TIDAK TAHU BEZA SOKONG BAJET DENGAN SOKONG PM?


Nak beza mengundi bajet dengan mengundi PM tak tahu, memang patut la hari-hari merapu. Kalau keduanya sama, apa perlu kita desak diadakan usul undi tidak percaya kepada PM? Lebih baik kita pamerkan sewaktu undian bajet saja.

Tentulah ada beza tentang buat keputusan untuk duit poket dan makan minum serta kehidupan rakyat berbanding jawatan PM. Banyak PM dan kerajaan di dunia ini jatuh bukan melalui undian bajet. Kerajaan PH tumbang pun bukan kerana undian bajet gagal atau melalui pilihanraya, tetapi jatuh kerana pembelot dan pengkhianat. Ada PM yang jatuh kerana undi tidak percaya. Ada yang jatuh kerana hilang sokongan di kalangan MP walaupun tanpa melalui usul undi tidak percaya.

Muhyiddin dalam posisi mana? Mengapa takut mahu bahas usul tidak percaya atau usul percaya kepada Muhyiddin? Jika benar teori menyatakan lulus bajet itu bermakna PM dapat sokongan, mengapa perlu takut dengan usul undi percaya atau undi tidak.percaya? Kerana dia tahu, yang sokong bajet itu bukan bermakna menyokong beliau sebagai PM. Mereka hanya sokong bajet kerana fikirkan masalah rakyat yang terkesan akibat Covid sekarang. Itu saja.

Muhyiddin pasti tumbang!!

WFAUZDIN NS