Ismail Sabri tanya mana kerajaan dapat duit untuk tambah RM15 bilion dalam RMKe-12. Aku tolong jawabkan la.
Pertamanya, jumlah kabinet kecil. Separuh daripada kerajaan sebelum ini. Dah kurangkan perbelanjaan kerajaan. Dah jimat. Sebelum ini ada menteri yang dilantik tapi tak ada fungsi. Nampak berfungsi pun beli vaksin tapi tak guna sampai expired. Membazir.
Dah tu, PMX pun tak ambil gaji. Maknanya ada dua menteri (PM dan Menteri Kewangan) yang tak perlu dibayar sebab pegang berapa portfolio pun, gajinya tetap satu. Dua-dua TPM pun ada pegang portfolio lain dan semua menteri dipotong gajinya tak silap 20%. Dah tambah jimat banyak lagi gaji menteri.
Kedua, tak ada lantikan duta khas yang makan gaji buta. Duta ke China la, ke Timur Tengah la. Hakikat sebenar, duduk kampung sendiri je. Parlimen pun tak datang. Tak ada bawak pelaburan masuk pun. Duta ni pun gaji berapa? Banyak dapat jimat tanpa melantik duta gaji buta.
Ketiga, tidak ada projek-projek mega yang menelan belanja begitu tinggi sekali. Kesemua projek yang diumumkan adalah fit for purpose dan kos tidaklah tinggi sampai berbilion-bilion. Jadi duitnya bolehlah disalurkan ke RMKe-12 ni.
Keempat, tidak ada usaha membeli ahli parlimen seperti yang kita dengar sebelum ini. Dulu dengar cerita seorang MP melompat dibayar hingga RM10 juta. Kalau dah melompat tu berbelas atau mungkin berpuluh orang, dah berapa ratus juta kena bayar? Itu yang dapat jimat duit kerajaan.
Dan kelima, tidak ada projek sakau seperti projek Jana Wibawa. Projek konon untuk bumiputera tapi ada sebahagian masuk ke akaun parti. Kontraktor pun terpaksa mark up harga sebab nak cover kos bayar ke tabung parti tu. Macam tu je dah berapa banyak kerajaan rugi.
Jadi Ismail tak perlu nak runsing sangat. Kerajaan hari ini memang berbelanja secara berhemat. Yang penting tak ada ketirisan. Dan sebab itulah kerajaan cukup duit untuk RMKe-12 serta berani mengatakan akan kurangkan defisit.
Ke enam berapa banyak pelaburan masuk. Makna kata sikit sebanyak dah dapat duit.
Ismail patutnya risaukan kerajaan belanja duit untuk perkara yang tak menguntungkan berbanding soal naikkan siling RMKe-12 ni. Guane boh?
Raja Gelap II
.