KENYATAAN DSAI TELAH DI PUTARBELITKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA.SILA BACA DENGAN TELITI







Parti Keadilan Rakyat
Dato' Seri Anwar Ibrahim:
Benarkan Perhimpunan HINDRAF


November 21. Petaling Jaya, Malaysia - Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sewajarnya menyegerakan kelulusan permit membenarkan HINDRAF menganjurkan perhimpunan sebagaimana dirancangan pada 25 November 2007.

Ini aadalah merupakan hak demokratik bagi seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan pendapat dan hak mereka secara aman. Sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunan BERSIH sebelum ini, sekiranya pihak polis sedia memberikan kerjasama, keselamatan dan perjalanan apa sahaja perhimpunan boleh terjamin.

Sebagai individu yang percaya akan prinsip keadilan untuk semua, saya begitu simpati dengan matlamat HINDRAF yang murni. Komuniti India telah sekian lama menderita dan adalah penting pada waktu ini untuk menghentikan segala bentuk penindasan senyap dan jurang kemiskinan semua bangsa.

Saya berharap agar perhimpunan ini akan mencapai matlamatnya untuk menjamin hak komuniti India sebagai rakyat Malaysia, dan adalah menjadi hak mereka untuk mendapatkan upaya sara hidup dan kualiti kehidupan seharian komuniti India seluruh Malaysia. Saya kekal menyatakan pendirian saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan seluruh rakyat Malaysia

Kita perlu mengiktiraf pengorbanan rakan-rakan komuniti India seluruhnya yang telah berkhidmat kepada Yang DiPertuan Agong dan negara dengan jujur dan penuh dedikasi dalam pelbagai bidang.

ANWAR IBRAHIM

-- FOR IMMEDIATE RELEASE --

November 21. Petaling Jaya, Malaysia -- The Malaysian Government and the Royal Malaysian Police should immediately issue a permit allowing the HINDRAF (Hindu Rights Action Force) organised rally to proceed as planned on 25 November 2007.

It is the democratic right of all Malaysians to express their views and concerns peacefully. As the recent BERSIH rally demonstrated, if the police decide to cooperate, the security and orderliness of any gathering can be guaranteed.

As a firm believer in the principle of justice for all, I am
sympathetic to the peaceful intentions of HINDRAF. The Indian community has been suffering in silence and the time is most opportune to bring an end to the neglect and marginalisation of the poor of all races.

I hope this rally will achieve its goal of affirming the interests of the Indian community as Malaysian citizens, and its right for a higher standard of living and quality of life.

I remain dedicated to the cause of justice for all Malaysians. We need to recognise the sacrifice and dedication of our fellow Indian citizens who have served King and country loyally with distinction in many fields of endeavour.

ANWAR IBRAHIM

Office of Anwar Ibrahim
info@anwaribrahim.com


RALAT


NAMA YM RAJA PETRA KAMARUDDIN

INILAH KESILAPAN SEMASA MENGADAKAN DEMONTRASI.JIKA KATA-KATA SDR MOHANDAS DIGUNAPAKAI KEMUNGKINAN SEGALA DAKWAAN PEMERINTAH TADI MUNGKIN DAPAT DIKETEPIKAN.APA PUN USAHA HARUS DITERUSKAN BAGI MEMBEBASKAN PERTUDUHAN DAN DAKWAAN KEPADA 31 PESERTA PERHIMPUNAN HINDRAFF-catatan blogger.


TAG 2379:
Teka-teki Kaum India
(
The Indian Question)
Oleh Mohandass Karamchand
- Laman M@RHAEN



Bantahan kaum India di Kuala Lumpur telah mencapai kejayaan yang besar kerana ia telah membuat bising yang terlalu hebat. Akan tetapi kaum India yang membuat protes itu terlupa melaungkan Daulat Tuanku. Sebaliknya mereka telah menunjukkan kesetiaan kepada Baginda Ratu Elizabeth II dengan membawa sepanduk yang memaparkan gambar Ratu Elizabeth. Yang lain telah menjulang-julang potret Mahatma Ghandi.

Mengikut laporan NST, penasihat perundangan HINDRAF, P. Uthayakumar berkata bahawa mereka akan ‘merasakan ujian kedua’ (second bite at the cherry) apabila mereka pergi ke London pada pertengahan Januari nanti untuk menyerahkan satu memorandum kepada Ratu England itu. Akan tetapi Baginda dilaporkan kerap menanggung kesakitan perut memulas dan kurang selesa sepanjang bulan-bulan musim sejuk seperti Januari – sejenis penderitaan yang diwarisi daripada nenek moyang yang mengelak serangan musim sejuk disebabkan pada zaman dahulu kala mereka tidak mempunyai kemudahan tandas dalam rumah (internal plumbing). Ratu England mungkinlah tidak begitu gering untuk menerima ketibaan Uthayakumar. Akan tetapi sudah wujud sedikit kecelaruan. NST melaporkan:

Kita tidak mahu bergantung kepada parti yang bertunjangkan kaum India, lagi. Kami mahu pergi terus kepada UMNO kerana merekalah yang sesungguhnya memegang tampuk kuasa,” kata peguam yang sedang sibuk dengan kumpulan yang kononnya dikatakan haram, kelmarin. Jika demikian, yang mana satu - Ratu Elizabeth ataupun UMNO? Amat malang bagi masyarakat India, semua laluan ke pintu UMNO mesti melalui pejabat Samy Vellu.


Tunjuk perasaan yang berlatar-belakangkan potret Ratu England dan Mahatma Ghandi adalah satu kesilapan. Sepanduk tertulis: “We are Malaysians (kami anak Malaysia)” dengan lantangnya. Akan tetapi rakyat Malaysia yang lain mempunyai tanggapan bahawa penunjuk perasaan itu menganggap mereka sebagai kaum Hindu India dahulu dan rakyat Malaysia kemudiannya. Ciri-ciri etnik dan keagamaan telah mereka tonjolkan. Perkataan ‘HINDRAF’ itu adalah jenama yang eksklusif. Ia meminggirkan kaum India yang beragama Kristian, Sikhs dan Islam.

Kenapakah mereka menggelar diri dengan identiti ‘Hindu Rights Action Front’ (Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu)? Kenapa tidak guna jenama ‘Indian Rights Action Front (INDRAF)? Kenapa kaitkan pergerakan itu dengan agama? Inilah yang disebut-sebut oleh beberapa NGO - bahawasanya kaum India beragama Hindu membuat kesilapan menonjolkan pergerakan mereka dengan imej Hindu.

Namun demikian, pada hakikatnya penderitaan dan protes oleh masyarakat India Hindu itu ada kebenarannya dan wajar. Rintihan mereka bahawa Kerajaan BN gagal meningkatkan ekonomi masyarakat India memang amat benar. Kerajaan BN sesungguhnya tidak memperdulikan masyarakat India. Memang itu adalah satu kegagalan yang amat besar. UMNO kerap berlagak sombong dengan melalak bahawa mereka mahu menjadi payung kepada semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu pembohongan. Mereka bukannya begitu prihatin dengan nasib kehidupan orang India. Ura-ura Uthayakumar mahu pergi terus berjumpa UMNO mungkin memberi peluang kepadanya menerima gelaran bintang “Datuk” akan tetapi masyarakat India pada keseluruhannya tidak akan ke mana-mana.

Kaum Tamil yang beragama Hindu (Hindu Tamil) diberi layanan laksana rakyat kelas empat oleh kerajaan BN. Parti politik seperti MIC dan PPP hanya menerima penghormatan atas jasa ikhsan masyarakat mereka. Sememangnya masyarakat Tamil sengaja diperlekeh oleh budak-budak UMNO. Apa perlunya orang-orang UMNO menghormati kaum India? Ketika HINDRAF berdemonstrasi di Jalan Ampang, Nallakaruppan sibuk menjadi tuan rumah pada majlis pelancaran sebuah parti politik India yang baru yang bernama Malaysian Indian United Party (ataupun MUNIANDY) di Hotel Istana. Dalam ucapan beliau, Nallakaruppan membuat janji menyatakan kesetiaan kepada BN. Beliau berkata bahawasanya parti Muniandy menyokong penuh semua dasar BN. Hanya beberapa bulan yang lalu dia berada di atas pentas dengan Anwar Ibrahim sambil bergelek di Ijok, dengan hasrat dia akan dicalonkan sebagai wakil KeADILan menentang BN pada pilihan raya kecil di sana. Akan tetapi sejak Anwar menggugurkan nama beliau kerana memilih seorang calon Melayu, Nallakaruppan kini bergelek mengikut rentak yang dipalu oleh UMNO-BN.

Masyarakat India tidak boleh bergantung-harap kepada kerajaan BN untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Mereka tidak punyai pilihan lain kecuali mengusahakannya sendiri. Seperti kaum Cina, mana-mana masyarakat pun (termasuklah kaum Melayu) yang tidak bergantung harap kepada Kerajaan BN akan menjadi lebih kaya dan lebih berjaya. Ini adalah disebabkan kerajaan BN tidak tahu cara terbaik bagaimana meningkatkan taraf hidup rakyatnya. Inilah kerajaan yang masih meraba-raba dalam kegelapan. Mana mungkin si buta memimpin orang lain mencari cahaya. Mereka buta………(mata dan hati….penterjemah!!)

Daripada sudut sejarah, majoriti kaum India datang ke negara ini sebagai golongan yang amat miskin. Akan tetapi kaum India di India dan Malaysia bukannya bersatu dalam satu gabungan yang sama. Orang India adalah satu kaum minoriti di Malaysia – menyumbang kurang daripada 10% kepada jumlah penduduk di Malaysia. Daripada segi bilangan, mereka menjadi lebih tidak relevan.

Akan tetapi, minoriti yang kecil ini dibahagikan pula kepada beberapa kelompok yang lebih kecil (sub-minorities) yang pada keseluruhannya adalah lebih kaya dan lebih berjaya berbanding Tamil Hindu – sedangkan Tamil Hindu merupakan kumpulan kaum India yang paling besar dan mereka inilah yang menunjuk perasaan di jalan raya pada hari Ahad dahulu. Kaum Sindhi dan Gujarat Hindu adalah sibuk dengan perniagaan.

Mereka mungkin tidak akan mengikhtiraf Tamil Hindu sebagai manusia setaraf mereka. Mereka menganggap Tamil sebagai anak zuriat HANUMAN - monyet berkulit gelap yang dianggap Tuhan (dewata) dan telah menyelamatkan Dewa Ram yang berkulit putih menyelamatkan Dewi Sita yang berkulit putih juga daripada cengkaman Ravan yang berkulit gelap.

Kemudian kita ada Tamil daripada Ceylon (Sri Lanka). Seorang wanita Tamil India berkata satu ketika dahulu betapa Tamil Ceylon di Malaysia pakat malu mengaku bahawa mereka juga kaum India ataupun Tamil. Kerana itu dalam borang permohonan di mana mereka perlu mencatatkan ‘bangsa’ mereka memperkenalkan diri di bawah ‘Lain-Lain’ dan bukan sebagai kaum India. Tidak ramai orang yang sedar akan perkara ini tetapi Tamil Ceylon adalah golongan yang paling berjaya di Malaysia, dengan pendapatan per kapita mereka mungkin lebih tinggi daripada orang Cina, Gujerati, Mamak dan sebagainya. Lebih ramai jutawan per seribu terdapat di kalangan Tamil Ceylon berbanding bangsa dan kaum lain di Malaysia. Orang yang paling kaya di Malaysia ialah bilioner Ananda Krishnan seorang Tamil Ceylon.

Terdapat kaum Sikh yang mungkin menyemai dendam terhadap orang Hindu. Golongan Sikh sudahpun berjaya di Malaysia. Mereka mungkin bermula sebagai ‘jaga’ dan penjual ‘susu lembu’, akan tetapi kini mereka adalah di antara doktor dan peguam yang terbaik di negara ini. Urusan pinjaman wang (ceti) adalah kekuatan mereka. Dengan kata lain mereka amat lebih berjaya berbanding Tamil Hindu.

Kemudian wujud pula golongan simpatian RSS di Malaysia. RSS bererti Rashtriya Swayamsevak Sangh. Ekstremis Hindu, Nathuram Vinyaak Godse, yang telah membunuh Mahatma Ghandi pada 1948 adalah anggota RSS. Gerombolan RSS di India adalah dipimpin oleh Kaum Brahmin yang mempunyai tujuan utama mengekalkan Sistem Kasta Hindu dan dengan itu mengekalkan kedudukan ‘terunggul’ mereka. Mereka bukan memandang tinggi akan Mahatma Ghandi dan tidak seorang pun yang memasang gambar Mahatma Ghandi di rumah kediaman mereka, apatah lagi kalau menjulang sepanduk yang memaparkan gambar Mahatma Ghandi di perhimpunan terbuka.

Memang kaum India ini tidak sayang-menyayangi. Tidak banyak perkahwinan antara mereka sesama beragama Hindu tetapi daripada pelbagai kasta. Adalah amat jarang untuk kita melihat Hindu Ceylon mengahwini Hindu India ataupun si Gujerati mengahwini seorang Telugu. Anda tidak akan terjumpa Brahmin RSS yang mengahwini mana-mana orang HINDRAF. Perkara ini adalah sesuatu yang mustahil. Sebaliknya pula, di Malaysia, terdapat ribuan perkahwinan antara orang Melayu dan India daripada pelbagai jenis dan kasta. Pada hari Ahad 9 Disember nanti, akan ada satu perkahwinan luar biasa antara seorang wanita Melayu yang kaya raya dan cantik menawan dengan seorang Hindu Tamil (yang pastinya memeluk agama Islam). Perkahwinan itu akan diadakan di sebuah hotel ternama dan akan dilaporkan oleh Media berbahasa Melayu. Akhbar India tidak akan memberikan liputan kepada majlis itu.

Para penyokong RSS tidak menyokong bantahan HINDRAF. Sebaliknya mereka telah mengeluarkan satu kenyataan di akhbar dan berkata: “bahawasanya MIC dan Kerajaan telah membantu menyediakan dana, membina, membaiki dan menyelesaikan masalah penempatan semula kuil di merata negara.” Dengan lain perkataan, apa guna mengeluh lagi? Sudah cukup bilangan kuil yang ada. Perbezaan kaum dan India dan kasta mereka adalah amat besar. Diskriminasi dan prasangka di kalangan orang India adalah amat besar berbanding dengan keadaan di luar. Tetapi ini tidak sesungguhnya menyanggah isu makanan harian yang menjadi penyebab utama kenapa berlakunya tunjuk perasaan pada hari Ahad.

Adalah amat mengelirukan betapa banyaknya kisah kejayaan Hindu berakhir dengan kematian disebabkan pembunuhan yang jelas. Kerap sangat berlaku kisah orang India yang menerima padah yang sungguh zalim, di tangan orang India juga. Ini amat berbeza dengan kisah ‘African-Americans’ dan ‘Mexican American’ yang menanggung azab sengsara yang sungguh tragis di tangan kaum sendiri.

Baru-baru in di Pulau Pinang, seorang peguam terkenal dan berusia daripada Tamil Hindu yang bernama Anamalai telah ditikam mati dengan dahsyatnya oleh dua orang India juga, berkemungkinan besar pembunuh upahan, pada siang hari. Saya kenal mendiang Anamalai yang telah berusia lebih 60 tahun dan merupakan seorang yang berhemah tinggi dan lemah lembut semasa hayatnya. Orang yang membunuh belum ditangkap dan motif pembunuhan masih belum diketahui. Beberapa tahun dahulu, seorang wanita Hindu yang muda dan memiliki tiga buah salon kecantikan di Kelang telah dibunuh dengan kejam oleh orang India. Setelah dilanyak dan ditikam mati, mayat beliau telah digilis berulang kali oleh pembunuhnya dengan menggunakan Pajero milik si mati. Cara beliau dibunuh dengan kejam itu memang di luar bayangan otak yang waras. Sekali lagi pembunuh beliau tidak ditemui dan sebab musabab pembunuhan itu tidak juga diketahui. Sebelum kejadian itu, ada seorang ‘geologis’ Tamil Hindu yang menjalankan perniagaan perkhidmatan geologi (kerja-kerja menggerudi permukaan bumi bagi mendapatkan sampel dan komposisi lapisan tanah prapembinaan) di Bukit Mertajam telah dibunuh oleh orang India juga. Kepalanya telah dibaham dengan kapak. Pembunuhnya tidak pernah ditangkap dan sebab-musabab pembunuhan juga tidak diketahui.

Mereka yang mati dengan kejam begini adalah di antara manusia di lapisan teratas di tempat penempatan kediaman mereka. Mereka merupakan orang India yang berjaya melalui kerja keras menentang segala arus yang mencabar pendakian kejayaan mereka. Mereka telah mati dengan kejam dibunuh oleh orang India juga. Mungkin terdapat berbagai-bagai sebab kenapa mereka telah dibunuh tetapi selalunya ia adalah disebabkan cemburu oleh orang India terhadap orang India yang lain. Mereka senang melihat orang Melayu dan Cina naik berjaya, tetapi tidak dengan kaum sendiri kerana mereka mudah naik cemburu dan timbul hasad dengki. Mereka hanya perlukan satu cadangan ataupun terguris, baik secara nyata ataupun bayangan sahaja, sudah cukup untuk mereka melenting dan bertindak untuk membunuh dengan gila. Dengan demikian kaum India tidak perlu musuh tambahan daripada luar untuk mendamaikan mereka. Mereka sesungguhnya merupakan musuh yang paling dahsyat sesama sendiri.
.
Pertama sekali, orang India mesti sedar bahawasanya menjulang sepanduk yang menayangkan potret Ghandi ataupun Ratu Elizabeth adalah memang kerja bodoh (brain dead). Mungkin ada baiknya kalau mereka menjulang seorang Wira Tamil Verapandian Kataboman. Akan tetapi oleh kerana tidak ada sesiapa yang dapat mengenali macam mana rupa Veerapandian Kattaboman, mungkin baik juga kalau mereka julang hero filem Tamil MG Ramachandran ataupun MGR yang pernah melakonkan watak Veerapandian Kattaboman dalam sebuah filem Tamil. Apa rasionalnya mereka julang gambar Ghandi dan apa haram jadahnya mereka julang gambar Ratu Elizabeth? Nampak sangat dan terbukti sudah bahawasanya sungguh pun orang Tamil India itu lama bertapak di negara ini, pemikiran mereka masih tercangkuk di sana juga.

Sesungguhnya masa untuk berdolak-dalik dan cakap berdegar-degar sudah lama berlalu. Orang India mesti menerima hakikat yang amat nyata dan telan ubat yang amat pahit serta mengambil satu tindakan amali yang dapat membantu diri mereka. Oleh kerana segala bantahan sudah pun diserlahkan, adalah terpulang kepada orang India mengemukakan apa sebenarnya yang mereka mahu lakukan.

Janganlah bergantung sangat harapan kepada Barisan Nasional dan budak-budak hingusan UMNO dapat membantu. Mereka bukannya tahu cara untuk membantu diri sendiri. Selepas 50 tahun mereka tidak pun sedar masalah utama kenapa orang Melayu mundur – agama mereka dan sikap negatif mereka terhadap Bahasa Inggeris. Bagaimana mungkin mereka dapat membayangkan isu sebenar yang menghantui orang India? Kalaupun mereka mahu membantu kaum India mereka sesungguhnya tidak tahu akan caranya.

Ada segelintir India yang berfikiran sederhana telah mencadangkan agar orang India dikecualikan daripada sebarang kuota perkauman memasuki semua universiti. Ini adalah satu permulaan tetapi ia tidak menyelesaikan masalah Tamil yang papa kedana di ladang-ladang dan kawasan luar bandar. MIC telah menubuhkan Tafe College, setelah mengambil-alih sebuah kolej undang-undang dan perakaunan swasta (Vanto Academy) untuk menukarkannya menjadi satu sekolah perubatan. Namun, masalah yang dihadapi oleh Tamil Hindu di ladang-ladang dan luar bandar masih tidak berubah lagi.

Di Semeling Kedah (kawasan Parlimen Merbok) MIC telah dirikan sebuah kampus perubatan yang paling moden bukan sahaja di Malaysia tetapi mungkin juga di seantero Asia. Eropah dan Amerika Syarikat. Sila Google ‘AIMST”. Anda akan menyusuri satu perladangan kelapa sawit dan akan berdepan dengan satu kelompok bangunan yang menyerupai kapal angkasa UFO dibina di tengah-tengah ladang sawit – Inilah “The Asian Institute of Medical Science and Technology”. Akan tetapi, hanya pengawal keselamatan dan tukang kebun di AIMST adalah daripada kaum India yang menetap di beberapa ladang getah dan kelapa sawit di Semeling. Kebanyakan pelajar INDIA di AIMST adalah anak-anak orang kaya raya daripada luar Kedah yang mampu menanggung kos pengajian sebanyak hampir RM300,000 di sekolah perubatan swasta ini. Kini semakin bertambah pelajar Cina yang turut mendaftar di AIMST.

Kalaupun bantahan terbaru kaum India itu mengena dan kerajaan BN menawarkan pelajar-pelajar India laluan yang tidak terhad memasuki universiti, tentunya anak-anak golongan yang terdidik, di bandar, di pantai barat Semenanjung yang akan mendapat peluang masuk belajar. Tamil Ceylon, Tamil bandar, Punjabi, Tamil Islam, dan sebagainya yang akan meraih peluang yang ditawarkan. Pelajar India daripada kawasan luar bandar dan perladangan tidak akan berjaya, ataupun sekurang-kurangnya bukan dalam masa yang terdekat ini.

Kalau anda masih tidak percayakan saya, biarkan saya tunjukkan buktinya. Sebelum diwujudkan DEB pada 1970, keadaan dianggap sama rata. Apa yang dikatakan padang permainan adalah lebih rata ketika itu. Benarkah begitu? Tamil Ceylon memonopoli jawatan tinggi kerajaan, jawatan perguruan, doktor, peguam, dan sebagainya. Orang daripada kaum Telugu menjadi mandur di perladangan di mana kaum Tamil hanya merupakan pekerja buruh kasar sahaja. Kaum Sindhi dan Gujerati memonopoli bisnes tekstil. Golongan mamak menguruskan perniagaan kedai runcit. Tamil Hindu tetap berada di tangga terbawah dalam hierarki kaum sendiri. Siapakah sebenarnya yang ambil peduli? Tetapi ketika itu dikatakan wujud padang permainan yang rata. Hanya melalui kerja keras dan kesabaran yang membolehkan ramai orang Tamil Hindu naik berjaya dalam hidup mereka sehingga menjadi semacam Uthayakumar dan Selvam pada hari ini. Tetapi bilangan mereka amat sedikit dan mereka merupakan golongan yang terpencil semata-mata.

Seandainya kerajaan BN membuka semua peluang untuk memasuki universiti yang ada kepada kaum India hanya golongan minoriti dalam kaum yang minoriti ini yakni Tamil Ceylon, Gujeratis, Punjabi, Tamil Islam dan sebagainya yang akan menikmati segala peluang itu. Majoriti kaum India Hindu di ladang-ladang tetap akan berada di takuk yang sama seperti dahulu juga.

Sekarang ini penyelesaiannya nampak semakin ketara. Kaum India mesti mendesak agar India Hindu di ladang-ladang dan luar bandar diberikan keutamaan luar biasa memasuki universiti. Perkara ini pernah dilakukan pada masa lalu selama 27 tahun di Malaysia di mana anak-anak Melayu yang miskin daripada luar bandar dan sekolah kampung diberikan keutamaan mengatasi pelajar bandar. Seandainya anak-anak Hindu daripada perladangan memiliki gred yang rendah sedikit berbanding seorang anak daripada bandar, anak India di luar bandar itu mesti diberikan layanan yang berbeza. Apakah masyarakat India akan bersetuju? Berapa ramaikah pembantah HINDRAF daripada kawasan bandar pada hari Ahad lalu yang akan bersetuju dengan cadangan ini?

Kaum India mesti mendesak agar diwujudkan satu sistem persekolahan berasrama penuh dengan biaya Kerajaan sepenuhnya untuk anak-anak India Hindu daripada ladang dan kawasan luar bandar dengan kemudahan bagi pelajar Tingkat 1 hingga Tingkatan 5 dan seterusnya. Kalaulah kampung-kampung Melayu tidak sesuai untuk menghasilkan anak-anak DEB, tentulah ladang-ladang tidak sesuai menjana kejayaan anak-anak India. Bukannya mudah perkara ini. Mungkin ada pengecualian di mana anak-anak ladang telah naik meningkat dan mencapai ijazah PhD. Tetapi eloklah kita jangan bermimpi sangat. OK? Kita seharusnya jangan peduli sangat dengan perkara yang terkecuali demikian. Kita mahu mendemokrasikan peluang kepada golongan kaum India yang papa kedana di ladang-ladang, kebanyakan dan majoriti mereka ini bukan terkecuali tetapi ternyata manusia yang hidup miskin dan melarat. Mesti ada sedikit muslihat di sini. Pelajar India di asrama ini mestilah dididik oleh guru-guru Melayu dan Cina sahaja. Kanak-kanak ini mesti ditarik keluar daripada sikap yang kasar dan negatif secara pesimis serta bahasa kasar ladang-ladang.

Guru-guru India mungkin tidak sedar mereka berkemungkinan melecehkan proses penukaran ini. Akhir sekali, sekolah berasrama penuh untuk kanak-kanak India mestilah diletakkan dalam kawasan Melayu seperti di negeri Pantai Timur. Mereka seharusnya berada jauh daripada suasana persekitaran ladang, dan belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran Melayu. Dengan cara ini kalaulah mereka mahu bangkit untuk membantah lagi, mereka tidak lagi akan menjulang sepanduk yang mempamerkan gambar Ghandi ataupun Ratu Elizabeth. Mungkin mereka belajar menjulang sepanduk yang dihiasi gambar Sultan Muzaffar Shah, Hang Kasturi, Hang Lekir, Tun Ali, Abdullah Munshi dan ramai lagi yang semuanya memang daripada kaum Tamil.

Mengenai kaum Hindu India yang lain, terpulanglah kepada masyarakat India membuat tuntutan kepada kerajaan agar menyediakan peluang memasuki institusi latihan vokasional yang tidak terhad, terutama sekali Institut Kemahiran Belia Negara ataupun IKBN, dan latihan di Institusi MARA. Yang anehnya, Nazri Aziz yang merupakan Menteri bertanggungjawab ke atas MARA telah membuka pintu bagi anak-anak India memasuki Pusat
Kemahiran MARA.

Masyarakat India mesti mendesak untuk mendapatkan biaya kerajaan untuk perumahan bagi orang India yang miskin, mereka yang hidup di ladang-ladang dan juga di kawasan bandar. Mereka boleh menyewa ataupun membeli rumah tersebut daripada Kerajaan melalui pelbagai jenis sistem sewaan untuk milikan, dan sebagainya. Perumahan itu bukanlah jenis murahan yang ada dua bilik dan sebuah bilik tandas semacam sarang burung merpati. Perumahan itu mestilah sesuai dan selesa dengan ruang bilik tidur sekurang-kurangnya tiga bilik dan dua buah tandas ataupun bilik air. Walaupun kosnya lebih sedikit, perumahan mestilah selesa. Perumahan yang selamat dan selesa adalah penting untuk memecahkan putaran kemiskinan dan membawa Hindu India memasuki arus Perdana masyarakat kita semua.

Orang India mesti mendesak untuk mendapatkan peluang melabur dalam Pelaburan Amanah Saham. Bukan Amanah Saham Nasional yang terbuka kepada semua kaum dan diletakkan pada harga pasaran tetapi semacam RM1.00 se saham keluaran Amanah Saham Bumiputera di mana setiap saham itu dijamin oleh Kerajaan dengan nilai RM1.00. Ini bermakna setiap pakej kewangan Bank berbentuk Amanah Saham (kerana setiap saham RM1.00 dijamin oleh kerajaan) menjadi terbuka kepada orang India juga. Sudah tentu ini menjadi bantuan utama kepada masyarakat India.

Sekarang muncul satu perkara yang lebih penting dan lebih sukar yang mesti dilaksanakan oleh masyarakat India. Mereka mesti dengar apa yang disebut oleh S.M. Idris daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Beliau telah berkempen sepanjang hayatnya agar kedai-kedai todi di ladang-ladang dimansuhkan. Orang India mesti menjauhkan diri daripada tabiat meminum arak kerana seperti yang telah terbukti berkali-kali ternyata orang India tidak boleh hidup sihat dengan adanya alkohol. Haramkan alkohol di ladang-ladang dan masyarakat India akan menjadi lebih selamat tanpa masalah pening kepala.

Sekolah Tamil mesti ditutup di seluruh negara ini. Bahasa Tamil adalah satu bahasa yang besar. Ia mempunyai sejarah yang panjang dan empunya lenggok bahasa yang merdu. Akan tetapi bahasa Tamil akan melekatkan Hindu India di putaran kemiskinan di Malaysia. Di Malaysia Bahasa Tamil akan menjadikan anda miskin. Percayalah saya. Tutup semua sekolah Tamil dan masukkan semua kanak-kanak Tamil ke sekolah Gomen ataupun Sekolah Cina.

Yang lebih penting lagi ialah sekat gangsterisme. Ini memerlukan kita mengharamkan gambar filem Tamil, terutama sekali melalui Stesen Vanavil dan stesen lain. Program stesen ini memang bodoh belaka (brain-dead) dan menjadi pengaruh yang buruk ke atas pemuda India yang memang sudah lama ‘brain-dead’. Gambar filem Tamil adalah bernilai ‘zero’; daripada segi budaya dan moral. Malangnya India Hindu sukar mendapatkan tiket untuk menonton filem terkini Rajni berjudul “BOSS” . Ini merupakan satu lagi filem Tamil yang tidak berguna dan tidak akan memenangi sebarang anugerah waima dalam siri Blind Movie Producers Awards (Penganugerahan Filem Keluaran Orang Buta). Tayangan lakonan pergaduhan yang tidak ada hentinya, tangisan, pembunuhan, tarian, nyanyian, perkahwinan, pujukan dan rayuan merupakan resipi filem Tamil yang memang berotak kematu. Tetapi ia memberikan pengaruh yang amat kuat di kalangan penduduk India. Dua orang pelakon filem Tamil, Mr Ramachandran dan Jayalalitha sudah pun dilantik sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu hanya kerana mereka berlakon dalam perfileman. (Janganlah anda bandingkan mereka dengan Ronald Reagan ataupun Arnold Schwarzenegger).

Sebilangan besar orang India di Malaysia lebih arif akan perihal politik di India berbanding apa yang berlaku di Malaysia. Mereka mungkin tidak ingat nama Menteri Kabinet Malaysia tetapi mereka akan ingat nama-nama Ketua Menteri India dan ahli politik India yang lain. Ini menunjukkan selepas 150 tahun, ramai kaum India di sini belum lagi dapat menanamkan semangat diri mereka dengan keadaan setempat. Perkara ini mesti diubah. Kaum India sentiasa bersedia untuk berhijrah ke Australia (ataupun ke kampung Ratu Elizabeth) dan menyanyi lagu ‘Waltzing Matilda” dalam Bahasa Inggeris untuk mendapatkan kewarganegaraan Australia. Kenapa tidak kekal hidup di Malaysia dan belajar bertutur Bahasa Melayu dengan sempurna?

Akhirnya golongan Hindu India, kesemuanya, termasuk RSS, Punjabi, Gujerati, Brahmin dan India di ladang-ladang, mesti berganding bahu dan usaha dan mencadangkan kepada Gomen BN meluluskan undang-undang yang menjadikan haram dan satu jenayah untuk mengamalkan sistem kasta dalam apa bentuk pun di Malaysia. Ini bererti semua kuil Hindu mesti terbuka kepada semua Hindu, tidak kira kasta mereka. Setiap Hindu, bukan sahaja kaum Brahmin boleh menjadi sami di kuil Hindu.

Kaum RSS sudah tentu tidak akan bersetuju dengan cadangan ini. Kumpulan RSS ialah pengawal sistem kasta dan akan berusaha menjamin kedudukan golongan Brahmin. Lebih mengatasi kerajaan BN, ataupun keadaan di ladang-ladang, lebih daripada persekolahan Tamil ataupun wayang gambar Tamil ;sesungguhnya sistem kasta merupakan satu pengaruh yang sungguh memundurkan kaum India. Sama ada Sindhi, Gujerati, Punjabi, Tamil, Telugu, RSS, dan sebagainya,. Semua ini dipengaruhi dengan kerasnya oleh satu sistem kasta yang palsu dan amat dungu. Hapuskanlah sistem kasta dan orang India akan hidup segar menjadi satu kaum yang hebat.

Sudah tentu orang India di Malaysia tidak memerlukan 17,000 kuil untuk tiga juta kaum Hindu. Apa gunanya? Segala kuil itu memerlukan seorang sami Brahmin, sebuah jawatankuasa dan ia menyebarkan lebih banyak prasangka keagamaan dan amarah. Perkara yang sama berlaku di surau-surau dan masjid. Apa perlunya kita memerlukan begitu banyak masjid? Sejak 15 tahun kita memiliki beribu-ribu surau dan masjid. Setiap satu memerlukan imam sendiri, jawatankuasa dan sebagainya. Setiap satu menyebarkan prasangka keagamaan. Kita tidak memerlukan begitu banyak masjid ataupun kuil Hindu. Cukuplah dengan apa yang ada. Hanya golongan tertentu dalam RSS dan PAS yang berminat dengan kuil dan masjid kerana mereka boleh menguasai kuil dan masjid tersebut. Kuil dan masjid menjana duit. Lebih banyak kuil, lebih banyak duit yang dibalun oleh golongan Brahmin.

Inisiatif begini hanya boleh muncul daripada orang India sendiri. Orang Melayu dan Gomen tidak akan tahu dari mana memulakannya. Mereka bukannya tahu perihal sistem kasta. Dengan itu kaum India tidak boleh mengharapkan bantuan daripada pihak Gomen. Orang India sendiri mesti mulakan inisiatif itu. Memang akan muncul banyak tentangan daripada golongan RSS dan geng mereka tetapi anda mesti bersatu dan lontarkan jauh-jauh sistem kasta itu ke laut. Jika tidak, ini akan menjadi satu kerja yang membazirkan masa sahaja. Kaum India mesti menjadi pewaris Thiru Valluvar, Bagat Singh, Ranjit Singh dan Bharatiyar. Inilah wirawan sebenarnya. Ghandi merupakan insan yang keliru dan Godse memang seorang yang tidak menentu.

- Mohandass Karamchand

UBAH SEBELUM PARAH
UBAH DEMI MARUAH

29.11.2007 - Terjemahan marhaintua (MT-SPAR)
(suntingan M@RHAEN - Emel:
marhaen@gmail.com/ reformasi@gmail.com)

Laman M@RHAEN dihoskan di: http://marhaen.ngepeng.com / Kelatedaily.net.



Tukar segera, jangan lanjut khidmat Rashid - Bersih


Azamin Amin | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Fri | Dec 07, 07 | 2:18:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Hrkh) - 'Remove Rashid! Don't RUSH IT for RASHID!' adalah slogan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) dalam kenyataan media hari ini yang mengecam sikap biadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menghina Presiden PAS dan keputusan mahkamah baru-baru ini.

Bersih menyelar tindakan dan kenyataan tidak profesional Rashid yang semakin mengundang kemarahan terutama parti-parti politik dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili sebahagian besar masyarakat di negara ini.

"Bersih mengecam sikap Rashid yang 'menyerang peribadi' (personal attack) Parti PAS, Presiden PAS, Harakah dan menghina keputusan mahkamah kes Likas termasuk mendakwa Hakim Dato' Muhammad Kamil Awang sebagai berat sebelah, kecewa dengan kerajaan sehingga memberi keputusan seumpama itu,"kata jawatankuasa Bersih Dr Zulkifli Ahmad yang membacakan kenyataan media Bersih di sidang Media yang diadakan di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

"Bersih memprotes pindaan Perlembagaan Selasa ini di Parlimen untuk melanjutkan umur persaraan Pengerusi SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat," katanya di hadapan puluhan wartawan.

Turut hadir sama dalam sidang media tersebut ialah AJK PAS Pusat Dr Syed Azman Syed Nawawi,Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua, Koordinator Parti Sosialis Arutchelvan Lee Thye Yoo (Youth4change) dan Zul(Citizen Intank).

"Don't Rush it for Rashid dan semata-mata untuk membolehkan Rashid menjadi Pengerusi SPR lagi," kata Dr Zul.

Tian Chua juga berpendapat ramai lagi calon yang berwibawa yang boleh menggantikan Rashid dan tidak bersetuju sama sekali kerajaan melalui Parlimen terpaksa secara tergegas-gesa meminda perlembagaan tersebut demi untuk mengekal khidmat Rashid yang semakin diragui kewibawaannya oleh rakyat.

Antara tokoh lain yang dicadangkan Bersih bagi menggantikan Rashid ialah bekas-bekas Hakim yang telah bersara yang mendapat kepercayaan penuh daripada rakyat keseluruhannya.

Cadangan Bersih ini seiring dengan Perkara 114 (1) dan (2) Perlembagaan yang menjelaskan: "SPR hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja ... Pada melantik ahli-ahli SPR, Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat kepercayaan awam."

"Selasa (11 Disember) jam 11 pagi nanti di Parlimen, delegasi Bersih akan menyerahkan memo membantah pindaan tersebut yang bakal dibacakan dan surat mengenai penyerahan memo itu serahkan akan kita hantarkan kepada Yang Dipertua hari ini juga," kata Syed Azman.

Beliau turut menjelaskan bahawa penyerahan memo tersebut bukanlah perhimpunan rakyat secara besar-besar seperti yang pernah di anjurkan Bersih pada 10 November lalu.

Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November lepas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz dan akan dibacakan kali kedua pada 11 Disember ini, kata Tian dan Bersih mahu menteri terbabit menimbang semula dan menarik balik usul tersebut.

Dalam sidang yang sama Aru menjelaskan bahawa di bawah kepimpinan Rashid, pilihan raya 2004 menjadi antara pilhanraya umum paling buruk dan 'terkotor' dalam sejarah dan sekiranya membenarkan lagi Rashid menjadi pengerusi maka pilihan raya kan datang akan turut tercemar dan tidak diyakini prosesnya.

"SPR sudah hilang kredibiliti kerana mempunyai pengerusi seperti Rashid dan jika Rashid masih menjadi pengadil kita khuatir pilihan raya kita tidak akan bersih dan imej SPR akan terus menjunam," katanya.

Antara petikan kata-kata Rashid yang mencetuskan kontroversi sewaktu sesi soal jawab di Kursus Kenegaraan Malaysian Press Institute (MPI): Media dan Pilihanraya Umum di Universiti Malaya 4 Disember lalu ialah:-

"Hakim itu sendiri tidak periksa...dalam one side, hakim itu sendiri 'bias' (berat sebelah). Hakim itu 'got frustrated with certain things' dan dia gunakan ini untuk pukul kerajaan bukannya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"That was a biased penghakiman.Semua orang bersetuju 'it was biased' penghakiman. Dia tidak melibatkan pengundi hantu,"katanya merujuk kes pilihan raya kecil Likas, Sabah.

"....I sendiri 'get frustrated with this'. Ini manipulasi keadaan just untuk capai kemenangan dari sudut politik. Itu sebab saya tak keluar menjawab. Tak boleh jawab. "Dia ada akhbar dia...yang amat adil...Harakah. Dia ada Harakah maki hamun kat orang. Itu adillah tu. Saya tak ada," katanya mengkritik Harakah

Di kesempatan itu juga Rashid membidas Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Ustaz Abdul Hadi Awang yang pernah bertemu beliau di pejabat SPR di Putrajaya tempoh hari.

"...Haji Hadi datang hari tu meeting dengan saya, diluar kata ada 500,000 pengundi hantu, semuanya mengundi...orang pakai serban besar pakai jubah..macam mana ni?Kalau saya kata... orang dia akan kecik hati pulak kata tok guru dia...tak pelah biarlah dia jawab esok..." katanya seterusnya mengakhiri ucapannya dalam sesi soal jawab di kursus tersebut.