Nak beza mengundi bajet dengan mengundi PM tak tahu, memang patut la
hari-hari merapu. Kalau keduanya sama, apa perlu kita desak diadakan usul undi
tidak percaya kepada PM? Lebih baik kita pamerkan sewaktu undian bajet saja.
Tentulah ada beza tentang buat keputusan untuk duit poket dan
makan minum serta kehidupan rakyat berbanding jawatan PM. Banyak PM dan
kerajaan di dunia ini jatuh bukan melalui undian bajet. Kerajaan PH tumbang pun
bukan kerana undian bajet gagal atau melalui pilihanraya, tetapi jatuh kerana
pembelot dan pengkhianat. Ada PM yang jatuh kerana undi tidak percaya. Ada yang
jatuh kerana hilang sokongan di kalangan MP walaupun tanpa melalui usul undi
tidak percaya.
Muhyiddin dalam posisi mana? Mengapa takut mahu bahas usul tidak
percaya atau usul percaya kepada Muhyiddin? Jika benar teori menyatakan lulus
bajet itu bermakna PM dapat sokongan, mengapa perlu takut dengan usul undi
percaya atau undi tidak.percaya? Kerana dia tahu, yang sokong bajet itu bukan
bermakna menyokong beliau sebagai PM. Mereka hanya sokong bajet kerana fikirkan
masalah rakyat yang terkesan akibat Covid sekarang. Itu saja.
Muhyiddin pasti tumbang!!
WFAUZDIN NS