Pulau Pinang bagi duit raya guna duit negeri, Terengganu pula harap Persekutuan bayarkan

 

IDUP CINA DAP


OLEH A. ZAHID


Masih segar dalam ingatan bagaimana Menteri Besar Terengganu dari Pas, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar emberi gred D kepada Kerajaan MADANI dalam satu podcast terkenal di tanah air.

Padahal, banyak sudah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bantu tanpa memburuk-burukkan negeri tersebut.


Beberapa hari menjelang hari raya, Ahmad Samsuri sendiri terkantoi tidak pandai mentadbir negeri sendiri.


Lebih malang lagi, prestasi pentadbirannya bagai langit dengan bumi berbanding Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Chow Kon Yeow.

Tak perlu kita tengok secara terperinci mengenai prestasi ekonomi negeri. Cukup sekadar dalam hal memberi ‘duit raya’ kepada penjawat awam negeri masing-masing.


Di bawah pentadbiran Ahmad Samsuri yang dicanang sebagai calon Perdana Menteri dari Pas, negeri itu mempunyai jumlah penjawat awam yang terlalu ‘gemuk’ saiznya berjumlah seramai 14,000 orang. Padahal, jumlah populasi penduduknya hanya 1.2 juta orang.


Akhirnya, beliau sendiri tak mampu nak umum duit raya kepada mereka. Di atas belas ehsan Kerajaan MADANI, Kementerian Kewangan umum akan beri duit raya RM500 seorang untuk penjawat negeri dan RM250 seorang untuk pesara.


Bermakna Kerajaan Persekutuan yang tanggung sendiri kos duit raya untuk penjawat awam negeri Terengganu.


Berbeza sungguh dengan Chow Kon Yeow yang tak banyak berpolitik tapi sangat ‘perform’ dalam tugasnya.



Hanya 7,066 orang penjawat awam dengan 1.8 juta penduduk, kerajaan negeri beroperasi dengan baik sehingga mencatat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga tahun 2024.


Bagi menghargai jasa penjawat awam, duit raya sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 diberikan seawal 19 Mac yang lalu. Ditanggung sendiri oleh kerajaan negeri berjumlah RM7.81 juta.


Memang untung penjawat awam negeri Pulau Pinang dapat Ketua Menteri seperti Chow Kon Yeow.




PI BUAT UMRAH JAJA DI MEDIA SOSIAL, ELOK LA , BALIK NANTI MOGA JADI LEBIH BAIK BERHUJAH DAN TIDAK LAGI GELOJOH. DOK SANA LEBIH BAIK.

 



Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mengakui dirinya beruntung kerana dapat mengerjakan umrah dalam 10 hari terakhir Ramadan.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, suasana di Haramayn iaitu Makkah dan Madinah cukup luar biasa apabila manusia berlumba-lumba mengerjakan ibadah dan memburu ganjaran malam al-Qadr.

Menurutnya, persediaan fizikal, mental dan kerohanian yang kuat berdepan pelbagai ujian dari setiap sudut diperlukan memandangkan mataf iaitu tempat mengerjakan Tawaf sangat padat seperti musim Haji.


“Saya amat bernasib baik dan beruntung kerana tidak langsung merencanakan perjalanan ini kecuali pada minggu lalu.


“Dalam keadaan kemuncak di 10 malam terakhir Ramadan, semua kemudahan menjadi berganda mahal dan tiada lagi kekosongan,” katanya kelmarin menerusi ciapan di platform X.


Menjengah ke ruang komentar, rata-rata netizen meluahkan harapan agar pemimpin pembangkang itu menjadi lebih baik dalam berhujah apabila kembali ke Parlimen.


Ramai turut berharap bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu lebih memberi tumpuan membantu rakyat di kawasan diwakilinya selain mengingatkan sepatutnya beribadat tanpa perlu beriya-iya memberitahu di media sosial.


Dalam masa sama, ada yang menyindir memberitahu patutlah Malaysia tenang pada masa ini selain berseloroh dengan mencadangkan Wan Fayhsal untuk tinggal di sana.







TERKINI! Rasuah: dulu jaguh, kini ‘bisu’- Bersatu | MAHB digodam, Keraja...


Antara menarik petang ini: 1. Afnan Hamimi tepis dakwaan empat negeri SG4 tidak tunjuk perubahan signifikan. 2. Bersatu sabah kritik PM Anwar membisu isu skandal rasuah yang melanda negeri itu. 3. Syazwani Noh tegaskan, perjuangan melayu tidak harus terikat dengan UMNO Sahaja. 4. PM Anwar beritahu, sistem MAHB diserang penggodam tuntut 10 juta dolar. 5. UMNO bahagian Tapah lapor polis, nafi terlibat pemasangan kain rentang ‘bebas Najib’. 6. PDRM ingatkan orang ramai tidak main mercun, elak kejadian tidak diingini. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾




[[LIVE]]24.3.25 PART 2 - RM500 MADANI BANTU PENJAWAT AWAM TERENGGANU. KE...

KAYA VS MB TAK PANDAI MENGIRUS.

 


BERITA NGARUT APA UTUSAN MELOYA NI BAWA? BILA MASA PULAK KERAJAAN NAK PERKENAL CUKAI.

 


Utusan Online ni berkhidmat untuk PN ke? Cara buat tajuk sengaja nak 𝘂𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗲𝘁𝗶𝘇𝗲𝗻 𝗸𝗲𝗰𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 kan? Tengok ruangan komen, berlumba-lumba walaun 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵.


Cukai ni bukan saranan kerajaan pun. Ianya datang dari 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗬𝗣𝗡𝗠), 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗗𝗿. 𝗠𝗼𝗵𝗱. 𝗙𝗶𝗿𝗱𝗮𝘂𝘀 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵. Siapa datuk ni dan apa YPNM ni aku pun tak pasti.









Tapi cara Utusan tulis, buatkan kerajaan yang terkena tempias. Seolah-olah memang kerajaan 𝗯𝗲𝗿𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗰𝘂𝗸𝗮𝗶 tu. Dah la walaun memang jenis 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝘁𝗮𝗷𝘂𝗸 je.


Macam ni ke etika kewartawanan akhbar yang dikira arus perdana? Cara pemberitaan yang sengaja 𝗰𝗶𝗽𝘁𝗮 𝗸𝗼𝗻𝘁𝗿𝗼𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶? Takkan Utusan tak tahu kesannya kalau buat berita begini?


Kalau kita 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 Utusan dibayar oleh PN, jangan marah pulak. Sebab daripada cara Utusan ni memang nampak benar Utusan 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 dalam diam.


Sekarang ni PH macam zaman pembangkang dulu je. Terpaksa hadapi 𝗯𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 oleh media arus perdana. Dulu ye la pembangkang. Ini dah jadi kerajaan pun masih lagi 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗹𝗶 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮.


Kalau macam ni cara 𝗨𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗢𝗻𝗹𝗶𝗻𝗲, susah nak beza antara akhbar yang serius dengan 𝗺𝗮𝗷𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗰𝗶𝘀𝗮𝗻 macam 𝗺𝗮𝗷𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 dulu yang utamakan gossip dan berita sensasi.


Utusan tak perlulah letak diri mereka setaraf dengan 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗦𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 yang jelas sekadar sampah masyarakat. Harap Utusan boleh lebih bertanggungjawab lepas ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



BAIK BAGI KHAIRUL AMING JADI MB.

 


14,000 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗮𝘄𝗮𝗺 𝗧𝗲𝗿𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘂 dapat RM500 sorang sebagai 𝗕𝗮𝗻𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗼𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶.. Bermakna jumlahnya lebih kurang RM7 juta.


𝘚𝘢𝘭𝘦𝘴 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗺𝗶𝗻𝗴 pun cecah RM42 j. Sementara kerajaan negeri Terengganu, nak beri bantuan Aidilfitri berjumlah RM7 juta pun 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁.


Memang 𝗦𝗮𝗺𝘀𝘂𝗿𝗶 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁-𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝙛𝙖𝙞𝙡𝙚𝙙! Bagus lagi bagi Khairul Aming jadi MB. Lagi pandai dia pulak cari 𝘪𝘯𝘤𝘰𝘮𝘦 daripada calon PM walaun. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NEGERI SG4 NEGERI GAGALIS.

 


Semua negeri-negeri ni 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗿𝗼𝘆𝗮𝗹𝘁𝗶 𝗽𝗲𝘁𝗿𝗼𝗹𝗲𝘂𝗺 pun. Tapi masih boleh beri bonus kepada penjawat awam negeri. Itulah bezanya pemimpin yang pandai 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 dengan pemimpin yang pandai 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 je. 𝗚𝗮𝗷𝗶 𝗠𝗕 antara yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿. Tapi negerinya antara yang 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻. 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗺𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


.



ISU KUIL SELESAI

 

Najib Bakar


Alhamdulillah selesai. Maaf kepada penunggang isu terpaling yang harap ianya akan escalate ke perkara lebih panas.


Malaysia kekal aman. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾🫰





BANGGA PA, DUIT RAYA PUN MINTA SEDEKAH.

 

𝗕𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁.




Apa lebai nak bangga dengan perintah 4 negeri kalau keempat-empat negeri yang PAS perintah 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗽𝗮𝗽𝗮?


Umpama orang yang beristeri empat. Dia bangga ada 4 isteri. Konon 𝗷𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶. Tapi anak-anak terbiar, 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻.


Tiap bulan 𝗽𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗶𝗻𝗷𝗮𝗺 𝘀𝗶𝗻𝗶 nak beli beras dan lauk. Anak pergi sekolah pun 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗹𝗮𝗽𝗮𝗿𝗮𝗻 sebab rumah tiada sarapan.


Baik yang sedar diri. Isteri seorang tapi yang seorang itulah 𝗱𝗶𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗺𝗮𝘁𝗮. Diberikan kemewahan dan kebahagiaan.


Aku suka guna contoh beristeri empat. Sebab kalau bab poligami ni, 𝗹𝗲𝗯𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺.


Entah macamana lebai PAS berfikir. Dia bangga ada 4 negeri. Tapi kalau dalam senarai kemiskinan, 4 negeri itulah yang 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂𝗶.


Patut banggalah kalau pun cuma perintah satu negeri, tapi rakyat negeri itu 𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮. Banyak peluang kerja dan bantuan buat rakyat.


Ini negeri PAS, dah la peluang kerja tak ada. Nak beri bonus pun merengek minta kerajaan Pusat. Bantuan raya pun kerajaan Pusat yang beri.


Bukan 𝗸𝘂𝗮𝗻𝘁𝗶𝘁𝗶 yang patut dibanggakan tapi 𝗸𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗶. Lebai terlalu dungu untuk faham. Kesian rakyat negeri yang ditadbir PAS sebab terpaksa menderita akibat haloba nafsu lebai. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TAK ADA DAYA USAHA MB UNTUK TINGKATKAN HASIL NEGERI.

 Najib Bakar


Perlis pun boleh bagi duit raya RM500 kepada penjawat awam negeri.


Mai tang Terengganu, dok pusing tak habis-habis pasal royalti bila PMX bagi sumbangan duit raya.


Walhal sewaktu PAS dalam Kerajaan, kenapa tiada usaha gubal Akta Wilayah 2012 berkenaan jarak 3 batu nautika?


Kenapa masa tu terima saja penjelasan MOF yang kata dah tak ada royalti?


Sangat penting seseorang MB yang boleh fikir untuk jana hasil negeri mengikut kreativiti dan kekuatan negeri sendiri.


Jangan tumpu kepada royalti minyak dan gas semata-mata kerana pertikaian undang-undang akan ambil masa yang panjang.


Apa yang Terengganu ada untuk menjana hasil?


1. Pelancongan. Terengganu ada banyak pantai awam, tapi tiada fasiliti yang baik. Bandingkan dengan Pantai Teluk Kemang di Port Dickson.


2. Ekonomi biru. Selain aktiviti perikanan dan akuakultur, boleh juga fokus industri pembinaan kapal moden. Boleh juga kaji tenaga boleh baharu melalui laut iaitu ocean thermal energy (OTEC).


3. Pertanian moden. Terengganu masih banyak tanah yang boleh dijadikan food basket negara. Banyak hasil tanaman yang kita import selama ni, bermaksud peluang untuk berkembang sangat tinggi. Tapi ianya perlu dalam skala besar menerusi pertanian moden.


.


Minyak dan gas di perairan Terengganu akan habis satu hari nanti. Benda tu finite, tidak akan kekal.


Kerajaan negeri yang bertanggungjawab harus memikirkan dari sekarang apa industri baru yang boleh dibangunkan di Terengganu.


Lihat contoh usaha Kerajaan Pusat supaya fasiliti minyak dan gas Terengganu yang telah ditinggalkan masih dapat menjana hasil.


Industri CCUS.


Apa idea dari kerajaan negeri? 


Wallahu a'lam. 


Selepas 7 tahun jadi MB, belum ada idea jelas untuk masa depan Terengganu.


Cuba ambil contoh Arab Saudi bagaimana pendapatan negara sudah tidak lagi berharap 100% kepada minyak.


Dapat sesuatu?


Najib Bakar 

25 Mac 2025



KOMANG


 

MENGENANG DAN MENGHARGAI HARI POLIS.

 


Pada hari yang penuh bermakna ini, kita bersama-sama menyambut Hari Polis ke-218, mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terus berbakti dan menumpahkan taat setia memastikan keamanan dan kesejahteraan negara tercinta. 















Sejak penubuhannya yang bermula dari Home Guard pada 25 Mac 1807, PDRM telah memainkan peranan penting dalam menegak undang-undang dan ketenteraman awam.  


Sejarah PDRM bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, di mana jawatan seperti Temenggung bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang adat dan syariah. Peranan ini berkembang dengan penubuhan pasukan polis moden, bermula di Pulau Pinang dan seterusnya di negeri-negeri lain, membawa kepada pembentukan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871.  


Dalam menghadapi ancaman komunis pada era Darurat (1948-1960) dan ancaman keganasan berikutnya, PDRM, melalui Pasukan Cawangan Khas, telah menunjukkan ketangkasan dan kecekapan dalam mengumpul risikan serta melaksanakan operasi yang berjaya mengekang ancaman tersebut. Usaha gigih ini memastikan kestabilan negara terpelihara dan rakyat dapat hidup dalam suasana aman.  


Di peringkat serantau, PDRM terus memperkukuh kerjasama dengan negara-negara ASEAN melalui wahana seperti ASEANAPOL dan INTERPOL. Kerjasama ini penting dalam mengekalkan kestabilan rantau, terutama dalam menghadapi ancaman jenayah rentas sempadan dan keselamatan siber.  


Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, mari kita merenung dan menghargai pengorbanan anggota PDRM yang bertugas siang dan malam demi memastikan kita dapat beribadah dan menjalani kehidupan dengan tenang. Pengorbanan mereka adalah tiang seri yang mendukung keamanan dan kemakmuran negara.


Sebagai rakyat Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai usaha PDRM dalam mengekalkan keamanan. 


Semoga PDRM terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang dipikul, dan negara kita terus menikmati keamanan dan kemakmuran yang berkekalan.


Selamat menyambut Hari Polis ke-218 kepada seluruh warga PDRM. 


Kami berterima kasih atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan demi Malaysia yang tercinta! 


#MalaysiaMADANI

#MADANIBekerja



KISAH KUIL DAN BINA MASJID. YANG LULUS KERAJAAN DULU, YANG BINA KERAJAAN SELEPASNYA DAN YANG KENA HENTAM PMX..... SAMA MACAM KES ADENDUM.


 

AIIIKKK MENAFIKAN PULAK KAH?


 

BERSATU NI MENIPU JA.. TAK MALU OUN.. BAKAL KE OENJARA ADA LAGI


 

WOIII BERAS MELIMPAH DI KLANG


 

CERMINAN KERAJAAN MADANI

 


PM Anwar Hargai Petugas Barisan Hadapan, Salur Sumbangan Aidilfitri Warga IPD Putrajaya

 

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim menyerahkan sumbangan sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri kepada petugas barisan hadapan.


PUTRAJAYA, 24 Mar – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaannya terhadap petugas barisan hadapan yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini dengan menghulurkan sumbangan Aidilfitri kepada 250 anggota di IPD berkenaan.

Sumbangan sebanyak RM50,000 itu diserahkan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim, sebagai tanda penghargaan Perdana Menteri kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menjaga keamanan dan keselamatan tanpa mengira waktu.

“Saya fikir antara yang membuatkan Perdana Menteri setuju untuk beri sumbangan ini, kerana menghargai jasa dan sumbangan kepada petugas barisan hadapan ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad
 Kamil Abdul Munim (tengah) menyampaikan sumbangan
 kepada wakil penduduk pada Majlis Iftar Jam’ie dan 
Penyerahan Sumbangan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis
 Daerah Putrajaya pada 24 Mac 2025. Foto Bernama.


“Hari ini sumbangan sebanyak RM50,000 yang menerusi peruntukan khas Perdana Menteri yang akan diagihkan kepada 250 penerima,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu pada Majlis Iftar dan Penyerahan Sumbangan Kasih MADANI Aidilfitri, di IPD Putrajaya hari ini.

Berkongsi pesanan Perdana Menteri kepada warga IPD Putrajaya, Muhammad Kamil memaklumkan Anwar menegaskan jasa dan sumbangan petugas barisan amat bermakna kerana mengutamakan tugas tanpa mengenal erti penat serta lelah.

“Dalam hal ini, pihak berkuasa terutamanya PDRM telah menjalankan tugas dengan baik dalam membasmi hal-hal berkaitan jenayah dan mengelakkan daripada perkara-perkara yang lebih buruk,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed, berkata sumbangan yang dihulurkan 250 warga IPD Putrajaya itu, sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka dalam membuat persediaan sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Saya ucap terima kasih kepada atas sumbangan yang diberikan, yang mana sangat memberi makna dan dapat meringankan beban penerima yang kebanyakkannya sudah bekeluarga,” katanya.

Aidi Sham berharap majlis iftar itu akan menjadi jambatan penghubung silaturahim antara warga IPD Putrajaya dan warga Pejabat Perdana Menteri.

“Kami berbangga kerana terpilih untuk menjadi tuan rumah kepada program yang murni ini,” katanya.




Sebelum ini ajak boikot, sekarang ustazah ini kena sindir



 

Pendakwah, Ustazah Asma Harun baru-baru ini menjadi penceramah jemputan dalam satu program anjuran McDonald’s Malaysia di sebuah masjid di Shah Alam.



Penglibatan beliau yang secara tidak langsung mempromosi makanan segera itu mengundang banyak tanda tanya.



Ustazah Asma dahulu antara individu yang lantang menyeru umat Islam memboikot jenama terkenal Mcdonald walaupun jenama itu telah menjelaskan pendiriannya yang tiada kena mengena dengan zionis Israel.


Iklan yang menguar-uarkan penglibatan Ustazah Asma sebagai penceramah di program anjuran McD tersebar di media sosial Facebook dan TikTok sehingga menarik perhatian ramai.


Mereka mempersoal pendirian terbaru pendakwah itu yang dahulu cakap lain, tetapi sekarang lain pula tindakannya.



Kenyataan beliau yang dibuat pada 28 Oktober 2023 juga kembali ditularkan.


“Nekad boikot semaksima dan selama yang boleh. Yakin usaha ini pasti beri impak kepada kekuatan utama mereka. Saudara kita korban nyawa tiap saat disana, berdarah makin parah, kita hanya perlu korban rasa,” kata hantaran itu.





Asma jawab isu boikot, kempen program McDonald’s

 



Penceramah, Asma’ Harun tampil menjelaskan kontroversi mengenai 

kehadirannya dalam satu program anjuran McDonald’s Malaysia di sebuah masjid di Shah Alam.


Menurutnya, beliau menerima jemputan itu daripada pihak Markaz Al Qarahdaghi untuk berkuliah di Masjid Al-Ikhlas Seksyen 13 dan hadir bagi memenuhi undangan, sama seperti undangan dari masjid-masjid yang lain.


“Manakala pihak McDonald’s telah menyampaikan bantuan kepada para asnaf sebelum sesi ceramah saya, kemudian turut memuat naik di laman rasmi mereka,” jelasnya menerusi kenyataan di Facebook dan TikTok.

Dalam masa sama, Asma’ mengulas mengenai kenyataan dan imej suntingan yang dimuatnaik sebuah akaun parodi di Facebook yang mengaitkan penceramah itu dengan McDonald’s.

“Kenyataan ini adalah fitnah yang nyata dengan niat yang tidak baik. Gambar tersebut juga telah diedit.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada secara lisan atau tulisan seperti yang didakwa,” katanya yang pernah membuka restoran, Momen Kafe di Seremban tetapi hanya mampu bertahan setahun selepas menanggung kerugian kira-kira RM300,000.

Sehubungan itu, Asma’ yang pernah menyatakan sokongan terhadap “parti yang mempunyai ramai alim ulama di dalamnya” itu menegaskan hantaran terbabit adalah rekaan dan satu penipuan.

“Saya mohon agar hantaran ini dan lain-lain seperti ini diturunkan segera,” tegasnya lagi.

Terdahulu tular di media sosial penglibatan Asma’ sebagai penceramah jemputan dalam program anjuran McDonald’s sebuah masjid di Shah Alam.

Kenyataan Asma’ dua tahun lalu berhubung kempen boikot juga dikongsikan Kembali warganet.


“Nekad boikot semaksima dan selama yang boleh. Yakin usaha ini pasti beri impak kepada kekuatan utama mereka.

“Saudara kita korban nyawa tiap saat disana, berdarah makin parah, kita hanya perlu korban rasa,” katanya menerusi hantaran pada 28 Oktober 2023.




Beza nasib YB Pas dan pemain bola sepak Kedah, kesian

 


Ketika pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilanda masalah gaji sehingga ada yang dihalau dari rumah sewa dan kereta ditarik pihak bank, lain pula halnya dengan seorang ‘YB’ Pas ini.


Ahli Parlimen Jerai, Ustaz Sabri Azit memberitahu dia sudah membeli sebuah kereta jenama mewah.


“… menepati citarasa saya dan saya puas hati dengan apa yang dijanjikan tepat.



“Saya dapat kereta yang cukup bermakna bagi saya,” kata Sabri dalam klip video yang tular di media sosial.


Semakan mendapati, harga kereta import tersebut melebihi RM270,000.


Malah, rupa-rupanya Sabri Azit, 59, juga sudah membeli kereta Toyota Hilux baharu pada 2021 iaitu selepas tiga tahun menjadi wakil rakyat di Parlimen Jerai.


Rata-rata dilihat melontarkan kritikan dan sindiran memandangkan sebelum ini pemimpin-pemimpin Pas bergelar ‘YB’ kerap memberitahu mereka mengalamai masalah kewangan untuk membantu rakyat.


“Ekonomi rakyat sedang teruk, YB kata.


“Tu dia YB naik kereta import… nohhh.


“Nampak zuhudnya.


“Raya kereta barulah nampaknya,” demikian antara komentar dan sindiran warganet menerusi TikTok seorang penjual kereta yang dikenal sebagai ‘Benjo’.








KALAU TIAP TIAP TAHUN CAM GINI. BAIK GANTI JA LA YANG LEBIH BAIK


Saifuddin Syafee


 Bersangka baik tau🤪 tapi kalau dah tiap-tiap tahun macam tu, nampak sangat ...#÷^£×÷=×1×@#&<_=3!!!!




Eh!korang sambung jelah sendiri...

WALAUN. KINI LAPANGAN TERBANG DI KELANTAN MENJADI LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA. INI KERAJAAN MADANI BEKERJA.


MMMS


 Hampir setahun lepas, 2 Mei 2024 umum LTSIP jadi lapangan terbang antarabangsa, 13 Mei bawa ke mesyuarat kabinet dan kini hampir siap. Lepas ini bolehlah jemaah haji terus terbang dari LTSIP ke Jeddah dan Mekah untuk Umrah.






Ini dia beza kerajaan Madani yang berkerja dan Perdana Menteri dan kabinet yang cakna. Kalau yang sana jadi PM, nasib nya jadi macam KXP dan litar lumba, janji duit janawiba masuk akaun parti sendiri.



KAU ANTARA YANG MENYEBABKAN OKU, ANAK MUDA MELAYU DAN PEMILIK MC D YANG 95% ADA LAH BANGSA MELAYU MERUDUM PERNIAGAAN DAN PENGANGGURAN. KO TAK RASA BERSALAH KAH?


 

MIC, NGO MENGAPIKAN PERKAUMAN.


 

PELANCONG INDONESIA PROMOSI PENIAGAAN


 

KAU TAK RASA BERSALAH PUN YA? ANAK MUDA MELAYU JA YANG NAK KERJA DI MCD TU. PREMIS MCD MELAYU PUNYA.

 

Hangat-habgat Tahi Ayam Penunggang 









Begitu ramai Anak Melayu dan OKU hilang kerja,banyak premis McDonalds di tutup,pelanggan2 Mcd di panggil babi dan K9.Dulu lain sekarang lain,hahaha.Ustazah terkenal terpaling boikot sehingga ramai Anak2 Muda muda hilang pekerjaan akhirnya dia sendiri tersungkur di kaki McDonald.Selama ini kamu ingat benda apa bila masyarakat Melayu cakap pasal boikot? 🤔 Lihat video ini https://x.com/usernamekudus/status/1904088878916788642


Begitulah sandiwara dunia.Dia punya nekad boikot tu tak sampai dua tahun,kehkehkeh


Bermusim ❎

Bermuka muka ✅







1.Cakap tak serupa bikin

2.Menepuk air di dulang,terpercik ke muka sendiri

3.Seperti ketam mengajar anak berjalan lurus

4.Sekali air bah,sekali pasir berubah

5.Telunjuk lurus,kelingking berkait


Dulu suruh boikot rezeki orang.Hidup ni tak kena pada sebahagian orang.Bila boikot KFC dan MCD pekerja OKU kena buang kerja kita kata kat Malaysia kerja lain banyak.Rezeki Allah bagi usah takut.Bila kerajaan nak kaji sistem pencen kita marah maki hamun kerajaan seolah2 kita dah tak makan sedangkan sistem tu tetap kita dapat duit lag berbanding OKU MCD yang kena buang kerja kerana boikot kita.Sama juga bab lain.Kena kat orang pandai kita bagi hujah agama seolah2 orang lain buat semua salah.sekali Allah uji kat kita balik benda sama mengamuk kita.Semua mangsa2 boikot ingatlah mereka2 yang jadi punca anda hilang kerja dan sumber pendapatan.


link post di twitter sini https://x.com/md_zuwairi/status/1904121676528226312