Pada jam 10.39 pagi ini
(26 September 2022), mata wang tempatan jatuh kepada 4.5960/5980 berbanding
dolar AS daripada 4.5775/5800 Jumaat lepas
Ringgit terus merudum ke paras
terendah dalam tempoh 24 tahun setelah krisis kewangan Asia 1997-1998 sebelum
kerajaan ketika itu menambat nilai mata wang tempatan pada RM3.80 berbanding
satu dolar Amerika Syarikat (AS).
Ketika
dibuka hari ini (26 September 2022), ringgit diheret turun susulan turun naik
pasaran, manakala dasar monetari Rizab Persekutuan As (Fed) yang ketat terus
memberi manfaat kepada dolar, kata seorang peniaga.
Pada
jam 10.39 pagi, mata wang tempatan jatuh kepada 4.5960/5980 berbanding dolar AS
daripada 4.5775/5800 Jumaat lepas, lapor Bernama.
Ringgit
dibuka pada 4.5910/5950 berbanding dolar hari ini.