WAJAH JAHAT PIMPINAN PAS | Ustaz Ridzwan Abu Bakar


Inilah wajah sebenar pimpinan Pas! Apa sahaja yang memihak kepada mereka akan keluarlah dalil-dalil menyokong perbuatan mereka. Jika tidak menyebelahi mereka maka akan keluarlah "dalil yang dipusing" untuk memburukkan pihak yang lain.

CUBA BACA DAN FAHAM....

 May be a Twitter screenshot of 1 person and text that says "ZahaodYa Zaharin Mohd Yasin @zaharin_my Ahli Parlimen UMNO yang kekal dalam UMNO seramai 23 orang yang melompat ke PN 12. 23 orang keluar menyokong PN.. Kerajaan Mahiaddin tumbang. Translate Tweet 14:25 07Jul21 Twitter for iPhone"

MENJAWAB KENAPA MUHYIDDIN PERLU MELETAK JAWATAN

 

MOHD MUKHLIS

May be an image of 3 people and text that says "maaf ya tuan, bila tuan cakap PM wajib letakjawatan letak jawatan bila tiada majoriti bermakna tun M tindakan betul la meletakkan jawatan? http://w.acebok.com/194831839 /posts/10161709914871840/ MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN MOHAMAD SABU ANWAR BRAHIM LIM CUAN NG KENYATAAN MEDIA MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN 8 Julai 2021... Anwar lbr ahım tuan, bagaimana jawab bila orang kata tindakan bermaruah tun M letakjawatan sebab dulu kita marah dia kjawatan?"

Saya nak menjawap soalan yang di berikan oleh follower, dia tanya soalan ini dari bulan Januari lagi, lepas tu dia tanya lagi tadi bila PH buat statement yang Muhyidin kena meletak jawatan dengan terhormat sebab sudah hilang keabsahan. Saya rasa tak manis kalau tak jawap soalan yang saya tahu jawapan dia.

Soalan ini agak menjerat sebab dia boleh jadi serampang dua mata; dan ada sesetengah perkara hanya boleh di jawap dengan masa. Jadi saya rasa sekarang ini adalah masa yang tepat untuk menjawapnya. Malangnya ia tidak semudah A B C.

Untuk rekod sejarah, Mahathir memang seorang yang licik dalam mendapat apa yang dia nak. Kalau siapa ingat mula-mula dulu lepas kena pecat dari Bersatu, dia sebut nak tubuhkan Parti baru. Selepas itu wartawan tanya sama ada dia akan bertanding atau tidak PRU15. Mula-mula dia kata tak mahu bertanding, tapi lepas tu ada ayat sambung dia, dia tak akan bertanding PRU15 kecuali penyokong dia paksa. Ini bukan kali pertama dia guna orang lain untuk mengabsahkan tidakan dia.

Secara teknikal dalam perlembagaan persekutuan 43(2) kata kalau PM hilang kepercayaan majoriti ahli dewan rakyat, PM kena letak jawatan ataupun bubar parlimen. Jadi apa yang AG Melayu Isle buat ini secara teknikal adalah betul. Cumanya lebih kurang macam kita dah tau orang itu jadi arwah cuma tak boleh kebumikan sebab doktor belum sahkan, jadi takkan nak tunggu pengesahan doktor tak kira sampai mayat dah busuk pun masih tak mahu kebumi?

Ada beza antara teknikal dan normaliti. Di sini kita boleh lihat 2 reaksi yang berbeza dari tindakan yang hampir sama.

Orang normal kalau majoriti sudah hilang dia akan letak jawatan, tapi kalau orang gila kuasa dia akan bergayut pada kekhilafan teknikal untuk berkuasa.

CUMA

Yang bezanya dengan perletakan kuasa Mahathir yang tidak normal ialah:

1) Dia dengan mudah meletak jawatan tanpa berbincang dengan sesiapa langsung, dan Peguam Negara ( dalam memoir nya) yang mana juga penasihat Kerajaan PH ketika itu juga bingung. Bayangkan Muhyidin boleh panggil jemaah menteri dan Peguam Negara berbincang dia sudah hilang kuasa. Dari sini kita nampak yang Mahathir letak jawatan itu adalah satu benda yang memang dia rancang, aksi tersebut hanya untuk kata yang dia sudah letak jawatan sebagaimana yang dia janji. Itu tak termasuk buat jawatan PM itu macam hak peribadi dia sendiri, padahal Muhyidin lebih "team player" bila dia panggil kroni untuk bermesyuarat.

2) Itu tak termasuk berkali-kali dia perkecilkan kata Anwar tak cukup sokongan padahal dia tinggalkan PH dalam keadaan yang sangat teruk ( dari sentimen rakyat dan moral penyokong yang rendah). Cumanya bila di undi antara dia dan Anwar, dia hanya dapat 65 sokongan berbanding dengan Anwar 107 ( ikut laporan Sarawak Report).

3) Jadi bila dia sudah letak jawatan, Anwar kena pandai-pandai cari sokongan sendiri untuk jadi PM. Cuma kita bayangkan, kalau masa PH menang dulu, Kak Wan buat benda yang sama pada dia? Suruh dia pandai-pandai cari sokongan, rasanya apa yang orang akan cakap pada Kak Wan?

4) Yang lagi hairan bin ajaib, dia letak jawatan konon-konon sudah hilang sokongan (yang belum lagi di uji di parlimen), lepas itu boleh cadangkan diri sendiri jadi PM kali ke 3. Di manakah kewarasan tindakan tersebut? Memang sangat-sangat tak masuk akal, mula-mula kata letak jawatan sebab tak cukup sokongan tapi lepas itu calonkan diri jadi PM ke 3 ( siapa yang hendak sokong dia kalau bukan dari geng pengkhianat?)

5) Analogi paling mudah ialah bila orang nak curi kereta kita, dengan mudah dia bagi steering pada kawan tu, padahal kawan tu bukan ada pistol ke apa, langsung tak melawan. Sebab utama dia bagi kereta sebab kereta itu adalah kereta pinjam dan di hanya penjaga sahaja. Tapi sebab dia sudah berpakat pada perompak, dia pun olok-olok bagi kereta tersebut. Malangnya dia tersadung dalam permainan licik sendiri dan kena khianat dengan orang kepercayaan dia.

6) Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Sekarang dengan masa kita baru tahu, yang bukan senang nak jatuhkan seseorang PM, kecualilah PM tersebut yang jatuhkan diri dia sendiri; sudah tentu sebab hendak berkuasa selamanya. Tepat sekali dengan hadis "Hati orang tua tetap muda pada mencintai dua perkara, panjang umur dan cinta harta." [Hadits riwayat Muslim]

7) Bila ingat dalam audio mesyuarat yang dia minta masa untuk bagi UMNO suka pada dia, bezanya dia boleh terima UMNO yang bukan kluster Mahkamah. Tapi Muhyidin dia tak peduli sebab dia tahu secara hirarki dia memang tak ada peluang hendak jadi PM. Jadi berkhianat adalah salah satu cara Muhyidin jadi PM dan dia berjaya menempah bendera al-ghadr. Malangnya Muhyidin hanya pandai merancang untuk berkhinat tapi dia sendiri tak tahu buat kerja selain dari berkhianat. Yang menanggung azab adalah rakyat yang tidak bersalah.

Description: 😎Jadi untuk menjawap soalan tadi, Mahathir letak jawatan PM sebab "hendak di lihat bermaruah" cumanya terbongkar bila dia sendiri calonkan diri jadi PM kali-3. Itu tak termasuk bab dia calonkan diri sendiri nak jadi Supreme Leader (kerajaan tanpa pembangkang).

WAllahualam.

 

AKHIRNYA LEPAS JUGA.

 

MOHD MUKHLIS

Call a spade a spade, kelulusan Pejuang hari ni adalah sebab tarikh akhir semakan kehakiman, jadi ROS/KDN dah tak boleh nak pusing lagi dan terpaksa luluskan.

Bagi saya walaupun kita tak suka sesuatu, kita kena berlaku adil, kerana adil itu menghampir takwa.

WAllahualam.

 May be an image of 1 person and text that says "Keputusan semakan kehakiman berpihak kepada Pejuang Amiruddin Astro Awani 2021 15:15 MYT Amiruddin menjelaskan, Pejuang akan berusaha bagi memastikan kelulusan pendaftaran sebagai sebuah parti politik ang sah. Gambar ail KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan semakan kehakiman berkaitan pendaftaran Pejuang telah memihak kepada parti di atas prinsip keadilan undang -undang. Setiausaha Agung (Penaja) Parti Pejuang Tahah Air (Pejuang), Datuk Amiruddin Hamzah berkata, melalui keputusan semakan kehakiman, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk membuat keputusan terhadap rayuan yang dikemukakan dalam tempoh 14 hari mulai Jumaat."

AKHIRNYA DEWAN JUGA YANG DAPAT MENGAJAR


Hamdan Taha

 Saya baru di fahamkan dan saya dah faham sekarang

 

1. Peguam Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan sekarang wajib di buktikan tidak mempunyai mejoriti di dewan parlimen 

 2. Sebelum ini zahid,najib anwar dan tun m dan ku li minta supaya di adakan undi percaya di buat,tetapi speker dan takiyuddin gunakan 1000 silat kuntau untuk mengelak

 3. Apa yang di buat oleh umno dan presidennya menyebabkan takiyiddin dan speker tak boleh nak bersilat lagi

 Maka belum tentu juga tan sri muhyuddin akan kalah di dewan parlimen dia perdana menteri semua ada pada dia segala harta mak nenek,cuma kita tengok sejauh mana 4 panglima dia kali ini berjuang mempertahankan dia,sebelum ini dia ada dua sahaja pendekar iaitu Azmin Ali dan Hamzah Zainudin

 Tapi kali ini dah tambah lagi dua iaitu Ismail Sabri dan Hishamuddin ini lagi Kanan

 Bukan lama lagi pun sidang parlimen yang pasti raya korban kali ni semua tempat sembelih lembu di pusat penyembelihan dan bukan di masjid dan surau

 Kali ni kita pula ada pusat penyembelihan kepala orang politik tapi bukan pusat penyembelihan lembu di gunakan

 Tapi dewan parlimen akan di gunakan sembelih kepala siapa tak tahu...sebab lama tak di gunakan Jin Jin nak darah pulak

 Kita tunggu siapa yang mampus kali ini.....


KEH..KEH...AKHIRNYA UMNO TERPALIT SAMA KEGAGALAN PN

 

PN gagal? Umno pun sama kerana ia sebahagian kerajaan, kata Faizal





Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata kenyataan Ahmad Zahid Hamidi juga menggambarkan kegagalan Umno yang turut sama berada dalam kerajaan.

IPOH: Kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi bahawa parti itu menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin disebabkan kerajaan gagal turut mencerminkan kegagalan Umno yang menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, berkata perkara itu jelas kerana kerajaan PN tidak terbentuk sendiri sebaliknya dengan kerjasama banyak pihak.

“Saya faham kenyataan beliau (merujuk kenyataan Zahid yang menyatakan tujuh sebab Umno menarik balik sokongan).

“Sebab yang disebut seolah-olah menyatakan secara terbuka kegagalan Umno sendiri dalam menangani Covid kerana menteri daripada Umno juga adalah sebahagian daripada kerajaan,” katanya kepada FMT.

Faizal yang juga Timbalan Pengerusi PN berkata, perkara paling utama dilakukan semua pihak ketika ini adalah terus memberikan fokus dalam mendepani pandemik Covid-19.

“Saya berpendirian, untuk kekal memberi tumpuan kepada usaha melawan pandemik Covid dan berusaha mengembalikan kesejahteraan ekonomi kepada semua serta menaikkan indeks kebahagiaan rakyat,” katanya.

Terdahulu, The Star melaporkan Timbalan Presiden Bersatu itu tidak goyah dengan kenyataan Zahid yang menganggap kerajaan PN gagal dan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Ahli Parlimen Tambun yang juga bekas menteri besar Perak itu berkata, kenyataan Zahid juga tidak bermakna kerana Muhyiddin dilantik berdasarkan sokongan Ahli Parlimen dan bukan parti.

Dalam kenyataannya, Zahid berkata Umno menyenaraikan tujuh sebab kenapa ia menarik balik sokongan kepada Muhyiddin sebagai perdana menteri, dan semua sebab itu berkait “kegagalan” kerajaan.

Zahid berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkan pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.

Antara tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.

Tiada tindakan susulan Ahli Parlimen Umno, faktor Muhyiddin kekal PM, kata bekas menteri


Zaid Ibrahim.

PETALING JAYA: Tiada tindakan diambil terhadap Ahli Parlimen Umno yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menyebabkan sokongan majoriti diterima Presiden Bersatu itu, kekal,” kata bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim.

Zaid membuat ciapan di Twitter, susulan kenyataan Peguam Negara, Idrus Harun, yang menyatakan Muhyiddin kekal menjadi Perdana Menteri kerana tiada fakta jelas beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, nasihat Peguam Negara dalam kenyataan itu adalah tepat.

PMO nafi Muhyiddin menghadap Agong petang ini


Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin menghadap Agong petang ini sebagaimana dakwaan beberapa portal berita. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri.

LIVE ISTANA NEGARA

 

Muhyiddin dilapor bakal menghadap YDP Agong


Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini susulan keputusan MKT UMNO menarik sokongan terhadapnya.

Portal Malaysiagazette melaporkan demikian sambil bersiaran langsung dihadapan pintu Istana negara hari ini.

Ia susulan tindakan Umno malam tadi memutuskan untuk menarik balik sokongan mereka kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin serta merta.

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat Majlis Tertinggi Umno berpandukan tujuh kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Justeru kata Ahmad Zahid, Umno mendesak agar Muhyiddin berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang perdana menteri baru dilantik untuk satu tempoh yang terhad.

“Tempoh perdana menteri yang baru akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

“Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, perdana menteri baru mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15.

“Ini penting bagi membolehkan sebuah kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas mesyuarat MT Umno di ibu negara malam ini.

Antara kegagalan kerajaan PN menurut Zahid termasuk gagal menangani pandemik Covid-19, menyalahgunakan darurat, gagal mempertahankan sistem demokrasi berparlimen, gagal mengurus kestabilan politik dan ekonomi serta memperkotak-katikkan titah Agong.

Keputusan itu dibuat kurang 12 jam setelah Muhyiddin mengumumkan pelantikan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob sebagai timbalannya, manakala Hishammuddin Hussein dilantik sebagai menteri kanan.

Anwar bukan calon PM

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, mesyuarat MT malam ini juga mempertegaskan pendirian untuk tidak menyokong sebarang usaha mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH)

Pendirian itu katanya, diambil sebagaimana yang telah diputuskan pada Perhimpunan Agung Umno yang lalu.

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu memberikan mandat kepada Ahmad Zahid dan Majlis Tertinggi untuk memutuskan bilakah parti itu akan menarik sokongan daripada kerajaan PN.

Ahmad Zahid ketika itu berkata dia yakin menteri-menteri Umno akan meletakkan jawatan apabila keputusan dibuat.

Namun, tiada pengumuman dibuat oleh Ahmad Zahid malam ini mengenai sama ada Ismail dan menteri-menteri lain perlu mengundurkan diri atau sebaliknya.

Pelantikan Ismail sebagai timbalan perdana menteri dipercayai merupakan usaha Muhyiddin untuk menenangkan Umno dan melengah-lengahkan masa bagi mengekalkan pentadbirannya.

Tidak jelas apakah 38 anggota parlimen Umno akan akur terhadap keputusan Majlis Tertinggi Umno malam ini. Ini kerana majoriti daripada mereka dipercayai berpihak kepada Ismail dan Hishammuddin.

Berikutan sokongan yang diberikan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz kepada Muhyiddin, Umno memerlukan dua ahli parlimen untuk menarik sokongan dari kerajaan bagi menjadikan parlimen tergantung.

Dan sekiranya tiga anggota parlimennya menarik sokongan, keadaan ini akan menyebabkan perdana menteri memperoleh sokongan minoriti.

Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno bersidang pada pukul 8.30 malam tadi secara maya dan berlanjutan sehingga jam 12.30 tengah malam.




PM Mengadap Agong? #MGFlash

Kerajaan PN tumbang, Anwar sepatutnya diberi peluang tunjuk majoriti - Dr Aziz Bari

 


Aziz Bari, Ketua Pembangkang DUN Perak

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara teknikal telah tumbang malam tadi apabila Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk menarik kembali sokongan parti itu yang diberikan sejak 1 Mac 2020 lalu.

Pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz bari berkata, dalam situasi semasa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tiada pilihan selain meletakkan jawatan pada kadar segera bagi memudahkan Yang di-Pertuan Agong melantik kerajaan baharu.

"Muhyiddin perlu letak jawatan. Dia tidak lagi mendapat sokongan (majoriti Ahli Parlimen)

"Buat masa sekarang menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memanggil Muhyiddin dan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan kepastian dan membuat keputusan berdasarkan situasi," kata Dr Aziz dipetik Malay Mail.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang DUN Perak itu tidak bersetuju dengan cadangan sesetengah pihak yang ingin mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri Interim sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dilangsungkan.

Menurut Dr Aziz, kerajaan interim tidak ada dalam konsep pemerintahan Malaysia dan lebih baik Agong memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan sekiranya beliau mempunyai majoriti sokongan dari Ahli-ahli Parlimen.

"Kita masih ada 21 bulan untuk melengkapkan penggal 5 tahun. Kerajaan yang lengkap (bukan interim) perlu dibentuk.

"Kerajaan interim tidak akan berkesan (dalam situasi di Malaysia). Kamu tidak boleh dengan mudah lantik PM. Hanya yang ada majoriti sahaja boleh jadi PM

"Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diberi peluang untuk menunjukkan sokongan yang beliau ada.

"Sekarang Pakatan Harapan (PH) ada 89 Ahli Parlimen yang menyokong Anwar. Tidak lah susah sangat untuk mendapatkan lagi 22 Ahli Parlimen

"Siapa tahu, sesetengah Ahli Parlimen Umno atau Pas dan GPS akan jadi Bebas dan menjadi 'rakan PH berdasarkan situasi politik semasa'," katanya lagi.

Malam tadi, Majlis Tertinggi Umno yang bermesyuarat secara dalam talian sehingga pukul 12.30 membuat keputusan untuk menarik kembali sokongan kepada kerajaan PN.

Dalam kenyataannya, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membayangkan perlunya dilantik PM baharu untuk jangka masa terhad bagi menangani masalah Covid 19 sehingga selesai dan kemudian Parlimen dibubarkan untuk diadakan PRU 15.

 

‘Adakah yang gagal itu Umno? Sebab itu dia tarik diri dari kerajaan sendiri’

  Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON / July 8, 2021 



Kerajaan Tan Sri Mahiaddin Md Yasin ibarat telah dihina oleh Umno dengan ungkapan tanda pagar #kerajaangagal yang dijadikan alasan untuk menarik diri daripada mengekalkan sokongan kepada perdana menteri.

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, adakah yang gagal itu adalah Umno sendiri kerana 19 menteri dan timbalan menterinya berada di dalam Kabinet Perikatan Nasional hari ini.

“Hairan juga, adakah Umno mengatakan pada diri sendiri kerana Timbalan Perdana Menteri Umno dan Menteri Kanan Umno baru sahaja dilantik kelmarin.

“Menteri Vaksin, Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan, Sukan, Perpaduan, Pengajian Tinggi, Menteri Luar dan ramai Timbalan Menteri adalah dari Umno.

“Apakah yang gagal adalah Umno dan sebab itu dia menarik diri dari kerajaannya sendiri?,” soalnya sinis dalam kenyataan awal pagi ini.

Pengerusi Pakatan Harapan Perak itu berkata, keputusan Umno yang diumumkan semalam, merintis jalan kepada kejatuhan kerajaan PN tetapi alternatif sebuah kerajaan kuat dan stabil seperti titah Yang di-Pertuan Agong masih belum kelihatan.

Ketika ini, PH kekal blok terbesar dengan 89 Ahli Parlimen namun masih tidak cukup untuk membentuk kerajaan.

Mujahid berkata, baki jumlah sokongan “strong and formidable majority” masih ada di tangan blok Barisan Nasional (BN), parti Sabah dan Sarawak, manakala fraksi Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin menanti peluang.

Beliau berkata, jatuhnya PN secara teknikal adalah jatuhnya kegagalan, keangkuhan dan lebih utama satu pengkhianatan.

“PH kekal konsisten mahukan mandat rakyat dikembalikan. Umno tarik diri dari PN dan jelas dari kenyataan Presidennya mahukan PRU setelah kelompok imuniti tercapai.

“Rakyat menderita, ekonomi dalam bahaya, Covid-19 terus meningkat. Amat malang bagi negara ini terpaksa melalui musibah ini. Tapi sekurangnya satu kegagalan dan pengkhianatan telah diakhiri.

“Sekali lagi kebijaksanaan Tuanku diperlukan bagi merealisasikan kerajaan yang kukuh dan stabil untuk menangani Covid-19 dan ekonomi yang parah,” katanya lagi.

PN TINGGAL 77 MP: MAHIADDIN WAJIB LETAK JAWATAN


Desakan Muhyiddin letak jawatan: Apa kesudahannya?

 

Oleh Nasser Anfani

PETALING JAYA: Pagi ini, beberapa menteri dan Peguam Negara, Idrus Harun, dilaporkan bermesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di kediaman Perdana Menteri itu.

Hasil perbincangan tidak diketahui lagi tetapi tentunya “selamat” untuk diramalkan bahawa ia berkaitan pengumuman Ahmad Zahid Hamidi bahawa Umno tidak lagi menyokong Muhyiddin dan mahu beliau meletak jawatan dengan segera.

Di Malaysia, desakan supaya perdana menteri meletak jawatan lazim dibuat pembangkang dan tidak diendahkan. Tuntutan sedemikian jarang dibuat oleh parti komponen terbesar dalam kerajaan, namun itulah yang berlaku awal pagi ini.

Ramai yang menjangka MKT Umno malam tadi akan membuat keputusan sama ada untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau sebaliknya.

Sebaliknya, selepas lebih empat jam bermesyuarat, presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memilih untuk “hanya” menuntut Muhyiddin meletak jawatan serta-merta bagi membolehkan perdana menteri baharu dilantik.

Zahid tidak menyatakan secara jelas kedudukan Umno dalam kerajaan PN, mahu pun tindakan susulan parti sekiranya Muhyiddin tidak meletak jawatan. Mungkin itu untuk fasa seterusnya.

Jika diteliti kenyataan Zahid Hamidi itu, ia boleh ditafsirkan Umno belum lagi mengangkat kaki keluar daripada kerajaan PN. Cuma parti itu, sebagaimana yang digambarkan Zahid, sudah hilang sama sekali kepercayaan terhadap kepimpinan Muhyiddin, justeru, mahu beliau meletak jawatan serta-merta.

Desakan untuk Muhyiddin meletak jawatan beralaskan tujuh ‘kegagalan’ kerajaan pimpinan beliau, termasuk sikap ‘biadab’ terhadap Raja-raja Melayu dan pengurusan wabak Covid-19 yang lembap.

Ia tekanan terbuka yang paling serius oleh Zahid terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu.

Dalam politik, segalanya adalah mungkin, namun sebagai ahli politik veteran, Muhyiddin tentunya tidak mahu dilihat sebagai tunduk kepada desakan Zahid untuk berundur selepas hanya menerajui negara kurang dua tahun.

Persoalannya apakah langkah Zahid jika Muhyiddin tidak akur kepada desakan itu? Apakah hanya selepas disahkan Muhyiddin tidak akan meletak jawatan baharu Zahid akan bertindak secara nyata mengeluarkan Umno daripada kerajaan PN?

Sehingga ini, masih belum jelas tahap sokongan 38 Ahli Parlimen terhadap usaha Zahid menamatkan kerjasama Umno dengan Muhyiddin, PN, dan Bersatu. Sudah tentu tahap sokongan itu diambil kira oleh Zahid sebelum menuntut Muhyiddin berundur.

Namun, sebarang keputusan untuk mengeluarkan Umno daripada PN, tidak semudah difikirkan, jika diambil kira jumlah besar pemimpin Umno yang meraih pelbagai jawatan dan ganjaran dalam kerajaan Muhyiddin.

Namun, pada masa sama, Zahid hanya memerlukan beberapa kerat Ahli Parlimen Umno untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Muhyiddin bagi ‘melandaikan’ terus sokongan rapuh untuk beliau di Dewan Rakyat, dengan bantuan pembangkang, khususnya, Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin dilaporkan mempunyai sokongan kira-kira 114 Ahli Parlimen berbanding 108 di sebelah pembangkang, khususnya Pakatan Harapan (PH).

Tidak semua yang diluahkan Zahid semalam berita suram untuk PN. Hakikat bahawa Zahid sendiri mengesahkan sekali lagi bahawa Umno menolak Anwar Ibrahim dan PH, membayangkan parti itu belum bersedia menjadi sekutu pembangkang untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Bermakna, buat masa ini, Umno masih bersedia terus duduk dalam PN, tetapi mahu kaptennya (Muhyiddin) digantikan. Apakah demi menyelamatkan PN, Muhyiddin sanggup menunaikan tuntutan Zahid itu?

Atau Muhyiddin yakin beliau mempunyai sokongan untuk mengekalkan majoriti rapuh di Parlimen dan tak perlu ambil kisah dengan tuntutan Zahid itu?

Apakah peranan PAS berhubung tuntutan Zahid? PAS sebelum ini mengisytiharkan kesudian menjadi orang tengah dalam mendamaikan Bersatu-Umno demi memastikan kelangsungan kerajaan PN, khususnya dalam menghadapi PRU15.

Muhyiddin tentunya memerlukan keyakinan bahawa PAS dengan 18 Ahli Parlimennya akan terus menyokong beliau jika sokongan untuk kerajaan “diuji” menerusi sebarang usul di Parlimen.

Apakah dalam komitmen untuk memastikan PN terus berkuasa, maka PAS tidak sekadar menjadi “pemerhati” tetapi memainkan peranan lebih rancak dalam perbalahan Zahid-Muhyiddin?

Tentunya PAS akan berpandukan kepada perkiraan sendiri mengenai kelangsungan PN, sekiranya kalangan Ahli Parlimen parti itu menarik balik sokongan kepada Muhyiddin.

Sekalipun Muhyiddin meletak jawatan, apakah formula yang bakal digunakan untuk melantik perdana menteri baharu? Apakah Umno boleh mengidamkan jawatan tertinggi itu susulan pelantikan Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri?

Namun, jika MKT merestui perlantikan Ismail sebagai TPM, bermakna ia melanggar keputusannya sendiri untuk tidak lagi menuntut atau menerima jawatan itu jika ditawarkan Muhyiddin.

Ada yang melihat sidang media Zahid selepas 1 pagi tadi menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan tetapi ia mungkin hanya strategi dalam percaturan politik yang berlaku sekarang.

Kedudukan Umno (termasuk menteri-menterinya) dalam PN masih belum jelas dari sudut pendirian MKT. Ia tidak disentuh oleh Zahid pagi tadi.

Pendirian MKT terhadap pelantikan Ismail sebagai TPM dan Hishamuddin Hussein sebagai menteri kanan oleh Muhyiddin juga tidak dikupas oleh presiden parti.

Apa pun, pemerhati politik dan banyak pihak berkepentingan dalam dan luar Umno serta PN menantikan reaksi Muhyiddin terhadap tuntutan Zahid yang mahukan beliau meletak jawatan serta-merta.

Yang pasti “drama” politik melibatkan Zahid-Muhyiddin yang berkait rapat dengan nasib atau “survival” PN dan Umno akan terus bergelodak untuk beberapa ketika lagi.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.


Anwar ada kualiti sebagai pemimpin negara, kata Ku Li

 Anwar ada kualiti sebagai pemimpin negara, kata Ku Li


Anwar ada kualiti sebagai pemimpin negara, kata Ku Li.  Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengakui Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti untuk menjadi pemimpin negara.

Bagaimanapun beliau berkata, setiap individu mempunyai pandangan berbeza tentang pemimpin yang diingini.

“Saya rasa dia ada kualiti. Tapi ada orang mempunyai pandangan yang berlainan. Dia (Anwar) juga ramai pengikut. Tetapi pengikut ini kita tak boleh nak harap sangat. Hari ini dia okey dengan kita, esok dia tak okey dengan kita.

“Bergantung kepada apa yang kita bersuara, apa yang kita pegang sebagai perjuangan kita. Jadi, fikiran dia (pengikut) akan berubah-ubah. Tapi apa-apa pun Anwar is a good man dari segi leadership,” katanya pada program Bersama Ku Li yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Rabu.
Sebelum ini, berdasarkan kaji selidik , Anwar menjadi pilihan utama netizen sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Ia berikutan apabila beliau memperoleh peratusan tertinggi iaitu sebanyak 45.76 peratus diikuti Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan jumlah 24.54 peratus.

Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mendapat 14.55 peratus undian sementara Ahli Parlimen Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan di tangga keempat dengan 6.74 peratus.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar memperoleh sebanyak 4.57 peratus undian, manakala Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dengan 3.89 peratus.
Berita  Penuh :

KENDERAAN PEGUAM NEGARA DILIHAT MASUKI ISTANA NEGARA







Kenderaan Peguam Negara dilapor masuk ke kediaman PM. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 9.40 pagi. Kelibat kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini susulan dari tindakan Umno yang mengumumkan tarik diri dari menyokong beliau. Kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mula menjadi tumpuan awal pagi ini selepas UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan serta-merta malam tadi. Kelibat beberapa kenderaan kerajaan dipercayai membawa menteri, peguam negara dan kenamaan kelihatan memasuki kawasan rumah beliau pada 9.40 pagi tadi. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pemimpin mana yang hadir dalam pertemuan bersama Muhyiddin hari ini. Semalam, sidang mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan untuk menarik balik sokongannya serta-merta terhadap Muhyiddin. Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan oleh UMNO sejak bulan Mac tahun lalu itu ditarik balik selepas mendapat undian dua pertiga ahli MT. Menurutnya, selain kegagalan kerajaan menangani masalah Covid-19, ekonomi dan bebanan rakyat,

 UMNO juga tidak boleh berkompromi dengan melihat kerajaan memperkotak-katikkan institusi beraja hingga Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Tambahnya, berpandukan tujuh ketetapan MT UMNO semasa menyokong Muhyiddin pada tahun lepas, kerajaan Perikatan Nasional (PN) didakwanya gagal memenuhi segala garis panduan yang telah dikemukakan MT pada 11 Mac 2020- MG