KETINGGIAN AKHLAK LAHIR DARI PERBUATAN MENGHORMATI ORANG LAIN



Ibrahim Mat Isa.



Ketinggian akhlak hanya terserlah dari perlakuan yang sentiasa menghargai keharmonian, persahabatan, jalinan mesra dalam memupuk muhibbah sesama kaum yang ada di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri melawat keluarga mendiang bekas menteri persekutuan Tun Sambanthan kerana kematian isterinya siang tadi.


RAKYAT BERHENTI KERJA, MENTERI DAPAT BAS BARU.



Hashim Rayman 11

Beza MB PH yang bantu rakyat dengan MB PAS yang berjoli duit rakyat

MB Parti Amanah beli BAS untuk kegunaan rakyat secara percuma..
MB Parti PAS beli BAS untuk kesenangan lebai..

Pengangkutan Bas kelantan lumpuh sebab gaji pemandu bas tidak dibayar..Sedangkan lebai-lebai joli sakan..Sorang-sorang dapat wang RM50ribu melalui duit rakyat..

Kes YB Syed Sadiq Menteri Belia dan Sukan Diserang di Ulu Tiram



Kes YB Syed Sadiq Menteri Belia dan Sukan Diserang di Ulu Tiram

Kenyataan Media Ahli Parlimen Pasir Gudang

Saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Polis Diraja Malaysia,PDRM supaya dengan segera menyiasat tindakan menyerang YB Syed Sadiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Muar oleh sekumpulan 200 orang di sebuah restauran di Ulu Tiram, Johor malam semalam 31 Januari 2020.

2.Laporan polis difahamkan telah dibuat.Kedaulatan undang- undang mesti dilaksanakan.Kertas siasatan perlu segera dibuka dan jenayah serangan bersifat ganster atau samseng ini mesti disiasat.Saksi-saksi dipanggil dan pendakwaan di mahkamah perlu dilakukan supaya tidak ada siapa di Malaysia yang merupakan negara berasakan hukum dan perlembagaan boleh membenarkan mana-mana pihak terlepas dari perlaksanaan undang-undang yang adil bagi semua rakyat di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

3.Saya menyeru supaya semua Ahli Parlimen baik di pihak kerajaan mahupun pembangkang supaya menyatakan simpati kepada YB Syed Sadiq yang bukan ini kali pertama diserang oleh samseng.Beliau telah diserang sebelum ini.Saya mohon supaya semua rakan 222 Ahli Parlimen Malaysia bangun mempertahankan hak setiap Ahli Parlimen seperti Syed Sadiq menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri, sebagai Ahli Parlimen dan sebagai ahli politik sah yang dipilih oleh rakyat untuk menjalankan tugas mereka dengan aman dan selamat dari serangan pihak-pihak samseng dan ganster yang tidak bertanggungjawab.

4.PDRM tidak boleh berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh.Yang bersalah dan bersubahat perlu diambil tindakan dengan segera.

Sekian

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 01 Februari 2020.

MAJLIS MAKAN MALAM SYED SADIQ...SIAPA PUNYA ANGKARA



Teloq sapa sangkut kat pagaq?


Majlis makan malan Syed saddiq di Ulu Tiram telah di ganggu?....lebih 200 orang?.

Hmmmpphh....salah siapa yek?. Ada pro dan kontra di sini. Tetapi, ini lebih kepada usaha pihak-pihak tertentu untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran PH berbanding pada era regim UMNO (termasuklah pada masa pemerintahan Tun M).

Sebagai contoh...KKMM gagal dalam mengawal selia dan mengambil tindakan terhadap pemfitnah-pemfitnah  serta penghasut-penghasut  dari WARGA PEMBANGKANG. Terlalu berlembut walaupun dalam isu-isu penghinaan terhadap pemimpjn-pemimpin PH.



Jika pada era UMNO dulu, Polis bersedia menggempur pembangkang walaupun terpaksa menggunakan kekerasan. Polis pada ketika itu, sanggup serta bersedia berkhidmat dengan bermatian-matian demi kelangsungan regim 'KERAjaan' UMNO. Ada unsur sabotaj ker sekarang nih?...entah lah. Papagomo sewenang-wenangnya boleh mencetuskan provokasi di Sabah malah setiap hari masih mengadu dumba di media2 sosial. Lokman Lobak man, masih berleluasa mencetuskan hasutan dan kacau bilau. Najib, masih boleh terus menjerit dan menghina serta merempit. Ok...itu keterbukaan PH la konon2nya tu kan?.


Namun, perkara-perkara yang amat jelek sekali pada pandangan masyarakat adalah KELEMAHAN oleh pemimpin PH itu sendiri. Menteri-menteri  kebanyakannya bercakap atau mengeluarkan statement bukannya mengikut akal, tetapi hanya ikut pemikiran lutut kiri.  Perbalahan di dalam PKR semakin teruk. Orang ramai (termasuk penyokong2 PKR/PH) sendiri pun dah meluat dan dah muntah beratus-ratus kali dah. DAP pulak sekarang ni, nampak TERLALU BERKUASA dan telah menonjolkan kekuatan serta keupayaan mereka...sedangkan Menteri2 dari AMANAH pulak bercakap dan mengeluarkan idea macam orang tua yang dah nazak dan dah nak mati bila2 masa jer. PPBM?......entahlah. Semakin menyemak dengan orang2 UMNO yang baru daftar PPBM dan kebanyakannya hanya nak membolot projek2 Kerajaan sahaja. Kadang2, ternampak PM yang pernah aku sanjung dulu ni, dah tak berapa betul dalam berfikir. Nyanyuk ker dia tu? pun tak tahu....

Betul sangat ker aku atau kita semua ni yang mengkritik pemimpin2 PH? Tentulah....kerana kita inilah maka sejarah tercipta. Kerana kita inilah...Najib dan UMNO tersembam dengan hinanya. Kerana kita jugalah Malaysia tidak terjual kepada konglemerat China. Tapi apa yang kita dapat? Yillek!!! Apa yang lebih malang, selepas sahaja kita (PH) menang....rupa2nya kita kini hanya memiliki himpunan Menteri-menteri bodoh dan bangang abadi sahaja!!!.......

Ikhlas tapi benar:

Mohd Asri Bakar.

(t.tangan tidak di perlukan).

NAK JADI MENTERI KENA LA TAHAN LASAK...BUKAN CABUT TINGGAL PENYOKONG...PENAKUT MACAMANA NAK JADI PEMIMPIN..


Saiful Anwar


Masuk politik ni kena bertabah laa..
Kena troll, kena buli, kena pandai melompat pagar...

Kami dah lama tau nak lari dari Fru bila dia sembur air kuning, kami tau nak menyorok kat masjid, kami tau nak baling batu bila Fru lepa pandang belakang...




Kami x pernah lari dari prob rakyat, rakyat nak kepong kami...sbb rakyat yg bagi aspirasi utk kami tumbangkan beeend, umngok selepas 60 tahun... 

Tapi adegan ni mcm ni...mcm tak sesuai selepas pru14...rakyat semakin marah sebab xdapat apa yang diharapkan..

Sila undur diri untuk peralehan kuasa!!!!
Menteri sukan Saddiq terpaksa memanjat pagar kerana melarikan diri daripada kepungan gangster...

Saya berpendapat beliau di tidak di senangi rakyat atas 5 sebab.

1 .Beliau lebih kepada menjadi menteri Mahathir bukan kepada menteri Malaysia. 

2.Beliau lebih menjaga sensitiviti hal Tun daripada 
Sultan johor.

3.Tidak di lihat menjaga kementerian Menteri Sukan
lebih kepada berpolitik..

4.  Cara dia pegang jawatan ketua ARMADA di pertikai  oleh ahli PPBM


5.Statementnya dalam media mcm budak-budak.




Enough is enough!!!!
Bina negara selepas dapat PM8!!!

#anwar4pm8


Bahana Skandal Tabung Haji Zaman Najib-Azeez*



Kadir Jasin


1. Hampir dua tahun telah berlalu sejak jatuhnya kerajaan Kleptokrasi UMNO-BN.

2. Hampir RM 17 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk selamatkan dan modali semula TH.

3. Tetapi akibat pelanggaran Akta TH dan pengabaian tanggungjawab fidusiari oleh lembaga pengarah dan pengurusan kanan di bawah telunjuk Azeez, banyak masalah dan isu masih menghantui TH. 

4. Akta dilanggar untuk membayar kadar hibah yang tinggi demi undi dan puji-pujian walau pun hutang melebihi harta dengan sebanyak RM 10 bilion. 

5. Sekarang giliran Ladang TH pula. Kewangan dan perniagaannya dalam keadaan tenat hingga terpaksa ditanggung oleh TH.

6. Bagi tahun Kewangan 2018, kerugian berjumlah RM 658 juta dan hutang RM 1.4 bilion .

7. Antara sebabnya ialah kerana dipaksa beli tanah dan ladang dengan harga yang mahal di Sarawak dan Indonesia.

8. Sebahagian daripadanya belum ditanam dan didapati tidak sesuai untuk pertanian. 

9. Laporan jenayah telah dibuat kepada pihak polis dan besar kemungkinan banyak lagi skandal akan didedahkan. 

Wallahuaklam. Terima kasih.

Kredit - Dato' Abdul Kadir Jasin

HELLO ASRAF WAJDI...BANYAK KAJI DULU BARU CAKAP YA...



Mohd Shah Rim.



➡️ YTH ditubuh pada tahun 2016

➡️ Dakwaan salahlaku berlaku tahun 2017, dan laporan polis dibuat pengurusan baru TH tahun 2018

➡️ 30 November 2018, TH buat 2 laporan polis terhadap Abdul Azeez, dua bekas CEO, Ismee Ismail dan Johan Abdullah serta
pengurusan kanan.

➡️ Pengurusan kanan lain COO, Adi Azuan Abdul Ghani, CFO, Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang,
Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md Ariff.

➡️ Kenyataan TH, laporan polis pertama Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, sejumlah RM22 juta diguna untuk aktiviti politik UMNO.

➡️ Bertentangan Memorandum dan Artikel Persatuan Yayasan
Tabung Haji (YTH)

➡️ Pemegang-pemegang Amanah YTH ketika itu, Abdul Azeez, Ismee, Johan, Adi Azuan dan Rozaida.

➡️ YTH ditubuh 2016 kumpul dana kemanusiaan dan menyumbang kepada orang kurang berkemampuan, miskin dan memerlukan.

➡️ 1 Disember 2018, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, "Saya sahkan terima laporan polis TH, kes disiasat mengikut Seksyen 420 dan 409 KK kerana menipu.

LINK RUJUKAN:
1. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-terima-laporan-sudah-buka-kertas-siasatan-amar-singh-192517

2. https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/11/30/tabung-haji-lodges-police-report-against-former-bosses/

PH Sarawak tetap sokong Anwar sebagai Perdana Menteri - Chong*




KUCHING: Pakatan Harapan (PH) Sarawak menyatakan sokongan penuh kepada Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Kelapan (PM-8).

Perkara itu ditegaskan Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen yang memberitahu ia adalah agenda dan hala tuju yang telah dipersetujui semua pimpinan PH.

"Kita telah berjanji bahawa Datuk Seri (Anwar Ibrahim) akan menjadi PM-8 dan itu adalah agenda kita dan merupakan persetujuan kita serta hala tuju yang harus kita capai.

"Sebab itu, kita jemput beliau datang pada hari ini pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) untuk menunjukkan sokongan kepada beliau dan berpegang kepada janji kita sebelum ini," katanya ketika berucap pada majlis makan tengah hari bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah restoran di sini hari ini.

Chong yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganggap Anwar sebagai 'sifu'.

"Kita telah lebih 20 tahun bersama Datuk Seri dan kita telah bersusah payah bersama-sama memperjuangkan reformasi untuk mengubah Malaysia," tambah pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua ahli parti PH di negeri ini untuk terus bersatu dan memberi tumpuan kepada agenda utama yang telah ditetapkan sebelum ini.

Ahli Parlimen Stampin itu memberitahu, meskipun banyak keluhan dan rintahan tentang kepimpinan PH dalam mentadbir kerajaan di negara ini, namun pelbagai pencapaian telah dicapai antaranya memerangi rasuah.

Jelas Chong, sepanjang tempoh 18 bulan mentadbir negara ini, kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa menunjukkan peningkatkan iaitu dari tangga ke-61 kepada ke-51 daripada lebih 180 negara.

Tegas beliau, ia adalah perkembangan positif kerajaan Malaysia di bawah pimpinan PH yang mungkin tidak diketahui umum yang membuktikan kerajaan PH sebuah kerajaan yang telus dan serius dalam memerangi rasuah di negara ini.

"Jadi negara kita sedang menuju landasan yang tepat walaupun banyak keluhan dan rintihan, sudah tentu inilah kehidupan yang penuh cabaran dan rintangan.

"Semua ini harus kita tepikan dan tetapkan dalam minda kita ke arah hala tuju yang tepat," ujarnya.


https://www.utusanborneo.com.my/2020/02/01/ph-sarawak-tetap-sokong-anwar-sebagai-perdana-menteri-chong


PPSMI MENYERLAHKAN CIRI MAHARAJA MAHATHIR



Dahulu, ketika 1MDB menjadi isu hangat, Zaid Ibrahim (sekarang Pengerusi DAP Kelantan) pernah melabelkan Najib Razak memimpin negara bak seorang maharaja.

Najib dilabelnya sedemikian kerana dilihat mentadbir negara ini secara berkuasa penuh, tak boleh ditegur dan sesiapa yang menentangnya akan segera dipecat atau disingkirkan.

Daripada satu segi, terutama ketika itu, kata-kata Zaid itu memang ada benarnya.

Itulah juga salah satu sebab mengapa keinginan rakyat menumbangkan BN dan menyingkirkan Najib begitu kuat.

Tetapi, setelah 20 bulan PH menjadi kerajaan dan Tun Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, apa sudah jadi sekarang?

Ciri-ciri maharaja yang sebelumnya ada pada Najib, nampaknya telah mula mencambah dalam diri Perdana Menteri yang bernama Tun Mahathir.

Walaupun sifat maharaja itu sebenarnya telah wujud ketika era 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir sebelum ini, tetapi tentulah tidak disangka setelah maharaja disingkirkan pada PRU14 dengan nafas reformasi dan semangat Malaysia Baru, kini muncul lagi seorang maharaja baru.

Cara Tun Mahathir melaksanakan dasar PPSMI yang diumumkannya semalam betul-betul menampakkan ciri seorang maharaja.

Ini kerana bukan saja perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet, malah diumumkan oleh Tun Mahathir yang hanya bertaraf pemangku Menteri Pendidikan.

Lebih daripada itu, mengembalikan dasar PPSMI yang pernah dibatalkan pada 2012 juga bukan sebahagian daripada manifesto PH dalam PRU14 lalu.

Sementara banyak janji manifesto PRU14 belum tertunai, tidak dilaksanakan dan diabaikan begitu saja, melaksanakan PPSMI yang bukan sebahagian janji pilihanraya dan tidak pernah dibincangkan dalam kabinet, tentulah hanya seorang pemimpin yang bersifat maharaja saja mampu melaksanakannya.

Lantaran sifat maharaja itu, maka tidak menghairankan jika yang dijanji adalah pemansuhan tol, namun yang dilaksanakan akhirnya adalah pemanjangan lagi tempoh konsesi selama 20 tahun sehingga tahun 2058.

Dengan ciri-ciri maharaja yang kian menyerlah itu, selagi Tun Mahathir ada di kerusi Perdana Menteri, janganlah diharap terlalu tinggi terhadap janji-janji lalu akan dilaksanakan.

Bukan saja janji tidak dilaksana, malah pembaharuan dalam kerajaan sebagaimana yang dilaung-laungkan sebelum ini, selagi ada Perdana Menterinya bernama Tun Mahathir, hanyalah pemanis kata untuk mendapat sokongan semata-mata.

Dalam diri Tun Mahathir ternampak tiada keinginan sama sekali untuk melaksanakan segala janji dan pembaharuan itu, yang diingininya lebih untuk kembali kepada ciri-ciri PM4 dahulu.

Sebagaimana semasa PM4 dulu beliau banyak berjanji memilih penggantinya, sekarang pun pengganti yang sudah dipersetujui masih kabur lagi untuk menjadi realiti.

Maka, apa lagi yang boleh kita harapkan selagi maharaja ini memimpin negara kita? (ShahbudinHusin 01/02/2020)

LAGI BANTAHAN PERLANTIKAN PERASUAH MENJADI PENYELARAS PARLIMEN.



ASSALAMUALAIKUM WBT.. SALAM SEJAHTERA




Berikutan perkembangan terkini sekiranya benar seperti yang tular didalam media sosial Sdr. Zakaria Abdul Hamid dilantik sebagai PENYELARAS PARLIMEN BERA FPAHANG. ( P090)  seperti yang diumumkan, maka ketetapan berikut  mesti diambil

1) Menyokong penuh dan berdiri teguh bersama kepimpinan CABANG KEADILAN BERA
dibawah PIMPINAN KETUA CABANG BERA YB SENATOR BOB MANOLAN MOHAMAD

 2) Menyokong penuh dan berdiri teguh bersama kepimpinan YB SENATOR BOB MANOLAN MOHAMAD  sebagai PENGERUSI PH PARLIMEN BERA

3) MENOLAK DAN MEMBANTAH DENGAN TEGAS  PERLANTIKAN SDRA ZAKARIA ABDUL HAMID SEBAGAI PENYELARAS PARLIMEN BERA  dengan alasan seperti berikut :

1) Telah dipecat daripada anggota Keadilan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib Parti kerana kesalahan  RASUAH melalui siasatan SPRM

 2 ) Beliau BUKAN AHLI   PARTI KEADILAN UNTUK MENJAWAT SEBARANG JAWATAN  UNTUK MEWAKILI KEADILAN CABANG BERA didalam JAWATANKUASA PAKATAN HARAPAN BERA yg dianggotai oleh PARTI KEADILAN RAKYAT  PPBM  AMANAH  dan DAP sebagai komponen membentuk KERAJAAN  PERSEKUTUAN PUTRAJAYA selepas memenangi  PRU14

3 ) ADALAH TIDAK WAJAR JAWATAN PENYELARAS PARLIMEN BUKAN PH  DISANDANG OLEH INDIVIDU YANG TIADA SEBARANG KUASA & KELAYAKAN  MEWAKILI MANA-MANA PARTI DALAM KOMPONEN PAKATAN HARAPAN DIATAS FUNGSI PENYELARAS PARLIMEN BUKAN PH SEBAGAI INSTRUMENT PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DARI KERAJAAN PUSAT

4 ) MEMBANTAH DAN MENOLAK SEKERAS-KERASNYA PEMIMPIN YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH KERANA BERTENTANGAN DENGAN NILAI BERSIH YANG DIJUNJUNG OLEH KERAJAAN PH DAN RAKYAT YANG MENOLAK KERAJAAN TERDAHULU KERANA AMALAN RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA YANG MEROSAKKAN NEGARA


5 )  Saya dimaklum YB Dato Saifudin Abdullah sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Pahang telah melantik beliau. Maka saya minta agar beliau membuat rujukan kepada PH Pahang dan Pakatan Harapan  Bera terlebih dahulu. Kita tidak mahu dicaci oleh pengundi dan diremehkan oleh pembangkang di Bera ini. 


KETUA PENERANGAN
PKR CABANG BERA & PH BERA
ABD. RAZAK B ABD KADIR
BERTARIKH : 03 HB FEBRUARI 2020

KENYATAAN MEDIA



Kenyataan Media 
JINGGA13 PAHANG
1 Febuari 2020

BANTAHAN LANTIKAN PENYELARAS PARLIMEN BERA AHLI YNG DIPECAT DARIPADA PARTI 

Isu Perlantikan Penyelaras Parlimen Bera yang telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat yang dipercayai di lantik dengan persetujuan seorang menteri.

Berkenaan dengan perkara di atas kami dari JINGGA 13 PAHANG membantah perlantikan Penyelaras Parlimen yang telah di pecat dari Parti Keadilan Rakyat yang di lihat tidak membawa apa-apa agenda Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Harapan serta agenda reformasi itu sendiri.

JINGGA 13 PAHANG agak merasa terkilan dengann perlantikan itu yang di lihat tidak selari dgn pendirian Pakatan Harapan untuk tidak mengulangi seperti apa yang kerajaan terdahulu lakukan yang di lihat seolah-olah mengutamakan kroni untuk kepentingan politik masing masing serta dilihat menghina keputusan parti.  

Mufakat *Prihatin*Berani

AHMAD SHARIL ISMAIL
KORDINATOR JINGGA 13 PAHANG

RAZALI BAKAR
TIMB KORDINATOR JINGGA 13 PAHANG.

AKHIRNYA KAU KE SKMM DAN PDRM JUGA



Hamsina Hamzah




Macai umno si retis sendu ni.....Aku nak bagi tahu koranglah, majority retis memang macai umpas yang bijak-bijak  jer tak sokong peyamun. Al maklum lah segelintir retis ni menempek kekayaan umno warlords. Apa tak nyer berlakun kayu nyanyi sumbang tapi hidup Kaya raya mana dapat duit?

Business kecik kecik jer cepat Kaya. Ingat yer I SAID SEGELINTIR NOT ALL  gituuuuu. Siapa makan cili...rasalah pedasnya...

Dalam kes zed ni dah tahu fake still shared,sebab dia nak menjuarai kebodohan yang tak bertebing Tu.


BERJAYA JUGA HASIL TARBIAH. FUHHHHH...






“Alaaa ...tersilap sikit pun nak bising” -walaunPAS

𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗨𝗠𝗣𝗨𝗥: Pihak polis di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) telah membuka lima (5) kertas siasatan di seluruh negara ke atas penyebaran khabar angin berita tidak sahih berhubung penularan Coronavirus (2019-nCoV).

Antaranya siasatan terhadap kenyataan palsu di Facebook Mr Kong Tuck Wah (calon PAS-N14-Rawang), menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Mengulas lanjut, Huzir berkata, lima kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

Ia memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya.

"Namun, terdapat kes yang turut disiasat mengikut Seksyen 203(A) Kanun Keseksaan (pendedahan maklumat) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM1 juta atau penjara sehingga satu tahun.

"Manakala, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

PENYELARAS PARLIMEN BERA DILANTIK DARI ORANG YANG ADA KES RASUAH?



Satu lagi 'keajaiban' di dalam kerajaan PH yang amat bertentangan dengan semangat reformasi, salah satunya adalah mereformkan semua institusi dan pentadbiran dari sebarang amalan rasuah.  

Kerajaan yang baik bukan sahaja perlu bersih, tetapi mesti dilihat bersih.  Bagaimana seseorang yang telah dipecat dari parti kerana terdapat laporan dari SPRM bahawa beliau terlibat dengan unsur rasuah, tiba-tiba dilantik menjadi Penyelaras Parlimen di Bera?  Difahamkan, Sdr Zakaria Abdul Hamid, bekas Ketua Cabang Bera telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera.  

Meskipun beliau telah mengemukakan rayuan kepada lembaga rayuan parti Keadilan, namun selagi rayuannya tidak diputuskan, beliau tetap di dalam status 'bersalah' dan 'tidak berparti'.  Bagaimana orang yang didapati oleh parti bersalah berdasarkan siasatan dan laporan oleh SPRM, dan telah dipecat dari parti, boleh diangkat untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera?  Setiap Penyelaras Parlimen bakal mendapat peruntukan jutaan ringgit, adakah orang seperti ini ingin dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya? 

Saya difahamkan, Pakatan Harapan Negeri Pahang tidak pernah mencalonkan orang yang tidak berparti ini untuk menjadi Penyelaras Parlimen.  Pakatan Harapan Negeri Pahang telah melantik YB Senator Bob Manolan sebagai Penyelaras Parlimen Bera, memandangkan Sdr Zakaria Abdul Hamid telah dipecat dari parti. 

Difahamkan, Pengerusi MTENg YB Saifuddin Abdullah (MP Indera Mahkota) telah memilih orang yang tidak berparti ini untuk menjadi Penyelaras Parlimen Bera.  Adakah kerana mereka 'satu kepala', maka perlantikan dibuat walaupun perbuatan itu amat memalukan?  Bagaimana mahu berdepan dengan rakyat jika kita melantik orang yang dilaporkan oleh SPRM terlibat di dalam rasuah, dilantik untuk menjaga peruntukan parlimen? 

YB Saifuddin Abdullah tidak harus membawa budaya umno ke dalam PH.  Keadilan patut kecewa dan menyesal menempatkan beliau sehingga ke tahap ini kerana beliau langsung tiada roh reformasi di dalam dirinya.

Saya berharap PH Pahang harus memperbetulkan perkara ini.  Jangan izinkan sesiapa sahaja yang tercemar memegang jawatan penting di dalam PH.  

WFAUZDIN NS

KENYATAAN MEDIA MENGENAI PPSMI



KENYATAAN MEDIA
1 FEBRUARI 2020

REFORMASI PENDIDIKAN: PPSMI ADALAH DASAR LAPUK WARISAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL

Cadangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memangku tugas Menteri Pendidikan agar pembelajaran sains dan matematik diajar di dalam Bahasa Inggeris merupakan langkah ke belakang. Gesaan itu juga merupakan idea lapuk peninggalan kerajaan lama yang telah ditolak oleh mana-mana pakar bahasa, sama ada bahasa asing mahupun bahasa ibunda.

Sangat penting agar seluruh Jemaah Menteri menolak gesaan Pemangku Menteri Pendidikan ini di dalam mesyuarat kabinet, dengan tidak membiarkan ia datang daripada seorang yang pada masa sama merupakan Perdana Menteri. Bahkan, gesaan ini sama sekali tidak termasuk di dalam manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.

Jemaah Menteri sangat bertanggungjawab untuk menggesa agar perkara utama dalam usaha Reformasi dilakukan dan bukan kembali kepada dasar lama kerajaan lama. Antara kajian segera yang perlu dilakukan dan mencapai persetujuan bersama adalah seperti pengukuhan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta sekolah kebangsaan satu aliran yang perlu mengajar Bahasa Kebangsaan dan bahasa ibunda – seperti bahasa Cina, bahasa Tamil dan lain-lain – yang perlu kepada rakyat Malaysia.

Kerajaan juga wajar mengambil ketetapan bahawa semua dasar utama perlulah melalui perbincangan menerusi mesyuarat kabinet sebelum dikemukakan untuk wacana umum. Cara ini akan memastikan pentadbiran dan komunikasi kerajaan dilaksanakan dengan lebih teratur.

Perlawanan kepada dasar bahasa Inggeris untuk pembelajaran sains dan matematik yang pernah disaksikan di era kerajaan Barisan Nasional adalah beban yang tidak perlu kepada kerajaan Pakatan Harapan di era Malaysia baharu.

MOHD NAJWAN HALIMI
Ketua Angkatan Muda KEADILAN
Negeri Selangor

PH BUKTIKAN JANJI PRU 14 KURANG KADAR TOL

DAP gesa AS henti gugat usaha perdamaian di Palestin



Oleh Teo Nie Ching
Setiausaha Antarabangsa DAP
Parti Tindakan Demokratik (DAP) menggesa Amerika Syarikat agar tidak melaksanakan pelan “Deal of the Century” (DOTC) yang akan menggugat usaha yang telah dijalankan berdekad-dekad lamanya bagi mencapai perdamaian di bumi Palestin.

DOTC tersebut jelas berat sebelah kepada Israel dan telah diputuskan tanpa perbincangan dan persetujuan bersama rakyat Palestin.

Tindakan unilateral Israel-Amerika Syarikat dalam tempoh tiga tahun ini terutamanya dalam isu pengisytiharan Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel, penggubalan “undang-undang negara Yahudi” bercirikan apartheid dan pengumuman DOTC sememangnya adalah penindasan terhadap rakyat Palestin. Sekiranya perkara ini berlaku, Amerika Syarikat secara langsung menidakkan usaha pelbagai pihak selama ini untuk membawa perdamaian dalam konflik Timur Tengah.

DAP menyeru agar semua pihak kembali ke meja rundingan terutamanya berdasarkan prinsip yang telah diterima semua dan mengambil kira rakyat Palestin yang merupakan suara paling penting dalam isu ini.

HAH LAGU MANA NI



AHMAD MUNIR




Janji asal dapat naik mecedih. Tak padan lah menteri naik viva belako. Lebai pun nak merasa mecedih jugak. Hudud nanti kita bincang semula deh adik kakok 🤪 



5 TELAH DICEKUP......

HAJI ZAMRI AKA DEVIL.....PDRM NAK JUMPA.......





Nizam Aka



Namanya Tuan Haji Zamri Samad dan nick name dia ialah Devil..Sebgai yang telah bergelar haji dan penyokong tegar Pasmno yang kononnya pejuang Melayu Islam,sepatutnya tahu dan sedar Menuduh Seorg Muslim Lain Melakukan Dosa Besar Juga Merupakan Satu Dosa Besar..


Sejak bila pula Dr Zulkifly seorg peminum arak esbgaimana yang kamu tuduh?Adakah sikap dan perangai dia juga sama dengan nick name dia iaitu Devil..

Mungkin dia juga berminat utk bertemu dgn #skmm,#kdn,#polis atau phk #pdrm..
 



Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, teks

SITUASI DALAMAN PKR TAK JEJAS PELUANG ANWAR JADI PM

Budaya samseng melampau.



Tengku Syafiqrullah.






Program tertutup jamuan makan Rapat Umum Armada bersama YB Syed Saddiq di Savannah Resort, Ulu Tiram, Johor telah dicemari dengan kehadiran sekumpulan individu (200 orang lebih) yang tiada kena mengena dengan majlis mengganggu seorang Menteri, 2 orang Exco Negeri dan seorang ADUN.

Terkepung hampir dua jam sebelum dapat beredar dengan jalan belakang memanjat pagar. Kedua ibubapa YB Saddiq juga ada di dalam majlis.

Ada provokasi jelas oleh pihak tertentu. Mereka mengepung tempat makan, sergah dan langgar semua tetamu yang hadir. Mereka laung dan pekik macam-macam kata-kata kesat.

Paling teruk, mereka sergah supaya menteri minta maaf kepada TMJ, kalau mahu pulang dari majlis.

Terima kasih Armada Johor. Terima kasih Bersatu Johor. Malam ini adalah malam keluarga Armada dan Bersatu. Kita tak akan maafkan kumpulan yang biadap ini.

Ingin di ingatkan kepada mereka yang di sebalik tabir bahawa Malaysia ini ada undang-undang, ada polis dan mahkamah. Tidak ada sesiapa yang lebih tinggi dari perlembagaan.

Ini Malaysia. Malaysia, milik semua.



ALAHAI....KEYBOARD WARRIOR NERD NANGIS



Jebat






cerita dia



Semalam saya buat OPS kat Padang Tembak, ada 1 Melayu amik video. Bila tanya banyak eksyen, tengah buat FB live la kononnya.

Tapi bila die ada mention masa buat FB Live tu sambil fokus kepada anggota DBKL n Polis dengan ayat " inilah puk*mak, anjing n balaci kerajaan yang robohkan gerai orang Melayu".
Terus saya jumpa dan tanya kenapa perlu keluarkan kata-kata kesat..

Diringkaskan cerita setelah diberi tazkirah oleh saya, polis minta i/c. Bila cek beliau ada kes seksyen. 420 yang masih blom selesai dan dikehendaki pihak polis. Lepas kene gari terus meleleh ayaq mata. 

Rupanya beliau lah salah seorang keyboard warrior atau individu yang banyak crita x betul tentang DBKL  dan  agensi kerajaan dengan maklumat yang salah serta hasutan yang membuatkan masyarakat benci terhadap tindakan yang DBKL dan Kerajaan  kita ambil.

Kebetulan saya dapat sorang yang acah-acah sembang kuat dalam FB, muka NERD  tapi bila kene tahan terus nangis......




TH BERI RUANG KEPADA PENDEPOSIT YANG MAMPU...



MOHD SHAH RIM


Pembangkang UMNO/PAS menghentam kerajaan kerana surat tawaran ini... jadi ni peringatan untuk manusia pembangkang..

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, cermin mata dan teks



BERSEDERHANALAH BILA DATANG SINDROM BODO...

Tabung Haji memberi ruang pada pendeposit yang mampu untuk menunaikan Haji tanpa subsidi, tapi jika  tak mampu, jumlah yang dikenakan tetap RM9,80.00 sahaja.. kenapa susah sangat nak faham..??
Tiada penerangan foto disediakan.



MAHATHIR CAMDEK MENTERI PH.SEMUA YANG DITENTANG KINI DILAKSANAKAN.....


Ahmad Lufti






Tempoh Mahathir jadi perdana menteri, seperti janjinya juga, tidak lebih setahun aja lagi. Banyak agenda penting untuk memulihkan -- dan memajukan -- negara, juga melakukan pembaharuan dan reformasi, belum terlaksana. 

Jadi, usah buang masa berharga ini, untuk perkenalkan semula PPSMI. Partinya sendiri, Bersatu, mungkin juga tidak bersetuju. Dulu Muhyiddin (presiden Bersatu) yang membatalkan PPSMI ekoran tunjuk perasaan besar-besaran. Sebenarnya PPSMI yang gagal dulu pun menghanguskan wang rakyat yang cukup banyak. 

Cukup membazir!

 Lupakanlah benda-benda mengarut yang hanya mengundang kemarahan ini, khususnya orang Melayu.

Saya kira Mahathir ini, wataknya bersikap ekstrem dan melampau (juga degil dan keras kepala). Lihat saja bagaimana dia membelasah musuh-musuh politiknya, daripada Pas, DAP, Tengku Razaleigh Hamzah, Anwar 
Ibrahim, Najib Razak dll.

Harapnya kali ini Mahathir dapat ubah fikirannya, realistik dengan lingkungan, sedia mendengar keresahan dan memanfaatkan hujung kuasa ini dengan agenda besar untuk mengangkat martabat bangsa Malaysia, yang sejak lama terabai dan dikhianati pemimpin sendiri. Usah cacatkan rekodnya sebagai perdana menteri ketujuh dan pengalaman hebatnya menggembleng setiap potensi dengan bijaksana bagi menumbangkan regim kleptokrasi dalam PRU14 .....