Achtung! Unser Land ist volbracht!- Awas! Negara kita Hancur.
sakmongkol 47
mein Gott! Wir
sind tief in der Scheiße!
Frasa German
diatas bermaksud my god, we are in deep shit. Mungkin itulah sentiment Deutsche Bank pada waktu ini.
Mengikut lapuran,
6 bank yang sedang runsing menuntut 1MDB membayar pinjaman RM3.6 billion 4
bulan lebih awal. Jika mereka menuntut duit mereka sekarang, ertinya, bank2 ini
yang di pimpin oleh Deutsche Bank AG yakin bahawa 1MDB akan kaput.
Bank German, maka saya gunakan istilah kaput. Mati.
DS Nazir Razak,
anak Tun Razak yang paling sensible sekali menyatakan bahawa tindakan yang
paling bertanggung jawab yang patut dilakukan oleh lembaga pengarah dan
beberapa eksekutif 1MDB ialah meletak jawatan. Kemudian biarkan suatu pasukan
audit bebas membedah 1MDB.
Deutsche Bank
dan Nazir Razak adalah pakar dalam bidang kewangan. Eloklah kita dengar cakap
mereka yang pakar. Saya hanya tahu guna atm card dari atm machine bank.
Setengah
orang menjadikan 1MDB atm machine mereka!
Janganlah kita
memaafkan mereka hanya kerana mereka Melayu. Ramai lagi Melayu yang jujur dan
baik. Buang Melayu jenis ini, ramai lagi Melayu ada. Jika semua 3.2 juta melayu
UMNO terjun longkang, ada 15 juta Melayu lain boleh ambil tempat mereka.
Deutsche Bank
mencari pencerahan mengenai cagaran yang diberikan kepada nya oleh 1MDB. Cagaran
tersebut ialah deposit sebanyak USD1.03 billion dalam bank BSI.
Apa maksud
mencari klarifikasi dan pencerahan? Vatt ist der meaning zeeking un glarifikazion?
Adakah sekuriti
itu tidak ada sebetulnya? Duit sebanyak itu tidak ada? Tak de wang tunai
USD1.03 billion? Sudah dibawa lari? Dicuri toyol belaan? Atau telah dikeluarkan
oleh sesiapa?
Soalan yang
paling popular di Malaysia sekarang ialah siapa yang mengarah duit itu
dikeluarkan? Siapa yang mengarah yang mengarah itu?
Atau nilai
USD1.03 billion tidak bernilai demikian? Ada berapa? USD500 million?
Jika (1) tidak
ada tunai USD1.03 billion atau (2) nilai < USD1.03 billion, bagaimana
Deutsche Bank luluskan RM3.6 bilion dan apakah bukti dari BSI yang diguna oleh
1MDB itu tulin atau palsu?
Dalam pasaran
sekarang ada pula cerita bahawa pasangan pertama Malaysia adalah kawan baik
kepada pemilik dan isteri bank BSI. Jadi mereka bisik2 kepada pemilik BSI minta
bantuan tolong dapatkan pinjaman sindikated tanpa syarat yang ketat. Syarat longgar
itu bagaimana bentuk nya? Selonggar mana pula?
Tapi dalam
parlimen PM sebagai MK telah memberi jawapan bertulis duit sebanyak USD1.03
billion itu ada dalam BSI. Kita tidak ada sebab untuk tidak mempercayai deklarasi
keturunan Bugis ini. Mesti dia bercakap benar. Dalam parlimen pulak itu.
Tapi bagaimana Deutsche
Bank AG sebagai ketua bank tidak verify sama ada dokumen yang dikemukakan itu
tulin dan sempurna? Tidakkah ini bermakna terdapat kolusi antara orang dalam Deutsche
Bank AG dengan orang dalam BSI?
Jika 1MDB bungkus,
adakah ini akan menyebabkan cross default dengan peminjam2 lain yakni
mengakibatkan peminjam lain pun menuntut perlupusan pinjaman oleh 1MDB? 1MDB ada cukup wang kah untuk membayar
pinjaman ini?
Dengan pembelian
asset2 1MDB oleh ejensi2 kerajaan yang lain dengan kadar segera dan
tersembunyi, menunjukkan bahawa 1MDB sudah habis punca nak bayar.
Penjualan asset milik 1MDB yang dibelinya
semenjak 2009 sehinga sekarang, jika perlu dijual bererti plan pelaburan yang
memulakan 1MDB tidak berjaya dan tidaklah mantap. Maka semua cakap2 bahawa plan
pelaburan 1MDB mantap dan stratejik semua nya kelentongan kerajaan.
Asset yang
mendatangkan hasil hanyalah IPP yang dibeli. Tapi nyata revenue dari IPP tidak
cukup. Pelaburan lain semua lambat hasil.
Sebab itu kita
lihat 1MDB sekarang sedang sibuk membuat asset stripping. Jual apa yang boleh
termasuklah memaksa TNB yang sekarang sedang beroperasi dengan reseb lebihan kuasa 55%
membeli IPP yang dimiliki oleh 1MDB.
Dan adakah
strateji itu bagus- iaitu menjual asset yang generate revenue semasa untuk
1MDB? Kalau tidak ada IPP ini, apakah sumber pendapatan semasa 1MDB?
Pemajuan tanah
akan ambil masa. Apakah option 1MDB?
Saya tahu-
kenapa tidak 1MDB beli rangkaian semua kedai nasi kandar dalam negara ini yang
generate income bermilion Ringgit sebulan?
1MDB is truly a
mess.
Saya bukan nak menuduh-
tapi saya rasa semua laci2 wang GLC kita semua sudah terbuka dan dikosongkan. All
the drawers at our GLCs are already emptied. Now Najib and his gang of
pillagers are looking for after the fact excuses to give to the public.
Semua sudah digeledah
dan dipaksa membeli asset atau melanggani bon yang diterbitkan oleh 1MDB. Tigggal
lagi PM yang juga menteri kewangan menanti saat bahagia untuk memberi
justifikasi mengapa laci2 tersebut sudah dikosongkan kandungan nya.
Tabung Haji,
KWAP, EPF, LTAT, bahkan kerajaan negeri pun mungkin dikerah menyelamatkan
skendel 1MDB. Kita tungu dan lihat.
Dalam parlimen
saya bertanya dan menteri kewangan menjawab bahawa dalam bank bernama
BSI-sebuah bank yang kecil sahaja , 1MDB simpan USD1.03 billion.
Mengapa ianya
tidak dbawa balik ke Malaysia? PM Malaysia yang juga menteri kewangan
menyatakan kalau bawak balik ke Malaysia, pengeluaran setiap RM50 juta mesti
mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Saya tdak
tahulah, sama ada ini reasoning seorang menteri, PM atau reasoning penyembunyi
wang. Biarlah pembaca yang buat pengadilan.
Tiori saya,
ialah ianya tidak boleh dibawa balik ke dalam Malaysia ialah kerana ada pihak
yang ada lien keatas nya. Yakni tuntutan keatas nya. Mungkin USD1.03 billion
itu dijadikan cagaran.
Mengikut lapuran
juga, bank statement Brazen Sky anak syarikat 1MDB telah dikemukakan oleh Arul
Kanda sebagai proof of funds. Tapi
cerita berikutnya jadi kelam kabut. BSI kata, dokumen yang ditender oleh Arul
Kanda kepada consortium bank bukan dokumen asal BSI.
Hah? Ertinya,
sebuah syarikat mega seperti 1MDB melalui ejensi Arul Kanda mengemukakan dokumen
palsu?
Janganlah pihak
1MDB main menyorok nyorok dengan kita tidak mahu jujur menerangkan perkara yang
sebenarnya. Jika di Singapura, pihak MAS- Monetary of Singapore mempunya kuasa
besar untuk mengarah dan memerintah mana2 institusi kewangan menjelaskan perkara
yang benar, maka dalam negara kita, bank negara sepatutnya mempunyai otoriti
yang besar untuk memerintah 1MDB yang membuat transaksi kewangan menjelaskan
perkara yang benar.
Saya rasa ,
sahabat saya yang mengetuai PAC, Mr. PACman mesti berani bertemu dengan Bank Negara
dan bersama nya mengarah pengurusan 1MDB to come clean.
VIDEO: Perlaksanaan Hukum Hudud Menurut Sheikh Dr Yusuf al Qardhawi .Dengar apa kata Lim Kit Siang...
oleh: Al husseyn
Kit Siang menceritakan apa yg dia baca dan beberapa pandangan yg telah beliau dengar di sana, termasuk pandangan Ketua Kesatuan Ulama Dunia, Syeikh Yusof Qardhawi.
Cer kita dengo apa yang Ulama No. Satu Dunia , bukan hok NOMBOR DUA, hok NOMBOR SATU DUNIA khabo -
Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.
Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.
Maka, beliau bersetuju
dengan pandangan bahawa banyak perkara lain yg lebih patut diutamakan
sebelum memikirkan tentang Hudud. Pandangan ini selari dengan Dr Maza
dan juga pernah dipegang oleh Hj Hadi sendiri.
Kit Siang menceritakan
mengenai expedisinya ke Timur Tengah, berjumpa dengan beberapa pelajar
Malaysia disana dan bertukar-tukar fikiran atau pandangan.
Cer kita dengo apa yang Ulama No. Satu Dunia , bukan hok NOMBOR DUA, hok NOMBOR SATU DUNIA khabo -
Perlaksanaan hudud mengikut Sheikh Dr Yusuf al Qaradhawi (Hudud dalam wacana Feqah Masa Kini Al Jazeera TV 10 Januari 2011)
Sebelum dilaksanakan (hukum) hudud :
1) Beri makan (terlebih dahulu ) kepada orang yang lapar
2) Sediakan pekerjaan kepada penganggur
3) Ajarkan orang yang jahil
4) Dan Latih (para) pekerja9 Mesti lakukan ini sebelum melaksanakan hudud!
Dasar perlaksanaan hudud (ialah) tidak dilaksanakan hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan seperti yang telah saya katakan ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan aqidah, syariat , akhlak , tatasusila dan nilai-nilai (murni) kita bangunkan masyarakat Islam dalam keadaan ini, kita laksanakan hudud
Ikuti transkrip dari rakaman yang diedit untuk memberi tumpuan kepada kenyataan yang amat penting mengenai pra-syarat pelaksanaan hukum Hudud yang dinyatakan oleh Hj Hadi pada 8 Mei 2009 lalu.
Wartawan : Hukum Hudud telah luluskan masa PAS memerintah Trengganu.
Hj Hadi : Apa dia?
Wartawan : Hukum Hudud telah diluluskan semasa pemerintahan PAS..
Hj Hadi : Kita
dahulukan yg mana dahulu. Dahulukan masalah, atasi kemiskinan. Hukum
Hudud tidak boleh dilaksanakan. Hukum mencuri tak boleh jatuh, kalau
gaji minima tak dilaksanakan.
Wartawan : Disini dia bukan priority , dia bukan keutamaan?
Hj Hadi : Syarat
dia mesti! Nak jatuh hukum mencuri sebagai contohnya, mesti gaji minima
kena ada. Kalau dia mencuri kerana gaji tak cukup, tak boleh
laksanakan; tak cukup syarat laksanakan hukum ini. Hak tu kena faham!
Wartawan : Jadi maksud dengan permasalahan tu..
Hj Hadi : Masalah pengangguran terlebih dahulu diselesaikan, baru dilaksanakan. Itu dia!
Komen al-Husseyn :
Tolong tanyakan kepada Hj Hadi tiga soalan berikut:
a) Sudahkah
masalah kemiskinan dapat diatasi khususnya mangsa-mangsa banjir di
Kelantan, yang masih tidak punya kediaman? Yang baru nak memulakan
kehidupan baru setelah rumah dan segala harta benda habis musnah. Cucuk
tanaman dan ternakan punah ranah...
b) Apakah gaji minima di negara ini sudah dilaksanakan?
Untuk makluman Hj Hadi,
yang begitu sayang dan kasihkan mantan MB Selangor, Khalib Ibrahim, dia
telah berjanji akan melaksanakan had gaji minimum mulai awal tahun 2012
dulu melalui semua anak syarikat negeri.
Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi di sini
c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13?
Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawapnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawap untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan...
Berita Kencing ini telah diumumkan oleh beliau ketika membentangkan Bajet 2012 yang bertemakan ‘Selangorku: Hasil Negeri Untuk Rakyat’ pada Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor, pada 9 November 2011. Baca lagi di sini
c) Kenapa dulu cakap lain, sekarang cakap lain? Bukankah itu merupakan janji kamu sewaktu mahu menghadapi PRU-13?
Cukuplah saya bertanyakan tiga soalan tu. Itupun dia tentu tidak akan dapat menjawapnya. Macai-macainya yang akan tolong menjawap untuk Hj Hadi nanti pastinya akan melalut yang bukan-bukan...
Kit Siang sebut, dalam Islam rupanya banyak pendekatan dan pandangan tentang syarat dan perlaksanaan hukum Hudud.
Subscribe to:
Posts (Atom)