TAK CUKUP APA LAH GAMAKNYA. NEGERI KAYA RAYA..PEMIMPIN PUN KAYA RAKYAT KAYAP.....NAYA BETPOI....

 

2 penggal tak cukup untuk ketua menteri cemerlang, kata presiden PSB






Presiden Parti Sarawak Bersatu, Wong Soon Koh berkata, sepenggal pun cukup lama untuk pemimpin yang lemah.

PETALING JAYA: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Wong Soon Koh menolak cadangan jawatan premier Sarawak dihadkan dua penggal seperti negeri jirannya, Sabah.

Katanya, pemimpin yang “cemerlang” perlu dibenarkan terus berkhidmat supaya negeri atau negara boleh maju, lapor The Borneo Post semalam.

“Bagi premier dengan kualiti kepimpinan yang lemah dan teruk, satu penggal sudah cukup lama.

“Pada masa sama, dua penggal terlalu singkat untuk pemimpin baik dan berkebolehan yang mengutamakan rakyat.”

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Wong berkata, bahkan China juga akan meminda tradisi lama yang mengehadkan pemimpin tertinggi hanya boleh berkhidmat selama dua penggal, bagi membenarkan Presidennya, Xi Jinping terus berkhidmat demi kesinambungan dan kestabilan negara itu.

ADUN Bawang Assan itu mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yang berkata, Kabinet negeri itu bersetuju secara dasarnya bersetuju mengehadkan tempoh jawatan ketua menteri kepada dua penggal.

Hajiji pada Sabtu lalu berkata, cadangan itu akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sabah akan datang untuk diluluskan.

Cadangan itu melibatkan proses meminda perlembagaan negeri yang memerlukan sokongan 2/3 ADUN.

“Saya memberikan cadangan itu dan dipersetujui anggota Kabinet negeri. Sekiranya semua ADUN kerajaan dan pembangkang menyokong untuk perubahan itu, kami akan meminda perlembagaan negeri.

“Cadangan ini adalah satu lagi inisiatif yang dibawakan Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional,” katanya dalam kenyataan.