ORANG KEDAH PUN TOLAK DIA- PARTI YANG DITUBUHKAN PUN DIA KHIANAT DAN BUBAR. SEKOQ CALON PUN TAK MENANG - TIBA TIBA PAS NAK AMBIK JADI CALON.

 

Mana-mana individu termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhak menjadi calon Perikatan Nasional (PN) PRK Kemaman, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Takiyuddin berkata pucuk pimpinan masih mempertimbangkan perkara itu termasuk mengekalkan penyandangnya sebelum ini Che Alias Hamid yang menang dengan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15.

“Semua rakyat Malaysia berhak menjadi calon, asalkan warga Malaysia, dia tak kira orang Terengganu atau orang mana sebab dia calon Parlimen.

“Tak semestinya, boleh jadi beliau (Mahathir) dan boleh jadi orang lain. Belum putuskan lagi,” katanya ditemui selepas meninjau Muktamar Pemuda, Ulama dan Muslimat.

Takiyuddin diminta mengulas sama ada Mahathir bakal dipilih calon PN pada PRK Kemaman susulan khabar angin bertiup sebelum ini.

Pada PRU15, Che Alias menang dengan majoriti 27,179 undi dalam pertembungan empat penjuru yang turut membabitkan bekas menteri besar Terengganu Ahmad Said dari BN.

Namun kemenangannya dibatalkan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu selepas pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya. PAS tidak merayu keputusan itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Kemaman pada 2 Disember dengan 18 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

Mengulas tawaran menyertai kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, Takiyuddin berkata PAS masih belum menerima sebarang tawaran rasmi setakat ini.

Beliau berkata, tawaran yang dikemukakan itu hanya ketika Anwar ditemu bual Time Magazine.

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/10/19/prk-kemaman-semua-berhak-jadi-calon-pn-termasuk-dr-m-kata-takiyuddin/



No comments: