REZEKI MENJELANG RAMADHAN. STEVEN SIM

 Retak Menanti Rebah.






Itulah keadaan rumah kampung Pak Zainal, seorang kawan FB saya.


Masa saya jadi Timbalan Menteri Kewangan tahun lepas, Pak Zainal ada hantaq DM kat saya mintak tolong baiki bumbung rumah yang bocor dan reput teruk menanti roboh.


Saya sebenarnya jarang baca DM. Nomor telepon saya sudah letak kat FB supaya orang boleh whatsapp teruih. Jadi saya tak sempat membalas mesej Pak Zainal kat FB.


Pak Zainal bukan apa, rumah dah nak roboh, isteri uzur, pendapatan dari kerja cucuk tanam RM1200 sebulan, dah merata dia mintak bantuan dari wakil rakyat kawasan dia kat Pahang. Alasan sama yang diberi - pembangkang tak dapat nak bantu. Senang je dia tolak orang susah yang nak minta tolong. 


Takpa, Steven sudah baca mesej Pak Zainal, saya akan bantu. 


Pak Zainal kata dia macam tak percaya bila saya muncul depan pintu rumah. Tak sangka menteri boleh datang berkunjung ke rumah kampung sedangkan wakil rakyat kawasan dia nak minta tolong pun kena tolak.


Oleh sebab Pak Zainal duk kat Pahang, saya tak leh nak guna peruntukan kawasan, sebab di luar Bukit Mertajam. 


Mau tak mau, saya kena guna duit poket sendiri. Takkan nak biarkan Pak Zainal yang dah tua dan isterinya yang uzur sambut Ramadan dalam keadaan daif dan bahaya bumbung rumah boleh roboh bila-bila masa. 


Bila check kat kontraktor kampung depa kata RM15,000 nak repair bumbung. Ok Steven akan bantu bayar RM15,000, janji "mahligai" Pak Zainal lebih selesa dan selamat.


Apabila rakan saya Timbalan Menteri Kesuma Dato Abdul Rahman Bin Mohamad dapat tau tentang kes ini, dia bagitau dia nak kongsi kos dengan saya. Sebab dia orang Pahang, walaupun tempat tu pembangkang tapi dia kata, nak bantu orang tak perlu tengok politik. Saya amat terharu. Inilah semangat Madani Team Kesuma.


Satu lagi, anak Pak Zainal dah setahun mengganggur. Bukan dia tak cuba, dah macam-macam syarikat dia pohon, tapi rezeki belum ada. 


Saya minta dia daftar kat Myfuturejobs PERKESO. Masuk nama tak sampai sehari dua, dah 23 syarikat datang melamar. La ni dia pula jadi pening tak tau nak pilih kerja yang mana satu. 


PERKESO siap bantu bagi khidmat nasihat tentang temuduga dan sebagainya. 


PMX Anwar Ibrahim selalu berpesan: amanah jadi kerajaan ialah untuk bantu rakyat yang susah, berdiri bersama pekerja, memberi keadilan kepada orang yang tertindas. Mungkin benda ini tak popular. Ada yang lebih suka guna kaum dan agama sebab senang nak pancing undi. Tapi Madani maksudnya rakyat yang miskin tak kira kaum dan agama diberi pembelaan. Saya akan terus berusaha. 


Semoga Pak Zainal sekeluarga akan lebih selesa menyambut Ramadan mubarak 🙏.