PMX DAN PREMIER LI













 Selepas majlis perasmian CAEXPO dan China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), saya dan Premier Li Qiang telah mengadakan pertemuan dua hala bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.


Ruang itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan bilateral dan glokal yang menarik, termasuk dalam perdagangan dan pelaburan seperti projek East Coast Rail Link (ECRL) dan kerjasama PROTON-GEELY di Automotive Hi-Tech Valley (AHTV). 


Pertemuan ini adalah lanjutan daripada lawatan rasmi dan pertemuan antara saya dan pemimpin-pemimpin China pada tahun ini. 


Selain itu, Malaysia dan China bersetuju untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan hubungan rakyat-ke-rakyat. 


Saya dimaklumkan, China berharap untuk terus berkomunikasi dan mengakui peranan Malaysia dan ASEAN dalam menjamin keamanan, kestabilan, dan kemakmuran benua ini.


Sementelahan, kedua-dua pihak mengiktiraf ulang tahun ke-10 bagi "Comprehensive Strategic Partnership" Malaysia-China pada tahun ini dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka pada tahun 2024 yang bakal kunjung tiba. 


Intiha, saya sekali lagi menjemput Presiden Xi dan Premier Li Qiang untuk melawat Malaysia dan turut serta dalam meraikan peristiwa penting ini.


#MalaysiaMADANI 

#20thCAEXPO



GAMBAR GAMBAR PMX DI NANNING. -EXPO CHINA ASEAN












 Tiba di Nanning bagi menghadiri Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) 2023 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS) seraya diapit Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Sewaktu berucap di Majlis Perasmian CAEXPO dan untuk China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), bersama para pemimpin ASEAN yang lain, saya singgung kepentingan kebersamaan rantau ini dan China agar terus fokus kepada aspek keamanan, kestabilan selain perdagangan beserta pelaburan yang terkait, kendatipun menopang cabaran pasca-pandemik dan dinamika geopolitik dunia masa kini.


Apakala ASEAN diramai menjadi antara benua yang pantas membangun tahun ini, adalah penting usaha sedemikian dipelbagaikan seiring dengan perubahan dunia yang semakin mencabar.


Saya sempat menyentuh mengenai Rundingan Penambahbaikan ACFTA 3.0 yang sedang berjalan dimana ia amat penting bagi pemulihan pasca-pandemik COVID-19, hatta meningkatkan hubungan perdagangan dan pelaburan antara ASEAN dan China, serta memastikan pergerakan barangan dan perkhidmatan yang lancar.


Justeru, kemasukan rundingan yang termasuk bidang pertumbuhan baharu seperti ekonomi digital, teknologi hijau, kesalinghubungan rantaian bekalan, persaingan, perlindungan pengguna, dan perniagaan mikro, kecil dan sederhana (MSME) diharap dapat memastikan perjanjian itu kekal relevan dan berwawasan.


Berkenaan Belt and Road Initiative (BRI)oleh China, saya singgung akan kepentingan usaha itu dalam mengukuhkan hubungan antara rantau ASEAN dengan negara itu, selain kesemua negara lain yang terlibat dalam BRI, sementelahan meluluk kesalinghubungan dan peluang pertumbuhan baharu merentasi rantau ASEAN, Asia Pasifik, Afrika, serta Eropah Timur dan Eropah Tengah.


Saya kemudian merasmikan Pavillion Malaysia, di mana sebanyak 107 syarikat Malaysia telah membuka gerai mereka untuk mempamerkan produk terbaik masing-masing.


Moga ekspo ini membawa pulang dan mampu melonjak lebih banyak pelaburan serta perdagangan untuk dimanfaatkan ekonomi negara pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI

#20thCAEXPO



NETIZEN...JOM SERANG TUKANG TARIK MOTOR. SEBAB TAK BAYAR




 Ok netizen. Serang tukang tarik tu beramai-ramai. Tak berperi kemanusiaan. Kejam. Cepat la. Lebih kurang dengan kes hari tu. Tengok baju macam brother Food Panda jugak tu. Orait. 1... 2... 3... Kecam! Guane boh?


 

Raja Gelap II


.


𝗜𝗦𝗛𝗔𝗠 𝗝𝗔𝗟𝗜𝗟 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗣𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗔 𝗧𝗜𝗣𝗨?


𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝘂𝗰𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵, beliau menganggap Isham Jalil yg buat roadshow telah dihasut oleh SETAN-SETAN agen-agen musuh politik UMNO yg menyamar sebagai "𝗮𝗸𝗮𝗿 𝘂𝗺𝗯𝗶 𝗨𝗠𝗡𝗢". Di setiap tempat dia singgah akan dimaklumkan oleh agen-agen ini (yg dianggap SETAN) KUNUNnya akar umbi UMNO tolak kerjasama dgn DAP. Agak luar kotak tapi "Make sense" juga. 😁


JIKA benar itu lah yg dia dengar setiap kali turun ke bawah maka dia pun anggap itu dari akar umbi. Walhal yg komen di SocMed yg galakkan dia bergaduh dgn Lokman Adam, rata-rata adalah Cybetrooper PA$ PPBM PNyakau Nasional. 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗔𝗣𝗜. 𝗔𝗗𝗨 𝗗𝗢𝗠𝗕𝗔.


Jika Isham melihat secara objektif, beliau akan faham bahawa UMNO BN pada ketika ini memerlukan rakan dan rakan baru itu adalah PH di mana DAP berada bersamanya. Apa yg "allergic" sgt dgn DAP? Lain lah JIKA Isham Jalil memg mahu menipu. 


Sokong Kerajaan tapi porak perandakan keputusan dan konsensus parti dengan mendakwa UMNO tidak perlu kerjasama dgn DAP? 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮, 𝗱𝗹𝗺 𝗣𝗥𝗡 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗥𝗨 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝗱𝘂𝗵 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶?? Maknanya bila PRK, PRN boleh serang, belasah antara satu sama lain? Sungguh 𝗧𝗔𝗞 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗟..!! 𝗔𝗽𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗕𝗡 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗛 jika lagu tu?? 𝗟𝗜𝗡𝗚𝗞𝗨𝗣..!! 


Sungguh tidak praktikal dan mengelirukan sbb ia akan jadi mcm era Pak Long Maeil UMNO BN bermusuh dgn PNyakau dalam PRN Johor dan Melaka. JIKA kaedah yg sama diteruskan dgn Kerajaan Perpaduan, alamatnya UMNO yg tak cukup undi. Dapat pada PA$ dan PNyakau Nasional. UMNO kini hanya ada 26 kerusi (Total 30 termasuk ahli-ahli BN) BUKAN lagi mcm dulu.


Ahli-ahli UMNO seharusnya jangan skeptikal dgn keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan UMNO. 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝘆𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢 𝗕𝗡 𝗱𝗴𝗻 𝗣𝗛 𝘁𝗲𝗿𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗗𝗔𝗣 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗣𝗔𝗧 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗱𝘂𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗺𝗮𝘀𝗮 𝘆𝗴 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴. Org Melayu dan bukan Melayu akan pangkah UMNO BN, org Melayu UMNO akan pangkah calon PH. Tidakkah itu menguntungkan kedua-dua pihak.


InsyaAllah.


- Zus Din 

12092023



DEMO NOOB



Ramai kata demonstrasi dan protes jalanan ni bukan cara orang Malaysia. 


Walhal, kita kena tahu, boleh dikatakan Malaysia terbentuk kerana demonstrasi dan protes jalanan. Demo pertama yang tercatit dalam sejarah ialah pada tahun 1945. Ketika Rakyat menentang Malayan Union. 


Dan ia berjaya, British taknak pening kepala. Cancel Malayan Union, maka tertubuhlah Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Persekutuan Malaysia. 


Makanya, kita tahu. Sudah ada DNA kita di situ. Kita berdemo sejak dulu. 


Hak berdemo dan protes termaktub dalam Perlembagaan. Sebagai hak bersuara dan berekspresi. Tidak boleh disangkal lagi. 


Ada lah yang kata berdemo ni buat pelabur lari. Itu saya tak setujulah. Negara maju, buat demo kadang tiap2 minggu. Elok je depa macam tu. 


Yang buat pelabur lari bukannya protes dan demo rakyat. Tapi Kerajaan yang korup dan penuh dengan ektrimis kaum dan agama. Itu yang buat mereka hilang selera. 


Setakat berdemo ni mereka tahu itu hak demokrasi, mereka takde hal punya. 


*****************************


Antara demo besar yang pernah ada dan berjaya, ialah demo BERSIH. Bermula tahun 2007, dah ada 6 siri kesemuanya. Terakhir tahun 2016. Penyertaaan paling ramai, media anggarkan sekali rally boleh dapat lebih 100,000 orang. 


Demo BERSIH ni boleh dikatakan berjaya. Mereka nak bersih dan adilkan pilihanraya. Oklah ada impaknya. Pengenalan dakwat celup dan aturan yang lebih ketat untuk elak pengundi hantu. Itu kejayaan BERSIH yang dibuat dulu. 


Yang kedua, Perhimpunan 812, untuk tentang ratifikasi ICERD. Pada 8 Disember 2018. Dikepalai oleh NGO Melayu. Walaupun parti politik Melayu turut bantu. 


Ini demo paling aman, mungkin kerana mereka dapat permit. Dihadiri 55,000 orang mengikut anggaran polis. Demo ini juga berjaya, akhirnya Kerajaan Tun M akur. Taknak sign ICERD. 


Pada saya, kedua2 Demo ini berjaya, ada formulanya. 


1. Dikepalai orang NGO, bukan parti politik. Kredibel pula. Orang hormat mereka. 

2. Hormati tarikh penting, bukan dibuat masa hari Kebangsaan atau tarikh penting lain. 

3. Motif jelas dan sasarannya nampak. 


********************************


Semalam ada satu lagi Demo. Namanya demo “Selamatkan Malaysia”. Penganjur kata hadir 10,000 orang. Tapi anggaran polis hanya 850 orang. Ada juga laporan media kata 2000 orang. 


Jumlah yang hadir pun tunjukkan ia tak dapat sambutan. 


Sebab apa rasanya? Ini pandangan saya. 


1. Tak disertai oleh banyak NGO wibawa. Yang ada hanya GAMIS. Yang lain tiada. 


2. Motif nya nak suruh Zahid dibicara semula. Tapi set2 ni lah yang ada isu Jana Wibawa. Anak Menantu Presiden wanted by Interpol. Anak Ketua Pembangkang sangkut kes balun minyak subsidi. Bak kata pepatah, mereka ini seolah2, ayam jantan berkokok, dengan tahi penuh di bontot (mind my language please). 


3. Kepala nya YB WAF, Tun Faisal dan Chegubard. Langsung tiada aura.Seorang masa jadi Timb Menteri dok beri surat sokongan. Siap nak halalkan. Seorang lagi, pahlawan Bossku masa isu 1MDB. Bila UMNO jatuh dia terus lari. Yang terakhir sekali, don’t make me start. Himpunan “DIGI” hari tu pun tak jadi. 


4. Depa pilih Hari Malaysia nak buat demo negatif. Tak pernah lagi ada demo lain yang punya tak sensitif. Bersih pilih 2 hari sebelum Hari Merdeka. Perhimpunan 812, pilih hujung tahun. Tu sebab mereka berjaya. 


All in all, Demo ”Selamatkan Malaysia” semalam

gagal dari segala segi. Penganjur nampak “noob” sekali. 


Pada saya, kalau benda macam ni pun gagal, tak yah lah berangan nak tebuk atap. Tunggu la 4 tahun lagi. Itupun, kalau ada rezeki. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki 


Gambar hiasan- Keratan Akhbar Demo pertama di Malaya. Tahun 1945.



MENCARI PEJABAT MP PERMATANG PAUH.


Mat Man


PEJABAT DIA DI BELAKANG RUMAH.




 😃🤣😆🤣

```Pengundi cari pejabat dan MP Permatang Pauh tak jumpa...


Malang sungguh nasib rakyat...

Satu demi satu terserlah, akibat tersalah pilih. Itulah kuasa Allah SWT, x der siapa tahu !.

Jumpa beliau pun takut dapat doa je nanti... 😅

YG untung Ust  five years  dapat pencen RM 8000.boleh tambah bini, yang x cerdek voters Permatang Pauh`.



``


Inilah akibat mengundi ikut perasaan....



MATI AKAL SI PENEBUK ATAP





 Terima kasih atas jaminan itu, Premier Sarawak Abang Jo. Maka kerengga pun akan mati kebuluran selepas ini. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENJAWAB SI PENYU




Ismail Sabri tanya mana kerajaan dapat duit untuk tambah RM15 bilion dalam RMKe-12. Aku tolong jawabkan la.


Pertamanya, jumlah kabinet kecil. Separuh daripada kerajaan sebelum ini. Dah kurangkan perbelanjaan kerajaan. Dah jimat. Sebelum ini ada menteri yang dilantik tapi tak ada fungsi. Nampak berfungsi pun beli vaksin tapi tak guna sampai expired. Membazir.


Dah tu, PMX pun tak ambil gaji. Maknanya ada dua menteri (PM dan Menteri Kewangan) yang tak perlu dibayar sebab pegang berapa portfolio pun, gajinya tetap satu. Dua-dua TPM pun ada pegang portfolio lain dan semua menteri dipotong gajinya tak silap 20%. Dah tambah jimat banyak lagi gaji menteri.


Kedua, tak ada lantikan duta khas yang makan gaji buta. Duta ke China la, ke Timur Tengah la. Hakikat sebenar, duduk kampung sendiri je. Parlimen pun tak datang. Tak ada bawak pelaburan masuk pun. Duta ni pun gaji berapa? Banyak dapat jimat tanpa melantik duta gaji buta.


Ketiga, tidak ada projek-projek mega yang menelan belanja begitu tinggi sekali. Kesemua projek yang diumumkan adalah fit for purpose dan kos tidaklah tinggi sampai berbilion-bilion. Jadi duitnya bolehlah disalurkan ke RMKe-12 ni.


Keempat, tidak ada usaha membeli ahli parlimen seperti yang kita dengar sebelum ini. Dulu dengar cerita seorang MP melompat dibayar hingga RM10 juta. Kalau dah melompat tu berbelas atau mungkin berpuluh orang, dah berapa ratus juta kena bayar? Itu yang dapat jimat duit kerajaan.


Dan kelima, tidak ada projek sakau seperti projek Jana Wibawa. Projek konon untuk bumiputera tapi ada sebahagian masuk ke akaun parti. Kontraktor pun terpaksa mark up harga sebab nak cover kos bayar ke tabung parti tu. Macam tu je dah berapa banyak kerajaan rugi.


Jadi Ismail tak perlu nak runsing sangat. Kerajaan hari ini memang berbelanja secara berhemat. Yang penting tak ada ketirisan. Dan sebab itulah kerajaan cukup duit untuk RMKe-12 serta berani mengatakan akan kurangkan defisit.

Ke enam berapa banyak pelaburan masuk. Makna kata sikit sebanyak dah dapat duit.


Ismail patutnya risaukan kerajaan belanja duit untuk perkara yang tak menguntungkan berbanding soal naikkan siling RMKe-12 ni. Guane boh?




 

Raja Gelap II 


.


HARI MALAYSIA JAUH LEBIH BAIK. RAKYAT PILIH KEMANAN

 





Mohd Affendi Abas.


Rakyat dah cakap! Jangan buat Hari Malaysia! Kerengga degil jugak! Patutlah FRU x layan! X der apa yang boleh menjejaskan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani ni! 


Jangankan nak tumbangkan! Nak menggigit pun x lepas! Tak der rakyat pun yang nak menyertai! Yang sertai hanyalah Kerengga² yang menggatal je rupanya! 


#KerenggaGatal



INI BARU BETUL SELAMATKAN MALAYSIA..




Ini baru betul Perhimpunan Selamatkan Malaysia. 

Selamatkan Malaysia dari ekstrimis kaum dan agama. Selamatkan Malaysia dari politikus durjana nak pecah belahkan kita. 

10,000 orang sertai Perhimpunan untuk Perpaduan. Berbanding 2000 orang sertai Perhimpunan untuk galakkan Perpecahan dan pemecah Kestabilan. 

Don’t underestimate the power of silent majority. Too much politicking is not good for the country. 

Saya nak cadangkan Kementerian Perpaduan, angkat sarong sebagai pakaian nasional. Selain batik. Tetapkan sehari sebulan semua rakyat digalakkan pakai. 

Pupuk kembali semangat muhibah yang makin hilang di kalangan kita. 

~LM~





GAGALIS...ORANG PAS PUN BIJAK TAK DENGAR CAKAP KO


Wang Xiang


 MAHARAJA tetap disinggahsana.

Kerengga kekal dibawahsana.


ps...gambar sebagai hiasan.



HIMPUNAN SOH PMX CAMPUR TANGAN



 Himpunan hari ini ingatkan marah DS Anwar masuk campur urusan AG. Rupanya dorang nak suruh DS Anwar campur tangan. Aku dah salah faham.


Iyalah. Sibuk laung dan bawa placard Dakwa Zahid. Sedangkan itu urusan AG. Dia nak suruh DS Anwar masuk campur dan arahkan AG dakwa Zahid?


Boleh juga. Dah alang-alang suruh DS Anwar masuk campur tu, apa kata DS Anwar turut masuk campur pendakwaan Mahiaddin. Pastikan rayuan pendakwa untuk 4 kes yang dia lepas dan bebas tu lulus.


Ada lagi. Kes Sanusi, kes Hadi, Hamzah, Wan Saiful, Syed Saddiq, eh banyaklah kalau nak ikutkan. Bagus DS Anwar masuk campur semua. Dorang nak, kan?


Kadang-kadang, bila kita tak buat, dorang tak nak percaya. Jadi buat betul-betul. Dah tak buat pun dia kata, baik buat terus. Kan puas hati. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


HIMPUNAN ANTI DNAA ZAHID HAMIDI GAGAL, PENGANJUR KENA BANYAK BELAJAR LAGI



Meneliti gambar serta video yang bertebaran di media sosial berkenaan perhimpunan anjuran PN untuk membantah DNAA Zahid Hamidi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman petang tadi, tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkannya melainkan “inilah kegagalan”.


Sementara banyak media melaporkan kehadiran hanyalah sekitar 1,000 orang dan polis Kuala Lumpur pula memberi angka 850 orang, ini sekaligus bermakna gebang penganjur bahawa kehadiran adalah seramai 10,000 orang tertolak dengan sendirinya.


Gambar dan video yang semuanya tidak kabur itu adalah bukti yang tidak boleh dibohongi kebenarannya.


Apa pun, jika dicampur orang ramai yang kebetulan membeli belah, bersiar-siar atau sekadar menjadi penonton yang seronok menyaksikan sebuah pesta, jumlah besarnya tidak pun melebihi 2,000 orang.


Dengan jumlah sekecil itu, jangankan Zahid Hamidi boleh tergugat atau kerajaan mungkin jatuh kerananya, bulu roma Anwar juga tak jatuh walau sehelai sekali pun.


Tiada kesan apa-apa daripada perhimpunan yang gagal ini.


Memandangkan saya hadir hampir semua perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka ketika PH giat mengasak Najib Razak sebelum PRU14 lalu, kalau mahu dibuat perbandingan, jauh benar beza antara keduanya.


Pemuda PN kena banyak belajar lagi jika bercadang mahu mengadakan perhimpunan lain selepas ini.


Apa yang lebih malang lagi tentang perhimpunan petang tadi ialah kerana tiada seorang pun pimpinan utama PN, baik daripada Bersatu atau Pas yang turut serta mengambil bahagian.


Kenapa mereka tidak hadir, adakah mereka tidak memberi sokongan?


Lain kali kalau pemimpin utama PN pun enggan hadir, tak usahlah gatal-gatal nak buat perhimpunan sebegini?


Buat kenduri doa selamat sempena ulangtahun Hari Malaysia lagilah baik.


Pemimpin yang hadir dan berucap hanyalah yang bertaraf amatur saja.


Tambah buruk lagi apabila Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini berunding dengan polis bagi penganjuran perhimpunan, turut dilaporkan tidak kelihatan kelibat mereka.


Apa sudah jadi?


Apakah mereka awal-awal lagi sudah mengaku kalah? – ShahbudinHusin 16/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette


MENARIK kehadiran kerengge Himpunan Selamatkan Malaysia



Wang Xiang


1. Berita Harian lapor lebih 1000 orang

2. MalaysiaKini lapor hampir 1000 orang

3. The Malaysia Insight lapor ratusan orang

4. Malaysia Gazette lapor ratusan peserta

5. Sinar Harian tidak ditemui






laporan jumlah peserta

     (faham2lah SH)

6. Tapi Sinar Harian lapor ribuan peserta teruja dgn

     Sambutan Kereta Sarong.

7. Harakahdaily wa tak check .... mungkin lapor

     jutaan orang.  🤣🤣🤣



DAKWAAN MAHATHIR SAPU DUIT DI MEDIA TAIWAN

 



Pendedahan media Taiwan mengesahkan Mahathir terlibat pengubahan wang haram sejak tahun 1984-1999 secara rahsia ke Taiwan Bank berjumlah RM830 bilion.


Isu ini dah keluar sejak 2021 tapi tak di sambut. Apakah mungkin kali ini Mahathir akan membiarkan pendedahan black money oleh Media di Taiwan ?


Dan mungkin Malaysia buleh bekerjasama dgn Taiwan utk ambil duit tersebut sebagaimana kita lakukan dgn Goldman Sach yg berkait dgn 1MDB.


Kalau era 80an-90an, jumlah RM830 bilion itu suatu jumlah yg sangat besar. Dah elok diam, rencak sangat nak jadi ketua PN 4 negeri. Apakah Mahathir akan berdiam diri dgn pendedahan media Taiwan ?


Sumber 

https://news.ebc.net.tw/news/article/75317