DR ZALEHA YANG KUAT BEKERJA.




MSO


Seronok saya tengok Tiktok Menteri Wilayah Dr Zaliha Mustafa yang merakamkan gerak kerjanya meninjau permasalah pembangunan dan sosial di Kuala Lumpur.

Ada gambar heliau berbincang dengan aparat kerajaan. Pendekatan sebegini yang diingini rakyat, dimana menteri menyentuhi permasalahan dan mencari solusi untuk menyelesaikan apa juga permasalahan.

Kita harap pemandangan begini bukan saja dalam lensa kamera tetapi benar² suatu kenyataan dan keseriusan Dr Z.

Ada beberapa sentuhan Dr Z sejak jadi menteri wilayah yang mendapat pujian, antaranya penyerangann ke atas mini Dhaka dan kedua meredakan kemarahan setinggan Bumi Hijau berhubung penyingkiran mereka kerana penempatan mereka hendak dimajukan UTC. 

Campur tangan Dr Z menyebabkan perintah mahkamah di pouse sekejap dan memberi ruang kepada mangsa untuk berfikir seketika menenangkan debar dada.

Untuk itu kita salute kepada Dr Z. 

Seperkara yang hendak saya sebut disini dan wajar mendapat perhatian Dr Z juga masalah gelandangan dan peminta sedekah berpasangan yang menjajak ke gerai dan resotoran mamak.

Perkara ini sudah lama berlaku dan kian bertambah. Menjelang Ramadan ini jumlah "palaburan" itu pasti akan bertambah. Gelandangan memang susah  untuk dihapuskan begitu juga pelacuran. Ia wujud bersama bermulanya mentari menyapu awan. 

Pun begitu Dr Z perlu berfikir dan berikhtiar macam mana hendak mentiadakan kegiatan ini yang mana ia merosakkan imej negara. Dalam menuju ke era mewujudkan bandaraya Madani hal hal seperti ini sepatutnya tidak kelihatan.

Saya yakin  Dr Z mampu melakukkannya. Kombinasi bersama lain lain agensai dan jabatan di bawah kementerian Perpaduan, Wanitan  Kebajikan akan membantu Dr Z mengatasi fenomen yang mencacatkan pemandangan mata ini. Trims.