KEH.. KEH... KEH


Che Ibrahim


Guana pula?????? Ambo bungkus belaka dah fail, kunci pejabat pun serah dah...



MUKA TAK LEH BLAH.... KITA GELAK


 

MALAM NI KITA GELAK


 

MALAM NI KITA GELAK


 

MALAM NI KITA GELAK


 

MALAM NI KITA GELAK


 

8. LAGI MP PN AKAN SOKONG PMX

 

ORANG duk sibuk Langkah Dubai, 8 MP PN pula buat Langkah Seribu tinggalkan PN.




KISAH GAJAH NAIK MINYAK IN MEMBUNUH PENAGA YANG ZALIM




 Hari ini 121 tahun yang lalu, Topsy si gajah dibunuh dengan renjatan elektrik, antara kes pembunuhan haiwan paling menyayat hati dalam sejarah.


Topsy adalah seekor gajah Asia betina yang lahir di hutan pada sekitar 1875 di Asia Tenggara, namun ditangkap ketika masih kecil oleh pedagang gajah & diseludup senyap-senyap ke Amerika oleh Adam Forepaugh, pemilik Forepaugh Circus.


Untuk bertahun Topsy menjadi gajah yang patuh, namun layanan buruk diterimanya saban hari membuatkan dia mula bertindak ganas sehingga mendapat reputasi sebagai gajah jahat. Kemuncaknya apabila dia membunuh James F. Blount di Brooklyn, NY pada 1902.


Blount dikatakan mabuk & melilau ke khemah di mana Topsy ditempatkan, melempar pasir & mencucuh gajah itu dengan bara cerutnya. Lantas Topsy menghumban Blount ke lantai dengan belalainya lalu dihenyaknya sehingga mati.


Disebabkan itu, Topsy dijual kepada Luna Park di Pulau Coney. Di sana dia juga menderita di bawah kendalian William “Whitey” Alt, yang dalam satu insiden mencucuknya berkali-kali dengan serampang hingga tubuhnya bercucuran darah.


Whitey ditahan polis & selepas beberapa insiden serupa, dia dipecat. Namun media melaporkan tindakan kejam adalah patut kepada gajah ganas itu. Enggan menguruskannya lagi, akhirnya pengurusan taman tema sepakat untuk menamatkan riwayat Topsy.


Mulanya mereka mahu menggantung Topsy di hadapan khalayak, namun selepas ditentang kumpulan hak asasi haiwan, cara renjatan elektrik dipilih. Maka pada 4 Januari 1903, Topsy dibawa ke tempat renjatan di satu tapak di taman tema itu.


Namun tatkala tiba di jambatan menuju ke lokasi, Topsy berhenti. Dicucuk & ditarik supaya teruskan langkah tetapi dia tetap pegun. Maka mereka menarik wayar tempat di mana Topsy berdiri & memasang sandal tembaga pada kakinya.


Topsy kemudian diberi makan lobak disadur racun sianida sebelum arus elektrik 6,600 voltan dihidupkan. Setelah rebah, mereka menjerut lehernya selama 10 minit untuk memastikan gajah malang itu benar-benar mati.


Lalu, kejahatan siapakah sebenarnya yang menjadi punca peristiwa seperti ini?


Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat ke-41 yang bermaksud: “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan atas perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".


Sumber: All That Interesting


#PeristiwaHariIni



AKAI TAK DAK- ADA KA CIP NAK MASUK DALAM BADAN-PADU: Jangan percaya tohmahan cip dimasukkan ke anggota badan

 



Rakyat Malaysia tidak seharusnya terpengaruh dengan sebaran maklumat palsu di media sosial kononnya mikrocip akan dimasukkan ke dalam anggota badan apabila sistem maklumat penduduk Malaysia digitalisasikan sepenuhnya melalui Pangkatan Data Utama (PADU).



Setiausaha Gabungan Reformis Malaysia (GRM) Kapten (B) Zulkifli Othman berkata, tiada cip yang bakal dimasukkan ke dalam tubuh sebagaimana filem aksi Hollywood, sebaliknya indentifikasi melalui ibu jadi sudah cukup untuk pengesahan kepada sistem maklumat PADU.



"Kerajaan Madani baru melancarkan PADU namun ia sering dipropagandakan oleh pihak pembangkang (secara menyimpang).



"Jadi saya menasihatkan rakyat supaya jangan takut dengan isu yang dibangkitkan, kononnya rakyat akan dimasukkan cip dalam anggota badan.



"Ini semua merupakan fitnah. Kita dicipta oleh Allah ada ibu jari yang tidak sama dengan seluruh manusia diciptakan," katanya.



Tegas beliau, niat Kerajaan Madani mewujudkan PADU cukup baik bagi mendapatkan maklumat paling tepat setiap individu, terutama mengenai pendapatan golongan rakyat yang layak diberi bantuan.



"Jadi dengan PADU ini kita dapat memuatkan satu rangka data yang besar untuk melihat sendiri kedudukan rakyat kita



"Kita dapat memanfaatkan dan membantu seluruh rakyat (dengan PADU) dan ketirisan dapat kita atasi," katanya lagi.

 

Wan Fayhsal usah timbulkan kekeliruan antara LAKSANA dan PADU








 Tindakan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal cuba mengelirukan rakyat dalam isu Pangkalan Data Utama (PADU) amat dikesalkan.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Haziq Azfar Ishak, kerajaan mengalu alukan kritikan konstruktif terhadap PADU untuk penambahbaikkan tetapi kritikan yang cuba mengaitkan PADU dan Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) adalah tidak boleh diterima.


"Beberapa pihak tidak bertanggungjawab melakukan kecurangan terhadap fakta terkait PADU semata-mata ingin mencetuskan rasa tidak puas hati terhadap Kerajaan, termasuklah Wan Ahmad Fayhsal yang membangkitkan hal yang tidak mempunyai nilai tambah.


"Sudah pasti usaha meraih kredit dengan mengaitkan penubuhan agensi LAKSANA dengan PADU adalah cubaan memperdayakan orang ramai tatkala kedua-duanya mempunyai peranan yang berbeza.


"LAKSANA sendiri adalah bagi menggantikan fungsi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) yang telah ditubuhkan bertahun-tahun sebelum Perikatan Nasional menerajui Kerajaan Persekutuan lagi," katanya dalam kenyataan.


Tugas LAKSANA, kata Haziq, untuk memantau pelaksanaan inisiatif strategik Kerajaan Malaysia dan menghimpunkan maklumat merentas Kementerian bagi tujuan pemantauan keberkesanan dan impak program yang dilaksanakan


Hal itu, tegas beliau, cukup berbeza dengan PADU yang menghimpunkan maklumat lengkap individu dan isi rumah merentas Kementerian dan agensi Kerajaan secara 'near real time' yang bersesuaian dengan rujukan Kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar dan pemberian bantuan kepada penerima secara tepat.


Selain itu, kata Haziq, tindakan Wan Ahmad Fayhsal membangkitkan hal terkait Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) dan PADU menunjukkan kefahaman beliau yang cetek berkaitan pangkalan data kerajaan.


"PADU modus operandinya mengumpul data sedia ada daripada agensi Kerajaan yang selama ini tidak tertakluk kepada PDPA, kerana pengendalinya yang merupakan penjawat awam tertakluk kepada pelbagai peraturan dan garis panduan mengendalikan perkongsian data.


"Sebaiknya Wan Ahmad Fayhsal mengambil pendirian menyokong usaha bersepadu Kerajaan Perpaduan mewujudkan PADU seperti yang dinyatakan oleh YAB Menteri Besar Kelantan, dan membantu capaiannya yang lebih besar terhadap masyarakat tanpa mempolemikkan perkara yang tidak mempunyai apa-apa nilai tambah," katanya.


Tegas Haziq, keutamaan yang lebih besar ketika ini adalah menyelamatkan sebilangan besar bilangan subsidi yang tiris dan tersasar daripada golongan yang wajar menerimanya, dan ianya memerlukan sokongan padu semua lapisan masyarakat.



LANGKAH DUBAI USAHA PEMBANGKANG ELAK JADI KLUSTER MAHKAMAH


 Usaha pihak tertentu untuk melaksanakan ‘Langkah Dubai’ sebenarnya mempunyai motif untuk mengelakkan mereka daripada menjadi kluster mahkamah, kata Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia.

Datuk Lokman Noor Adam berkata, pihak tersebut juga membabitkan golongan bekas ahli politik aktif yang bimbang mereka turut bakal didakwa di mahkamah dan takut diheret ke penjara.

“Memang seperti diungkapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa memang ada ‘Langkah Dubai’ dan ada usaha menarik Ahli Parlimen kita bersama mereka.

“Usaha ini dilakukan juga oleh mereka yang bukan dalam politik (semasa), yang takut menjadi kluster mahkamah atau sudah menjadi kluster mahkamah, takut untuk ke Penjara Sungai Buloh atau Kajang, tapi mereka sedang disiasat dan tahu bila-bila masa akan jadi kluster mahkamah,” ujarnya

Lokman yang juga Ketua Sekretariat Media Perpaduan berkata, pihak terbabit turut melibatkan golongan yang mempunyai kekuatan kewangan luar biasa untuk menumbangkan sebuah kerajaan.

Namun persoalannya, ujar beliau, mampukah pihak tersebut menumbangkan kerajaan sedia ada dan membentuk pentadbiran baharu jika tanpa perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong?

“Tanpa perkenan ketua-ketua parti yang akan memutuskan secara en bloc parti mana yang mereka mahu sokong sebagai PM, kedua-dua perkara ini tidak mungkin berlaku,” ujarnya.

Justeru itu, Lokman menyeru agar rakyat tidak terus mempercayai dakwaan bahawa kerajaan baharu bakal terbentuk

Terdahulu, beliau menjelaskan sememangnya Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri mengetahui pergerakan pihak yang terlibat dengan “Langkah Dubai” dan maklum sekiranya pemimpin dari partinya terlibat dalam gerakan itu.

“Sudah pasti Datuk Seri Zahid tahu tentang setiap pergerakaan mereka, daripada naik kapal terbang ke Dubai dan semasa berada di sana, pergerakan mereka diawasi perjumpaan mereka biasanya ada badan buat kerja pengintipan dan setiap pergerakan mereka kita tahu.

“Siapa hadir dan siapa peringkat awal (nak hadir tetapi) benda dah kecoh tak berani pergi, macam-macam,” katanya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa tiada Ahli Parlimen BN terlibat, Lokman berkata, memang ada usaha untuk membuat kacau dengan menarik wakil rakyat UMNO tetapi tidak lojik untuk seseorang itu sanggup berbelanja hingga berjuta-juta ringgit tanpa mendapat sebarang hasil.

Dalam pada itu, beliau turut menafikan Anwar adalah seseorang pendendam sebagaimana sesetengah pihak menganggap apa yang berlaku sekarang adalah satu ‘peperangan’ antara PM melawan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Katanya semua dakwaan itu mengarut. Sebaliknya jika ada perbalahan, ia hanya memberikan keuntungan kepada segelintir penulis blog yang kerja mereka mengambil upah daripada individu tertentu.

“Kalau Anwar pendendam, dah setahun dia tidak buat apa-apa kepada Dr Mahathir dan Daim, Hamzah Zainuddin, tidak ada apa-apa berlaku kepada musuh politik beliau.

“Lainlah Dr Mahathir, dapat sahaja kuasa Najib ke dalam, paksa Zahir bubar UMNO,” katanya.



PILIHANRAYA PBT: LIHAT ISU KECEKAPAN, BUKAN POLITIK PERKAUMAN


 Isu Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dimainkan pembangkang kononnya akan menyebabkan beberapa PBT di Maaysia akan jatuh ke tangan ‘orang Cina’ perlu diteliti dari perspektif yang lebih wajar.

Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kemaman, Ahmad Nadhir Yop, isu pilihanraya PBT itu lebih baik dilihat daripada sudut peningkatan kecekapan sekiranya Ahli Majlis dilantik melalui pemilihan berbanding proses lantikan politik seperti sekarang.

“Saya lihat kita kena tolak permainan kaum mengenai pilihanraya PBT ini. Saya lihat sentimen perkauman menebal sangat, kita tak nampak objektif dan penambahbaikan yang perlu ada dalam PBT

“Sebab berpuluh tahun PBT selalu dibebani benda fundamental yang tak selesai.

“Bagi saya isu PBT kena objektif dan secara intelektual atau ilmuah dibincangkan. Tak boleh ada sentimen perkauman,” katanya.

Menurut beliau lagi, Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu Dr Zaliha Mustafa telah pun berjanji untuk meneliti isu berkenaan maka tidak seharusnya pihak Pas terus memainkan isu Cina dan Melayu dalam hal pilihanraya PBT.

Katanya, lebih baik diberi peluang kepada Dr Zaliha bertemu Perdana Menteri atau membincangkannya pada forum yang sesuai berbanding menaikkan sentimen kemarahan kaum Melayu

“Bila Dr Zaliha kata dia akan berbincang dan perhalusi saya nampak itu perkara yang bagus sebab perkara ini perlu dibincang kerana banyak pihak yang terlibat.

“Semua pihak perlu bertenang, beri peluang kepada Dr Zaliha untuk adakan kajian lebih menyeluruh. Bagi saya rakyat perlu ambil pendekatan bertenang. Jangan terus main sentimen kerana ia akan merugikan,” katanya lagi.



PENGUNCUPAN DAGANGAN SELURUH DUNIA, MALAYSIA KEKAL KUKUH


 Penguncupan jumlah perdagangan atau eksport negara tahun ini yang berlaku ekoran permintaan rendah di pasaran global merupakan suatu perkara tidak dapat dielakkan.

Ahli ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan penurunan tersebut merupakan perkara yang agak drastik dan berlaku secara global berikutan kenaikan harga bahan api dan perang berterusan antara Rusia – Ukraine.

Bagaimanapun jelas beliau, perkara berkenaan tidak wajar dikhawatirkan kerana Malaysia masih di landasan yang betul untuk mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 4% pada tahun ini.

“Permintaan secara menyeluruh, terutamanya eksport mikro semi konduktor menyusut, barangan itu menyusut di pasaran Eropah.

“Ini tidak boleh buat apa kerana kita eksport semi konduktor yang nilai tambah rendah (low value added), produk itu kita import dan pasang di sini,” katanya.

Barjoyai berkata, perkara yang perlu ditonjolkan pada waktu ini adalah dari segi sektor perkhidmatan yang mewakili 60 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Jelasnya, sektor perkhidmatan pelancongan misalnya yang dahulu turun kepada 10 juta pelancong setahun kini telah kembali meningkat kepada 28 juta berbanding ketika tahun 2019.

Cuma jelas beliau, apa yang merisaukan ialah bagaimana keadaan pada tahun hadapan apabila dibimbangi negara sukar mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5%.

Dalam hal ini, Barjoyai menyatakan kadar pertumbuhan negara tidak ditentukan oleh pengeluaran produk industri sebaliknya perbelanjaan dan penggunaan.

Jelas beliau, kadar pertumbuhan diukur dari segi sejauh mana rakyat membuat perbelanjaan tinggi.

“Rakyat masih berbelanja dan ini memberikan kestabilan…akan capai KDNK (yang baik),” katanya.

Selain itu kata beliau, ekonomi akan dipacu melalui perbelanjaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan seperti melalui pemberian subsidi kepada rakyat.

Terdahulu laporan menyebut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata prestasi eksport Malaysia mencatatkan penguncupan pada September 2023 selaras dengan penurunan kedua-dua eksport semula dan eksport domestik.

Eksport semula berjumlah RM27.8 bilion menyusut 17.9 peratus berbanding September 2022 manakala eksport domestik bernilai RM96.7 bilion, menyumbang 77.7 peratus kepada jumlah eksport berkurang 12.4 peratus

Jumlah perdagangan, eksport dan import Malaysia pada September 2023 kekal menguncup untuk bulan ketujuh berturut-turut sejak Mac lalu berikutan permintaan rendah global dan harga komoditi yang rendah.

Jumlah perdagangan berkurang 12.6 peratus kepada RM224.4 bilion dengaan eksport menyusut 13.7 peratus kepada RM124.5 bilion dan import menurun 11.1 peratus kepada RM100.0 bilion tahun ke tahun.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar dipetik sebagai berkata di sebalik cabaran dan ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan yakin dapat mencapai unjuran pertumbuhan sebanyak 4 hingga 5 peratus untuk tahun 2023 disokong oleh asas ekonomi Malaysia yang kukuh dan pelaksanaan langkah Belanjawan 2023.



( ULANGAN ) 5.1.24 Tun M tuduh PMX di belakang langkah dubai?









Tun M tuduh PMX di belakang langkah dubai? apa jawapan PMX? Betul ke PMX lawat hadi sebab nak mintak bantuan PAS sebab 120 SD dah sign? 3 Kumpulan rancang Langkah Dubai. Dana RM700 juta babitkan pentadbiran Perikatan Nasional. Siapa bekas Menteri akan kena? CEO Persatuan bolasepak kedah, Ahli PAS dan bekas calon PAS ditahan SPRM?






[SIARAN TERTUNDA] Program Pelaksanaan Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (K...



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Program Pelaksanaan Strategi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) 2024 di World Trade Center (WTC) Kuala Lumpur.



BUKAN KALENG KALENG

 Aku tengok siaran langsung wacana ni melalui FB.







Mohd Farul Al Qasas


Tak dapat aku bayangkan kalau PM masa tu MY atau IS.


Ye lah yang tanya tu wakil-wakil universiti,  Prof..Dr..


Ni bukan program Temu Anwar yang biasa diadakan yang mana kebanyakan audien lebih muda dan kurang pengalaman dari PMX. 


PMX jawab dengan baik dalam keterbatasan masa untuk jadual solat jumaat di Selayang.


Namun jawapan beliau sangat memuaskan hati dan nampak begitu serasi YB Dr Zamry Kadir sebagai Menteri KPT.


Cadangan dari audien juga menarik. Semoga Malaysia boleh lebih maju dan berdikari.



PAKAT PERCAYA....

 

Zaki Abdul Sani


Saya tidak kisah walaun gila

Yg saya risau walaun

Gila kat kita semua sahaja kikikiki


Team broker Amat sayang walaun

Mungkin mereka anggap kegilaan walaun ini sifat yang romantis😂😂😂😂




RAJA MEREPEK

 



RPK = meRePeK.


Mungkin betul kata orang yang RPK ni dah dibayar. Sebab duit dah ambik, kerja kena buat. Itu yang benda mengarut pun dia kena post juga.


Dah banyak kali dah kata SD tak laku zaman sekarang ni. Sokongan mesti melalui ketua parti atau gabungan parti. Tapi si RPK ni tak percaya juga.


Tapi baguslah ada posting yang macam ni. Dapatlah tunjukkan rendahnya tahap mentaliti walaun. Sampai benda kartun macam ni pun walaun percaya malah jadikan hujah. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SINETRON MIMPI JATUHKAN KERAJAAN…


Selain bagaimana memperolehi jumlah sokongan yang mencukupi yang menjadi persoalan di sebalik keghairahan blok pembangkang mahu menjatuhkan kerajaan, perkara lain yang menjadi tanda tanya besar ialah siapa calon Perdana Menteri yang mereka ingin tonjolkan?


Adakah Mahiaddin Md Yasin sekali lagi mahu dijadikan Perdana Menteri?


Atau kali ini Hamzah Zainuddin yang kini Ketua Pembangkang pula yang akan dinamakan?


Mungkinkah Ahmad Samsuri Mokhtar daripada Pas yang baru-baru menang sebagai Ahli Parlimen Kemaman akan diletakkan sebagai calon baru?


Mungkin jugakah Hishammuddin Hussein atau Mohamad Hasan daripada UMNO?


Tidak mustahilkah Fadilah Yusof daripada GPS yang sekarang merupakan Timbalan Perdana Menteri akan dijadikan pilihan?


Yang pasti, di sebalik yang ghairah mahu dijatuhkan hanya seorang bernama Anwar Ibrahim, namun calon penggantinya bukan satu, bukan dua tetapi lebih daripada tiga.


Kalaulah Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup, tentu terdengar jeritannya – berapa banyak calon daaa….


Di sini saja sudah menampakkan betapa blok pembangkang tidak sepakat dan tidak bersatu hati.


Mereka tidak mampu menamakan satu calon yang muktamad untuk ditonjolkan sebagai Perdana Menteri untuk mengganti Anwar Ibrahim yang kononnya sudah cukup jumlah mahu diganti.


Dalam hal ini, sudahlah kemungkinan blok pembangkang mampu memperolehi jumlah sokongan yang mencukupi amat diragui, ketidakmampuan mereka menamakan calon yang satu bagi kerusi Perdana Menteri juga menambahkan lagi kemustahilan mimpi boleh bertukar menjadi realiti.


Maka, teruslah bermimpi dengan pelbagai angka lagi – daripada 112, kemudian 120 dan terbaru kononnya sudah naik kepada 129 – selama empat tahun lagi.


Akhirnya, hakikat yang perlu dihadapi untuk kemungkinan menukar kerajaan hanyalah melalui PRU16.


Cuma, jika takut terus diganggu mimpi yang ngeri selepas ini – maklumlah empat tahun perlu bermimpi ala sebuah sinetron – eloklah sebelum tidur bukan saja basuh kaki, tetapi juga basuh kepala sekali.


Selamat bermimpi dan elakkanlah tidur di siang hari kerana mimpi di siang hari selalunya lebih mengerikan lagi. (ShahbudinHusin 06/01/2023)


https://shahbudindotcom.net/2024/01/06/mimpi-panjang-untuk-jatuhkan-kerajaan.html



SEMBANG KEMAIN...KATA NAK BUAT STADIUM MACAM JDT- DIA SERANG TMJ BAGAI ..KUTUK KEMAIN. APA SUDAH JADI KEDAH ? KIOK....KAH..KAH..KAH


Mat Man.


 Pemain bola sepak pon x bayar gaji?, mereka nak makan apa, dah 5 bulan gaji x bayor. Mana presiden KFA?. cakap macam hebat sangat, kerja satu habuk pon x der. Yang dia tahu melalak tengah malam buta ber tiktok dengan anak dara.