SEKARANG DIAM BILA ANGKA COVID 19 MELONJAK.

 

MOHD MUKHLIS MOHD SHARIF

Dulu bila kes Covid 12-13 sehari, perasan tak dia punya hysteria macam dunia hendak kiamat. Apa saja yang golongan ruuwaibidah tak fitnah? Mereka kata ini bala dari Allah, mereka doakan kemusnahan sesama muslim ( doa menteri PH kena covid), mereka tuduh PH pentingkan pelancongan dari nyawa rakyat.

Padahal Menteri Kesihatan waktu itu Dr Dzul penuh dengan tanggungjawab, tiap-tiap hari tanpa letih update status terkini; berhadapan dengan media; boleh terangkan bahasa perubatan untuk santapan umum siap boleh explain dengan baik supaya rakyat tidak panik; dan kegiatan ekonomi rakyat dapat berjalan lancar. Semua benda di lakukan dengan teliti di koridinasi dengan baik oleh Nadma yang di pimpin oleh Dr Wan Azizah. Kak Wan pun excellent juga, siap kerja waktu weekend masa cuti lagi hanya kerana tangungjawab terhadap amanah.

Lalu; Allah timpakan ujian atas fitnah-fitnah mereka dan juga pengkhianatan yang dilakukan sampai orang yang beriman turut kena tempiasnya.

Firman Allah swt dalam Sural al-Anfal, ayat 25:

“Dan peliharalah dirimu daripada AZAB yang bukan hanya menimpa orang zalim di kalangan kamu sahaja dan ketahuilah Allah amat keras azab siksa-Nya”

Sebab itu kluster yang pertama kena adalah kluster tabligh walhal mereka ini orang yang baik-baik. Ini sebenarnya peringatan dari Allah bila azab di turunkan orang beriman juga turut kena tempias.

Mereka lupa firman Allah yang dalam Surah al-Ghafir:60

Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Tapi sebab mereka meminta pada Allah perkara yang buruk, lalu Allah perkenanan doa mereka supaya mereka di beri peringatan. Ia tidak ada beza dengan kaum Aad yang menyangka langit gelap itu tanda hujan rahmat, tetapi sebenarnya siksaan azab ribut kencang akibat mereka yang zalim dan menderhaka pada Nabi Hud.

Kini kes Covid tiap2 hari 1300 lebih, sudah 100 KALI GANDA lagi banyak dari zaman PH; golongan ruwaibidah tadi langsung tak berbunyi. Dengan menteri kesihatan yang palatao, MKN yang berubah SOP tengok menteri mana yang dapat beri immunity, menteri yang cluess tak tahu apa jadi dengan nasib anak2 miskin yang tak ada internet nak ODL, PM yang hanya baca script lepas tu berdoa depan TV dan penasihat jahat yang mudah berlepas diri dari sertuan dia; inilah dia istidraj yang Allah makbulkan akibat dari selalu berdoa benda yang buruk masa pemerintahan yang sah dahulu.

Dengan kes bunuh diri yang tertinggi, depression, orang hilang kerja, kes mabuk meningkat langsung tak settle pun, masjid di tutup akibat dari mereka yang cuba berkhianat di Sabah, sampai menteri mereka sendiri kena Covid; Ingat, doa yang jahat itu tertahan di langit dan berbalik semula pada empunya tangan.

Itu belum masuk lagi bab ekonomi yang hampir lumpuh akibat PKP yang terlalu rigid TAPI ADA DOUBLE STANDARD ANTARA RAKYAT BIASA DAN MENTERI. Mungkin mereka lupa salah satu sebab Bani Israel di laknat 40 tahun melalui lisannya Nabi Allah Musa adalah sebab mereka dulu double standard dalam berhukum.

Situasi zaman PH dulu lebih kurang macam hidup sedernana tapi berkat; tak kaya, tak pula miskin tapi sentiasa cukup, makanan halal dan toyyib.

Lepas tu pula ada yang hasut, apa guna hidup miskin, kalau boleh jadi kaya dengan berkhianat? Lepas disuap anak bini dengan nanah dan benda yang haram, hidup mewah tapi tak pernah tenang; siang malam di uji walaupun ada singahsana tersegam. Itulah hidup bila sudah hilang barakah, siang dihina, malam gelisah, tidor tak lena, mandi tak basah.

Sebenarnya dunia ini adalah ujian untuk orang-orang yang beriman, mungkin kita tidak akan dapat keadilan didunia fatamorgana ini tapi percayalah kemenangan pasti akan datang untuk orang-orang yang bersabar.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Baqarah:216