VIDEO..ANWAR: Anwar Ibrahim: Senator Tak Boleh Masuk, Jenayah Curi 900 Juta Di Filipina Bagi Protection

BN halau Senator Australia tapi lindungi penjenayah Filipina

(Aedi Asri)
PETALING JAYA 17 FEB: Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal kerana Kerajaan Umno BN mengusir Ahli Parlimen Australia, Senator Nick Xenophon dari Malaysia tetapi pada masa sama, melindungi penjenayah dikehendaki Filipina, Manuel Karingal Amalilio.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata, kedatangan Xenophon hanya untuk bertemu beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.
xe

“Tetapi semalam beliau diusir balik ke Australia. Sebabnya Umno BN takut Xenophon kesan penipuan daftar pemilih SPR.
“Umno kata kerajaan United Kingdom pun hantar keluar pendatang (haram). Apa persamaan pendatang haram dengan Senator Xenophon?” katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Selangor di Kompleks One Utama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kerajaan Umno BN pada masa sama melindungi Amalilio yang dikehendaki di Filipina ekoran terlibat dalam penipuan melibatkan RM900juta di negara berkenaan.
“Presiden Filipina, Benignio Aquino buat kenyataan, desak pihak berkuasa Malaysia serahkan Amalilio agar beliau dapat disiasat dan didakwa.

“Peguam Negara (Tan Sri Abdul Gani Patail) cepat-cepat suruh tangkap. Dalam tempoh dua hari, terus dipenjara. Ini perbicaraan paling cepat di dunia,” katanya, sinis.
“Jadi, seorang senator tidak boleh masuk (Malaysia), penjenayah curi RM900 juta pula diberi perlindungan di Sabah?” katanya disambut sorakan hampir 5,000 hadirin.

Xenophon dihantar pulang ke Australia pada jam 10.30 malam 16 Februari lalu, selepas ditahan 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang.
Amalilio yang juga anak saudara Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebelum ini ditahan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina (NBI) di Ranau.

Bagaimanapun, sebelum sempat menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan Amalilio adalah rakyat Malaysia dan pasport Filipina yang dimilikinya, palsu.



Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45289



LAGU BARU REFORMASI : YASSIN DUTA AMK

Penyanyi Yasin Sulaiman dilantik sebagai duta rasmi kempen pilihanraya PKR


KUALA LUMPUR 17 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) hari ini melancarkan Gagasan Anak Muda Malaysia atau ‘Dokumen Merah’ yang mengandungi lima tawaran kepada anak muda Malaysia sempena pilihan raya umum ke-13 (PRU 13).
 
Lima perkara itu ialah gagasan pemberdayaan pendidikan, gagasan kualiti hidup, gagasan kesaksamaan poltitk dan demokrasi, gagasan perumahan strategik dan gagasan merakyatkan kebudayaan dan sukan anak muda.
 
“Pelancaran rasmi akan dibuat di Melaka oleh Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin,” kata Timbalan Ketua Penerangan AMK, Rozan Azen Mat Rasip sambil memaklumkan arikh tersebut akan dimaklumkan kemudian.
 
AMK turut melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ di ibu pejabat KEADILAN hari ini, nyanyian artis Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
 
IMG_8342“Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK. Beliau bersama AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK,” kata Rozan.
 
Beliau menjangka, selepas berita penyanyi Yasin sebagai ‘duta rasmi’ AMK dan ‘Dokumen Merah’ dilancarkan, undangan persembahan dan jemputan kempen program akan meningkat.

Justeru sebarang komunikasi melibatkan jemputan termasuk kempen pelancaran ;Dokumen Merah’ AMK boleh dibuat melalui Setiausaha AMK, Julailey Jemadi atau Setiausaha Kerja AMK, Syed Badli Shah Syed Osman.
Tonton lagu Reformasi nyanyian, Yasin, KLIK INI.



Fazilah Kamsah: Allah bayar 'cash'? (LM)

Ulang-siar kpd yang tidak sempat membacanya sebelum ini:

Foto Sensasi Anak Fadzilah Kamsah Tersebar, Rahsia "Pakar Motivasi" Itu Terbongkar Jua Akhirnya! 

Berita panas yang baru disebarkan oleh Blogger King Jason dan sedang hangat diperkatakan di laman sembang sosial sekarang ini ialah perihal wajah sebenar anak kepada pakar motivasi Dato' Dr.Fadzilah Kamsah yang langsung tidak mencerminkan keperibadian ayahnya itu.

Foto aksi anak perempuan beliau dengan pakaian tidak menutup aurat dan bergaya seksi bersama dua lagi rakan yang lain menyerlahkan kepada rakyat tentang apakah sikap sebenarnya Dr.Fadzillah terhadap Islam sebenarnya. 
 
Bacaan seterusnya di sini:  Fazilah Kamsah: Allah bayar 'cash'?

ANWAR DISAMBUT MERIAH





Hadirin sambut hebat pimpinan Pakatan di majlis Dong Zong, buat tak kisah dengan Najib

17 February 2013


KAJANG, 17 FEB – Buat kali pertama sejak Merdeka, seorang Perdana Menteri menjejak kaki ke rumah terbuka anjuran pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong, dalam usaha Barisan Nasional untuk menawan hati pengundi berketurunan Cina yang sebelum ini tidak begitu dipedulikan.

Datuk Seri Najib Razak menghadirkan diri di selama kira-kira setengah jam di padang Pusat Pengajian Tinggi Dong Jiao Zong di sini hari ini. Beliau menyertai acara menggaul yee sang bersama pemimpin Cina dan menonton persembahan kebudayaan.

Namun, Najib meninggalkan acara tersebut tanpa memberi sebarang ucapan atau membuat pengumuman peruntukan berjuta-juta ringgit seperti yang sering dilakukan sekarang dalam kempen pilihanraya umum tidak rasmi UMNO-BN.

Sebaik saja Najib meninggalkan majlis, ribuan hadirin memberi sambutan besar-besaran kepada barisan pimpinan Pakatan Rakyat walaupun Dong Zong tidak menyediakan permaidani merah atau tarian singa untuk mereka.

Ketibaan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bersama wakil-wakil rakyat DAP Tan Kok Wai dan Charles Santiago disambut meriah, begitu juga dengan kehadiran presiden PAS Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang bersama-sama Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.





Sambutan paling hangat diberikan oleh hadirin untuk mengalu-alukan kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan secara spontan mengangkat sepanduk asal ‘I Love PM’ (Saya sayang Perdana Menteri) yang ditambah ayatnya menjadi ‘I Love new PM Anwar’ (Saya sayang Perdana Menteri Baru, Anwar).


Reaksi tersebut memperlihatkan penolakan kuat masyarakat Cina terhadap kepimpinan Najib  dan kesediaan mereka untuk menerima Ketua Umum KEADILAN itu sebagai Perdana Menteri menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi.


Minggu lalu Najib Razak dimalukan di Pulau Pinang apabila tiga kali mendapat jawapan negatif “no” (tidak)  ketika bertanya sama ada rakyat Pulau Pinang bersedia untuk menerima BN dalam PRU akan datang, sewaktu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran BN Negeri. – Roketkini.com