Misi Zinda Khalil Kembali Perkuat KEADILAN Cabang Kota Bharu. JANGAN SEKADAR NAK BERTANDING TAPI AKHIRNYA APA PUN TAK KESAMPAIAN.

 


Bekas calon PRN DUN Tanjung Mas ini yakin KEADILAN dapat memperluaskan pengaruhnya di kalangan golongan muda dan wanita di Kota Bharu kerana berpengalaman sebagai Naib Ketua AMK Kelantan dan dipilih sebagai Ketua Cabang pada pemilihan sesi 2018-2022. Foto Facebook Zinda Khalil Official

KOTA BHARU, 24 Mar – Tidak dinafikan KEADILAN Cabang Kota Bharu merupakan salah satu cabang terpenting bukan sahaja pada peta politik parti di Kelantan malah di wilayah Pantai Timur sejak dahulu lagi.

Menyedari hakikat berkenaan, misi utama Zinda Khalil Sastro Hassan menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu adalah bukan sekadar untuk menambah keanggotaan cabang sekiranya dipilih pada pemilihan parti April ini tetapi memperkuat cabang itu selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Beliau menyedari bahawa kekuatan parti terletak pada bilangan anggota yang aktif dan komited. Oleh itu, usaha untuk menarik lebih ramai ahli baharu dari pelbagai latar belakang adalah antara fokus utama beliau sekiranya mendapat mandat anggota cabang sekali lagi.

Misi Zinda Khalil menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu adalah memperkuat cabang itu selari dengan aspirasi Malaysia MADANI. Foto Facebook Zinda Khalil Official

“InsyaAllah dengan rendah diri, saya sekali lagi diberi peluang untuk menjadi calon ketua cabang kota bharu pada pemilihan parti kali ini. Dengan ini ambo (saya) memohon sokongan daripada anggota KEADILAN Kota Bharu supaya memberi sokongan untuk ambo supaya dapat meneruskan perjuangan dari reformasi ke MADANI,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Selain itu, Zinda juga berhasrat untuk memperkasa sayap Wanita dan AMK (Angkatan Muda KEADILAN) kerana kedua-dua sayap ini dilihat sebagai pemacu utama dalam memperkukuhkan parti di peringkat akar umbi selain ranting disegarkan dengan wajah baharu.

Dengan sokongan yang lebih kuat daripada Wanita dan AMK, bekas calon PRN DUN Tanjung Mas ini yakin KEADILAN dapat memperluaskan pengaruhnya di kalangan golongan muda dan wanita di Kota Bharu kerana berpengalaman sebagai Naib Ketua AMK Kelantan dan dipilih sebagai Ketua Cabang pada pemilihan sesi 2018-2022.

Menawarkan diri sebagai calon Ketua Cabang KEADILAN Kota Bharu, Zinda Khalil berazam akan memperkasa parti bukan sekadar di peringkat cabang malahan negeri Kelantan swcara amnya. Foto Facebook Zinda Khalil Official

Dalam usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat, Zinda juga bercadang untuk mempergiatkan aktiviti kebajikan. Ini termasuklah program-program yang membantu golongan yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang isu-isu sosial.

Selain itu, beliau turut menekankan pentingnya menyampaikan konsep MADANI ke peringkat akar umbi, agar masyarakat lebih memahami visi dan misi parti serta manfaatnya kepada negara.

Zinda juga memahami pentingnya persediaan awal untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16. Oleh itu, beliau berazam untuk memperkasakan jentera pilihan raya cabang dengan memperkukuh struktur dan melibatkan lebih ramai anggota secara inklusif.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mikroelektronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sudah pastilah penglibatan Zindah Khalil kembali ke bidang politik amat sesuai untuk diaplikasikannya dalam mengurus cabang dengan lebih efisen dan teratur bagi tahun-tahun mendatang.



No comments: