia tak buat apa pun. Isu doktor kontrak ni bukan
bermula dari November 2022. Tapi lama sebelum itu. Tiba-tiba sel otak mereka
baru berhubung. Guane boh?
Sanusi koyak teruk kalah di mahkamah dalam kes fitnahnya
terhadap Mahfuz. Dah kalah dua kali, dia masih ada niat nak memfitnah Mahfuz
lagi.
Dia post sekali lagi posting fitnahnya itu. Konon nak tunjuk
kepada penyokong posting mana yang buat dia disaman. Baca di https://bit.ly/3MgI0jU.
Mahkamah dah perintahkan injuksi halang dia dari keluarkan lagi
kenyataan fitnah tersebut. Maka tak sepatutnya dia terbitkan dalam apa cara
sekalipun.
Sekarang dah termasuk dalam kes jenayah kerana menghina
mahkamah. Koyak takpe tapi janganlah sampai hina mahkamah. Sedar sikit awak tu
MB.
Baik-baik pampasan rendah, dah jadi tinggi. Dan sekarang
berhadapan hukuman penjara pula. Ini ke MB kebanggaan walaun? Memalukan. Guane
boh?
Sdra Mahfuz Omar, sila teruskan kepada prosiding hina mahkamah
ekoran Sanusi MB Kedah ini muat naik kandungan posting fitnah di fb miliknya.
Pada 8 November 2021, Mahkamah Tinggi KL telah memerintahkan
injunksi yang menegahnya atau ejen-ejennya daripada menerbitkan kata-kata
fitnah terhadap Mahfuz.
Dah elok kena bayar RM50k, Nusi pi buat rayuan. Mahkamah naikkan
lg ke RM120k. Dah di dapati bersalah memfitnah, dia dok pi muat naik lg posting
fitnah yg secara automatik menghina mahkamah.
Inilah akibatnya setelah minum air kencing riang-riang. Apa
punya bala MB Kedah ni. Mandi air bunga tak jalan, elok pi mandi air sungai
belakang tesco tu nusi oii.
GINO MARVELA
Hari ini (SEMALAM) adalah hari terakhir sidang Parlimen selama 31 hari yang bermula sejak 13 Februari lalu.
Secara kebetulan hari terakhir ini jatuh pada hari Selasa di mana seperti biasa berlangsungnya sesi soal jawab Ahli-Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri selama satu jam.
Antara perkara yang dijelaskan oleh Anwar Ibrahim dalam sesi tersebut hari ini ialah menjawab soalan mengenai hasil lawatan rasmi ke China, isu vape dan isu doktor kontrak.
Malangnya, ketika sesi itu berlangsung, tidak kelihatan kelibat Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainuddin; Presiden Bersatu merangkap Ahli Parlimen Pagoh, Mahiaddin Md Yasin dan Presiden Pas yang merupakan Ahli Parlimen Marang, Hadi Awang.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang membuat hantaran mengenai ketidakhadiran ketiga-tiga tokoh itu berkata, dengan ketiadaan mereka blok pembangkang terlepas peluang untuk bertanya soalan, berdepan dan bersemuka dengan Perdana Menteri.
“Sesi pertanyaan dengan Perdana Menteri pada setiap Selasa adalah peluang terbaik bagi pembangkang berbuat demikian sebagai sebahagian proses semak dan imbang ternadap kerajaan,” ujar beliau.
Lebih malang lagi kerana ketidakhadiran ketiga-tiga mereka, terutama Hamzah selaku Ketua Pembangkang ketika sesi tersebut bukanlah kali pertama didedahkan.
Minggu lepas dan kalau tak silap, minggu sebelumnya juga beliau tidak kelihatan sewaktu sesi itu berlangsung.
Ehhh…kenapa asyik tak hadir saja?
Khususnya Hamzah selaku Ketua Pembangkang yang kini jawatan itu telah dinaiktaraf berstatus menteri, ketidakhadiran beliau bukan saja mengecewakan rakyat yang mengharapkannya dapat memainkan peranan dengan berkesan dalam menyemarakkan proses demokrasi, malah PN dan penyokongnya juga pasti kecewa sama.
Hakikat yang nyata, beliau setakat ini seperti tidak berfungsi dengan sewajar dan sebaiknya sebagai Ketua Pembangkang.
Kalau kita lihat ketika Anwar memegang jawatan Ketua Pembangkang, beliau sangat berperanan dan sering saja tampil berani berhujah hampir dalam kebanyakan isu demi kepentingan rakyat dan negara di Parlimen.
Keadaan itu tidak saja menyerlahkan kewibawaanya, bahkan PH dan penyokong serta rakyat juga turut berbangga dengan keaktifannya berperanan itu.
Selain itu, kalau kita lihat juga ketika Ismail Sabri Yaakob memegang peranan Ketua Pembangkang sebelum Anwar, beliau pun terlihat tidak kurang aktif dan berperanan dengan baik.
Sebaliknya Hamzah kelihatan langsung tidak menonjol dan sejuk dalam berperanan memanaskan Parlimen melalui jawatan Ketua Pembangkang yang disandangnya.
Kenapa?
Adakah Hamzah tidak tahu memainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang?
Atau beliau tidak berminat?
Sebelum sejuk itu bertukar menjadi beku dan sebelum PN dilihat rakyat tidak berperanan di Parlimen, adalah lebih baik untuk Hamzah sendiri berbuat sesuatu mengenai kedudukannya atau PN mengambil tindakan menukarnya kepada orang lain.
Dalam keadaan semasa dan jika berterusan begini, lebih baiklah jawatan Ketua Pembangkang itu diambil alih oleh Shahidan Kassim yang jelas lebih aktif di Parlimen atau oleh Wan Fahysal Wan Ahmad Kamal yang walaupun kadangkala beliau agak merapu, tetapi satu perkara yang menyerlah tentang dirinya ialah selalu aktif dan berani bersuara di Parlimen.
Apa macam Hamzah, setuju tak? ShahbudinHusin 04/04/2023.
Penghakiman berbeza dalam permohonan semakan perbicaraan kes SRC International membabitkan Najib Razak baru-baru ini bukanlah alasan untuk semakan atau perbicaraan semula pada masa hadapan, kata Badan Peguam Malaysia.
Presiden Badan Peguam, Karen Cheah berkata, orang ramai perlu tahu bahawa penghakiman berbeza dalam sistem perundangan Malaysia hanyalah perbezaan pendapat dan penghakiman majoriti yang sebenarnya diguna pakai.
“Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa sebarang tafsiran lain akan menjadi songsang dan menyalahgunakan proses mahkamah.
“Oleh itu, percubaan berterusan untuk mengeksploitasi penghakiman minoriti untuk membingungkan orang ramai mengenai prinsip-prinsip undang-undang yang kukuh dalam sistem keadilan kita hanya akan menyumbang kepada usaha untuk merosakkan keyakinan yang diletakkan oleh kita semua terhadap kehakiman sebagai institusi dihormati,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Dia menjelaskan bahawa harus ada kepastian dalam hal litigasi, dan struktur undang-undang harus memastikan perkara tersebut. Katanya, jika pendapat minoriti menyebabkan semakan semula, maka tidak akan berlaku kesudahan untuk litigasi.
“Ia juga akan membuka pintu kepada peguam dan hakim yang terdedah kepada ‘strategi yang tidak menyenangkan’ atau ‘pengaruh luar’ hanya untuk menyebabkan situasi semakan semula dan menghalang jalannya keadilan,” tambahnya.
Cheah berkata keputusan majoriti 4 berbanding 1 terhadap bekas perdana menteri itu juga bermakna kes SRC International harus dianggap res judicata , yang bermakna ia telah diadili oleh mahkamah yang berwibawa dan oleh itu mungkin tidak diteruskan oleh pihak yang sama.
Pada ketika ini, kes SRC International membabitkan Najib telah diputuskan oleh mahkamah tinggi, dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, dan kemudian disemak oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang berbeza.
Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat alasan yang sah untuk mensabitkan Najib dalam kes SRC, kata Cheah.
Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta kerana rasuah dalam perbicaraan SRC International melibatkan RM42 juta.
Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menyampaikan keputusan majoriti yang menolak permohonanya untuk melakukan semakan terhadap keputusan berkenaan.
Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/661005
Bila Menteri Besar Perlis dari PAS sendiri ( Wadah Daily ) yg memberi amaran kpd penceramah2 utk mendapatkan tauliah dahulu utk berceramah di Perlis… apa kata pemimpin PAS dan walaun mereka?
Adakah MB Perlis dari PAS zalim atau menzalimi partinya sendiri, tidak menghomarti agama Islam, jahil agama dan bermacam macam tuduhan lagi sebelum ini dilemparkan kepada kerajaan Perpaduan?
Malah mereka sanggup menderhaka perintah Raja2 Melayu apabila mereka pula seperti mengajar ke bawah Duli Raja2 utk duduk berbincang isu pertauliahan ini.
Lebih melucukan Ustaz Wadi Annuar memberitahu dia tidak dipelawa memohon tauliah. Analogi dia mudah sahaja Ustaz adakah seseorang pemandu tanpa lesen bila disaman polis dia memberi alasan JPJ tidak mempelawa dirinya memohon lesen…? Jgn buat alasan macam budak2.
Jujur sejak pertemuan PMX bersamanya… saya memang suka dgn Mohd Shukri Hashim ini. Dia memang fokus kpd kerja dan kurang berpolitik.