LAWATAN KERJA YB HAMDAN DAN WAKIL PUZ DI DUN PERMATANG PAUH

PERMATANG PAUH 3 Jun- Lawatan kerja YB Hamdan DUN Permatang Pasir di kawasan Permatang Pauh telah berjaya membawa perubahan dan bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan.Lawatan kerja bersama wakil PUZ negeri Pulau Pinang ini dianggap berjaya kerana telah berjaya membantu 7 keluarga yang menghadapi masaalah dalam menguruskan kehidupan seharian dan juga bagi mereka yang sangat-sangat memerlukan pertolongan dan bantuan agar saudara-saudara kita dapat meneruskan kehidupan yang lebih sempurna.Atas inisiatif pihak YB Hamdan dan pejabat DUN Permatang Pasir dan orang ramai, keluarga ini dibantu dengan bantuan dari pihak PUZ negeri.Ribuan terima kasih kepada pihak PUZ negeri Pulau Pinang kerana tidak putus-putus membantu dan bekerjasama dengan pihak wakil Pakatan Rakyat di sekitar Parlimen Permatang Pauh.


KES 1.





Puan Fatimah Osman, 45 tahun, ibu tunggal ,yang tinggal di kampung Sungai Semambu menghadapi masalah penjagaan anaknya Mohd Noor yang menghadapi masalah "downsindrom".Mohd Noor 14 tahun juga menghadapi masalah jantung,paru-paru,serta kencing manis dan juga memerlukan rawatan berlanjutan.Pihak PUZ memberi bantuan sebanyak RM200 sebulan sebagai bantuan berterusan untuk membantu adik Mohd Noor.




KES 2




Kes bantuan kepada warga tua yang dijaga oleh menantu yang bekerja sebagai buruh kontrak.En Ahmad Bin Azam 72 tahun dan Puan Romlah Binti Idris 70tahun diberi bantuan barang keperluan harian sebanyak RM200 sebulan.Mereka tinggal di kampung Petani.Bantuan berupa beras,bawang,minyak masak,gula,garam, akan diberikan sebagai sumbangan PUZ kepada warga tua dan membantu keluarga ini untuk kehidupan yang lebih sempurna.beliau yang mempunyai 4 orang anak, namun masing-masing tidak mampu untuk membantu yang lebih baik.Selain itu pihak jabatan kebajikan masyarakat turut membantu dengan memberi bantuan sebanyak RM300.Beliau yang gembira dengan bantuan tersebut turutmelahirkan perasaan gembira dan berpuas hati dengan usaha YB Hamdan dan juga bantuan dari pihak PUZ."Saya berpuas hati kerana sebelum ini tidak ada usaha untuk melakukannya,kini tidak di sangka,kerajaan pembangkang baik(Pakatan Rakyat).beliau adalah ahli UMNO Permatang Pauh.



KES 3




YB Hamdan dan wakil PUZ melihat keadaan adik Sakinah dan dibantu oleh ibunya Azizah Binti Abd halim 49 tahun.



Bantuan perubatan kepada adik Noor Sakinah Salim. Adik Noor Sakinah adalah anak kepada En Salim bin Abd Hamid yang berkhidmat di Yayasan Aman yang menghadapi masaalah jantung.Beliau yang menghadapi kekejangan selepas pembedahan yang dilakukan di Hospital Seberang Jaya di bekalkan dengan pampers dari pihak hospital .Anak ke 6 dari 8 beradik ini dibantu dari segi bantuan kewangan berterusan sebanyak RM200 sebulan dari pihak PUZ.Menurut Puan Azizah, pihak hospital menyatakan kepada beliau bahawa adik Nor Sakinah akan sembuh tetapi memerlukan masa.Keluarga ini tinggal di kampung Petani.

KES 4



Kes ini yg paling menyayat hati.Ibu tunggal ini membuang air dan najisnya dimerata tempat kerana kemudahan tandas yang agak jauh.Sudah ada usaha untuk mengubahsuai tandas untuk kemudahan beliau.
Siti Ros binti Abd Hamid 73 tahun.Wanita ini tidak berkahwin.tidak ada tempat mengadu dan pihak kebajikan masyarakat memberi sebanyak RM 200 sebulan.Ianya di jaga adik iparnya,Esah bt Awang 49 tahun yang menjaganya.Beliau tinggal di Permatang Pasir.Permatang Pauh

KES 5

Bantuan kepada ibu tunggal Haripah Bt Mohd Rashid.Anak bersekolah 3 orang,tidak bekerja kerana terpaksa menjaga orang ibubapanya yangtelah tua.bantuan segera sebanyak RM100 dan bantuan berterusan dari PUZ sebanyak RM200 sebulan.beliau tinggal di Tanjung Putus, Permatang Pasir, berhampiran rumahnya adalah rumah ketua pemuda UMNO Permatang Pauh.

KES 6





Kes ibu tunggal kematian suami.Puan Sabirah binti Md taharin 39 Tahun .Beliau yg bekerja sebagai jaga di sekolah berpendapatan RM 600 sebulan.Pihak PUZ telah memberi bantuan makanan bulanan sebanyak RM200.Pn Sabirah mempunyai 3 orang,berasal dari Gopeng, Perak.Sebelum ini pihak PUZ telah memberi bantuan makanan,dan simpatisme bersetuju untuk menukar bumbung rumah dan memperbaiki sedikit sebanyak rumah beliau yang reput dimakan anai-anai.Beliau tinggal di Permatang Pasir.


KES 7




Siti Raziah binti Md Noor, 52 tahun dari pekan Permatang Pauh merupakan Mangsa barah usus ini tidak dapat bergerak ,beliau telah menjalani ujian kimoterapi setiap dua kali sebulan di hospital Kepala Batas.Beliau yang baru menjalani pembedahan mempunyai 4 org anak 2 anaknya masih bersekolah manakala suaminya Encik Ismail Bin Zakaria yang bekerja sendiri dan berpendapatan RM 300 sebulan.PUZ menyampaikan bantuan segera RM200 dan akan meguruskan bantuan bulanan yang sepatutnya untuk membantu keluarga ini.
Dengan peristiwa ini , maka wajiblah kita umat islam menunaikan zakat supaya ekonomi yang dijana ini dapat membantu saudara kita yang ditimpa kesusahan dan musibah dalam kehidupan seharian.Jutaan terima kasih kepada PUZ kerana menguruskan wang zakat umat islam untk membantu umat islam yang memerlukan.

No comments: