PMX DAN PREMIER LI













 Selepas majlis perasmian CAEXPO dan China-ASEAN Business and Investment Summit (CABIS), saya dan Premier Li Qiang telah mengadakan pertemuan dua hala bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.


Ruang itu digunakan untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu berkaitan bilateral dan glokal yang menarik, termasuk dalam perdagangan dan pelaburan seperti projek East Coast Rail Link (ECRL) dan kerjasama PROTON-GEELY di Automotive Hi-Tech Valley (AHTV). 


Pertemuan ini adalah lanjutan daripada lawatan rasmi dan pertemuan antara saya dan pemimpin-pemimpin China pada tahun ini. 


Selain itu, Malaysia dan China bersetuju untuk meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dan hubungan rakyat-ke-rakyat. 


Saya dimaklumkan, China berharap untuk terus berkomunikasi dan mengakui peranan Malaysia dan ASEAN dalam menjamin keamanan, kestabilan, dan kemakmuran benua ini.


Sementelahan, kedua-dua pihak mengiktiraf ulang tahun ke-10 bagi "Comprehensive Strategic Partnership" Malaysia-China pada tahun ini dan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik mereka pada tahun 2024 yang bakal kunjung tiba. 


Intiha, saya sekali lagi menjemput Presiden Xi dan Premier Li Qiang untuk melawat Malaysia dan turut serta dalam meraikan peristiwa penting ini.


#MalaysiaMADANI 

#20thCAEXPO



1 comment:

Anonymous said...

Peruntukan pembangkang dah bayar ke. Janganlah nak melanun jer.