HARAP ABAHCOW SURUH KELUARKAN.BUKAN TAMBAH
KWSP kreditkan insentif RM500 dalam akaun 1.4 juta pencarum
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) telah mengkreditkan Insentif Caruman Tambahan Kerajaan berjumlah RM708
juta kepada 1.4 juta ahlinya yang berusia 40 tahun hingga bawah 55 tahun.
KWSP dalam kenyataan berkata
insentif berkenaan diperuntukkan kepada kalangan individu yang mempunyai
simpanan berjumlah RM10,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 masing-masing setakat 24
Februari tahun lalu.
"Insentif caruman RM500
sekali bayaran ini yang diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24
Februari 2023 bertujuan menggalakkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan rendah
dan menghampiri umur persaraan untuk terus menyimpan dan mempercepatkan
pengumpulan simpanan persaraan mereka.
"Ini sejajar dengan
matlamat KWSP untuk meningkatkan kecukupan simpanan dan menyumbang secara
signifikan kepada matlamat lebih luas bagi membina masa depan kewangan yang
berdaya tahan," kata kenyataan itu pada Rabu.
Maklumat lanjut mengenai
Insentif Caruman Tambahan Kerajaan itu boleh diperoleh menerusi rujukan soalan
lazim di laman sesawang rasmi
www.kwsp.gov.my atau
Pusat Pengurusan Pelanggan di talian 03-8922 6000.
Langkah Dubai dicetuskan menentang perang lawan rasuah PM
Langkah Dubai untuk
menumbangkan Kerajaan Madani yang diperkatakan sejak 10 hari lalu didakwa
dicetuskan oleh beberapa kerat golongan oligarki yang selama ini menguasai
ekonomi negara bagi menghentikan perang melawang rasuah Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Setiausaha Gabungan
Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, perancangan tersebut jelas
dilihat berlaku selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita
Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan era
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan Disember tahun lalu.
"Saya melihat Langkah Dubai
ini tercetus khususnya apabila Kerajaan Madani hari ini benar benar berusaha
untuk bertarung dengan kelompok perasuah
"Dengan tercetusnya
"Langkah Ilham" maka tercetuslah Langkah Dubai.
"Mereka provok GPS dan GRS
dan mula cuba membeli Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Yang mana mereka dulu
pernah bantu, mereka ugut dan janjikan pelbagai," katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli
bersetuju dengan sebarang langkah diambil kerajaan membabitkan pihak
keselamatan untuk menyiasat Langkah Dubai tersebut.
Katanya, golongan maha kaya
yang terdesak apabila SPRM mula menyiasat bukti yang didedahkan melalui Pandora
Papers mungkin akan merancang pelbagai usaha untuk menggantikan kerajaan bagi
menyelamatkan diri mereka.
[terkini] TIM. KETUA BAHAGIAN PARTI BERSATU SEGAMBUT, JANA WIBAWA 5 PERT...
[LANGSUNG] Sesi lawatan PM Anwar bersama warga kerja Pelabuhan Tanjung P...
Cukup jumlah perlu diumumkan ketua PN bukan penulis blog
Oleh: Helmi Mohd Foad
Sebarang usaha untuk menumbangkan kerajaan tidak mungkin berlaku
kerana apa yang digembar-gemburkan pada waktu ini tidak melalui proses yang
sepatutnya mengikut undang-undang.
Penganalisis politik Universiti Malaya, Prof Madya Dr Awang Azman
Awang Pawi berkata, proses untuk mengambil alih kerajaan dengan menyatakan
sudah cukup jumlah sokongan Ahli Parlimen perlu dilakukan di Dewan Rakyat
melalui usul undi tidak percaya bukan melalui jalan selainnya.
"Cukup jumlah juga perlu diumumkan oleh ketua-ketua parti
tetapi kita lihat yang umumkan itu adalah penulis blog, ini agak berbeza.
"Kuasa untuk melantik Perdana Menteri pula adalah kuasa Yang
di-Pertuan Agong, bukan bloger dan parti pun hanya boleh umumkan calon
(PM)," katanya dalam program Borak Dahsyat: 'Apa Sebenarnya Langkah Dubai'
terbitan Studio Dahsyat malam tadi.
Program itu turut menampilkan Setiausaha Politik Kanan Perdana
Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan mantan Ahli Parlimen Kuala
Langat Datuk Abdulllah Sani Abdul Hamid.
Awang Azman berkata, ramai juga pihak bertanya siapakah bakal
calon Perdana Menteri yang cuba ditonjolkan oleh pihak yang mahu menumbangkan
kerajaan sekarang.
"(Pada saya) dia mestilah seorang Ahli Parlimen yang mendapat
kepercayaan majoriti dan dilantik oleh Agong dan bukannya penulis blog,"
katanya.
Pensyarah yang berasal dari Sarawak itu berkata kemungkinan
berlaku perubahan kerajaan juga boleh dilihat sejauh mana kedudukan kuasa
penentu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Katanya Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg sudah
beberapa kali menegaskan pendiriannya menyokong Kerajaan Perpaduan dan tidak
pernah mengatakan sebaliknya.
"Jadi saya kira apabila GPS berulang kali di Sarawak berikan
kenyataan tetapi dibuat juga (usaha tukar kerajaan) ada suatu perkara yang
tidak kena. Ada kekecewaan di minda yang berlaku akibat sindrom penafian
seolah-olah mereka (PN) tidak berhenti selagi tidak mendapat kerajaan,"
ujarnya.
Sebelum ini, katanya pihak pembangkang mengumumkan kepada
penyokong mereka bahawa kerajaan akan tumbang dalam masa tiga bulan dan jika
sekiranya tidak berlaku mereka boleh bubarkan parti.
Jelasnya, sepatutnya penyokong kerajaan mengambil kesempatan untuk
menyerang balik pembangkang kerana janji kepada pengikut mereka tidak menjadi
dan parti mereka tidak dibubarkan.
Katanya, pemimpin pembangkang dilihat menggunakan isu pertukaran
kerajaan untuk terus mendapat momentum sokongan daripada pengikut mereka yang
sangat walak (taat).
"Kadang-kadang apabila sudah ditipu banyak kali mereka
mempertikaikan inilah sebab penyokong mereka mula berfikir jadi rasional,
mengapa tidak berlaku (tukar kerajaan), sebab itu ada yang kecewa ada yang
umumkan sokong kerajaan (PM)," katanya.
Jelasnya apa yang menghairankan pengikut parti pembangkang
terutamanya Pas tidak pula mempertikaikan pemimpin mereka yang terus
menggunakan isu tukar kerajaan untuk memastikan momentum sokongan terus kekal.
"Cara mereka wujudkan persepsi lebih hidup daripada
realiti," sinisnya.
Dalam hal ini, kata beliau, pembangkang menghadapi kesukaran
apabila kestabilan politik membolehkan kerajaan menunjukkan prestasi yang baik
seperti kadar inflasi menurun, pengangguran rendah dan defisit dapat
dikurangkan.
Kata Awang Azman, fokus sebenar rakyat pada masa ini adalah
peralihan kuasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong dari Al-Sultan Abdullah
Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar pada Februari ini.
"Mana mungkin Yang di-Pertuan Agong mahu melayan perkara yang
diumumkan oleh penulis blog dan bukannya ketua-ketua parti.
"Saya kira rakyat dan penyokong mana-mana parti kena rasional
berfikir dan sentiasa bertanya apakah perkara ini betul? Logikkah 150 majoriti,
di luar kawalankah? Perkara ini perlu diterapkan agar penonton (rakyat) tidak
cepat cemas dan bimbang malah mudah percaya," katanya.
[gempak] SPRM SAHKAN SANUSI DISIASAT dan ISMAIL SELESAI DIAMBIL KETERANGAN!
KEPALA BAPAK,HANGPA BODOW, SAYA TAU DEPA SUSAH, GAJI 5 RIBU. KERAJAAN SENGAJA KENAKAN SAYA..KENAKAN APA..DUIT AMBIK....KENA 3 JAM, BALIK MENONONG GITU JA..PADAN MUKA HANG..KAH..KAH...KAH,,,TUNGGU LANGKAH 18 PULAK
Tiga jam beri keterangan, Sanusi enggan beri komen
Oleh: Abdullah Zaid
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri
Muhammad Sanusi Md Nor selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah persatuan bola sepak
pagi tadi.
Dilaporkan, pemimpin kerajaan
Kedah itu memberi keterangan hampir tiga jam bagi membantu siasatan.
Namun, menerusi klip video
Suara Madani, Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu tidak
memberhentikan kenderaan selepas selesai memberi keterangan, walaupun disapa
media yang menunggu sejak pagi lagi.
Malah pemimpin Pas yang lebih
dikenali sebagai ‘sempoi’ itu tidak membuka cermin keretanya sama sekali.
Dalam pada itu, Sanusi
dikehendaki hadir ke SPRM berhubung isu rasuah lebih RM6 juta melibatkan
Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
Keterangan itu difahamkan bagi
membantu siasatan SPRM selepas menerima laporan daripada beberapa individu yang
sebelum ini dijanjikan mendapat projek-projek di negeri Kedah sekiranya
menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.
Namun, selepas dana disalurkan
ke akaun persatuan bola sepak itu kontraktor-kontraktor yang menyalurkan dana
masih tidak menerima sebarang projek sebagaimana yang dijanjikan.
Bagaimanapun, pada 7 Januari
lalu, Sanusi mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan
Bola Sepak Kedah (KFA) adalah sumbangan sebuah syarikat.
Pusat perkhidmatan sehenti di Johor, tingkat aliran dagang Singapura-Malaysia
Oleh: Helmi Mohd Foad
Sebuah pusat perkhidmatan dan
pelaburan sehenti akan diwujudkan di Johor sebagai salah satu inisiatif utama
dalam meningkatkan aliran rentas sempadan selaras dengan perjanjian mewujudkan
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) hari ini.
Dalam kenyataan bersama, pusat
sehenti itu diwujudkan bagi tujuan memudahkan proses permohonan untuk pelbagai
kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk perniagaan di kawasan zon ekonomi
tersebut.
Inisiatif tersebut antara
perkara yang bakal dilaksanakan susulan pemeteraian MoU pelaksanaan JS-SEZ oleh
Malaysia dan Singapura hari ini untuk mengukuhkan kerjasama ekonomi membabitkan
kedua-dua negeri itu.
MoU berkenaan ditandatangani
oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Industri (MTI)
Singapura, Gan Kim Yong sambil disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar
Ibrahim dan rakan sejawatannya Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
"Di bawah MOU itu,
Malaysia dan Singapura akan berusaha ke arah meningkatkan aliran rentas
sempadan barangan dan orang ramai serta mengukuhkan ekosistem perniagaan dalam
JS-SEZ untuk menyokong pelaburan.
"JS-SEZ bergerak atas
pertumbuhan kukuh Johor dan pelaburan besar di rantau ini oleh Singapura. Johor
merekodkan pelaburan bernilai RM70.6 bilion pada 2022 merentasi pelbagai sektor
termasuk elektrik dan elektronik, peralatan perubatan, makanan, pusat pembuatan
dan data," kata kenyataan bersama itu hari ini.
Kenyataan bersama itu berkata,
pusat perkhidmatan sehenti juga melibatkan proses penerimaan dan pelaksanaan
pelepasan kod QR tanpa sistem pasport di kedua-dua belah pihak.
Jelasnya langkah tersebut bagi
memudahkan pelepasan lebih cepat orang ramai di pintu masuk utama dan
penggunaan proses digital untuk pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat.
Kedua-dua negara juga akan
menganjurkan forum pelaburan untuk mengumpul maklum balas daripada perniagaan
di Singapura dan Malaysia di JS-SEZ selain memudahkan kerjasama tenaga boleh
diperbaharui dalam zon ekonomi itu.
Pemeteraian MoU itu dilakukan
selepas dua bulan Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia pada Oktober lalu
sekali gus menguatkan hubungan dan jawatankuasa bersama yang sudah lama
terjalin oleh kedua-dua negara bagi mengukuhkan kerjasama ekonomi.
Dalam kenyataan bersama
tersebut, kedua-dua negara bersetuju untuk bekerjasama bagi melaksanakan
sepenuhnya perjanjian berkaitan JS-SEZ dan menyediakan laporannya kepada
Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.
"Singapura merupakan
pelabur asing kedua terbesar di Johor dari Januari hingga Jun 2022 dan
menyumbang sekitar 70 setiap peratus kepada pelaburan langsung asing Johor
dalam sektor pembuatan," katanya.
Sementara itu, Rafizi berkata
JS-SEZ menyediakan peluang untuk meningkatkan aliran rentas sempadan barangan
dan manusia, memperkukuh ekosistem perniagaan dan meningkatkan daya tarikan
ekonomi Johor dan Singapura.
"Saya mempunyai keyakinan
penuh bahawa inisiatif ini akan mempamerkan permulaan kepada transformatif
ekonomi dua hala kita, memupuk keterkaitan dan kemakmuran yang tiada tandingan
bagi kedua-dua negara," ujarnya.
Kim Yong pula berkata, JS-SEZ
menggariskan bentuk kejayaan yang Singapura dan Malaysia boleh capai apabila
kerajaan dan komuniti perniagaan saling bekerjasama rapat.
"Ia akan berfungsi sebagai
jambatan untuk kedua-dua pihak berkongsi kekuatan yang saling melengkapi dan
merebut peluang untuk berkembang bersama.
"Saya berharap perjanjian
JS-SEZ dapat memberikan faedah untuk perniagaan dan rakyat," katanya.
Malaysia dan Singapura memiliki
perdagangan kedua terbesar antara satu sama lain sebagai rakan kongsi
perdagangan dua hala dengan pertumbuhan berkembang 18.9 peratus dari tahun ke
tahun kepada S$153 bilion pada 2022.
Singapura juga merupakan sumber
utama pelaburan langsung asing Malaysia yang menyumbang 20.5 peratus kepada
jumlah FDI negara pada 2022.
*Foto kredit: Afiq Hambali/PMO