Langkah Dubai untuk
menumbangkan Kerajaan Madani yang diperkatakan sejak 10 hari lalu didakwa
dicetuskan oleh beberapa kerat golongan oligarki yang selama ini menguasai
ekonomi negara bagi menghentikan perang melawang rasuah Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Setiausaha Gabungan
Reformis Malaysia (GRM), Kapten (B) Zulkifli Othman, perancangan tersebut jelas
dilihat berlaku selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita
Menara Ilham di Kuala Lumpur yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan era
pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada pertengahan Disember tahun lalu.
"Saya melihat Langkah Dubai
ini tercetus khususnya apabila Kerajaan Madani hari ini benar benar berusaha
untuk bertarung dengan kelompok perasuah
"Dengan tercetusnya
"Langkah Ilham" maka tercetuslah Langkah Dubai.
"Mereka provok GPS dan GRS
dan mula cuba membeli Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak. Yang mana mereka dulu
pernah bantu, mereka ugut dan janjikan pelbagai," katanya.
Sehubungan itu, Zulkifli
bersetuju dengan sebarang langkah diambil kerajaan membabitkan pihak
keselamatan untuk menyiasat Langkah Dubai tersebut.
Katanya, golongan maha kaya
yang terdesak apabila SPRM mula menyiasat bukti yang didedahkan melalui Pandora
Papers mungkin akan merancang pelbagai usaha untuk menggantikan kerajaan bagi
menyelamatkan diri mereka.