MINDA MISKIN JIWA PENGGEMIS

 


Hari ini, tiba-tiba kita sakit hati marah tengok orang Acheh berniaga.
Orang Acheh merantau beribu batu ke negara kita untuk berniaga.
Ada yang mungkin berjudi nyawa mereka di dalam bot tongkang yang boleh karam.

Mereka sewa kedai RM2500-RM4500 sebulan untuk berniaga barang runcit dan barang basah seperti ikan, sayur dll.

Orang kita 'menggigil' nak sewa kedai.
Takde modal.
Tak berani.

Kalau bukak pun, tak tahan lama sebab busuk, boring dan penat hari-hari kena tunggu di kedai, main dengan ikan, ais dan sayur.

Kita selalu berALASAN orang Cina bolehlah berniaga sebab dia orang control bekalan.
Dia orang tak bagi kita harga yang bagus.
Mereka menipu kita.
Macam-macam alasan kita.

Habis tu orang Acheh apa cerita pula?
Mereka bukan berniaga sesuatu yang luar biasa pun.
Niaga ikan, sayur je.

Mereka sewa premis. Ada pekerja.

Kita buat alasan baru.
Konon orang Acheh ada 'funder'.
Dia orang ada modal.
Dia orang jual barang harga mahal.

Hello brader, apa masalahnya dia orang ada funder...itulah cerdik namanya.
Dia orang bijak dan bekerjasama mengumpul modal.

Dia orang BERSATU.
Dia orang tak dengki sesama sendiri.
Dia orang pool resources.
Dia orang berani.
Dia orang tak paksa orang datang membeli di kedai dia orang.
Dia orang tak 'tunggang' sentimen.
Dia orang fight gentleman.
Fair and square.

Aku tabik dia orang.
Dia orang berani.

Ko perasan tak muka diaorang sebijik macam orang Melayu.
Dia orang ni satu rumpun je dengan orang 'melayu'.

Yg membezakan 'Melayu' Acheh dengan kita ialah dia orang bukan "Melayu DNA  walaun".
Sebab tu 'Melayu' ACHEH power.
Berani bukak kedai di negara orang.
Mampu bukak kedai di negara orang.
Berjaya berniaga di negara orang.
Diwaktu 80% orang Melayu sedang sibuk menjilat BOSSKU, menagih BR1M dan merengek kat 'ABAH', dia orang bangun awal pagi sapu kedai, susun barang, angkat ais, siang ikan.Mereka juga bukan walanon.

Next, mamak.
Mamak tu bukan 100% rakyat Malaysia pun.
Tapi boleh dan mampu bukak restoran 2-3 pintu.
Satu pintu sewa tak lari RM4-5 ribu sebulan.
Mamak-mamak ni tak ambik SPM pun.
Tak reti buat karangan dalam Bahasa Melayu pun.

TAPI dia orang boleh bukak restoran.
Daftar syarikat Sdn Bhd lagi, tak main la Enterprise.
Daftar premis dengan pihak Majlis lagi.
Buat proper-proper.

Kita masih beralasan itu ini, keluar kisah sedih itu ini.
Tuduh itu ini.

Di waktu kita rasa hebat naik Honda City loan 9 tahun, pakai tudung Naelofar bagai, dapat gaji gomen berpencen, mamak-mamak ni dengan misai tebal dia sibuk dok tanak nasi beriani, uli tepung roti canai dan masak kari dhal.

Ye lah, nak kena bayar sewa kedai je dah cecah RM12-13k sebulan, gaji pekerja lagi, Astro dan unifi lagi gedebuk-gedebak overhead saje dah cecah RM20K sebulan.

Lepas tu ko panas bila ko tak mampu makan lauk sotong dan ketam sebab mamak tu pancung harga tinggi.

Agak-agak la wei.
Dia tak PAKSA pun ko makan kedai dia.
Ko punye busuk hati ko viralkan harga makanan dia.
Mamak-mamak ni tak payah ada degree in finance or account pun.
Dia orang tahu kira costing dan budget.

Ko yang tak reti, ko sakit hati.
Ko tengok mamak-mamak ni pandai nak decorate kedai, display barang jualan, buat signboard besar-besar  dll.

Tak payah buang duit ribu-ribuan masuk seminar "IMKK" bagai.
Ini orang kita, sikit-sikit seminar, kursus, sikit-sikit nak kena ada sifu, sikit-sikit nak kena motivasi.

Bangkitlah oi!
Kenapa bodoh sangat oi!
Hari-hari semua orang lain salah.

BOSSKU saje tak salah sebab dia bagi ko BR1M.
Kerajaan dah bawak balik KAPAL MEWAH gedabak EQUANIMITY depan mata ko pun ko masih TAK NAMPAK lagi.

POLIS BAI SINGH dah tunjuk berkotak-kotak intan berlian, handbag, berkepuk-kepuk duit dirampas dari rumah BOSSKU pun ko masih TAK NAMPAK.

Adakah 'ketololan' ini sebenarnya satu BALA besar yang menimpa 80% orang Melayu kerana ketidakadilan polisi 'Hak Istimewa orang Melayu' yang telah menganiaya rakyat miskin lain hanya kerana dia dilahirkan sebagai Ah Chong dan Muthu.

Bagi walaun pulak, semasa parti dia memerintah, apa saja yang dibuat dia iakan saja. Minyak RM 55 SEBOTOL BESAR PUN DIA DIAM, MENTERI DIA JADI MENTERI AGAMA DAN KEHAKIMAN PUN DIA DIAM sebab tolol dan tak buat apa apa pun.malah presideng dia makan gaji buta dan pejabat di Marang , satu apa pun tak buat, dia sokong saja.....YANG DIA TAHU KAPIRKAN ORANG SANA SINI BILA HILANG KUASA.


CNP



APA YANG SYED SADDIQ HARAP LAGI DARIPADA MAHIADDIN?

 


Mahiaddin Md Yassin semalam mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan bersama PN dalam jelajah ke seluruh negara yang bakal digerakkan gabungan tersebut.

Kata beliau, Syed Saadiq telah menyatakan kesediannya untuk bersama di pentas PN dalam jelajah ke seluruh negara mengenai isu-isu semasa nanti.

Siri jelajah itu juga, tambah Mahiaddin, akan memberi penjelasan kepada rakyat berhubung kedudukan dan peranan PN.

“Pasal Syed Saddiq pun menyokong kita. Walaupun beliau tidak menyertai dalam PN, tapi pro kita.

“Kita PN di peringkat tertinggi telah buat keputusan, kita akan mengadakan jelajah di semua negeri untuk menjelaskan isu-isu semasa.

“Dan mendengar rintihan rakyat di bawah dan apa peranan PN boleh lakukan untuk menanganinya,” ujar beliau.

Pada 9 November 2023, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta serta dua kali sebatan selepas didapati bersalah terhadap empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Berhubung pertuduhan yang dihadapinya itu, pada 23 Februari 2023 sebelum itu, ketika memberi keterangan di Mahkamah Tinggi, Syed Saddiq memberitahu, beliau didakwa di mahkamah kerana enggan menyokong Perdana Menteri ketika itu, Mahiaddin yang juga adalah Presiden Bersatu.

Katanya, permintaan untuk menyokong Mahiaddin bagi mengelak beliau didakwa di mahkamah, adalah sesuatu yang salah.

Tambah bekas Menteri Belia dan Sukan itu, walaupun secara peribadi beliau tidak mempunyai masalah dengan Mahiaddin, tetapi jika perkara itu (menyokong Mahiaddin) akan menghentikan pendakwaan, ia adalah salah.

“Perkara itu diberitahu pegawai penyiasat yang menyiasat saya dan serbu rumah saya,” katanya.

Sekarang, sementara Syed Saddiq sudah didapati bersalah dan dalam proses rayuan, Mahiaddin yang didakwanya menyebabkannya diheret ke mahkamah pula bukan lagi berjawatan Perdana Menteri.

Apa yang Syed Saddiq mahu dan harapkan dengan kembali bersama jelajah PN yang diterajui Mahiaddin?

Adakah beliau percaya Mahiaddin boleh kembali semula sebagai Perdana Menteri, meski Ahli Parlimen Pagoh itu sendiri ada kes mahkamah juga yang bakal dihadapinya? – ShahbudinHusin 10/03/2024.



Kerajaan T'ganu perlu jelaskan isu perlombongan haram di Kemaman


 

KEADILAN Kemaman meminta Kerajaan Negeri Terengganu memberi penjelasan berhubung tangkapan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ke atas 28 pelombong di lokasi lombong haram di Kemaman, kelmarin.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, aktiviti perlombongan haram itu jelas merupakan suatu kelemahan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan undang undang dan mengawal sumber mineral Terengganu.



"KEADILAN Kemaman minta Kerajaan Negeri memberikan penjelasan berhubung perlombongan haram dan isu tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai pekerja di lombong haram tersebut.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg/v1/fill/w_350,h_233,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_361b70c4a6e74948a5241761c8eb981f~mv2.jpeg

Ahmad Nadhir Yop



"Untuk lombong haram ini, Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bagaimana perlombongan haram boleh berlaku. Adakah Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman maklum perkara ini, dan minta siasat sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa atau rasuah sehingga perlombongan haram terjadi," katanya.



Ahmad Nadhir turut mahu Kerajaan Negeri memberi penjelasan bagaimana pekerja tanpa permit kerja sah boleh bekerja di kawasan tersebut dan melibatkan pula warganegara China dan jarang jarang berlaku di Malaysia.



"Berkenaan pas pekerja asing yang bekerja di lombong tersebut, minta penjelasan bagaimana pekerja tersebut boleh bekerja di lombong itu



"KEADILAN Kemaman minta kerajaan Terengganu telus dan memberi penjelasan yang tepat kepada rakyat," katanya lagi.



Kelmarin, JIM menyerbu lokasi lombong haram di Kemaman. Dalam serbuan itu daripada 39 orang yang diperiksa, seramai 28 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang warga China, tiga Bangladesh, seorang warga Myanmar dan Pakistan



Menurut kenyataan JIM, tangkapan ke atas warganegara China dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa



Kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil dan akan didakwa atas kesalahan melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen



TAK DAK BARU NAK MAI


 Nak peruntukan? Datang dewan pun jarang-jarang, 𝗣𝗠𝗫 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 baru nak datang, masuk dewan pun tak buat kerja, memfitnah je tahunya, nak peruntukan?


Pergi jahanam la.


PMX dah 𝘰𝘧𝘧𝘦𝘳 kalau nak peruntukan datang bincang. Tapi dia degil. 𝗧𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗶𝗻𝗰𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗮𝗽𝗮𝗵𝗮𝗹? Ni peluang tebuk atap pun dah tak ada, bincang je la. 


Ini jenis makanan dah ada depan mata. Tinggal buka tudung saji dan senduk dalam pinggan je. Tapi tak nak buat. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿 𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 pulak.


Pembangkang macam PN ni, jangankan peruntukan, 𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘆𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁. Membazirkan duit rakyat je. Bukan ada hasil pun. Merosakkan je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


REZEKI MENJELANG RAMADHAN. STEVEN SIM

 Retak Menanti Rebah.






Itulah keadaan rumah kampung Pak Zainal, seorang kawan FB saya.


Masa saya jadi Timbalan Menteri Kewangan tahun lepas, Pak Zainal ada hantaq DM kat saya mintak tolong baiki bumbung rumah yang bocor dan reput teruk menanti roboh.


Saya sebenarnya jarang baca DM. Nomor telepon saya sudah letak kat FB supaya orang boleh whatsapp teruih. Jadi saya tak sempat membalas mesej Pak Zainal kat FB.


Pak Zainal bukan apa, rumah dah nak roboh, isteri uzur, pendapatan dari kerja cucuk tanam RM1200 sebulan, dah merata dia mintak bantuan dari wakil rakyat kawasan dia kat Pahang. Alasan sama yang diberi - pembangkang tak dapat nak bantu. Senang je dia tolak orang susah yang nak minta tolong. 


Takpa, Steven sudah baca mesej Pak Zainal, saya akan bantu. 


Pak Zainal kata dia macam tak percaya bila saya muncul depan pintu rumah. Tak sangka menteri boleh datang berkunjung ke rumah kampung sedangkan wakil rakyat kawasan dia nak minta tolong pun kena tolak.


Oleh sebab Pak Zainal duk kat Pahang, saya tak leh nak guna peruntukan kawasan, sebab di luar Bukit Mertajam. 


Mau tak mau, saya kena guna duit poket sendiri. Takkan nak biarkan Pak Zainal yang dah tua dan isterinya yang uzur sambut Ramadan dalam keadaan daif dan bahaya bumbung rumah boleh roboh bila-bila masa. 


Bila check kat kontraktor kampung depa kata RM15,000 nak repair bumbung. Ok Steven akan bantu bayar RM15,000, janji "mahligai" Pak Zainal lebih selesa dan selamat.


Apabila rakan saya Timbalan Menteri Kesuma Dato Abdul Rahman Bin Mohamad dapat tau tentang kes ini, dia bagitau dia nak kongsi kos dengan saya. Sebab dia orang Pahang, walaupun tempat tu pembangkang tapi dia kata, nak bantu orang tak perlu tengok politik. Saya amat terharu. Inilah semangat Madani Team Kesuma.


Satu lagi, anak Pak Zainal dah setahun mengganggur. Bukan dia tak cuba, dah macam-macam syarikat dia pohon, tapi rezeki belum ada. 


Saya minta dia daftar kat Myfuturejobs PERKESO. Masuk nama tak sampai sehari dua, dah 23 syarikat datang melamar. La ni dia pula jadi pening tak tau nak pilih kerja yang mana satu. 


PERKESO siap bantu bagi khidmat nasihat tentang temuduga dan sebagainya. 


PMX Anwar Ibrahim selalu berpesan: amanah jadi kerajaan ialah untuk bantu rakyat yang susah, berdiri bersama pekerja, memberi keadilan kepada orang yang tertindas. Mungkin benda ini tak popular. Ada yang lebih suka guna kaum dan agama sebab senang nak pancing undi. Tapi Madani maksudnya rakyat yang miskin tak kira kaum dan agama diberi pembelaan. Saya akan terus berusaha. 


Semoga Pak Zainal sekeluarga akan lebih selesa menyambut Ramadan mubarak 🙏.



HASAD DENGKI YANG TAK BERKESUDAHAN!


 HASAD DENGKI YANG TAK BERKESUDAHAN!



Tengoklah betapa jahatnya mereka yang hasad dengan saya!


Buat fake fake akaun guna gambar saya dan nama asal fb saya padahal follower pun tiada, kemudian saling buat komen untuk mengelirukan orang lain atas nama syarikat kononnya itu adalah komen saya! 


Tengok siapa tukang komen yang berbalas komen di dalam screenshoot ini, maka anda akan tahu siapa penghasad dengki saya yang mencipta pelbagai tohmah jahat terhadap saya selama ini!


Mereka mungkin buat fake fake akaun atas nama saya dan guna gambar saya, kemudian saling berbalas komen. Mungkin dengan cara ini, mereka fikir pelanggan , follower atau segelintir rakan niaga saya akan terpenggaruh kononnya saya keluarkan kenyataan yang  tidak bertanggujawab!


Kalau lihat tukang komen tu nama fb nya Che Wan Al Lakazam, Wallahuaklam. 


Ikut pengalaman lalu, ini lah antara kaki hasad dengki yang banyak menyebarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap saya. Dia dah kena saman fitnah oleh saya, sedang jalani perbicaraan di Mahkamah.


Dia bukan orang lain, orang Besut je. Kerjanya jual tanah lot macam saya jugak. Anda fikirlah sendiri apa motif dia, saya tak nak komen lebih, ada akal boleh nilai sendiri.


Tapi saya tidak gusar, orang yang hasad terhadap orang lain pada hakikatnya hanyalah sedang menggali lubang untuk menimbus diri mereka sendiri!


Masa pasti akan menokhtahkan segala makar jahat mereka ini!


Saya menulis dan share di sini tentang fake akaun ini yang guna gambar saya dan nama fb saya , supaya tidak ada yang terkeliru.


Fb page saya setakat ini ada 244,000 follower.


 Kalau ada mana mana akaun fb guna gambar saya dan hanya ada beberapa kerat follower saja, itu bukan saya. 


Terima kasih



JUALAN RAHMAH DITERUSKAN

 


Program Jualan Rahmah diperluas sepanjang Ramadan melibatkan 450 lokasi di seluruh negara - Armizan


Berita penuh https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2277826


#BernamaNews





TIADA KES MAHKAMAH


 Difikirkan balik, 𝗠𝗣 dan 𝗔𝗱𝘂𝗻 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂 yang sokong 𝗣𝗠𝗫 dan 𝗠𝗕𝗦 tu semuanya 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝘀 𝗺𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵. Tak macam si Saddiq yang 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂 𝗵𝗮𝗿𝗶 sebelum 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 dan 𝗱𝗶𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻.


Jadi bila Saddiq berbaik-baik dengan Mahiaddin dan berusaha burukkan 𝗠𝗮𝗱𝗮𝗻𝗶, jadi terfikir pula. Adakah Mahiaddin janjikan Saddiq kesnya 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 kalau dia jadi PM?


Bukan apa. Si 𝗪𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 tak pasal-pasal bangkitkan cerita gugurkan kes tu. Jadi mungkin sebenarnya dia guna teknik sama nak 𝗽𝗶𝗸𝗮𝘁 𝗦𝗮𝗱𝗱𝗶𝗾 sebelum ni. Itu yang dia kata orang lain buat tu. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗶𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝘂𝗮𝘁. Tanya je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH KHADAM DAN MENTERI

 Cerita Hari Minggu.

KISAH KHADAM DAN MENTERI


MSO


Tersebut di sebuah negeri di atas angin bahagian selatan negara Gajah Putih, sang Khadam mahu menunjukkan kuasa kepada menteri. Tanpa mempedulikan yang dia dilantik menteri, Khadam itu merasakan dia lebih berkuasa daripada menteri. Cerita songsang sebegini jarang-jarang berlaku di mana-mana negeri di bawah angin lain. 


Ceritanya bermula apabila si Khadam yang besar kepala memanggil para ahli lembaganya, untuk bermesyuarat tanpa pengetahuan menteri. Mesyuarat itu bagi melantik beberapa orang wazir lagi sebagai tambahan. Terdapat yang hendak dilantik sebagai wazir itu tidak layak atau pelantikannya bertentangan dengan surat negara. Mesyuarat itu pun sudah agak pelik kerana ia diadakan jauh dari ibu kota negerinya. 


Kerana sudah nampak keganjilan, lantas menteri mengarahkan agar meyuarat itu dibatalkan. Namun ia tidak diendakkan oleh si Khadam, tetap meneruskan mesyuarat. Dalam mesyuarat itu dilantiklah beberapa wazir tambahan yang mana dilihat tidak sesuai dan bertentangan dengan surat negara.


Yang dilantik itu tidak berkelayakan dan tidak munasabah. Bukan sahaja tidak ada kemahiran tetapi anggota juga cacat dan renyuk. Misalnya yang buta dilantik untuk mengederai gajah, yang capek   untuk panjat nyiur dan petai, serta yang kudung untuk bermain sepak raga dan bersilat, manakala yang tempang dilantik untuk mengayuh beca.  


Kerana menyedari orang-orang dilantik itu tidak sesuai, maka si menteri jadi makin marah, lalu mengarahkan pelantikan itu dibatalkan. Menteri malu dengan orang-orang yang hendak dilantikkan itu kerana keadaan mereka tak sesuai dan boleh menyebabkan kerajaan akan diketawakan. 


Larangan dan teguran menteri itu menyebabkan Khadam marah kepada menteri dan terus menyegolahkan menteri yang kononnya dia tidak berhak ke atasnya. Khadam yang besar kepala itu tidak memperkaui bahawa pelantikannya dibuat menteri tetapi dibuat oleh raja. 


Dipendekkan cerita perbalahan di antara Khadam dengan menteri itu tidak berhenti disitu sahaja. Khadam jadi lebih berani dan agresif lagi akan membawa menteri ke hadapan raja untuk diadili. Tunggulah perbicaran ini dan apa kata raja mengenai pergeseran dan perbalahan Khadam dan menteri itu. Silap-silap hari bulan Khadam dan menteri itu akan disepak oleh raja. Trims.



MOHON BANTUAN UNTUK KELUARGA INI. MEREKA PERLUKAN BANTUAN ANDA SEMUA


 Assalammualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera.



Sahabat Khairul Idhham  dari Taman Desa Baru, Melaka dengan rendah diri memohon bantuan daripada Tuan / Puan untuk membantu mengumpul dana kos rawatan anaknya NUR KAYLA AZZAHRA BINTI MOHAMED KHAIRUL IDHHAM yang mengalami penyakit BILIARY ATRESIA (BA) sejak dari lahir.


Rawatan ini adalah untuk pembedahan bagi membuang duktus hempedu yang rosak dan penyambungan bahagian usus terus ke hati supaya hempedu dapat mengalir dari hati terus ke usus. Pembedahan pemindahan hati ini dari ibunya perlu dilakukan untuk mengelakkan hati menjadi lebih teruk. 


Atas penerangan lanjut daripada Doktor yang merawatnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pembedahan ini perlu dilakukan dengan segera di Hospital Renji di Negara China  dan kos pembedahan dan rawatannya dianggarkan berjumlah RM 250,000.00 dan ianya melebihi daripada kemampuan beliau.


Pembedahan ini perlu dibuat segera dan ianya juga bergantung kepada keupayaan kewangan beliau.


Sehubungan dengan itu, dimohon Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit bantuan kewangan kepada beliau yang sedang diuji dengan sakit anaknya ketika ini bagi menampung kos pembedahan tersebut.


Bantuan kewangan boleh disalurkan terus ke akaun beliau seperti di bawah :


Nama Akaun : Mohamed Khairul Idhham Bin Khairuddin

No Akaun : 569963044145

Nama Bank : Maybank

Keterangan : Bantuan Khayla

no telefon :  018-3705480


Semoga dengan sumbangan dari Tuan / Puan dapat membantu meringankan kewangan beliau dan mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah.


Sama2 kita mendoakan agar adik Khayla dikurniakan kesembuhan dari penyakit yang di alaminya serta dipermudahkan urusan pembedahannya.


InshaAllah.


ARIF FAIZ BIN ZAINUDIN

TAMAN DESA BARU, MELAKA

8 Mac 2024




BERTENTANGAN DENGAN ISU PENCEN HADI AWANG. JOM DENGAR ULASAN INI


 

JANGAN LANGGAR LUTUT


 

DR ZALEHA YANG PERFORM.


 

HOSPITAL SEBERANG JAYA AKAN DIPERBESARKAN

 






Saya kemudian ke Pulau Pinang untuk meninjau keadaan Hospital Seberang Jaya yang berdepan isu kesesakan pesakit yang kritikal setiap hari.


Sememangnya Hospital Seberang Jaya perlukan penambahbaikan segera kerana ketika dibangunkan pada 1995, kapasiti dan kemudahan di hospital ini dibina untuk bertahan selama 20 tahun sebelum perlu ditingkatkan.


Alhamdulillah, saya dimaklumkan pembinaan sebuah blok baharu yang tertangguh beberapa kali sebelum ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini. 


Insya-Allah, ia dapat mengurangkan isu kesesakan pesakit dan memenuhi beberapa keperluan lain di Hospital Seberang Jaya untuk manfaat rakyat setempat.


Ketika taklimat, saya turut dimaklumkan beberapa keperluan lain yang mendesak antaranya tangki air, mesin ultrabunyi dan penambahbaikan bilik penyusuan ibu. Saya luluskan peruntukan sebanyak RM1 juta untuk selesaikan segera isu yang dibangkitkan.


Saya tegaskan janji dan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memberi keutamaan kepada sektor kesihatan. Kerajaan ini akan berusaha sedaya upaya untuk selesaikan isu-isu yang menghimpit sektor kesihatan sejak sekian lama.


#MalaysiaMADANI