NOKTAHKAN BERITA PALSU DAN FITNAH DALAM MEDIA








Che Ibrahim


Minggu ini sahaja berlambak lambak berita palsu yang disebarkan dalam berbagai media. Kok kedai kopi tentu lebih hebat lagi.


Ambo yakin kesannya lebih parah dari pemandu mabuk yang boleh meragut nyawa berbanding berita palsu yang boleh membunuh jiwa manusia, bahkan meruntuh sebuah tamaddun.



JANGAN LUPA MAK AYAH .ANDA MAMPU MENGUBAH KEHIDUPAN KELUARGA .

 

Nora Azmin



Jujur cakap, kalau budak dapat 11A+ dari SBP, saya tak terkejut sangat.






Bukan sebab tak hebat. Memang hebat.


Tapi kita tahu sistem dia mcm mana.


Rutin dia mcm mana.


Kawan-kawan keliling pun scorer belaka.


Teacher pun memang well-trained untuk produce result.


Basically SBP mmg di 'design' untuk budak score.


Tapi bila tahu 11A+ tu datang dari budak sekolah biasa, ayah pulak tu kerja goreng pisang..


Yang ni saya betul-betul salute.


Saya boleh imagine mcm mana kehidupan anak seorang penjual goreng pisang.


Balik sekolah nak belajar, konfem bukan bilik aircond serba selesa.


Takde special private tutor yang nak duduk bertekap sebelah dia ajar satu-satu.


Mungkin meja belajar pun berkongsi dengan adik-beradik.


Suasana rumah tak pernah betul-betul sunyi. 


Bising TV, bising dengan adek beradek.


Kadang kena tolong mak ayah dulu sebelum sempat bukak buku.


Pendek kata, orang mcm ni takde shortcut, takde unfair advantage.


Yang dia ada cuma disiplin dan kesedaran yang dia TAKDE OPTION untuk gagal.


Paling touched tengok ayah dia.


Pakcik tu maybe tak paham pun syllabus anak dia.


Takleh tolong ajar Math, Fizik atau Kimia.


Tapi dia tetap buat apa yang dia mampu.


Dia gagahkan jugak berdiri lama-lama goreng pisang. 


Dengan panasnya, penat, berpeluh semua cukup.


Maybe tu je ikhtiar yang dia ada.


Maybe tu je cara dia tahu untuk teruskan hidup.


Tapi dia buat jugak.


Just for the sake of nak cukupkan apa yang perlu untuk anak dia habiskan belajar supaya tak stop half way.


Pakcik ni maybe letak harapan tinggi..


"Anak aku, mesti kena jadi lebih baik dari aku."


Bila dia tengok result anak dia tu, boleh nampak yang dia bukan sekadar tengok slip exam result.


Yang dia tengok tu adalah jawapan kepada penat lelah dia bertahun-tahun.


11A+ untuk orang mcm ni, bukan sekadar A berderet.


Tapi dia adalah satu TIKET untuk keluar dari kitaran kesusahan.


Tiket untuk ubah nasib keluarga.


Tiket untuk bagi mak ayah rehat, tak perlu lagi berdiri di tepi kuali panas.


Tiket untuk bagi hidup yang diorang sendiri tak pernah rasa sebelum ni.


Kita yang hidup selesa ni kadang-kadang lupa.


Ada orang belajar untuk score.


Ada orang belajar untuk survive.


Dan ada orang belajar untuk selamatkan keluarga dia sendiri.


Respek setinggi-tingginya untuk anak dan ibu bapa yang mcm ni.


Auntie tak kenal awak.


Tapi auntie doakan semoga awak terus kekal dengan disiplin yang sama yang bawa awak sampai ke tahap ini.


Jangan berubah bila keadaan berubah.


Sebab ramai orang kuat masa tengah struggle, tapi kantoi bila hidup mula senang.


11A tu bukan penamat, itu baru permulaan.


Auntie harap awak terus melangkah, terus cipta kejayaan demi kejayaan.


Sampai satu hari nanti awak betul-betul mampu ubah nasib keluarga awak.




INI PUNCA PKR MULA BERBALAH

 


Kali terakhir aku (admin PRU 16 - Rakyat Bijak) pakai baju PKR… bukan untuk tepuk tangan. Tapi untuk bantah.






Hari itu, dalam dewan besar yang penuh laungan sokongan, keputusan nampak “cantik” pindaan perlembagaan lulus dengan lebih dua pertiga.


Tapi di sebalik angka itu, ada satu hakikat yang ramai cuba diamkan.


Hanya 6 orang yang bantah. 4 secara online. 2 orang angkat tangan dalam dewan.


Salah seorang… aku sendiri, Seorang lagi, Iswardy Morni Utama. Semua orang angkat tangan. Semua orang setuju. Seolah-olah tiada masalah.


Tapi aku angkat tangan dengan satu persoalan mudah:


Adakah perwakilan benar-benar mewakili suara akar umbi?


Dulu kita perjuangkan 1 anggota, 1 undi. Itulah roh reformasi, suara setiap ahli ada nilai.


Tapi bila sistem ditukar kepada perwakilan, apa jadi?


➡️ Kuasa berpindah kepada kelompok kecil

➡️ Akar umbi hanya jadi penonton

➡️ Demokrasi jadi “terpilih”, bukan menyeluruh


Dalam dewan itu, aku nampak sendiri, Bukan semua setuju, ramai cuma ikut arus.


Ada yang diam. Ada yang ragu. Tapi akhirnya… semua angkat tangan.


Sebab tekanan. Sebab struktur.

Sebab budaya “jangan lawan arus”.


Aku dan Iswardy mungkin hanya dua orang angkat tangan, tapi kami tahu…


ini bukan soal kalah undi. ini soal prinsip.


Hari itu orang nampak keputusan  “lulus dua pertiga”.


Tapi sejarah akan ingat: pernah ada suara kecil yang bangun, ketika yang lain memilih untuk diam.


Kalau parti sendiri tak berani bagi kuasa penuh kepada ahli… macam mana nak yakinkan rakyat kita perjuangkan demokrasi?


Disitu ianya bermula dan selebihnya seperti yang anda tahu, fenomena badan tanpa kepala dan kesannya hingga ke hari ini...





MASA JADI KERAJAAN 33 BULAN MEMBISU BANYAK HAL. KINI KERIAU PULAK BENDA YANG TAK BOLEH DISELESAIKAN.

 Azam Baki, Victor Chin, Bloomberg dan Fadhli Shaari; Masa PN Jadi Kerajaan PAS Buat Apa? Jenayah Victor Chin Ni Berlaku Sebelum 2018 Lagi. Standard Prosedur Siasatan Kerajaan 21 Hari.









Ada 2 pokok pembangkang mainkan.


A. Azam Baki ada saham lebih RM100,000 


1. Ini kena jelas, bukan kesalahan RASUAH atau salahguna kuasa untuk seorang Ketua Pengarah bagi miliki saham RM100,000 ke atas, dengan syarat majikan benarkan. 


2. Saya rujuk; Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993


3. Berikut adalah butiran berkaitan peraturan tersebut:

Peraturan Terlibat: Peraturan 10, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, yang mengehadkan pemilikan ekuiti atau saham oleh penjawat awam.


4. Pekeliling Berkaitan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2002 (dan kemas kini/garis panduan berkaitan pemilikan saham/akaun dagangan).


5. Isu Utama: Penjawat awam (Kumpulan Pengurusan Tertinggi) dihadkan pemilikan saham kepada maksimum RM100,000 (jumlah nilai nominal) dan perlu mengisytiharkan perolehan saham kepada Ketua Jabatan.


6. Konteks Kontroversi: Azam Baki didakwa memiliki jumlah saham yang tinggi dalam syarikat Velocity Capital Bhd (dulu Excel Force MSC Bhd) pada 2015-2016, yang dikatakan melanggar had atau peraturan tersebut. 


7. Tindakan Kerajaan: Sebab ia isu dalaman kakitangan awam, Kerajaan telah wujudkan satu Jawatankuasa Khas Siasatan yang diketuai oleh Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar (Peguam Negara).


8. Laporan Bloomberg kononnya PMX Anwar Ibrahim minta Jawatankuasa Khas menangguh keputusan adalah satu tindakan tidak tepat. 


9. Kerana selepas TS Azam Baki terima surat dari Jawatankuasa Khas Siasatan, dia ada tempoh 21 hari bukan peruntukan dalam PU(A) 395/1993 untuk jawab balik.


10. Ini adalah amalan pentadbiran rasmi yang digunapakai dalam prosedur tatatertib sektor awam bagi memberi peluang munasabah kepada pegawai mengemukakan representasi


11. Tuduhan Bloomberg dan Fadhli Shaari PMX melenggahkan keputusan JK Siasatan Khas satu tindakan tidak tepat, dan amat jelas tak buat ‘homework’ dulu sebelum tulis.


12. Jawatankuasa itu jugalah untuk menyiasat dakwaan penyalahgunaan kuasa atau "manipulasi korporat" yang mungkin berlaku.


B. Kes Mafia Korporat Viktor Chin.


1. Kes Victor Chin wujud sejak sebelum 2018 untuk mengumpulkan jumlah aset, RM475 juta 


2. Zaman Mahathir, Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah kenapa PN dan Pas bisu? Hanya zaman Madani berani buka balik kes ini dan tahan Victor Chin dan 10 yang lain disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober 2025 hingga 13 Januari lepas.


3. Victor Chin umum dia bayar seorang tokoh politik RM9.3 juta untuk selesaikan kes dia, mulanya bagi ‘hint’ kata Ahli Parlimen PKR, terbaru bukan dah.


4. Berita ini jadi persepsi tidak baik pada Kerajaan, sebab tiada sebarang maklumat didedahkan cuma kenyataan politik. 


5. Zaman Kerajaan Perpaduan PN kalut desak Kerajaan supaya siasat Mafia Keparat, zaman PN berkuasa 33 bulan bisu makan gaji buta. Bila jadi Pembangkang balik salahkan Kerajaan yang tangkap Victor Chin yang terlibat pengubahan wang haram?


Syam Ghaz


Nota: Sebelum komen, saya salah seorang yang suka jika Tan Sri Azam Baki tidak disambung kontrak bulan 5 ni, kerana terlalu lama di situ. Jika Pegawai yang jaga sempadan pun 2 tahun sekali kena tukar, inikan pula KP SPRM. Jika nak lantik, lantik dia jadi Pengerusi NAFAS jaga padi, lembu, kambing, kebun saya sokong 100%.




WOI SHAHIDAN...BAIK HANG NASIHAT 4 MB YANG NAK KONVOI...MINYAK REGA 199 PUN NAK AMBIL KESEMPATAN

 


Tok Dan, Tok Dan. Kapal tu boleh lalu bukan sampai Malaysia pun lagi. Jumlah bekalan minyak banyak mana ke depan pun tak ketahuan punca lagi. Baik Tok Dan nasihat program motor ramai-ramai perabih minyak dibatalkan.



Masa PN 33 bulan kenapa minyak masak naik MELAMBONG kadang kadang Xada walhal Negara kita pengeluar utama kelapa sawit!! Harga pun masa tu sekitar rm 460 per tan!! Bandingkan sekarang rm 900 per tan!! harga minyak masak sekitar rm 23 untuk 5 kg sebotol!! Masa tu Xada perang pun!!! Di mana silap nya!!!






PI TENGOK NEGERI SG4 YANG DOK KALUT NAK BERKONVOI...AIR TAK DA TAPI KALUT NAK BERKONVOI

 


TU DIA..NAK BERKONVOI PULAK DITENGAH KRISIS MINYAK


 

PEMBANGKANG TIADA IDEA...MAHKAMAH DAH MENDAKWA BELIAU ATAS KESALAHAN MEMBUNUH


 

DEBAT BOLEH JA..PAKAR PEMBOHONG HARVARD