PERBEZAAN KETARA ANTARA KAMPUNG BARU DAN KAMPUNG SUNGAI BARU

Omar Mat Nor







Kampung Baru adalah di anugerahkan oleh Sultan Selangor untuk tujuan peetanian kepada penduduk awal yang kebanyakan berbangsa Melayu dan pendatang etnik berasal dari Melaka, Mandailing, Minang, Jawa dan Rawa. 


Kampung Baru Kuala Lumpur yang asalnya berkeluasan 223 ekar mengandungi 7 kampung sahaja : 


1. Kampung periok

2. Kampung Masjid

3. Kampung Aras A

4. Kampung Atas B

5. Kampung Hujung Pasir

6. Kampung Atas Paya

7. Kampung Pindah


Kampung Baru Kuala Lumpur kemudian di beri status "Malay Aggriculture Settlement" atau MAS. Ianya mempunyai Lembaga Pengurusan sendiri dan ujud hingga hari ini dan telah di Gazette.


Kampung Sungai Baru Kuala Lumpur


Sekarang jelas bahawa Kampung Sungai Baru bukanlah sebahagian dari MAS kerana ianya tidak termasuk dalam 7 kampung. 


Tanah Kampung Sungai Baru cuma ujud selepas banjir besar yang telah mengubah aliran Sungai sehingga ujudnya kawasan baru. Tanah inj secara langsung di miliki oleh kerajaan Selangor dan kemudian serahkan kepada PKNS untuk pembangunan. Tanah Kampung Sungai Baru berstatus 'leased hold' atau pajakan dan masih berbaki 54 tahun lagi. Ianya juga bukan lah tanah berstatus Malay Reserve. 


Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru Zulfakar Wahid berkata usaha untuk mendapatkan persetujuan keseluruhan penduduk bagi projek pembangunan semula itu telah dimulakan pada 2016 telah di perolehi.


Zulfakar turut menjelaskan kekeliruan orang ramai bahawa projek pembangunan Kampung Sungai Baru tersebut adalah berbeza dengan pembangunan semula Kampong Bharu di bawah Lembaga Tanah Pertanian Melayu (MAS).


Pengarah Ritzy Gloss Abdul Hadi Ahmad berkata tawaran pangsapuri berkeluasan 900 kaki persegi melalui pakej harmoni itu boleh dimiliki dengan separuh harga daripada jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima oleh setiap pemilik flat.


Sebagai contoh, pemilik yang menerima jumlah pampasan pengambilan tanah berjumlah RM250,000 boleh memiliki pangsapuri ini dengan harga RM125,000.



No comments: