Ramai kata demonstrasi dan protes jalanan ni bukan cara orang Malaysia.
Walhal, kita kena tahu, boleh dikatakan Malaysia terbentuk kerana demonstrasi dan protes jalanan. Demo pertama yang tercatit dalam sejarah ialah pada tahun 1945. Ketika Rakyat menentang Malayan Union.
Dan ia berjaya, British taknak pening kepala. Cancel Malayan Union, maka tertubuhlah Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Persekutuan Malaysia.
Makanya, kita tahu. Sudah ada DNA kita di situ. Kita berdemo sejak dulu.
Hak berdemo dan protes termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai hak bersuara dan berekspresi. Tidak boleh disangkal lagi.
Ada lah yang kata berdemo ni buat pelabur lari. Itu saya tak setujulah. Negara maju, buat demo kadang tiap2 minggu. Elok je depa macam tu.
Yang buat pelabur lari bukannya protes dan demo rakyat. Tapi Kerajaan yang korup dan penuh dengan ektrimis kaum dan agama. Itu yang buat mereka hilang selera.
Setakat berdemo ni mereka tahu itu hak demokrasi, mereka takde hal punya.
*****************************
Antara demo besar yang pernah ada dan berjaya, ialah demo BERSIH. Bermula tahun 2007, dah ada 6 siri kesemuanya. Terakhir tahun 2016. Penyertaaan paling ramai, media anggarkan sekali rally boleh dapat lebih 100,000 orang.
Demo BERSIH ni boleh dikatakan berjaya. Mereka nak bersih dan adilkan pilihanraya. Oklah ada impaknya. Pengenalan dakwat celup dan aturan yang lebih ketat untuk elak pengundi hantu. Itu kejayaan BERSIH yang dibuat dulu.
Yang kedua, Perhimpunan 812, untuk tentang ratifikasi ICERD. Pada 8 Disember 2018. Dikepalai oleh NGO Melayu. Walaupun parti politik Melayu turut bantu.
Ini demo paling aman, mungkin kerana mereka dapat permit. Dihadiri 55,000 orang mengikut anggaran polis. Demo ini juga berjaya, akhirnya Kerajaan Tun M akur. Taknak sign ICERD.
Pada saya, kedua2 Demo ini berjaya, ada formulanya.
1. Dikepalai orang NGO, bukan parti politik. Kredibel pula. Orang hormat mereka.
2. Hormati tarikh penting, bukan dibuat masa hari Kebangsaan atau tarikh penting lain.
3. Motif jelas dan sasarannya nampak.
********************************
Semalam ada satu lagi Demo. Namanya demo “Selamatkan Malaysia”. Penganjur kata hadir 10,000 orang. Tapi anggaran polis hanya 850 orang. Ada juga laporan media kata 2000 orang.
Jumlah yang hadir pun tunjukkan ia tak dapat sambutan.
Sebab apa rasanya? Ini pandangan saya.
1. Tak disertai oleh banyak NGO wibawa. Yang ada hanya GAMIS. Yang lain tiada.
2. Motif nya nak suruh Zahid dibicara semula. Tapi set2 ni lah yang ada isu Jana Wibawa. Anak Menantu Presiden wanted by Interpol. Anak Ketua Pembangkang sangkut kes balun minyak subsidi. Bak kata pepatah, mereka ini seolah2, ayam jantan berkokok, dengan tahi penuh di bontot (mind my language please).
3. Kepala nya YB WAF, Tun Faisal dan Chegubard. Langsung tiada aura.Seorang masa jadi Timb Menteri dok beri surat sokongan. Siap nak halalkan. Seorang lagi, pahlawan Bossku masa isu 1MDB. Bila UMNO jatuh dia terus lari. Yang terakhir sekali, don’t make me start. Himpunan “DIGI” hari tu pun tak jadi.
4. Depa pilih Hari Malaysia nak buat demo negatif. Tak pernah lagi ada demo lain yang punya tak sensitif. Bersih pilih 2 hari sebelum Hari Merdeka. Perhimpunan 812, pilih hujung tahun. Tu sebab mereka berjaya.
All in all, Demo ”Selamatkan Malaysia” semalam
gagal dari segala segi. Penganjur nampak “noob” sekali.
Pada saya, kalau benda macam ni pun gagal, tak yah lah berangan nak tebuk atap. Tunggu la 4 tahun lagi. Itupun, kalau ada rezeki.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Gambar hiasan- Keratan Akhbar Demo pertama di Malaya. Tahun 1945.