KEADILAN Kemaman meminta
Kerajaan Negeri Terengganu memberi penjelasan berhubung tangkapan oleh Jabatan
Imigresen Malaysia (JIM) ke atas 28 pelombong di lokasi lombong haram di
Kemaman, kelmarin.
Menurut Ketua Penerangan
KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, aktiviti perlombongan haram itu jelas
merupakan suatu kelemahan Kerajaan Negeri dalam menguatkuasakan undang undang
dan mengawal sumber mineral Terengganu.
"KEADILAN Kemaman minta
Kerajaan Negeri memberikan penjelasan berhubung perlombongan haram dan isu
tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sebagai pekerja di lombong haram
tersebut.
Ahmad Nadhir Yop
"Untuk lombong haram ini,
Kerajaan Negeri perlu menjelaskan bagaimana perlombongan haram boleh berlaku.
Adakah Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman maklum perkara ini, dan minta siasat
sama ada berlaku penyalahgunaan kuasa atau rasuah sehingga perlombongan haram
terjadi," katanya.
Ahmad Nadhir turut mahu
Kerajaan Negeri memberi penjelasan bagaimana pekerja tanpa permit kerja sah
boleh bekerja di kawasan tersebut dan melibatkan pula warganegara China dan
jarang jarang berlaku di Malaysia.
"Berkenaan pas pekerja
asing yang bekerja di lombong tersebut, minta penjelasan bagaimana pekerja tersebut
boleh bekerja di lombong itu
"KEADILAN Kemaman minta
kerajaan Terengganu telus dan memberi penjelasan yang tepat kepada
rakyat," katanya lagi.
Kelmarin, JIM menyerbu lokasi
lombong haram di Kemaman. Dalam serbuan itu daripada 39 orang yang diperiksa,
seramai 28 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan meliputi 15 orang
warga China, tiga Bangladesh, seorang warga Myanmar dan Pakistan
Menurut kenyataan JIM,
tangkapan ke atas warganegara China dibuat atas kesalahan menyalahgunakan Pas
Lawatan Sosial (PLS) untuk bekerja dan tinggal lebih masa
Kesemua PATI yang ditahan
ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Ajil dan akan didakwa atas kesalahan
melanggar Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan
Imigresen