Dakwa paling banyak dibuli, Pas tetap budayakan politik matang
Hadi kata PAS paling banyak dibuli. Antara contoh buli yang
dihadapi adalah penafian hak untuk diberi royalti minyak. Baca di https://bit.ly/3UOG3wS.
Ini kalau tak berniat buat kelakar, memang dungu. Macamana boleh
dakwa PAS kena buli sedangkan PAS sebahagian daripada kerajaan pusat?
Kalau betul PAS dibuli, maknanya yang buli tu PAS juga la. Sebab
tu aku kata kelakar. Dia ni macam baru keluar gua. Tak tahu situasi semasa.
Hadi ungkit cerita ahli PAS ramai kena tahan ISA. Itu zaman
bila? Pemimpin-pemimpin yang pernah kena tahan tu sekarang dah tak ada dah
dalam PAS. Dah masuk Amanah dah semua.
Yang tinggal ni mana pernah kena tahan ISA. Hadi sendiri pun tak
pernah. Yang tinggal semua jenis lemah. Jangankan masuk jel, nak buat kenduri
pun minta bantuan MPKB. Guane boh?