PMX mengumumkan sumbangan khas RM750 untuk 70,000 petugas agama dalam Belanjawan 2027.
Bila masjid terurus dan anak-anak belajar agama, ada orang yang bekerja di belakangnya.
Guru KAFA, guru takmir, imam, bilal dan petugas masjid bukan sekadar nama dalam senarai.
PMX mengumumkan sumbangan khas RM750 untuk 70,000 petugas agama dalam Belanjawan 2027.
Kumpulan yang disebut termasuk tok siak, noja dan marbut.
Ini sumbangan khas. Jangan tersalah baca sebagai elaun RM750 setiap bulan.
Ia tanda penghargaan, walaupun keperluan kebajikan mereka tentu lebih luas.
PMX memasukkan khidmat mereka dalam perhatian belanjawan negara.
Orang yang menjaga urusan komuniti pun ada belanja keluarga sendiri.
Menghargai agama juga bermaksud menghargai manusia yang berkhidmat melalui institusinya.
Kalau jasa petugas agama diambil kira begini, siapa lagi pemimpin politik Malaysia yang boleh menandingi kepimpinan PMX sekarang?
#ahmadmursi #PMX #GuruKAFA #PetugasMasjid #Belanjawan2027
Adik Ummi tu bergambar dengan semua orang politik
Syam Ghaz
Adik Ummi tu bergambar dengan semua orang politik.
Tak betul nak tuduh dia pro parti politik mana mana, soalan dia ringkas sangat.
Sepatutnya orang yang dah lama berpolitik dengan mudah je Khairy Jamaluddin dan Onn Hafiz Ghazi tepis.
Tak perlu rosakan pemikiran Gen Z yang open minded dengan geng totok politik yang dah nak pupus!
KAH KAH KAH...
Amir Zuhair
Secara asasnya, jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Ismail Lassim, benar-benar berpendirian bahawa penurunan takhta DYMM Tuanku Muhriz adalah sah dan telah memenuhi segala syarat yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sehingga sanggup mengutus surat kepada Majlis Raja-Raja bagi memaklumkan bahawa Tuanku Muhriz bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, mengapa beliau masih perlu menunggu penetapan tarikh daripada Istana Tuanku Muhriz bagi istiadat perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri?
Bukankah beliau boleh sahaja menjemput Tunku Nadzaruddin bersama Undang Yang Empat yang menyokong pendirian beliau untuk menyempurnakan istiadat perasmian sidang DUN tersebut? Mengapa masih perlu merujuk kepada Tuanku Muhriz untuk merasmikannya?
Persoalan ini menimbulkan percanggahan yang cukup besar antara pendirian yang telah diambil dengan tindakan yang dilakukan.
Jika benar Tuanku Muhriz bukan lagi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, mengapa institusi pentadbiran negeri masih merujuk kepada baginda bagi urusan rasmi sedemikian?
Keadaan ini menimbulkan persoalan serius tentang kesahan proklamasi yang telah ditandatangani oleh Menteri Besar serta kedudukan Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.
Sebagai salah seorang anak waris Jelebu, saya ingin menasihati Dato’ Menteri Besar agar mempertimbangkan untuk menarik balik segala surat dan proklamasi yang telah Dato’ tandatangani berhubung perkara ini.
Mohonlah menghadap DYMM Tuanku Muhriz dan menyembahkan permohonan maaf kepada baginda.
Insya-Allah, langkah ini bukanlah suatu kekalahan, sebaliknya suatu tindakan yang mencerminkan kebijaksanaan, keinsafan dan keutamaan terhadap kestabilan institusi beraja, pentadbiran negeri serta kesejahteraan rakyat Negeri Sembilan.
Semoga Allah SWT sentiasa memelihara DYMM Tuanku Muhriz, melindungi institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan daripada segala ancaman dan menggagalkan setiap usaha yang berniat jahat terhadap baginda.
Daulat Tuanku!
ADUHH...
Rozy Rashid
Cerita dia konon nak nasihat.. Bebas bersuara la sangat.. Ambik gambar satu menteri je untuk sedapkan cerita.. Padahal adik tu ada je gambar dengan pimpinan lain..
Kenapa nak letak muka dengan Menteri Pendidikan jugak? Lepastu sendiri koyak cakap kita pula yg koyak.. korang tengok la sendiri perangai orang tua yang nak nasihatkan adik tu.. suruh dia nasihatkan diri sendiri dulu baru boleh nasihatkan adik tu..
TIGA KING MAKER BARU DI PUTRAJAYA MENANG PRU-16
Jufadli
1) Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri dari PH yang semakin hebat mencatur kuasa di Putrajaya. Aura populariti & karismatik kepimpinannya tiada tandingan.
2) Hajiji Noor ialah Ketua Menteri Sabah dari GRS yang semakin powerful mencatur kuasa di Sabah. Dia satu-satunya ahli politik Sabah yang bijak mencatur kuasa.
3) Abang Johari ialah Premier Sarawak dari GPS yang berani mati mencatur kuasa di Malaysia. Dia melawan arus & genius guna kuasanya.
Prabowo ni sangat lah tak function. Lebih banyak merosakkan Indonesia daripada membina.
Memartabatkan Islam tak selesai dengan sebut perkataan Islam kuat-kuat.
Memartabatkan Islam tak selesai dengan sebut perkataan Islam kuat-kuat.
Musim buka sekolah, kedai kasut dan kedai buku sama-sama menunggu duit ibu bapa.
Musim buka sekolah, kedai kasut dan kedai buku sama-sama menunggu duit ibu bapa.
TAHUN SEBELUM NI KENA KUTUK DENGAN RAKYAT...MACAMANA NAK BUAT BUDGET ? HUTANG ? PATUT LAH MINYAK MASAK HILANG TAK KISAH ?
Tahun lepas Ketua Pembangkang PN bentang "Belanjawan alternatif" tapi jadi bahan jenaka sebab kandungannya sangat mengarut dan merepek.
BERHATI HATI BILA MEMBUAT POSTING. BILA DAH MINTA MAAF TU KIRA OK...CUMA KENA BUAT LAH DENGAN LEBIH BAIK..
Iswardy Morni
Edy dulu masa masuk kelas aku aku dah ajar benda macam ni jangan main main. Boleh kena saman. Kau nak jugak jadi ceplos. Lantakla. Aku dah send dengan Nik Nazmi . Terpulang pada dia la.
Jerebu: Singapura Terus ‘Sengsara’ Catat Rekod Terburuk Dalam Sejarah

Keadaan jerebu teruk melanda Singapura hingga laluan kapal laut juga terjejas dari daratan pada 15 Oktober 2026. Foto AFP
SINGAPURA, 15 Okt – Bahagian barat Singapura terus merekodkan bacaan Indeks Piawaian Pencemaran (PSI) pada tahap sangat tidak sihat akibat jerebu.
Sementara itu kadar zarah terampai mencatat bacaan PM2.5 setiap jam, turut menunjukkan peningkatan ketara di seluruh negara itu.
Semalam, Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (National Environmental Agency – NEA) dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan Singapura mula mengagihkan pelitup muka susulan keadaan jerebu yang semakin buruk.

NEA berkata, pengagihan pelitup muka dimulakan selepas paras PM2.5 mencapai tahap sangat tinggi, selain mengambil kira kemungkinan bacaan PSI 24 jam memasuki kategori sangat tidak sihat, iaitu melebihi 200.
Persatuan Penduduk (PA) turut membantu mengagihkan pelitup muka N95 kepada penduduk Singapura yang rentan termasuk warga emas, wanita hamil, kanak-kanak dan remaja serta individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma.
Bagi melengkapi pengagihan oleh PA, mesin layan diri pelitup muka turut disediakan di 37 hab pengangkutan awam dan pejabat perkhidmatan sosial.

Pada masa sama, bilik berhawa dingin di kelab masyarakat dan beberapa pusat jawatankuasa penduduk akan dibuka bagi membolehkan penduduk berlindung daripada keadaan berjerebu.
Lebih 300 kelab masyarakat (CC), pusat jawatankuasa penduduk dan pusat rangkaian penduduk turut menyediakan bilik berhawa dingin sebagai pusat perlindungan jerebu untuk orang ramai.
Sehingga jam 10 malam tadi, bacaan PSI di semua kawasan Singapura berada pada tahap tidak sihat, antara 189 hingga 276.

Bagaimanapun, bacaan di bahagian barat meningkat kepada 210, sekali gus mencatatkan paras tertinggi di kawasan berkenaan bagi musim jerebu ini.
Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesyorkan penggunaan pelitup muka setara dengan N95 termasuk KN95, FFP2 dan KF94.














