Masuk parti selepas menang, AMANAH Pasir Salak tidak terkejut

Masuk parti selepas menang, AMANAH Pasir Salak tidak terkejut
Merujuk berita seorang ahli AMANAH iaitu saudara Mahamod bin Mohammad yang telah keluar dari AMANAH dan menyertai PAS semula adalah tidak mengejutkan. Ini kerana beliau menyertai AMANAH setelah kerajaan PH ditubuhkan.

AMANAH Pasir Salak menerima dengan hati yang terbuka dan tidak menyekat kehendak ahli dengan tuduhan atau kecaman sehinggakan tidak menjaga adab dan akhlak sebagai seorang Islam. Kepulangan saudara Mahamod atau abang Eid pasti akan menjadi sejarah pada dirinya berdepan dengan masyarakat sewaktu kini dan masa akan datang.

AMANAH Pasir Salak masih kukuh dan akan terus memperkukuh kekuatan bersama Pakatan Harapan. Kami yakin pemergian abang Eid akan diganti dengan tokoh pejuang yang sebenar bagi menegakkan kebenaran.

Kepada Saudara Mahamod atau pun nama manjanya abang Eid, selamat maju jaya dan semoga silaturrahim yang telah dibina bersama dijaga dengan baik walaupun berbeza wadah perjuangan.
Mohd Syamsul Alauddin
Naib Ketua
Parti Amanah Negara
Kawasan Pasir Salak