HUUUWAAAAA- Umno tak pernah bincang Zahid PM, kata Mahdzir


Penularan berita itu disifatkan sebagai cubaan melaga-lagakan kepimpinan Umno oleh sesetengah pihak dengan niat tidak baik, kata Mahdzir Khalid. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Umno tidak pernah membincangkan untuk meletakkan presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri (PM) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata naib presiden Mahdzir Khalid.

Beliau yang juga menteri pembangunan luar bandar berkata, mesyuarat Umno sebelum ini memutuskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon PM ke-10 sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Ismail Sabri Yaakob adalah ‘poster boy’ dan calon PM selepas PRU15.

“Saya sebagai naib presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Zahid sebagai PM),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia Kedua di sini hari ini.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Zahid akan diangkat menjadi perdana menteri ke-10 pada PRU15 selain mendakwa perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept.

Mahdzir menegaskan penularan berita itu merupakan perbuatan yang cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno oleh sesetengah pihak dengan niat tidak baik.

Sebelum ini, Zahid yang juga pengerusi BN memberi bayangan bahawa Ismail kekal sebagai “poster boy” dan calon perdana menteri daripada BN pada PRU15.


Bersih lancar petisyen asing kuasa pendakwa raya, peguam negara

 



Bersih berkata peguam negara kekal dilantik atas nasihat perdana
 menteri untuk menjadi penasihat undang-undang kerajaan dan tidak
 berperanan dalam proses kehakiman.

PETALING JAYA: Bersih melancarkan petisyen dalam talian mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan semua Ahli Parlimen untuk memperkukuhkan kedaulatan undang-undang dengan memisahkan peranan pendakwa raya daripada peguam negara sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pelantikan peguam negara dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat perdana menteri. Justeru, lantikan itu merupakan lantikan politik dan menjadi penasihat undang-undang kepada baginda, perdana menteri dan Kabinet, kata kumpulan reformasi pilihan raya itu.

Bersih berkata, peguam negara juga merupakan pendakwa raya dan mempunyai kuasa bawah budi bicaranya untuk menjalan atau menghentikan sebarang perbicaraan bagi sesuatu kesalahan.

“Hal ini merupakan suatu konflik kepentingan dan telah menyebabkan banyak tuduhan campur tangan politik melalui pendakwaan terpilih dan imuniti, tidak meneruskan pendakwaan yang sedang berjalan dan penarikan pendakwaan terhadap mereka yang di pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Kumpulan itu mahu peranan pendakwa raya diasingkan dan dilantik Agong melalui proses telus dan bebas daripada pengaruh perdana menteri.

“Peguam negara perlu kekal dilantik atas nasihat PM untuk menjadi penasihat kerajaan dan tidak berperanan dalam proses kehakiman,” katanya.

Pada Sabtu, Bersih menggesa peranan pendakwa raya dan peguam negara diasingkan, memetik penubuhan jawatankuasa kerja Jabatan Peguam Negara untuk mengkaji pengasingan kedua-dua peranan itu tahun lalu.

Ia susulan daripada kemarahan berikutan keputusan mahkamah membabitkan Abdul Azeez Abdul Rahim dalam kes rasuah. Ahli Parlimen Baling itu dilepas tanpa dibebaskan atas permintaan timbalan pendakwa raya, pada 23 Sept untuk membolehkan pihak pendakwaan melengkapkan siasatan mengenai petunjuk baharu.

Bersih berkata, ia memaparkan keperluan bagi pendakwaan bebas daripada peguam negara.

Jumaat lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan Azeez dilepas tanpa dibebaskan dalam kes rasuahnya selepas tertuduh mengemukakan representasi untuk menarik tiga tuduhan rasuah dan enam tuduhan pengubahan wang haram.

Bekas pengerusi Tabung Haji itu didakwa pada 2019 atas tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berhubung projek jalan raya di Perak dan Kedah.

UNDI ANWAR UNTUK PM.....


 

PENDEDAHAN OLEH AISHAH




 

INNALILLAH -KEHILANGAN BESAR BUAT UMAT ISLAM-ANWAR IBRAHIM





Sesungguhnya umat Islam seluruh dunia amat berdukacita di atas kembalinya ke rahmatullah Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi tengahari sebentar tadi (mengikut waktu Qatar).

Kehilangan salah seorang mujaddid ulung dunia Islam sepanjang abad lalu ternyata mengesankan umat.

Shaikh Yusuf Al-Qaradhawi adalah sahabat dan tokoh rujukan saya sejak zaman mahasiswa ketika memimpin gerakan Islam. Beliau sentiasa menyeru kepada aliran wasatiyyah dan menentang keras aliran ghuluw dan mutaa'ssibin.

Saya juga sering mengundangnya ke Malaysia termasuk sewaktu menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Doa dan surat yang sering diutus tatkala dalam kesulitan begitu mengesankan dan memperteguh semangat dan idealisme saya dalam perjuangan.

Saya secara peribadi amat merasai kehilangannya, dan sumbangan serta legasi yang ditinggalkan ternyata membekas dalam setiap sanubari kaum Muslimin.

Semoga Allah SWT memberi tempat dan ganjaran yang teristimewa buat beliau.

ANWAR IBRAHIM

 


 

BONGKAR JANGAN TIDAK BONGKAR!!- KES OPV . LANJUTAN DARI PENDEDAHAN TERDAHULU

SIASAT TERUS PENERIMA DANA UKSB MESKI ZAHID BEBAS


MENTERI PENDIDIKAN GAGAL SELESAKAN ISU ASAS PENDIDIKAN


BN JOHOR TAK SERIUS TANGANI ISU LOMPAT PARTI?


KERAJAAN PH BERKIBLAT MAHATHIR, NAIKKAN KERAJAAN REFORMASI PRU 15


2 PARTI UMNO & PAS PERALATKAN BANGSA & AGAMA!! SIAPA REMBAT DUIT ORANG M...

ANWAR INGATKAN NAJIB!! - APA KO BUAT KAT AKU DULU! - KARMA TETAP DATANG ...

AKU SETUJU SANGAT KALAU AYAHANDA RANI KULUP HANTAR LAWAN NIK AMAR ATAU FAIZAL AZUMU..NAMPAK DIA LEBUH BIJAK DARI DUA ORANG NI.

 


JARANG SITI AISHAH NAK SERANG PAS, TAPI MALAM TADI DI KEDAH....



Ceramah PH di Alor Setar, Kedah mlm tadi yang turut dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim mendapat sambutan luar biasa. Siti Aishah kali ini menyerang Pas yang semakin celupar menabur fitnah terhadap PH

Anwar Ibrahim: Ucapan Penuh Ceramah Umum Di Alor Setar Kedah 25/09/2022

WANG ROYALTI SAPU, TAPI DOK HENTAM PH HANCING 22 BULAN



Setiap hari hentam PH perintah 22 bulan tak tunaikan Manifesto tapi wang royalti RM400 juta dia sapu dan beli mercedes

CERAMAH PH DI KEDAH- USTAZ RIDZUAN DEDAH HADI FITNAH ANWAR, TERUK HADI K...



Ceramah PH di Alor Setar malam tadi (25/9/22) mendedahkan perangai Hadi Awang kaki fitnah dan bercakap seperti manusia hilang aka



TAK CUKUP APA LAH GAMAKNYA. NEGERI KAYA RAYA..PEMIMPIN PUN KAYA RAKYAT KAYAP.....NAYA BETPOI....

 

2 penggal tak cukup untuk ketua menteri cemerlang, kata presiden PSB






Presiden Parti Sarawak Bersatu, Wong Soon Koh berkata, sepenggal pun cukup lama untuk pemimpin yang lemah.

PETALING JAYA: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh menolak cadangan jawatan premier Sarawak dihadkan dua penggal seperti negeri jirannya, Sabah.

Katanya, pemimpin yang “cemerlang” perlu dibenarkan terus berkhidmat supaya negeri atau negara boleh maju, lapor The Borneo Post semalam.

“Bagi premier dengan kualiti kepimpinan yang lemah dan teruk, satu penggal sudah cukup lama.

“Pada masa sama, dua penggal terlalu singkat untuk pemimpin baik dan berkebolehan yang mengutamakan rakyat.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Wong berkata, bahkan China juga akan meminda tradisi lama yang mengehadkan pemimpin tertinggi hanya boleh berkhidmat selama dua penggal, bagi membenarkan Presidennya, Xi Jinping terus berkhidmat demi kesinambungan dan kestabilan negara itu.

ADUN Bawang Assan itu mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang berkata, Kabinet negeri itu bersetuju secara dasarnya bersetuju mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.

Hajiji pada Sabtu lalu berkata, cadangan itu akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang untuk diluluskan.

Cadangan itu melibatkan proses meminda perlembagaan negeri yang memerlukan sokongan 2/3 ADUN.

“Saya memberikan cadangan itu dan dipersetujui anggota Kabinet negeri. Sekiranya semua ADUN kerajaan dan pembangkang menyokong untuk perubahan itu, kami akan meminda perlembagaan negeri.

“Cadangan ini adalah satu lagi inisiatif yang dibawakan Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan.


Ringgit menjunam lagi pagi ini kepada 4.5960 , 4.5775 pada Jumaat


 

Pada jam 10.39 pagi ini (26 September 2022), mata wang tempatan jatuh kepada 4.5960/5980 berbanding dolar AS daripada 4.5775/5800 Jumaat lepas

 

 

Ringgit terus merudum ke paras terendah dalam tempoh 24 tahun setelah krisis kewangan Asia 1997-1998 sebelum kerajaan ketika itu menambat nilai mata wang tempatan pada RM3.80 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketika dibuka hari ini (26 September 2022), ringgit diheret turun susulan turun naik pasaran, manakala dasar monetari Rizab Persekutuan As (Fed) yang ketat terus memberi manfaat kepada dolar, kata seorang peniaga.

Pada jam 10.39 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.5960/5980 berbanding dolar AS daripada 4.5775/5800 Jumaat lepas, lapor Bernama.

Ringgit dibuka pada 4.5910/5950 berbanding dolar hari ini.

 

MUKA TAK MALU.

 

W.Faudzin






Tu dia...cakap depan rakyat berdegar-degar pasal agama, pasal akhlak tapi nak buat kenduri pun kena lakukan benda yang memalukan seperti ini? Anta tu Ahli Parlimen.  Tak malu ke orang kampung buat kenduri pun mereka guna duit sendiri.  Arwah bapak dia dulu nak guna pen kerajaan untuk urusan peribadi pun dia malu dan takut.

SELEPAS BEBAS 40 KES MAHKAMAH, ZAHID HAMIDI PATUT BERHENTI MENEKAN PERDANA MENTERI


Apabila Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan projek visa luar negara Jumaat lalu, persoalan yang menjadi penantian pemerhati politik dalam UMNO ialah apakah gerakan politik beliau selepas ini?

Adakah beliau akan lebih menekan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob untuk mempercepatkan lagi tarikh PRU15 atau sebaliknya?

Daripada satu segi, bebasnya beliau itu memberi kenaikan moral kepadanya untuk lebih mempercepatkan tarikh PRU15 kerana UMNO nampaknya sekarang ini bersemarak semangat mereka dengan pembebasan tersebut.

Jika dalam kes Najib Razak yang dihantar ke penjara dan Rosmah Mansor yang didapati bersalah sebelum ini membuatkan mahkamah diselubungi dengan dakwaan tidak adil dan berat sebelah, penilaian terhadap institusi keadilan itu kini sudah bertukar dengan serta-merta.

Dengan itu, sementara Zahid Hamidi sendiri sedang gembira dengan keputusan mahkamah itu, disertai ahli-ahli UMNO tengah membara semangat mereka, menekan untuk mempercepatkan lagi tarikh PRU15 dianggap adalah tindakan paling sesuai sekali dilakukannya.

Ini kerana, walaupun Zahid Hamidi ada 47 kes lagi sedang dihadapinya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan Yayasan Akalbudi, pembebasan daripada 40 pertuduhan pada Jumaat lalu seperti sedang membersihkan beliau buat sementara waktu daripada semua kes mahkamahnya.

Dengan itu, ramai yang memberi logik bahawa Zahid Hamidi akan meningkatkan lagi tekanannya kepada Ismail Sabri serta semakin tidak memperdulikan risiko banjir yang mungkin melanda beberapa negeri pada hujung tahun ini.

Tetapi, bersama risiko banjir yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak sebagai sokongan kepada Ismail Sabri agar menangguhkan PRU15 sehingga tahun depan, bebasnya beliau daripada 40 pertuduhan itu tidak mustahil juga boleh menukar Zahid Hamidi menjadi lebih bertolak ansur dan tidak lagi terlalu memberi tekanan kepada Perdana Menteri.

Sebagaimana yang diketahui umum, mesyuarat kabinet pada Rabu tidak mencapai kata sepakat berkenaan pembubaran Parlimen kerana majoritinya memberi pandangan lebih sesuai PRU15 diadakan pada tahun depan.

Jika kabinet terus gagal mencapai kata sepakat, sementara UMNO pula memberi tekanan, keadaan itu boleh menjejaskan lagi kedudukan Perdana Menteri sebagai “poster boy” untuk membawa kemenangan kepada BN.

Ismail Sabri sebelum ini sudah memberi jaminan bahawa persetujuan kabinet akan diperolehi terlebih dahulu sebelum beliau mengadap Yang Dipertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Ini bermakna, walaupun ditekan oleh UMNO, Ismail Sabri mesti mengambil kira pandangan kabinet berkaitan pembubaran Parlimen.

Perdana Menteri yang telah dipilih sebagai “poster boy” yang sudah tentu dengan sandaran untuk membawa kemenangan kepada BN, beliau tidak harus dilihat terus ditekan oleh partinya sendiri iaitu UMNO.

UMNO mesti sentiasa dilihat bersama dan senada dengan Perdana Menteri supaya kebersamaan itu membuatkan rakyat juga yakin untuk mengundi BN.

Jadi pilihan terbaik bagi Zahid Hamidi, sementara hanya tinggal 47 kes sedang dihadapinya berbanding 87 sebelum ini, dibebaskan daripada 40 pertuduhan itu sepatutnya dapat mengurangkan separuh tekanan yang sedang dihadapinya.

Kurangnya tekanan itu sebaiknya diiringi sama dengan kesediaan beliau mengurangkan tekanan kepada Ismail Sabri untuk mempercepatkan PRU15 kerana akhirnya yang lebih memastikan BN mampu beroleh kemenangan ialah adanya kesepakatan dan sehati sejiwa sesama pemimpin UMNO.

Zahid Hamidi malah akan lebih dihormati jika lebih memberi perhatian kepada baki kes mahkamahnya, selain kekal memastikan UMNO sentiasa bersiap sedia menghadapi PRU15 dan menyerahkan kepada Perdana Menteri menentukan tarikh pembubaran Parlimen tanpa sebarang gangguan atau tekanan. . – ShahbudinHusin 26/09/2022.