INTAN IPR DI TAMBUNAN

 










Rafizi Ramli


Saya kongsikan perkembangan semasa projek Inisiatif Usahawan Tani (INTAN-IPR) di Tambunan, Sabah. Kali ini projek tanaman jagung bijirin dan kacang soya di kawasan seluas 300 ekar.


Projek yang dibangunkan adalah kerjasama membabitkan Koridor Pembangunan Sabah (SEDIA) dan Koperasi Wawasan Rakyat Sabah Berhad (KOWR) atau dikenali sebagai Kaki Kaki Kampung yang akan memberi manfaat kepada 150 peserta di 50 kampung di Bahagian Kudat dan Pedalaman Sabah. 


KOWR akan berperanan sebagai offtaker yang memberikan bimbingan kepada peserta, menguruskan pengumpulan dan logistik, pembungkusan dan seterusnya memasarkan kepada peruncit utama seluruh Sabah seperti Bataras, Coopmart dan sebagainya. 


Dalam tempoh 3 bulan projek ini akan memberikan hasil dan peserta projek akan menerima pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM2,000. Semoga usaha ini berjaya membawa mereka keluar daripada kemiskinan.



No comments: