KALAU KONONNYA PANDAI TAK CERDIK BUAT APA ?

 




Mohd Sayuti Omar II.


Tidak payahlah adress sebagai Pensyarah kewangan dan perakaunan di tiga buah negara. Cerdik bodoh orang politik tidak tergambar berapa banyak sekolah dia hadiri atau setinggi mana ilmu akademiknya kandati pun aspek itu membantu.


Ada politis lulusan Haverd dan Oxford universiti pun terkial kial dalam sungai politik negara. Kebergantungan sukses dan penghormatan orang politis ialah kepada nilai moral dan adab resam bangsanya bukan tempat belajarnya. Trims.



NURUL DIHADAPAN KEDUTAAN US BERSAMA NGOS



Mohd Sayuti Omar II


 Saat ayahnya Anwar Ibrahim ke Riyad untuk hadiri mesyuarat GCC dalam rangka menyuarakan simpati dan mencari solusi untuk hentikan tindakan regim Isreal terhadap Palestin, Nurul Izzah pula bersama NGO Wanita menzahirkan kemarahan dan mengutuk kekejaman regim zionis di hadapan Kedutaan Amerika.


Ini kombinasi dua beranak untuk kesejahtraan dan keadilan manusia. Sepatutnya wanita anak pimpinan politik dan apa jua rahang perjuangan Malaysia bersama Nurul Izzah dan Ngo wanita mengutuk Isreal. Trims.



BIASA LA..MEREKA BOLEH BUAT..ORANG LAIN TAK BOLEH


Mmms.


 Lebai Pertikaian Nasional, depa buat boleh, orang lain semua tak boleh




POOODAH...DOK KAPIRKAN ORANG..SAPA NAK DENGAR..BANGSA ASING PUN TAK BERANI NAK DEKAT...ZAMAN TOK GURU DULU ORANG SAYANG AGAMA...HANG LAGI TAK GUNA..



Norman Radzuan


 Terkilan konon dah kerja parti kamu asyik mengkafirkan org Islam apatah bukan Islam. Puak hampa ini bukan menjernihkan tapi hanya mengeruhkan persepsi sb itu ditolak oleh pengundi2 bukan Islam dan tidak diterima di bumi Borneo.


HABIS 2 KERUSI BUKAN NAJIS RASUAH KAH ? KA SEDEKAH ?

 

Ahmad Shahril


2 kerusi parlimen di batalkan bukan ke sebab bersalah kerana rasuah.....ke guaner.




WALAUN TAK MO PI PULAK JIHAD. MAKI HAMUN JA PANDAI

 

Walaupun walaun duk makihamun PMX  sebab tak suruh ATM  pergi ke palestin.....tapi  PMX steady je tak layan kebodohan walaun tu.

Kita teruskan berdoa utk palestin dan gaza.




STOK BERAS DAH KELUAR RUPANYA...LEPAS KILANG KENA SITA


 

INTAN IPR DI TAMBUNAN

 










Rafizi Ramli


Saya kongsikan perkembangan semasa projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Tambunan, Sabah. Kali ini projek tanaman jagung bijirin dan kacang soya di kawasan seluas 300 ekar.


Projek yang dibangunkan adalah kerjasama membabitkan Koridor Pembangunan Sabah (SEDIA) dan Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad (KOWR) atau dikenali sebagai Kaki Kaki Kampung yang akan memberi manfaat kepada 150 peserta di 50 kampung di Bahagian Kudat dan Pedalaman Sabah. 


KOWR akan berperanan sebagai offtaker yang memberikan bimbingan kepada peserta, menguruskan pengumpulan dan logistik, pembungkusan dan seterusnya memasarkan kepada peruncit utama seluruh Sabah seperti Bataras, Coopmart dan sebagainya. 


Dalam tempoh 3 bulan projek ini akan memberikan hasil dan peserta projek akan menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000. Semoga usaha ini berjaya membawa mereka keluar daripada kemiskinan.



TOLONG PESAN PADA MENANTU

 

Family holiday? So Please remind menantu back to Malaysia facing charges against him.



WALAU HADIR MUKTAMAR PAS, HADI AWANG TETAP TOLAK TUN MAHATHIR

 

Presiden PAS Hadi Awang menepis desas-desus bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional bagi PRK Parlimen Kemaman.

“Tidak munasabah. Kalau nak timbulkan biar munasabah,” katanya pada sidang media di tepian muktamar PAS ke-69.

Hadi memaklumkan Perikatan Nasional belum memuktamadkan calonnya dan Mahathir tiada dalam senarai itu.

Pengundi Kemaman akan memilih wakil rakyat mereka pada 2 Disember. Pihak yang bertanding akan menamakan calon masing-masing pada 18 November.

Pemilihan baharu diadakan kerana Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan keputusan PRU15 bagi Parlimen Kemaman terbatal dan tidak sah,  selepas menerima dakwaan berhubung sogokan semasa tempoh berkempen untuk meraih undi bagi calon Perikatan Nasional, Che Alias Hamid.

Pada PRU lalu, PN menang bergaya dengan majoriti 27,179 undi, selepas calonnya meraih 65,714 undi untuk menewaskan Barisan Nasional yang meraih 38,535 undi, Pakatan Harapan (8,340), dan Pejuang (506).

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/20/tak-munasabah-hadi-tepis-desas-desus-dr-m-calon-pilihan-raya-pas/

Dalam perkembangan berkaitan, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hadir di Muktamar PAS ke-69 yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

Ketibaan Dr Mahathir yang sebelum ini adalah presiden Umno dan dianggap seteru ketat PAS disambut laungan takbir oleh perwakilan.

Kehadiran kali pertamanya ke muktamar PAS itu diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Dia hadir sebagai tetamu pada majlis perasmian muktamar oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.


Hadir sama, adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN) merangkap Presiden Bersatu,  Muhyiddin Yassin yang pernah memecat Mahathir daripada parti itu.

Mereka kemudiannya ditempatkan di pentas muktamar bersama pemimpin PAS lain.

Sebelum ini, Mahathir hanya tampil di pentas PAS ketika ceramah parti itu semasa kempen pilihan raya negeri Ogos lalu.

Pada muktamar kali ini, Dr. Mahathir hadir berpakaian serba hitam serta bersongkok.

Sementara itu, Hadi semasa ucapan dasarnya turut memberi penghormatan kepada Mahathir yang juga penasihat kepada empat negeri yang ditadbir oleh PN (SG4).

“Mahathir sebagai penasihat kehormat SG4 ini, di samping menjadi jambatan dan pintu gerbang kepada pelabur dalam dan luar negara, ditambah dengan panduan dan bimbingan berterusan oleh Muhyiddin (Yassin)sebagai pengerusi PN, kedua-duanya adalah mantan perdana menteri yang mempunyai pengalaman dan jaringan berharga,” katanya.

Mahathir dispekulasikan mahu membuat penampilan kembali ke Dewan Rakyat melalui pilihan raya kecil Kemaman, kubu buat PAS.

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/683509



GITU YA .....PATUT LAH

 

“18 kerusi jadi kerajaan”
“43 kerusi jadi pembangkang”
kenapa jadi gitu 😀




Yang Jelas Nyata

Sebab Allah tak izin kerana kuat sangat memperbodohkan manusia. Allah rahmati ramai orang baik yang ada di Malaysia ni. Jadi Dia angkat pemimpin yang baik dengan cara yang baik buat rakyat yang baik. Mana-mana yang penuh kebencian, dia perlihatkan azab kepada mereka sehingga setiap hari mereka meroyan dengan azab kebencian di Medsos seolah-olah tak pernah bertemu ketenangan hati. Begitulah balasan bagi orang yang tidak pandai bersyukur.

 

ORANG KEDAH PUN TOLAK DIA- PARTI YANG DITUBUHKAN PUN DIA KHIANAT DAN BUBAR. SEKOQ CALON PUN TAK MENANG - TIBA TIBA PAS NAK AMBIK JADI CALON.

 

Mana-mana individu termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhak menjadi calon Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata pucuk pimpinan masih mempertimbangkan perkara itu termasuk mengekalkan penyandangnya sebelum ini Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15.

“Semua rakyat Malaysia berhak menjadi calon, asalkan warga Malaysia, dia tak kira orang Terengganu atau orang mana sebab dia calon Parlimen.

“Tak semestinya, boleh jadi beliau (Mahathir) dan boleh jadi orang lain. Belum putuskan lagi,” katanya ditemui selepas meninjau Muktamar Pemuda, Ulama dan Muslimat.

Takiyuddin diminta mengulas sama ada Mahathir bakal dipilih calon PN pada PRK Kemaman susulan khabar angin bertiup sebelum ini.

Pada PRU15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said dari BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu keputusan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

Mengulas tawaran menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, Takiyuddin berkata PAS masih belum menerima sebarang tawaran rasmi setakat ini.

Beliau berkata, tawaran yang dikemukakan itu hanya ketika Anwar ditemu bual Time Magazine.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/19/prk-kemaman-semua-berhak-jadi-calon-pn-termasuk-dr-m-kata-takiyuddin/



WOIIII.....KAH..KAH..KAH..NAK LAWAN JDT LAGU MANA...GAJI PUN TAK LAQAT BAYAQ..NEGERI HANGPA MISKIN WOIIII....


 

Perjuangan Anwar Ibrahim Untuk Palestin




1. Ketika dunia ditanya siapakah dalam kalangan pemimpin yang sentiasa konsisten dan komited memperjuangkan nasib Palestin?


2. Pastinya ramai yang akan mengakui dan bersuara bahawa merekalah orangnya.  Walaupun, sekadar suara tanpa aksi yang nyata. 


3. Tidak seperti DSAI, beliau kelihatan lebih tenang. Dalam meratap syugul, beliau komited dengan suara yang lantang dan tindakan yang tegas membela nasib rakyat Palestin. 


4. Pada tahun 1983 DSAI diisytiharkan sebagai Anak Palestin oleh Yasser Arafat. DSAI cukup terkenal dengan perjuangan di peringkat antarabangsa yang lantang membela hak rayat Palestin. 


5. DSAI juga adalah Ketua Pemuda UMNO pertama yang melakukan demonstrasi menentang keganasan dan kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin satu ketika dahulu. 


6. Di awal usia perjuangannya, beliau sudah bermula dengan memikirkan nasib rakyat dalam dan luar negara. Begitu murninya perjuangan beliau. 


7. Selepas menjadi Perdana Menteri, beliau antara pemimpin yang sentiasa komited menyuarakan hak dan memberikan bantuan kepada Palestin. 


8. Bermula 9 Januari 2023 hinggalah ke hari ini, beliau tidak pernah berhenti memikirkan nasib yang menimpa rakyat Palestin. 


9. Beliau juga menegaskan bahawa sokongan Malaysia terhadap Palestin tidak akan berbelah bagi. Malaysia akan terus menumpukan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin. 


10. RM100 juta, akan disalurkan khusus ke Gaza untuk tabung kemanusiaan dan perubatan. Syabas DSAI, sebagai rakyat Malaysia kami bangga dengan perjuangan ini. 


11. Seluruh rakyat Malaysia sentiasa menyokong setiap keputusan DSAI. Kami percaya, setiap yang dilakukan pastinya sesuatu yang terbaik dan berisi dengan kebaikan.



BAIK SEDEKAH KE PALASTINE


 

AIKKKK...ADA KONA KONA KOT


 

KAKI PAW NAK KENA ..KITA TUNGGU SAPA DIA


 

MANA DIA DUIT TU....BAWA LARI MANA..KAH..KAH


 

APA LA HANG MELALAK

 

Gino Marvela


Apa jadah seorang ahli parlimen terpekik sana sini kata dia tentera pencen, tak ambik duit rakyat, hanya sokong perikanan nasional...lantak hang lah nak sokong sapa pun. 


Itu dewan utk bincang hal rakyat dan masalah negara dari segi dasar dan pelaksanaan. Peruntukan Parlimen mmg di salur terus ke rakyat. Bukan nak bagi pada puak pembangkang kemudian bayar tiktokers hari2. Jadah pi lah 40 tahun pun hang berkhidmat. Bukan nak hina veteran, tapi perangai pengat tahi sebegini buat rakyat muntah!


Cakap sajalah memang diri tu nak declare di khalayak umum dengan cara baca skrip di parlimen bagi menunjukkan sokongan kpd Muhyiddin Yasin iaitu bapa kepada menantu yg cabut lari ke luar negara yg di kehendaki Bukit Aman!


Kembali ke topik ekonomi dan kelemahan matawang negara...


Isunya, bagaimana US yg shutdown government tiba2 boleh kukuhkan kewangan mereka. Ada beberapa faktor.


1. Mereka menaikkan kadar hutang negara.

2. Menaikkan OPR bagi tambatan ekonomi. 

3. Menaikkan tax/cukai di beberapa sektor.

4. Federal Reserved mereka sendiri cari outsourcing di pelbagai negara luar.


Kami sendiri mengenali pengendali/pemegang amanah kpd Federal Reserved, puak inilah yg fund berbilion dlm pelbagai projek di pelbagai negara asing. Mereka cari kekuatan dgn cara sebegitu. Akauntan inilah yg ada di bahagian Regional tertentu. 


Dalam hal ini, cukup GM terangkan sikit saja kerna mata-mata memerhati. 😊


Malaysia cuba tidak mahu lakukan tambatan ringgit dan gunakan peluang ke emasan ini sepenuhnya bagi menarik ekonomi kembali. Kalian tertanya, apa yg Malaysia buat bagi mengembang ekonomi dan apa pula masalah utama dalam keadaan punyai hutang RM1.5trilion.


1. Pergunakan kelemahan ekonomi utk tarik FDI lebih banyak masuk ke negara.

2. Wujud peluang perniagaan/projek kpd kontraktor kecil seluruh Malaysia.

3. Bertahan dgn tidak naikkan OPR bagi mengekang beban kpd pengguna di institusi kewangan sambil kawal kadar inflasi.

4. Pulih kembali sektor ekonomi/mikro ekonomi dalaman.


Idea utk bantuan STR, elaun RM2000 kpd sektor awam & RM1000 kpd veteran pencen & tidak berpencen itu hanya serampang 2 mata. 


Pertamanya meredakan sedikit keresahan & kesusahan rakyat dgn cara menjimatkan perbelanjaan tidak perlu membina pelbagai projek mega dan baru kepada beri sedikit bantuan kpd rakyat utk bernafas.


Keduanya, wujudkan perbelanjaan dalaman oleh rakyat itu sendiri bagi merancakkan kembali mikro ekonomi yg sekian lama statik. Ini juga di bantu dgn pelbagai projek pembaikan sanitasi pelbagai sekolah + pasar serta pusat perniagaan rakyat di pelbagai negeri dlm Malaysia.


Pendek kata, kita cuba kawal perbelanjaan yg tak perlu kpd projek mega dgn salurkan ke rakyat agar rakyat itu sendiri boleh menggerakkan ekonomi tempatan melalui pembaikan infra pelbagai projek di sekolah & pasar seluruh Malaysia.


Ok, boleh faham ? Ke otak dah mencair bila baca karya di sini. 😁


Apapun, GM henti di sini dahulu...akan sambung penulisan ini lagi. Perlu turun ke Melaka & Seremban kejap. Teh & nasi lemak dulu...😜



BEKALAN BERAS AKAN DIATASI


 

KENYATAAN MEDIA UNTUK SIARAN SEGERA





KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) SAMBUT BAIK KEBENARAN IMPORT BERAS PUTIH DARI INDIA 


Saya mewakili Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kerajaan Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan India kerana telah menarik balik larangan eksport Beras Putih Selain Basmathi ke atas Malaysia. 


Melalui Note Verbale yang saya terima pada hari ini, Kerajaan India telah bersetuju untuk membenarkan Malaysia mengimport 170,000 metrik tan Beras Putih Bukan Basmathi.


Pada 25 Ogos 2023, saya telah menghantar surat permohonan kepada HE Mr Piyush Goyal, Menteri Hal Ehwal Pengguna, Makanan & Pengedaran Awam India untuk menarik balik sekatan eksport Beras Putih Selain Basmathi ke atas Malaysia. Manakala pada 27 September 2023 saya telah mengadakan perbincangan bersama HE BN Reddy, Duta Besar India Di Malaysia berhubung permohonan ini.


Kebenaran yang diberikan ini menunjukkan Malaysia dan India mempunyai hubungan yang sangat rapat dan baik khususnya dalam bidang pertanian, penyelidikan, latihan dan keterjaminan makanan. Sekian, terima kasih. 


YB DATUK SERI HJ MOHAMAD SABU 

MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

KHAMIS, 19 OKTOBER 2023



Biar betul? Terengganu sokong Israel?




Tak la. Ini perbuatan individu atau sekumpulan yang mungkin tak ada kena mengena dengan kerajaan negeri atau mana-mana parti politik. Jangan cepat buat kesimpulan. Berkibar di Terengganu bukanlah bererti kerajaan atau parti pemerintah Terengganu sokong Israel...


Tapi bayangkan kalau kejadian ini berlaku di Pulau Pinang. Apa akan terjadi? Aku yakin para walaun akan cepat menuding jadi menuduh ini kerja DAP. Akan segera tersebar berita kononnya DAP usaha bawa masuk pengaruh Israel di Malaysia. Terus jadi isu nasional.


Sedangkan tak ada bendera Israel berkibar di Pulau Pinang pun, DAP dah banyak kali diserang oleh PAS kononnya menyokong Israel. Sibuk desak DAP buat statement sedangkan dari dulu lagi DAP nyatakan pendirian bersimpati ke atas nasib rakyat Palestin yang ditindas.


Cuma yang aku pelik, PAS sibuk nak desak DAP tapi sekutu PAS sendiri, parti Gerakan, senyap sunyi. Tak jumpa pula kenyataan Gerakan menyelar Israel. Aku cuba Google kenyataan Gerakan tapi tak jumpa apa apa kenyataan pun.


Kenapa PAS tak desak Gerakan macam PAS desak DAP ye? Owh terlupa pulak... Gerakan kan abang besar. Takkan PAS berani nak lawan tauke.  Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MAHA KAYA TU TERMASUK KAU KA MEZAH...TANYA JA..KEH..KEH..KEH.



Hamzah Zainuddin ni dah tak ada apa nak kritik tentang belanjawan, akhirnya dia kritik istilah maha kaya yang digunakan oleh DS Anwar. Siap dia kata 'seolah-olah mereka ada buat salah yang besar'.


Pertama sekali, bila masa DS Anwar kata golongan tu ada buat salah besar? Yang DS Anwar kata, mereka ni golongan mampu. Pendapatan mereka besar jadi mereka tak perlukan lagi bantuan.


Apa yang negatif dengan istilah maha kaya tu? Ia memang kenyataan. Sebab kekayaan mereka bukan biasa-biasa. Mereka bukan jenis sewa lambo nak tunjuk kaya. Mereka memang ada lambo.


Mereka bukan duduk rumah PPR dan hias nak bagi nampak macam istana. Tapi mereka memang ada istana atau rumah agam. Istilah kaya tak memadai untuk menggambarkan betapa katanya mereka.


Istilah itu bukan negatif. Ianya untuk membezakan antara golongan berpendapatan besar, yang boleh digelar kaya (lingkungan RM20,000 ke RM50,000) dengan yang betul-betul kaya (>RM50,000 sebulan).


Persoalannya, yang PN beriya-iya bela golongan maha kaya ni kenapa? Terasa ke sebab pemimpin PN sendiri tergolong dalam golongan itu? Ataupun sebab ramai maha kaya yang jadi kroni PN?


Tadi tengok video Fadhli Shaari persoal perkataan 'ketimbang'. Ini Hamzah pula sibuk pasal maha kaya. Ini indikasi belanjawan yang dibentang oleh DS Anwar sangat baik hinggakan pembangkang terpaksa main isu bahasa dan istilah pula. Sebab tak ada point nak kritik belanjawan.Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

JANGAN DIJEMPUT. MENYUSAHKAN...DAH KENA DAH KAN DULU. MEREKA SAJA YANG BETUL.

 

ZusDin


Lebai PA$ incompetent. Tak payah menyibuk dgn urusan kerajaan. Kalau nak sokong PMX dan Kerajaan Perpaduan MADANI, sign MoA dan dok diam2 jgn menyalak sampai PRU16. Kalau taknak, boleh...boleh BLAH...!!!




KALAU WALAUN TANYA .JAWAB YANG INI


 

KENAPA REZEKI SEMPIT

 

Dalam tak sedar, ni antara sebab kenapa rezeki kita sering sempit.


Kredit kepada pemilik post.







AKIBAT DIKURNIAKAN KEBODOHAN LUAR BIASA.


Mohd Fairul Al-Qasas




 Dah mula menyesal...

18 kerusi dulu duduk dalam kerajaan. 

45 kerusi jadi pembangkang akibat terikut dengan kesombongan Muhyidin yang tolak titah Tuanku agar semua parti bentuk kerajaan. 


Dari tempoh itu, mereka berusaha berulang-ulang kali untuk tebuk atap.


Tapi kalah dengan akta lompat parti, MOU kerajaan dan kegagalan rampas kerajaan negeri PH dalam PRN, serta kalah berturut-turut dalam PRK.


Kini mereka dah tak nampak jalan. Maka mereka mula menyesal.


Jika mereka masuk kerajaan pada masa tu, mereka jadi parti kedua selepas PH yang paling banyak kerusi, pasti jawatan TPM dan 10 Menteri diberikan kepada mereka.


Tapi bak kata Lokman Adam..mereka dikurniakan kebodohan luar biasa...


Maka sebab itu mereka kini sasau, rasa bagai nak kiamat.