RINA HAMZAH
Siapa pun tak
percaya karangan sampah dibawah ni. Semua orang tahu azmin selama ini khadam
sakatok tu! Dari jadi broker diantara umno utk sakatok nyanyuk tu sehingga ke
Sheraton move. Hanya caitok hati kaudu hitam percaya dongeng terbangsat dibawah
ni.
Iklan:
TUDUHAN PALSU AZMIN
1. Saya telah
diberitahu mengenai tuduhan Azmin bahawa saya yang merancang penubuhan
Perikatan Nasional (PN).
2. Saya telah
berkali-kali terangkan bahawa ini tidak benar sama sekali kerana PN itu
dianggotai oleh kleptokrat dan ditunjangi oleh UMNO secara en-bloc.
3. Jika saya
merancangnya mengapa perlu saya tolak apabila ia menjadi kenyataan dan jika
saya terima sudah pasti saya kekal sebagai Perdana Menteri (PM) seperti yang
diakui sendiri oleh Azmin.
4. Keduanya, jika ada
sesiapa yang beria-ia merancang menubuh Kerajaan PN dan keluar Pakatan Harapan
(PH) sudah pasti ianya Azmin dan juga Muhyiddin, yang mendapat hasil paling
lumayan.
5. Jangan lupa ketika
semua ini berlaku, kedudukan Azmin di dalam Keadilan dan juga PH amat terancam.
Anwar dan penyokong-penyokongnya merancang dan berusaha untuk menjatuhkan Azmin
dan ini bermula sejak pemilihan di dalam Keadilan.
6. Anwar secara
terbuka menyokong Rafizi yang menentang Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden
dan apabila usaha tersebut gagal, muncul pula video yang mengaitkan Azmin
dengan perlakuan seks sumbang.
7. Ini menambah
tekanan kepada Azmin dan apabila beberapa penyokong Anwar dikatakan terlibat di
dalam penyebaran video tersebut, kedudukan Azmin di dalam Keadilan serta
hubungannya dengan Anwar menjadi “untenable” atau tidak boleh diperbaiki.
8. Kerana itu,
walaupun saya menentang tindakan Azmin merancang Langkah Sheraton tetapi saya
faham kenapa dia berbuat demikian.
9. Ini kerana
baginya, yang paling penting ialah menyekat Anwar dari menjadi Perdana Menteri.
Tetapi jika PH terus memerintah, sudah pasti Anwar akan berpeluang menjadi PM.
10. Di masa yang
sama, Azmin juga bercita-cita untuk menjadi PM. Kerana itu dia bergabung dengan
Muhyiddin dan amat jelas hari ini, Azmin diletak oleh Muhyiddin sebagai de
facto Timbalan Perdana Menteri.
11. Selain itu, saya
pasti Azmin telah membuat perancangan membentuk Kerajaan PN dan Langkah
Sheraton agak lama kerana saya percaya tidak mudah untuk dia meyakinkan 9 ahli
Parlimen Keadilan untuk ikut serta dalam Langkah Sheraton itu.
12. Dan Azmin tahu bahawa
jika sekadar Bersatu menarik diri dari PH, ia masih tidak cukup untuk
menjatuhkan Kerajaan PH. Tetapi apabila Azmin ikut serta maka secara langsung
Kerajaan PH hilang majoriti dan jatuh.
13. Di pihak
Muhyiddin dan Hamzah Zainuddin pula, mereka cuba yakinkan saya bahawa Anwar dan
DAP sedang merancang untuk menjatuhkan saya dan kerana itu perlu saya bergabung
dengan parti-parti Melayu yang lain untuk membalas perancangan itu.
14. Ketika ini sedang
dirancang, UMNO atau lebih tepat lagi Najib, menghasut kumpulan-kumpulan Melayu
supaya membenci PH yang dikatakan dikuasai oleh DAP.
15. Selain isu Rome
Statute dan ICERD yang dikaitkan dengan Raja-Raja Melayu, mereka juga menabur
kebencian dan pendustaan mengenai isu kematian Adib, LTTE, Tabung Haji dan
apa-apa saja berkaitan Melayu dan Islam yang dapat dipersalahkan kepada PH dan
DAP selain memainkan isu perkauman.
16. Keadaan menjadi
agak tegang dan orang Melayu yang terpengaruh dengan kleptokrat-kleptokrat
tersebut telah mula menunjukkan sikap agresif dan hilang pertimbangan.
17. Malangnya orang
Melayu yang percaya dengan dakyah kleptokrat-kleptokrat tidak sedar bahawa isu
mengenai Melayu dan Islam ini semata-mata usaha untuk membebas diri
penjenayah-penjenayah dari menghadapi tindakan undang-undang.
18. Buktinya, hari
ini, segala isu yang ditimbul mengenai Melayu/Islam tidak lagi menjadi isu dan
didiamkan begitu sahaja.
19. Kerana itu saya
bersetuju hadir ke Kongres Maruah Melayu yang hari ini diguna sebagai tuduhan
terhadap saya yang menyokong ke arah pembentukan Kerajaan PN.
20. Jika ada yang
masih ingat, kehadiran saya ke Kongres itu saya gunakan untuk ingatkan orang
Melayu mengenai perlunya bekerja keras dan mengubah sikap jika mahu kekal
bersaing pada masa kini.
21. Bagi saya lebih
baik saya yang hadir dan menerajui Kongres itu dari benarkan
kleptokrat-kleptokrat gunakan sebagai pentas untuk memanjangkan agenda
perkauman dan anti-bukan Melayu dan Islam.
22. Inilah peristiwa
dan perkara-perkara yang berkait dengan terbentuknya Kerajaan PN dan Langkah
Sheraton.
23. Pendirian saya
ialah saya menolak sebarang kerjasama dengan kleptokrat dan secara langsung,
menolak UMNO secara en-bloc dan kekal bersama PH pada ketika itu.