MOHD MUKHLIS MOHD SHARIF
Dulu bila kes Covid 12-13 sehari, perasan tak dia punya hysteria
macam dunia hendak kiamat. Apa saja yang golongan ruuwaibidah tak fitnah?
Mereka kata ini bala dari Allah, mereka doakan kemusnahan sesama muslim ( doa
menteri PH kena covid), mereka tuduh PH pentingkan pelancongan dari nyawa
rakyat.
Padahal Menteri Kesihatan waktu itu Dr Dzul penuh dengan
tanggungjawab, tiap-tiap hari tanpa letih update status terkini; berhadapan
dengan media; boleh terangkan bahasa perubatan untuk santapan umum siap boleh
explain dengan baik supaya rakyat tidak panik; dan kegiatan ekonomi rakyat
dapat berjalan lancar. Semua benda di lakukan dengan teliti di koridinasi
dengan baik oleh Nadma yang di pimpin oleh Dr Wan Azizah. Kak Wan pun excellent
juga, siap kerja waktu weekend masa cuti lagi hanya kerana tangungjawab terhadap
amanah.
Lalu; Allah timpakan ujian atas fitnah-fitnah mereka dan juga
pengkhianatan yang dilakukan sampai orang yang beriman turut kena tempiasnya.
Firman Allah swt dalam Sural al-Anfal, ayat 25:
“Dan peliharalah dirimu daripada AZAB yang bukan hanya menimpa
orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab
siksa-Nya”
Sebab itu kluster yang pertama kena adalah kluster tabligh
walhal mereka ini orang yang baik-baik. Ini sebenarnya peringatan dari Allah
bila azab di turunkan orang beriman juga turut kena tempias.
Mereka lupa firman Allah yang dalam Surah al-Ghafir:60
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu
kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Tapi sebab mereka meminta pada Allah perkara yang buruk, lalu
Allah perkenanan doa mereka supaya mereka di beri peringatan. Ia tidak ada beza
dengan kaum Aad yang menyangka langit gelap itu tanda hujan rahmat, tetapi
sebenarnya siksaan azab ribut kencang akibat mereka yang zalim dan menderhaka
pada Nabi Hud.
Kini kes Covid tiap2 hari 1300 lebih, sudah 100 KALI GANDA lagi
banyak dari zaman PH; golongan ruwaibidah tadi langsung tak berbunyi. Dengan
menteri kesihatan yang palatao, MKN yang berubah SOP tengok menteri mana yang
dapat beri immunity, menteri yang cluess tak tahu apa jadi dengan nasib anak2
miskin yang tak ada internet nak ODL, PM yang hanya baca script lepas tu berdoa
depan TV dan penasihat jahat yang mudah berlepas diri dari sertuan dia; inilah
dia istidraj yang Allah makbulkan akibat dari selalu berdoa benda yang buruk
masa pemerintahan yang sah dahulu.
Dengan kes bunuh diri yang tertinggi, depression, orang hilang
kerja, kes mabuk meningkat langsung tak settle pun, masjid di tutup akibat dari
mereka yang cuba berkhianat di Sabah, sampai menteri mereka sendiri kena Covid;
Ingat, doa yang jahat itu tertahan di langit dan berbalik semula pada empunya
tangan.
Itu belum masuk lagi bab ekonomi yang hampir lumpuh akibat PKP
yang terlalu rigid TAPI ADA DOUBLE STANDARD ANTARA RAKYAT BIASA DAN MENTERI.
Mungkin mereka lupa salah satu sebab Bani Israel di laknat 40 tahun melalui
lisannya Nabi Allah Musa adalah sebab mereka dulu double standard dalam
berhukum.
Situasi zaman PH dulu lebih kurang macam hidup sedernana tapi
berkat; tak kaya, tak pula miskin tapi sentiasa cukup, makanan halal dan
toyyib.
Lepas tu pula ada yang hasut, apa guna hidup miskin, kalau boleh
jadi kaya dengan berkhianat? Lepas disuap anak bini dengan nanah dan benda yang
haram, hidup mewah tapi tak pernah tenang; siang malam di uji walaupun ada
singahsana tersegam. Itulah hidup bila sudah hilang barakah, siang dihina,
malam gelisah, tidor tak lena, mandi tak basah.
Sebenarnya dunia ini adalah ujian untuk orang-orang yang
beriman, mungkin kita tidak akan dapat keadilan didunia fatamorgana ini tapi
percayalah kemenangan pasti akan datang untuk orang-orang yang bersabar.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Baqarah:216