WARTAWAN HARAKAH CEROBOH KEDIAMAN MB DITAHAN.



MUKA SEKOQ SWKOQ MACAM KENA PENYAKIT

Dekat fb kemain cakap besar dan berdegak², bila kantoi ceroboh rumah MB Selangor muka kau terus brubah macam muka ayam berak kapur šŸ¤£šŸ¤£

#PencerobohRumahMBselangor




 Naahhh. Salinan laporan polis kes wartawan Harakah menceroboh kediaman rasmi Menteri Besar Selangor. Yang jadi tanda tanya, apa yang dia nak sangat masuk ke kediaman rasmi MBS tu walaupun tak dibenarkan?


Mula-mula nak main terjah je tapi tak lepas. Kemudian boleh dia menyorok di tempat duduk belakang sebuah kereta Waja. Kereta siapa tu? Kereta tu dibenarkan masuk atas alasan mesyuarat.


Siapakah orang itu yang bermesyuarat dengan MB tapi sanggup sekongkol seludup wartawan Harakah masuk ke Kediaman Rasmi MBS tanpa kebenaran? Pegawai kerajaan negeri ke? Ini yang membimbangkan.


Untuk rekod, wartawan Harakah memang diketahui aktif memfitnah. Dari isu kutip sampah hinggalah yang terbaharu isu tanah Kg. Setia Jaya. Mereka reka fitnah atau putar belit cerita untuk memburukkan kerajaan.


Jadi bila mereka mahu menceroboh rumah MBS ni, aku jangka ada fitnah yang sedang mereka rancang. Mujurlah usaha mereka kali ini tak berjaya. Tapi tak mustahil mereka akan cuba lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


_____________Transkrip Laporan Polis____________


PADA 05/01/2024 JAM LEBIH KURANG 1710 HRS (5.10 pm) SEMASA SAYA BERTUGAS SEBAGAI PENYELIA KEDIAMAN DI KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR, TELAH TERIMA PANGGILAN ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI PONDOK POS PENGAWAL IAITU LK 191656 ARIF. DALAM PANGGILAN TERSEBUT BELIAU MEMAKLUMKAN KEHADIRAN 1/LM (seorang lelaki Melayu) MEWAKILI WARTAWAN HARAKAH UNTUK MEMASUKI KEDIAMAN TANPA JEMPUTAN DAN TUJUAN. SAYA MEMAKLUMKAN KEPADA ANGGOTA SENTRI KEDIAMAN MENTERI BESAR TIADA JEMPUTAN DAN KEBENARAN UNTUK MEMASUKI KEDIAMAN, SELANG 10 MIN TELAH DATANG 1 KENDERAAn JENIS PROTON WAJA NO PENDAFTARAN JHA 1023 YANG DINAIKI OLEH 2/L/M (2 lelaki Melayu) BAGI TUJUAN MESYUARAT, KEMUDIAN LK 191656 ARIF BERSAMA IK 183263 MAWARDI TELAH MEMBUAT PEMERIKSAAN KE ATAS KENDERAAN TERSEBUT DI KAWASAN PARKING KEDIAMAN DAN DIDAPATI TERDAPAT SEORANG LELAKI YANG TELAH BERSEMBUNYI DI TEMPAT DUDUK BELAKANG DAN LELAKI TERSEBUT IALAH WARTAWAN HARAKAH YANG TELAH DIHALANG MASUK SEBENTAR TADI, KEMUDIAN LK 191656 ARIF TELAH MEMBAWA 3 LELAKI TERSEBUT UNTUK MEMBUAT PEMERIKSAAN DI HADAPAN POS PENGAWAL POLIS. ATAS NASIHAT SETiAUSAHA POLiTIK KEPADA YAB DATO MENTERI BESAR SELANGOR EN. SAIFUDDIN MEMINTA SAYA MEMBUAT LAPORAN POLIS DI ATAS KESALAHAN MENCEROBOH KEDIAMAN MENTERI BESAR SELANGOR DAN UNTUK TINDAKAN PIHAK POLIS SEKIAN LAPORAN SAYA.


.