HIMPUNAN ANTI DNAA ZAHID HAMIDI GAGAL, PENGANJUR KENA BANYAK BELAJAR LAGI



Meneliti gambar serta video yang bertebaran di media sosial berkenaan perhimpunan anjuran PN untuk membantah DNAA Zahid Hamidi di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman petang tadi, tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkannya melainkan “inilah kegagalan”.


Sementara banyak media melaporkan kehadiran hanyalah sekitar 1,000 orang dan polis Kuala Lumpur pula memberi angka 850 orang, ini sekaligus bermakna gebang penganjur bahawa kehadiran adalah seramai 10,000 orang tertolak dengan sendirinya.


Gambar dan video yang semuanya tidak kabur itu adalah bukti yang tidak boleh dibohongi kebenarannya.


Apa pun, jika dicampur orang ramai yang kebetulan membeli belah, bersiar-siar atau sekadar menjadi penonton yang seronok menyaksikan sebuah pesta, jumlah besarnya tidak pun melebihi 2,000 orang.


Dengan jumlah sekecil itu, jangankan Zahid Hamidi boleh tergugat atau kerajaan mungkin jatuh kerananya, bulu roma Anwar juga tak jatuh walau sehelai sekali pun.


Tiada kesan apa-apa daripada perhimpunan yang gagal ini.


Memandangkan saya hadir hampir semua perhimpunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka ketika PH giat mengasak Najib Razak sebelum PRU14 lalu, kalau mahu dibuat perbandingan, jauh benar beza antara keduanya.


Pemuda PN kena banyak belajar lagi jika bercadang mahu mengadakan perhimpunan lain selepas ini.


Apa yang lebih malang lagi tentang perhimpunan petang tadi ialah kerana tiada seorang pun pimpinan utama PN, baik daripada Bersatu atau Pas yang turut serta mengambil bahagian.


Kenapa mereka tidak hadir, adakah mereka tidak memberi sokongan?


Lain kali kalau pemimpin utama PN pun enggan hadir, tak usahlah gatal-gatal nak buat perhimpunan sebegini?


Buat kenduri doa selamat sempena ulangtahun Hari Malaysia lagilah baik.


Pemimpin yang hadir dan berucap hanyalah yang bertaraf amatur saja.


Tambah buruk lagi apabila Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari dan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sebelum ini berunding dengan polis bagi penganjuran perhimpunan, turut dilaporkan tidak kelihatan kelibat mereka.


Apa sudah jadi?


Apakah mereka awal-awal lagi sudah mengaku kalah? – ShahbudinHusin 16/09/2023.


https://shahbudindotcom.net/#google_vignette


No comments: