Bila lagi nak buat IPCMC?
Itulah Pentingnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)..
Sembang pasal salahguna kuasa Polis, Pasal Judi Haram.. Menjerit lah macam mana pun sejak dulu.. Benda tu tak pernah selesai..Isu Judi Haram ni bukan jer ada kat Sungai Buluh.. Ia berlaku di seluruh Negara… tak pernah selesai hatta kerajaan hari ini 90% Kerajaan Bani Melayu Islam..
Kalau kita nak ubah sistem, bukan dengan menjerit saya akan lawan sendiket ni.. Saya diugut Sendiket tu.. bukan… Tu sembang jer.. kadang2 hat sembang deras ni lagi aku tak percaya..Tapi kita kena berani Reform..
Hatta SPRM hari ini pun ada pegawainya ditangkap salah guna kuasa.. Dia bukan isu soal PDRM.. Ramai jugak anggota polis yang amanah… ada integriti.. ada juga kadang2 depa jadi mangsa.. sebab sendiket pegang kepala depa..Jangan pukul rata..
Antara janji Manifesto PH adalah Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).. Sepatutnya Rang Undang-Undang (RUU) bagi menubuhkan IPCMC akan dibentang pada sidang Parlimen Mac 2019.., tapi usaha berkenaan terhenti sebab bantahan pelbagai pihak, termasuk sembilan persatuan pesara polis.
Yang bantah persatuan Polis sendiri.. Sebab apa ? Sendiri faham lah… Jangan kata bekas pesara Polis, Bekas bekas ketua Polis pun takut.. jadi macam mana nak buat reform..? Rasanya PAS ngan UMNO pun bantah IPCMC ni..
Kalau Kerajaan yang ada ni dok main scheme of things, Timbalan Menteri hat konon kelompok reform dulu pun beli sokongan parti dengan Rasuah perwakilan.. apa yg boleh diharapkan..itu baru bertanding jawatan ketua pemuda… takda rasa malu pun depa buat mcm tu.. jadi hangpa ingat boleh nak reform?
Masa Kerajaan PH nak bentang Rang Undang-Undang (RUU) bagi menubuhkan IPCMC ..hanya Ketua Polis Negara Datuk Seri Hamid Badoor yang tegas sokong penubuhan IPCMC.. Yang lain semua senyap sunyi termasuk hat kononnya hebat sangat nak lawan sana sini…
Percayalah.. Hat nak lawan Judi.. Lawan Ahlong.. Lawan apapun ni sembang lah… hat abang long pun ramai jaga kelab malam… jadi tukang tarik kereta tauke dan Bank, apalagi tukang kutip duit Ahlong..Kalau nak buat perubahan..kena bermula dari perubahan Kerajaan dan sistem tu sendiri.. itulah pentingnya Reform yang sebenar..