LAWATAN KERJA YB HAMDAN DAN WAKIL PUZ DI DUN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH 3 Jun- Lawatan kerja YB Hamdan DUN Permatang Pasir di kawasan Permatang Pauh telah berjaya membawa perubahan dan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.Lawatan kerja bersama wakil PUZ negeri Pulau Pinang ini dianggap berjaya kerana telah berjaya membantu 7 keluarga yang menghadapi masaalah dalam menguruskan kehidupan seharian dan juga bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan dan bantuan agar saudara-saudara kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih sempurna.Atas inisiatif pihak YB Hamdan dan pejabat DUN Permatang Pasir dan orang ramai, keluarga ini dibantu dengan bantuan dari pihak PUZ negeri.Ribuan terima kasih kepada pihak PUZ negeri Pulau Pinang kerana tidak putus-putus membantu dan bekerjasama dengan pihak wakil Pakatan Rakyat di sekitar Parlimen Permatang Pauh.


KES 1.





Puan Fatimah Osman, 45 tahun, ibu tunggal ,yang tinggal di kampung Sungai Semambu menghadapi masalah penjagaan anaknya Mohd Noor yang menghadapi masalah "downsindrom".Mohd Noor 14 tahun juga menghadapi masalah jantung,paru-paru,serta kencing manis dan juga memerlukan rawatan berlanjutan.Pihak PUZ memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan sebagai bantuan berterusan untuk membantu adik Mohd Noor.




KES 2




Kes bantuan kepada warga tua yang dijaga oleh menantu yang bekerja sebagai buruh kontrak.En Ahmad Bin Azam 72 tahun dan Puan Romlah Binti Idris 70tahun diberi bantuan barang keperluan harian sebanyak RM200 sebulan.Mereka tinggal di kampung Petani.Bantuan berupa beras,bawang,minyak masak,gula,garam, akan diberikan sebagai sumbangan PUZ kepada warga tua dan membantu keluarga ini untuk kehidupan yang lebih sempurna.beliau yang mempunyai 4 orang anak, namun masing-masing tidak mampu untuk membantu yang lebih baik.Selain itu pihak jabatan kebajikan masyarakat turut membantu dengan memberi bantuan sebanyak RM300.Beliau yang gembira dengan bantuan tersebut turutmelahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan usaha YB Hamdan dan juga bantuan dari pihak PUZ."Saya berpuas hati kerana sebelum ini tidak ada usaha untuk melakukannya,kini tidak di sangka,kerajaan pembangkang baik(Pakatan Rakyat).beliau adalah ahli UMNO Permatang Pauh.



KES 3




YB Hamdan dan wakil PUZ melihat keadaan adik Sakinah dan dibantu oleh ibunya Azizah Binti Abd halim 49 tahun.



Bantuan perubatan kepada adik Noor Sakinah Salim. Adik Noor Sakinah adalah anak kepada En Salim bin Abd Hamid yang berkhidmat di Yayasan Aman yang menghadapi masaalah jantung.Beliau yang menghadapi kekejangan selepas pembedahan yang dilakukan di Hospital Seberang Jaya di bekalkan dengan pampers dari pihak hospital .Anak ke 6 dari 8 beradik ini dibantu dari segi bantuan kewangan berterusan sebanyak RM200 sebulan dari pihak PUZ.Menurut Puan Azizah, pihak hospital menyatakan kepada beliau bahawa adik Nor Sakinah akan sembuh tetapi memerlukan masa.Keluarga ini tinggal di kampung Petani.

KES 4



Kes ini yg paling menyayat hati.Ibu tunggal ini membuang air dan najisnya dimerata tempat kerana kemudahan tandas yang agak jauh.Sudah ada usaha untuk mengubahsuai tandas untuk kemudahan beliau.
Siti Ros binti Abd Hamid 73 tahun.Wanita ini tidak berkahwin.tidak ada tempat mengadu dan pihak kebajikan masyarakat memberi sebanyak RM 200 sebulan.Ianya di jaga adik iparnya,Esah bt Awang 49 tahun yang menjaganya.Beliau tinggal di Permatang Pasir.Permatang Pauh

KES 5

Bantuan kepada ibu tunggal Haripah Bt Mohd Rashid.Anak bersekolah 3 orang,tidak bekerja kerana terpaksa menjaga orang ibubapanya yangtelah tua.bantuan segera sebanyak RM100 dan bantuan berterusan dari PUZ sebanyak RM200 sebulan.beliau tinggal di Tanjung Putus, Permatang Pasir, berhampiran rumahnya adalah rumah ketua pemuda UMNO Permatang Pauh.

KES 6





Kes ibu tunggal kematian suami.Puan Sabirah binti Md taharin 39 Tahun .Beliau yg bekerja sebagai jaga di sekolah berpendapatan RM 600 sebulan.Pihak PUZ telah memberi bantuan makanan bulanan sebanyak RM200.Pn Sabirah mempunyai 3 orang,berasal dari Gopeng, Perak.Sebelum ini pihak PUZ telah memberi bantuan makanan,dan simpatisme bersetuju untuk menukar bumbung rumah dan memperbaiki sedikit sebanyak rumah beliau yang reput dimakan anai-anai.Beliau tinggal di Permatang Pasir.


KES 7




Siti Raziah binti Md Noor, 52 tahun dari pekan Permatang Pauh merupakan Mangsa barah usus ini tidak dapat bergerak ,beliau telah menjalani ujian kimoterapi setiap dua kali sebulan di hospital Kepala Batas.Beliau yang baru menjalani pembedahan mempunyai 4 org anak 2 anaknya masih bersekolah manakala suaminya Encik Ismail Bin Zakaria yang bekerja sendiri dan berpendapatan RM 300 sebulan.PUZ menyampaikan bantuan segera RM200 dan akan meguruskan bantuan bulanan yang sepatutnya untuk membantu keluarga ini.
Dengan peristiwa ini , maka wajiblah kita umat islam menunaikan zakat supaya ekonomi yang dijana ini dapat membantu saudara kita yang ditimpa kesusahan dan musibah dalam kehidupan seharian.Jutaan terima kasih kepada PUZ kerana menguruskan wang zakat umat islam untk membantu umat islam yang memerlukan.

KIRANYA UNTUNG PETRONAS NI BANYAK JUGA 600 BILLION,TAPI DUIT PI KE MANA????



Jumlah ini banyak ,bila dikaji keuntungan sebelum cukai, yala lah cukai pun kembali ke pada siapa?bukan kepada kerajaan???juga???jadi begini jumlahnya sebelum dicukai,dividen,dan juga duti eksport ..jumlah lebih kurang RM570 Billion....fuyoooo...banyaknya..itu dari 1974 hingga 31 mac 2008 .....sahaja.......tak ke ketua UMNO cawangan ambil pa...tah ke...penyokong UMNO ...rakyat biasa dapat.....


tetapi jika anda membuat kajian secara menyeluruh dari 31 mac 2008 dan kemudian bandingkan dengan RM700 billion diketika harga melambung tinggi....


Petronas’ RM600 billion profit: Where has it all gone?
So the figure has been revealed. Petronas’ group profit before taxes, royalties, dividends and export duties amounted to RM570 billion for the period from its establishment in 1974 to 31 March 2007.
If you include the figure for the period until 31 March 2008, then you are probably looking at a figure closer to RM700 billion, with the higher oil prices.
Let’s see the breakdown of that RM570 billion:
Payments to the government (royalties, export duties, taxes and dividends) - RM359 billion
Allocations for shareholders, royalties and taxes abroad - RM41 billion
Profits re-invested in Petronas operations - RM170 billion
Total RM570 billion
(In case you are wondering where I got these figures from, they are from an oral response in Parliament to a question put forward to the Prime Minister by the MP for Bagan, Lim Guan Eng.)
So the government has received RM359 billion from Petronas over the years. If we include the year ended 31 March 2008, the figure would be in the RM400 billion range.
The big question is has the government made the best use of all that money? You and I know the answer to that. If the money had been used effectively, we could have provided affordable housing for everyone in this land, invested in an excellent public transport system and come up with a first class public health care system providing universal access to all Malaysians.
But have we? How much has been wasted? How much has been squandered over the years? It is truly a lost opportunity, considering that we will soon become a net importer of oil in a few years’ time.
Why, very few Malaysians have access to Petronas’ detailed accounts. Where is the accountability and transparency in the use of these massive amounts of public funds?

PEMILIHAN UMNO:5 WARLORD PERMATANG PAUH AKAN BERTANDING



Imam duit dan Dato Jalil

Permatang Pauh-3 Jun Panglima perang Warlord UMNO di Permatang Pauh akan muncul dan bertanding sesama sendiri dalam pemilihan kutua bahagian Permatang Pauh. Antara yang muncul kembali ialah Dato'Mat Saad orang kaya baru setelah tanah di empangan mengkuang diambil oleh PBA, dan beliau antara yang kaya raya di Permatang Pauh dan ahli UMNO lama.keduanya ialah Dato Abdul Jalil,Abd Razak,Ariff Shah dan tidak ketinggalan pula ialah Imam Duit aka Firdaus.





Walau apa pun yang berlaku,kita tidak mahu mengulas panjang, cuma adakah selama ini masyarakat Permatang Pauh terbela dengan kemenangan UMNO.Jika sama juga , lebih baik bersama Pakatan Rakyat.Terkini ialah bagaimana sudah banyak yang kelihatan di kedai-kedai kopi untuk berkempen dan bersembang bagi mendapatkan simpatisme,terutamanya Dato mat Saad yang kini sudah mula cergas kembali di kedai-kedaimkopi seolah-olah beliau begitu mesra dengan rakyat.....kononnya...laaa.