MUHYIDDIN TETAP DAFTAR PN.ADAKAH UMNO DAN PAS TIDAK MENYERTAINYA


Sebaik saja Najib Razak dijatuhi hukuman bersalah dalam kes rasuah, pecah amanah dan penggubahan wang haram melibatkan dana SRC International 28 Julai lalu, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudiannya mengumumkan parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional atau PN secara rasmi.
Sebaliknya, kata beliau, UMNO hanya akan bekerjasama dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) untuk menghadapi PRU15 akan datang.
Tindakan Zahid Hamidi itu dilihat banyak pihak sebagai tanda kekecewaan UMNO terhadap keputusan mahkamah melibatkan Najib serta kebimbangan dengan nasib dirinya yang juga berdepan lebih 80 kes, termasuk sebahagiannya sedang dalam perbicaraan.
Selepas itu, melalui pengumumam oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosialnya dua hari lalu, beliau memaklumkan, Pas turut sepakat dengan UMNO untuk tidak menyertai PN.
Katanya, keputusan bersama UMNO dan Pas itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk MN yang dihadiri kepimpinan kedua-dua parti.
Berdasarkan keengganan UMNO dan Pas menyertai PN, realitinya adalah mustahil untuk gabungan itu didaftarkan secara rasmi, meskipun Muhyiddin Yassin diketahui sangat ingin ia menjadi realiti.
Berbanding MN yang mana Bersatu turut dipelawa oleh UMNO dan Pas untuk menyertainya, Muhyiddin sebenarnya lebih selesa mendaftarkan PN dan semua parti yang bersamanya dalam kerajaan sekarang menyertainya sebagai komponen.
Ini kerana hanya melalui PN, beliau akan dianggap sebagai ketua, manakala jika Bersatu diterima sebagai ahli baru dalam MN, parti itu terpaksa berada di bawah UMNO yang lebih besar serta sudah diakui sebagai “abang besarnya”.
Sebab itu, isu penyertaan Bersatu ke dalam MN masih lagi tergantung dan tiada apa-apa perkembangan sehingga kini kerana Muhyiddin difahamkan tidak berapa selesa berada di dalamnya.
Tetapi, perkembangan terbaru memperlihatkan sementara UMNO dan Pas berpegang teguh dengan MN, soal pendaftaran PN sudah pun diuruskan dan ia kini berada di tangan RoS atau Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk menunggu kelulusannya.
Menurut Naib Presiden Bersatu, Abdul Rashid Asari, pendaftaran PN telah dikemukakan kepada RoS pada minggu lalu dan keputusan mengenainya dijangka diketahui dalam masa terdekat ini.
“Permohonan mendaftarkan PN secara sah sudah dihantar kepada ROS minggu lalu.
“Keputusannya dijangka diketahui dalam masa terdekat,” ujarnya ringkas.
Dalam hal ini, oleh kerana Zahid Hamidi telah memaklumkan bahawa UMNO tidak akan menyertai PN dan Jawatankuasa Induk MN turut membuat keputusan bahawa parti itu dan Pas tidak akan bersama dalam gabungan tersebut, adalah jelas usaha mendaftarkan PN adalah semata-mata usaha Muhyiddin bersama Bersatu serta Geng Azmin Ali.
Cuma, apakah pendirian UMNO dan Pas akan terus kekal tidak mahu menyertai PN setelah ia didaftarkan secara sah nanti?
Atau UMNO dan Pas melalui MN, demi untuk kekal memegang jawatan dalam kerajaan, akan menjadi sebahagian komponen PN akhirnya?
Apakah penyertaan MN ke dalam PN juga nantinya mungkin ada kaitan sama dengan tolak ansur dalam kes mahkamah Zahid Hamidi? (Shahbudindotcom 11/08/2020)

WAN FAYHSAL PATUT DIGUGURKAN DARI KABINET

PEMIMPIN PAS MEMANG SUKA BOHONG?

PENING WALAON, UMNO CADANG PAS GUNA ‘DACING’ LOGO BERSAMA

YEHHHH....PERJUANGAN YANG TELAH LENGKAP...KALAU PH BUAT SAH SAH MELAYU ISLE TERANCAM



Nasib baik zaman Melayu Islam . Kalau berlaku zaman PH mahu menjerit sampai terkeluaq biji terlondeh seluar.
Yang tak sekolah sampai universiti pun terkinja bersembang kononnya Melayu Isle terancam ishhh.,minda miskin jiwa penggemis..kalau lah perjuangan Anwar sah sah dihentam sampai terduduk...itulah miskinnya jiwa bangsa Melayu ketkka PH memerintah.

SETIAKAWAN NAJIB DAN ZAID


Shahbudin Husin


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim baru-baru ini telah menjalani pembedahan lutut di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Pembedahan itu adalah berikutan sakit lutut yang telah dideritanya sejak sekian lama.

Tetapi, apa yang membuat Zaid berasa terharu ialah berikutan kesudian bekas Perdana Menteri, Najib Razak melawatnya sebaik diketahuinya bekas Pengerusi DAP  Kelantan itu berada di hospital.

Walaupun berbeza pendirian politik sebelum ini, bagi Zaid, Najib seorang yang lebih menghargai hubungan setiakawan antara mereka berbanding soal-soal lain

“Saya terharu dengan kesudiannya menziarahi saya,” kata Zaid yang dijangka berehat selama dua bulan akibat pembedahan lutut itu.

TIDAK PERLU HALANG USAHA ISWARDY MORNI



Kita kenali Sdr Iswardy Morni sebagai aktivis politik dan juga pengamal media sosial yang mempunyai ramai pengikut dari berbagai golongan serta peringkat.  Anak muda Sarawak ini boleh dikatakan setiap hari, siang dan malam rajin bersiaran melalui live FB dengan membawa berbagai tajuk dan isu-isu semasa.

Sesiapa yang rajin mengikuti siaran Live beliau sudah tentu tahu bahawa beliau adalah anak muda yang kritis tetapi komited dengan perjuangan reformasi.  Tidak ramai anak muda terutamanya dari Sabah atau Sarawak yang mampu mengulas banyak isu nasional.  Iswardy berjaya melakukannya.

Benar, tidak semua di antara kita sependapat dengan beliau di dalam beberapa isu tetapi secara umumnya apa yang beliau sentuh kesemuanya adalah untuk kebaikan PH khususnya Keadilan.  Sedikit sebanyak mungkin ada yang tersentuh atau terasa hati terutamanya di kalangan pimpinan parti, tetapi kita mesti terima hakikat bahawa parti Keadilan ini parti yang bersedia untuk menerima kritikan atau teguran secara beradab walaupun kadangkala nampak keras.

Baru-baru ini beliau terpaksa ke balai polis kerana terdapat laporan terhadapnya kononnya beliau mengumpul dana dengan menggunakan nama MPN Sarawak.  Apa yang saya lihat dan saya faham, beliau sedang berusaha untuk mengumpul dana di atas inisiatifnya sendiri bersama teman-teman bagi kegunaan kempen dan gerak kerja pilihanraya.  Saya tidak pernah melihat atau mendengar beliau mengaitkan usahanya itu dengan MPN Sarawak.  Dana itu disebut sebagai dana PRN Sarawak, bukannya MPN Sarawak.  Maka, sepatutnya usaha beliau ini disokong malah wajar dibantu.

Akibat salah faham ini, ianya sedikit sebanyak menyusahkan beliau di samping mungkin mengakibatkan ada yang terkeliru.  Untuk makluman, Iswardy bukan ahli dari MPN Sarawak dan tidak timbul beliau mempergunakan nama MPN.  Malahan di dalam poster yang diviralkan itu pun tidak disebut langsung nama MPN.

Saya mengharapkan semua salah faham atau kekeliruan ini dapat diselesaikan.  Kita patut menyokong sebarang usaha dari mana-mana pihak yang mahu memperkukuhkan parti sekaligus memperkukuhkan PH.  Semoga beliau terus berkarya dan beraksi di media sosial.

WFAUZDIN NS

PH PERLU JAUHI PARTI BARU MAHATHIR



Ana punya analisa, Mahathir tubuh parti baru ini adalah untuk menghancurkan Bersatu. Dah hancur Bersatu, dia nak hancurkan PH. Bagaimana?

Apabila parti baru Mahathir ditubuhkan, MP & Adun Bersatu akan beralih arah kepadanya sebab Bersatu tiada masa depan jika terus bersama UMNO &PAS. UMNO takkan bagi muka kat Bersatu sebab Bersatu ni cuma bersalin kulit aje. Malah PRU14 hari tu Bersatu lebih banyak bertanding di kawasan UMNO. Takkan nak mengalah. Jadi, baik pemimpin mahupun ahli Bersatu tidak lagi ada masa depan jika Bersatu terus bersama dengan UMNO & PAS. Oleh itu, lebih baik melompat ke parti baru Mahathir yang mempunyai peluang yang lebih luas & terbuka. First come first served basis. Pelompatan perlu berlaku sekarang sebelum dibanjiri oleh muka² baru. Nanti peluang tertutup jika lambat. Malah selepas melompat, peluang bertanding terbuka luas.

Bila melompat, hancur laa Bersatu. PAS? PAS seperti biasa akan sailang UMNO di kerusi-kersi Melayu. Tak leh pakai punya. PR dulu dah kena 7 kerusi. Semua BN menang.

Apabila Bersatu dah hancur dengan melompatnya pemimpin ke dalam parti baru Mahathir, tiba giliran untuk menghancurkan PH pula. Bagaimana?

Setelah parti baru Mahathir dilihat mempunyai sedikit kekuatan, mereka akan cuba masuk PH pula. PH dijangka akan sedikit retak dalam membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak parti baru Mahathir. Keutuhan PH kini bergantung kepada ketegasan Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu & Lim Guan Eng

Jika PH terima parti baru Mahathir, mereka akan meminta jumlah kerusi yang sama seperti PRU14 dan bertanding di kawasan Melayu. Ini pasti. Modus operandi yang sama. Jika ini berlaku, maka kehancuran PH kali kedua bakal berlaku. Pengkhianatan besara-besaran akan berlaku.

Pokoknya, adalah lebih baik PH menjauhkan diri dari parti baru Mahathir. Jangan risau undi Melayu. Mahathir bukan ikon yang disenangi Melayu hari ini. Jika beliau solat Jumaat di Masjid Negara pun, yang berselfie dengannya adalah Indon, Bangla, Pakistan & pelancong asing. PRU14 membuktikan parti beliau bertanding paling banyak di kawasan Melayu tapi menang paling sedikit. PH perlu jauhkan diri, itu sahaja caranya untuk menghalang PH dari dihancurkan setelah Bersatu dihancurkan. Wallahuaklam.

Dr Ariff Kadir Al-Katami
Pakar Strategi Nusantara



ADUAN KISAH SEORANG PEGAWAI DARI SEORANG BEKAS PEGAWAI


Mohd Asri Abu Bakar

Perkara tentang kelemahan Polis (PDRM) ini dah lama terjadi. Banyak sangat ketirisan berlaku sejak dulu lagi. Lobi melobi sudah lama terpakai. Malah kita pernah mendengar bahawa ada pihak2 dari sindiket2 tertentu yang boleh mengatur tempat atau jawatan untuk seseorang Pegawai. Kelemahan yang paling ketara ialah apabila ada 'double standard' dalam menentukan kesalahan atau kenaikan pangkat seseorang.

Saya bagi satu contoh:

Ada seorang Pegawai Polis di sebuah Daerah di dalam Negeri Selangor. Dia ni kan, perwatakannya memang terlalu sombong, biadap, berlagak dan mulutnya betul2 kurang hajar bila menegur pegawai @ anggota bawahannya. Lebih buruk dan teruk...dia memang tidak suka melayan atau berurusan dengan penduduk2 sekitar atau orang2 awam. Di fahamkan juga, dia ni memang jenis suka menghina, memperlekehkan dan memaki hamun orang2 bawahannya.

Dia ni pernah terlibat dengan satu kes besar iaitu 'menghilangkan' pistol dalam simpanan/miliknya (pistol milik PDRM). Tahu apa tindakan terhadap beliau?. Dia hanya di tukarkan ke sebuah daerah Polis yang lain dan kekal dengan jawatan Acting DSP. Tidak berapa bulan di daerah tersebut, dia kemudiannya telah di sahkan jawatan (DSP). Tak lama jer selepas itu (beberapa bulan sahaja selepas confirm DSP), dia di beri Acting Supt, dan berpindah ke Daerah lain pula (menjawat jawatan Tim. Ketua Polis Daerah). Selepas confirm pangkat Supt, dia boleh pulak di lantik menjadi Ketua Polis Daerah dengan memangku pangkat ACP dan kini, dia menjadi Ketua Siasatan Jenayah di sebuah negeri di pantai Timur dengan memakai pangkat penuh ACP (confirm). Dengar2 berita dan ura2 terbaharu, dia akan kembali ke Lembah Klang dengan memegang jawatan yang sama tapi dengan memangku pangkat SAC.

Konon2nya...dia ni anak orang kaya. Pakciknya pula orang ternama. Tapi jika benar sekalipun, layakkah dia melayan orang2 bawahannya seperti 'anjing kurap'?. dan apa pula kejayaan2nya?.  Actually...TIADA!!!. dia naik atas SOKONGAN POLITIK @ SOKONGAN/LANTIKAN IKUT PINTU BELAKANG.

Jika betullah dia ni anak orang berada/kaya/jutawan...lebih baiklah dia tinggalkan sahaja kerjaya kepolisan ini. Secara jujurnya, dengan lagak dan keceluparan mulutnya itu....tidak menjadikan beliau seorang Pegawai kanan Polis yang bagus dan terbaik. Dia hanya menjadi liabiliti serta bukti2 kelemahan dalam pengurusan PDRM dan boleh mendatangkan kebencian masyarakat kepada Polis. Kebanyakan Pegawai2 Polis yang ego dan berlagak ini...mereka bersikap begitu hanya kerana mereka memiliki kemewahan (tak tahu lah dari mana sumber pendapatan tambahannya itu).

Soalannya:

Macamana seorang Pegawai Polis yang cuai, biadap dan kurang ajar itu...(pernah juga hilangkan senjata pistol), boleh mendapat jawatan dan pangkat dalam tempoh waktu yang terlalalu pantas, cepat dan secara tidak wajar?.

Layakkah orang seperti dia menjadi seorang Pegawai Kanan Polis hanya semata-mata kerana mempunyai Ijazah dari luar Negara dan fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris?


(Sidang Media) Lim Guan Eng: Kalau Nak Tentang Sama Saya, Ambilah Ke Atas Saya, Mengapa Isteri Saya?



ANTARA DUA DARJAT! DAN LAIN LAIN KARTUN POLITIK UNGGUL Buy Zunar's books/donate @ www.zunar.my






21 POSTING SETAKAT INI .LAGI BERITA MENYUSUL





SILA KE  OLDER POST  ATAU TEKAN      >    UNTUK BERITA AWAL PAGI.TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA. BEBASKAN MEDIA.

Politik anak muda




Oleh Shahrul Shahabudin
(Naib Setiausaha DAP Kubu)
Sewaktu Debat Kebudayaan 1968 masih lagi hangat, teringat kata-kata Syed Naquib Al-Attas kepada saudara Lim Kit Siang yang menyifatkan cabaran yang dikemukan oleh saudara Lim Kit Siang disifatkan oleh Syed Naquib Al-Attas sebagai tidak berasas kerana bagi beliau saudara Lim Kit Siang tiada latar pendidikan yang setanding dengan beliau. Lebih kurang begitulah kata-kata Syed Naquib Al-Attas.

Selepas 40 tahun Debat Kebudayaan 1968, pada sekitar penghujung tahun 2018 telah diadakan sebuah forum 50 Tahun Debat Kebudayaan 1968: Mahu Ke Mana Malaysia? Pada forum yang dianjurkan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ini turut diserikan dengan kehadiran saudara Lim Kit Siang dan juga seorang Timbalan Menteri kerajaan Perikatan Nasional pada hari ini. Timbalan Menteri pada waktu itu hanya seorang pegawai kepada Menteri, begitu tegas menyokong idea yang pernah dilontarkan Syed Naquib Al-Attas apabila diberikan peluang untuk berucap. Namun tidak pula saudara Lim Kit Siang sedikitpun memperlekehkan orang muda tersebut walaupun dirinya jauh lebih berpengalaman dalam arena politik tanah air.

Gerangan yang disurahkan ini merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerajaan Perikatan Nasional iaitu YB Senator Wan Ahmad Fayhsal. Nama yang cukup sinonim dengan jargon yang berlebihan dan cakap tak serupa bikin.

Pada hari Ahad yang lepas, YB Timbalan Menteri ini menggemparkan kita semua dengan video yang tular menyaksikan beliau dengan angkuhnya menunjukkan ‘kekuasaaan’ beliau sebagai Timbalan Menteri bagi memberikan surat sokongan kepada rakan-rakan Armadanya. Jelas, ini merupakan salah satu ‘usaha’ beliau bagi memancing undi supaya para pimpinan Armanada akan memilih beliau sebagai Ketua Armada pada Pemilihan Agung Bersatu pada tahun ini. Tindakan tegas perlu diambil oleh SPRM bagi menyiasat Wan Ahmad Fayhsal kerana ternyata beliau sudah menyalahgunakan amanah yang diberikan kepadanya bagi tujuan politiknya sahaja.

Tindak-tanduk beliau jelas mencerminkan kelemahan dan kekurangan yang ada pada kerajaan Perikatan Nasional. Tidak ada sebarang idea yang segar disebabkan oleh kabinet yang kembung dipenuhi dengan idea-idea pentadbiran purbakala dan hanya mampu menawarkan jawatan bagi membeli Ahli Parlimen. Walaupun Timbalan Menteri ini bukan salah seorang ahli kabinet seperti yang pernah diperakui beliau tempoh hari, tindak-tanduknya jelas memperakui beberapa bait-bait lirik lagu Oasis-Half the World Away iaitu “my body feels young but my mind is very old”. Bait lirik tersebut ternyata memberikan gambaran yang tepat buat Wan Ahmad Fahysal yang masih lagi muda namun sudah sebati pula dengan amalan politik lama yang tidak bersih dan ternyata tidak membangunkan golongan muda.

Nama saja orang muda namun apabila berpolitik, diterjemahkan gaya politik lama yang sudah sekian lama merosakkan arena politik negara, itulah dia Wan Ahmad Fahysal. Jika hendak dibandingkan dengan dengan regu Kementerian Belia dan Sukan sewaktu tempoh pemerintahan Pakatan harapan iaitu SS2, Syed Saddiq dan Steven Sim mereka jelas memancarkan idealisme orang muda. Tender terbuka, perlaksanaan program-program belia dan sukan seperti Hari Sukan Negara yang bukan sahaja mendatangkan impak yang besar namun berjaya dijalankan dengan penjimatan yang banyak selain pemerkasaan belia melalui FeloPerdana, Malaysia Future Leaders School dan banyak lagi.

Inilah sebenarnya ahli-ahli politik muda yang kita perlukan dan bukannya apa yang ditawarkan oleh kerajaan Perikatan Nasional melalui Wan Ahmad Fayhsal. Sudahlah masih lagi terkial-kial mentadbir Kementerian bersama-sama Menteri Belia dan Sukan yang tidak begitu popular dalam kalangan anak muda, namun lebih banyak menumpukan kepada usaha membeli undi dengan jawatan seperti “abah” dan rakan-rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Perkara ini jelas mencerminkan kemiskinan pemimpin muda dalam kalangan parti-parti Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional. Perkara ini jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan Pakatan Harapan yang jelas ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber dan penuh idealisme.

Parti seperti DAP begitu “mewah” dengan pemimpin-pemimpin muda yang berkualiti seperti Steven Sim (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Howard Lee (Ketua Kebangsaan DAPSY & Adun Pasir Pinji), Sheikh Omar Ali (Adun Paloh) & ramai lagi. Dengan menjadikan Howard Lee sebagai contoh, beliau sungguh efektif sebagai Adun dan juga Exco Belia dan Sukan Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan SUKMA 2018 di Perak dengan gilang-gemilang selain turut menjadi perhatian musuh seperti mantan Perdana Menteri, Najib Razak.

Sesungguhnya, parti-parti komponen lain dalam Pakatan Harapan seperti PKR dan Amanah juga begitu “mewah” dengan bakat-bakat kepimpinan muda seperti Nurul Izzah (Ahli Parlimen Permatang Pauh), Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru), Fahmi Fadzil (Ahli Parlimen Lembah Pantai), Faiz Fadzil (ADUN Permatang Pasir) dan ramai lagi. Perkara ini membuktikan betapa Pakatan Harapan sentiasa memberikan peluang kepada golongan muda untuk terlibat sama dalam politik dan tadbir urus negara.

Perkara ini bukan sahaja penting bagi memastikan persiapan bagi kepimpinan masa hadapan Malaysia tidak terganggu namun turut menjadikan orang muda sebagai pemimpin Malaysia pada hari ini juga kerana idealisme orang muda amat mustahak bagi membina landasan bagi masa hadapan Malaysia yang lebih baik.

Sejajar dengan itu, tugas kita pemimpin muda dalam setiap parti berada pada sebuah persimpangan yang amat penting. Kita perlu bersama-sama memastikan pengundi-pengundi muda dapat bersama dengan kita bukan sahaja pada pilihan raya yang akan datang namun turut terlibat sama dalam urusan pentadbiran negara dan masyarakat. Hal ini demikian kerana, pandangan mereka begitu bernilai untuk memastikan kita semua tidak syok sendiri seperti Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang sekarang.

Memetik kata-kata Ooi Kee Beng, Pengarah Eksekutif Penang Institute pada pelancaran buku terbaharu saudara Liew Chin Tong, beliau menyebut tentang keperluan dan kepentingan bagi lapisan poilitik yang baharu dijelmakan dengan memberikan laluan kepada orang muda kerana hanya muda yang penuh dengan idealisme saja yang berani untuk melakukan perubahan. Usalah orang muda terikut-ikut dengan sikap Mat Jargon ini dan sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik. Masa kita! 



SEDIAKAH PAS TERUTAMANYA, GUNA LOGO DACING?KEH..KEH


Image may contain: 2 people, text that says "RM3.3juta Harian Akhbar Prihatir Pengguna Hanya RM1 20 senaskhah Sinar com.my TELUS TULUS sinarharian.c Harian #Malaysia COVID 147 9,094 RM1.20 JUMLAHKE 125 8,803 19,902,316 UMNO AJAK BERSATU, PAS GUNA LOGO BN PADA PRU15 BEBERAPA " iag Gunak"
Pendirian Pemuda UMNO dan BN untuk mencadangkan kepada kepimpinan tertinggi UMNO dan BN agar LAMBANG BN (DACING) digunakan untuk hadapi PRU-15 akan datang dan PRN Sabah.
Juga menawarkan kepada rakan-rakan Muafakat Nasional PAS dan BERSATU untuk menggunakan lambang yang sama.
Apa-apapun mesti bermuafakat dan berkerjasama untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru bagi memastikan kepentingan rakyat dan negera terpelihara.
Apakah anda bersetuju?
DR. ASYRAF WAJDI DUSUKi
Ketua Pemuda UMNO.



Pas kata jadi kerajaan bukan melalui pilihan raya adalah anugerah Allah

Pas kata jadi kerajaan bukan melalui pilihan raya adalah anugerah Allah
Pas mendakwa memegang kuasa pemerintahan tanpa melalui proses demokrasi merupakan anugerah daripada Allah.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mustafa Shaari berkata, ini menunjukkan betapa perjuangan didukung makhluk hanya akan mencapai kemenangan yang dihasratkan apabila mendapat izin daripada Allah.
Walaubagaimana pun, kemenangan di dunia sebagaimana teladan telah ditunjuk para Nabi dan Rasul itu ada dua jenis yakni mutlak dan berkongsi yang diimbasnya dari ibrah Nabi Daud A.S, Nabi Sulaiman A.S, Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Yusuf A.S.

“Kita ketahui bahawa Nabi Daud, Nabi Sulaiman dan juga Nabi Muhammad adalah pemerintah negara dengan membawa Islam ke mercu kemenangan dan itulah kemenangan mutlak di mana Islam memegang tampuk pemerintahan seluruhnya.

“Manakala kemenangan berkongsi dapat kita kaji terhadap sejarah Nabi Yusuf yang mana baginda berada dalam tampuk pemerintah Mesir yang ketika itu bukan beragama Islam tetapi baginda boleh mengukuhkan dakwah serta melaksanakan hukum Allah,” katanya ketika merasmikan Majlis Mesyuarat Agung PAS Pasir Salak Kali Ke-56 di Markas PAS Pasir Salakm Chenderong Balai, di sini.
Beliau mengingatkan bahawa kuasa miliki bukanlah untuk dibanggakan tetapi melaksanakan amanah dengan sebaiknya di mana Nabi Muhammad mengibaratkan umat ini umpama lilin.

Beliau menyeru dengan kuasa dan kedudukan yang dimiliki hari ini digunakan untuk mengukuhkan dakwah dan meneruskan perjuangan menegakkan agama Islam, agar segalanya dilakukan untuk Islam dilihat dan dinilai oleh Allah.

Tumpu bangunkan negara, bukan politik dendam picisan



Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Isnin 10 Ogos 2020:
Seruan kepada semua rakyat Malaysia untuk bersatu padu dan kembali berazam dan berjuang semula untuk mengembalikan maruah dan kesusilaan dalam sebuah Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, dan integriti
Saya menyeru semua rakyat Malaysia untuk untuk bersatu padu dan kembali berazam dan berjuang semula untuk mengembalikan maruah dan kesusilaan dalam sebuah Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, prinsip-prinsip demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, dan integriti. 
Dalam beberapa hari yang lepas, selain daripada penganiayaan politikal terhadap Betty Chew — hanya kerana beliau merupakan isteri kepada Lim Guan Eng — negara kita telah menyaksikan beberapa kejadian yang menunjukkan defisit maruah dalam negara yang semestinya menjadi satu perkara yang amat merunsingkan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan tanah airnya, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, mahupun jantina. 
Kita membaca berita di mana para netizen menyatakan sokongan mereka kepada seorang pemuda yang didenda RM1,000 di atas dakwaan beliau tidak memakai topeng muka dengan betul semasa menunggu keretapi. 
Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng telah menawarkan untuk membantu pemuda yang telah didenda tersebut dan menggesa beliau untuk menghubunginya untuk bantuan.
Malah, semua denda yang telah dikutip ini seharusnya dipulangkan semula memandangkan kita semua dapat melihat penguatkuasaan undang-undang ini tidak sekata, di mana terdapat ramai ahli politik di tempat awam diambil gambarnya tanpa memakai penutup muka.
Seperti yang dicadangkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii di Parlimen sebelum ini, denda RM1,000 ini harus dikurangkan kepada RM200 ke RM300 untuk kesalahan kali pertama. Nilai RM1,000 ini memakan hampir 87% daripada gaji bulanan minima dalam negara kita — tidak seperti denda yang dikenakan di Victoria, Australia, yang hanya memakan kira-kira 6.7% daripada gaji minima di sana.
Perkara ini tidak adil, kerana tujuan denda ini seharusnya untuk mendidik rakyat dan bukannya untuk menghukum. 
Lebih baik lagi jika cadangan pemimpin DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, supaya harga penutup muka ini diturunkan, terutamanya untuk golongan rakyat yang memerlukan, memandangkan pendapatan mereka di dalam golongan B40 berada di bawah paras purata. 
Di dalam sebuah Malaysia yang mengutamakan maruah dan kesusilaan dalam kehidupan harian, masalah-masalah seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan jika ia berlaku, pastinya akan diselesaikan dengan pantas.
Kesopanan, kesusilaan, dan maruah dalam negara kita telah merudum teruk, di mana kita dapat melihat wakil rakyat melompat parti tanpa sebarang segan silu, seorang Menteri secara sorok-sorok “vape” di dalam Parlimen, dan penjawat awam tanpa malu dan segan, menjaja dan menyalahguna jawatan untuk kepentingan politik dan diri sendiri. 
Salah satu cabaran terbesar dalam era internet dan maklumat kini adalah untuk memastikan tahap literasi media yang tinggi dalam negara kita, untuk memastikan rakyat boleh membezakan kebenaran dalam lautan penipuan dan fitnah dan untuk tidak mengongsikan berita yang diterima melalui Whatsapp, Facebook, ataupun Youtube, sehinggalah mereka dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut. 
Bukanlah sebelum ini penipuan dan fitnah tidak tersebar, tetapi kini, perkara ini tersebar dengan jauh lebih pantas dan meluas, dengan impak yang sangat hebat sehingga boleh memusnahkan reputasi seseorang itu mahupun sehingga tumbangnya sebuah kerajaan dan rosaknya sesebuah negara. 
Saya teringin untuk mengetahui jika ada sesiapa yang telah dimomokkan pada tahap yang lebih teruk berbanding dengan 55 tahun perjuangan politik saya. 
Dalam dekad yang lepas, saya pernah dituduh sebagai seorang komunis, tidak cukup dengan itu, saya juga dituduh sebagai seorang saudara kepada Chin Peng, tetapi penulis fitnah-fitnah ini tidak menyedari yang dalam Pilihan Raya Umum 1969 yang saya bertanding, pasukan “komunis” tersebut sedang giat berkempen untuk memastikan kekalahan saya dan juga DAP. 
Saya juga telah dituduh lahir di China dan kemudiannya berenang ke Malaysia semasa saya berumur 17 tahun, tanpa mengambil kira hakikat yang saya bersekolah rendah dan menengah di Batu Pahat, Johor. 
Saya juga dituduh sebagai merancang kempen Kristianisasi untuk mengubah Malaysia kepada negara Kristian, sedangkan saya bukan beragama Kristian. 
Saya juga dituduh anti-Melayu dan anti-Islam, sedangkan tidak ada seketul pun tulang saya yang bersifat anti-Melayu mahupun anti-Islam. 
Terdapat satu video Presiden Pas, Datuk Hadi Awang, semasa kempen pilihan raya kecil Teluk Intan 2014, yang menceritakan bagaimana DAP mempertahankan PAS pada tahun 1978 apabila kerajaan negeri Kelantan tumbang kepada Barisan Nasional yang kemudiannya menyebabkan kucar-kacir dalam negeri tersebut. 
Hadi mengatakan, Barisan Nasional yang berkerjasama dengan PAS pada masa itu, tidak berbuat apa-apa untuk membantu mereka. Hanya DAP yang mempertahankan mereka pada masa itu. 
Perkara itu pada tahun 2014. Saya tidak pasti sama ada Hadi masih berpegang kepada ucapan kempen PRK Teluk Intan itu pada hari ini. 
Kempen untuk memburukkan nama saya dan Guan Eng mula mengambil bentuk yang lebih terancang dan buruk selepas tsunami politik 2008, selepas Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. 
Semasa cucu saya berumur 15 tahun, beliau telah dituduh mencabul kehormatan seorang rakan sekelas beliau di Pulau Pinang oleh tentera siber UMNO. Sehinggakan nama seorang “mangsa” didedahkan, yang kemudiannya didapati bahawa beliau berasal daripada Hong Kong dan tidak pernah datang ke Pulau Pinang!
Beberapa tahun kemudian, cucu saya ini sekali lagi menjadi tumpuan tentera siber UMNO yang menuduh beliau telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura kerana cuba menyeludup sejumlah RM2 juta dalam bentuk tunai dan kononnya Guan Eng yang ketika itu merupakan Menteri Kewangan telah terbang ke Singapura untuk memastikan anaknya dibebaskan. 
Semua ini adalah penipuan tidak berasas, seperti yang telah didedahkan oleh Ketua Polis Negara, yang telah menyatakan tiada sebarang tangkapan telah dibuat di Singapura dan Guan Eng tidak pernah meninggalkan negara ke Singapura dalam tempoh tersebut. 
Kini tentera siber UMNO sedang cuba pula untuk menggambarkan Betty Chew seperti seorang Rosmah 2.0.
Perkara ini telah memberikan inspirasi kepada seorang netizen untuk bersatira seperti berikut:
“Pihak SPRM dan Polis telah menggeledah rumah Betty Chew. Pihak berkuasa merampas barang-barang berharga berikut, antaranya, berkotak-kotak buku terbitan Mills and Boons dan buku-buku Enid Blyton, pelbagai jenis pengikat rambut, sudu garpu serta set pinggan mangkuk (dengan kesan retak), perabut Formica, sejumlah besar terompah kayu Cina, kelim kuih kapit, beg tangan PVC, pengeriting rambut, alatan memasak, dan setengah botol minyak masak berjenama Knife dan pelbagai lagi barang-barang yang didakwa berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan beliau. Teruk sekali! Pemandu lori yang dilantik oleh SPRM, Ahmad, telah bertanya kepada pihak SPRM “Ini barang nak hantar ke pejabat atau tempat besi buruk Ramasamy?”
Tetapi sekarang bukanlah masa untuk politik dendam picisan. 
Sekarang adalah masa untuk semua rakyat Malaysia yang cintakan negara, tanpa mengira kaum, agama, latar belakang tempat, umur, mahupun jantina, bersama menyelamatkan negara kita dengan satu azam dan perspektif yang dikongsi bersama, di mana semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, sama ada yang beragama Islam, Buddha, Kristian, Hindu, Taoist, mempunyai lebih banyak persamaan di antara kita semua berbanding mana-mana orang lain di dalam dunia ini, bersama-sama menikmati kehidupan dengan perpaduan, demokrasi, keadilan, kebebasan, kecemerlangan, integriti, dan kesusilaan. 
Ingatlah kata-kata Edmund Burke — Satu-satunya perkara yang akan memenangkan kejahatan adalah apabila orang-orang baik berdiam diri!
Marilah kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, mahupun umur, meneruskan usaha kita untuk menjadikan negara kita sebuah negara berkelas dunia dengan menggembelengkan nilai serta aset kepelbagaian kaum, agama, bahasa, dan budaya yang telah bertemu di Malaysia!
Negara kita berhak untuk menjadi lebih baik! 

Masuk parti selepas menang, AMANAH Pasir Salak tidak terkejut

Masuk parti selepas menang, AMANAH Pasir Salak tidak terkejut
Merujuk berita seorang ahli AMANAH iaitu saudara Mahamod bin Mohammad yang telah keluar dari AMANAH dan menyertai PAS semula adalah tidak mengejutkan. Ini kerana beliau menyertai AMANAH setelah kerajaan PH ditubuhkan.

AMANAH Pasir Salak menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menyekat kehendak ahli dengan tuduhan atau kecaman sehinggakan tidak menjaga adab dan akhlak sebagai seorang Islam. Kepulangan saudara Mahamod atau abang Eid pasti akan menjadi sejarah pada dirinya berdepan dengan masyarakat sewaktu kini dan masa akan datang.

AMANAH Pasir Salak masih kukuh dan akan terus memperkukuh kekuatan bersama Pakatan Harapan. Kami yakin pemergian abang Eid akan diganti dengan tokoh pejuang yang sebenar bagi menegakkan kebenaran.

Kepada Saudara Mahamod atau pun nama manjanya abang Eid, selamat maju jaya dan semoga silaturrahim yang telah dibina bersama dijaga dengan baik walaupun berbeza wadah perjuangan.
Mohd Syamsul Alauddin
Naib Ketua
Parti Amanah Negara
Kawasan Pasir Salak