SEMBANG BAB KENA TAHAN LOKAP....BARU LOKAP...


 

BERAPA EKOQ JA ADA....


 

PEMBOHONG KUAT


 

HUTANG PUN BAYAQ TAK HABIH LAGI... FITNAH NO WAHID


 

KITA TAK TAKUT KUASA DUNIA. ADA CARA PERIMBANGAN KUASA BESAR.


 

KATA TV NO 1 LAM NEGARA.. PATUT ORANG TAK TONTON.. WARTAWAN PUN BODO MACAM WALAUN.

 

Tengku Adam


Percaya lagi pada walaun pembangkang dan seangkatannya...sampai tv3 pun percaya....silap² wartawan tv3 pun walaun guys bukan nk siasat dulu.




MASA DIA ADA KUASA. DIA KHIANAT NEGERI DIA SENDIRI. TAPI MAAIH LAGI DITERIMA.

 


Masa jadi kerajaan 33 bulan, dia jawab Kelantan tak layak dapat royalti minyak, bila jadi pembangkang dia kata royalti minyak hak Kelantan.... Kena tipu sokmo penyokongnya.




DIN COPONG BIJAK DALAM BERPOLITIK.





 Padahal bertahun-tahun dah Kelantan ni PAS pegang, tapi duk kena abai je dengan Kerajaan Persekutuan. 



Sampaikan waktu PN jadi kerajaan persekutuan dulu pun takde apa yang Kerajaan Negeri dapat. Walhal PAS pun ada sekali dalam kerajaan masa tu.


Ending dia hari ni orang yang walaun duk hina ni lah yang hulur tangan nak bantu Kelantan. Kalau tak sedar lagi tak tau lah. 🤣



KALAU AKU IKUT JA CARA MAHATHIR. SEBAB AKHIR AMBIK JUGA JADI PENASIHAT..







 Kalau aku, memang aku tak mampu nak buat macam yang DS Anwar buat ni. Kelantan tu 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝗸! Tak takat mencerca, bahkan agen penyebar fitnah terhadap DS Anwar.


Bukan di Kelantan je, malahan walaun Kelantan yang berada di negeri diperintah PH pun sama busuk hati mereka. Tapi tetap DS Anwar balas 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗯𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗶.


Sebab dalam soal 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁, DS Anwar tak kira soal politik. Berbeza dengan Mahathir yang dendam politiknya 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Hanya Allah ﷻ mampu membalas kebaikan DS Anwar. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



HUKUM UNDANG-UNDANG DAN HUKUM POLITIK



Berikutan tidak memberi jawapan mengikut kehendak soalan, Bersatu memutuskan untuk menghantar notis kekosongan kerusi yang kini disandang enam Ahli Parlimen parti itu yang beralih arah menyokong kerajaan perpaduan kepada Speaker Parlimen, Johari Abdul.


Notis dijangka dihantar sebelum bermulanya sidang Parlimen pada 24 Jun depan.


Notis berkenaan adalah sebagai pemakluman bahawa enam kerusi tersebut adalah kosong selepas keahlian mereka dianggap terhenti secara automatik kerana tidak akur dengan ketetapan parti untuk tidak menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.


Tetapi, keputusan akhir adalah di tangan Speaker untuk memutuskan sama ada enam kawasan berkenaan benar-benar kosong atau sebaliknya.


Berdasarkan pindaan perlembagaan Bersatu yang telah diluluskan RoS atau Jabatan Pendaftar Pertubuhan baru-baru ini, bersekali dengan akta anti lompat parti yabg sedang berkuatkuasa, seseorang yang tidak akur dengan keputusan parti akan membawa kepada keahliannya terhenti, seterusnya kerusi Parlimen yang disandang perlu dikosongkan.


Peruntukan perlembagaan seperti itu bukan saja ada dalam Bersatu, tetapi terdapat juga dalam UMNO dan DAP.


Dengan yang demikian, jika mengikut hukum undang-undang, enam kerusi berkenaan memang wajib dikosongkan dan perlu diadakan pilihan raya kecil semula bagi mewujudkan iklim politik yang bersih dan harmoni dalam sebuah negara berjenama madani.


Maka itu, Speaker sepatutnya tidak ada pilihan lain bila mendapat notis daripada Bersatu melainkan mengisytiharkan enam kawasan tersebut telah berlaku kekosongan yang nyata.


Namun, sebagaimana biasa berlaku dalam sistem negara berasaskan demokrasi, walaupun banyak akta dan undang-undang dicipta, keputusan politik selalunya akan mengatasi keputusan undang-undang jika kepentingan politik dilihat lebih perlu diberi keutamaan.


Dalam hal berkaitan, meski Speaker Parlimen seharusnya bersikap berkecuali, adil dan bebas serta benar-benar berasaskan undang-undang dalam membuat keputusan, hendaklah disedari perlantikan Speaker itu sendiri dibuat oleh Perdana Menteri dan parti yang mengetuai kerajaan.


Dengan demikian, tidak dapat tidak, Speaker biasanya akan membuat keputusan yang memihak atau melindungi kedudukan kerajaan.


Dalam bahasa mudah, kalau kerajaan bertukar, Speaker pun turut hilang jawatan.


Sebab itu dalam kes enam Parlimen Bersatu itu, di sebalik harapan semua orang yang waras ialah kekosongan perlu diumumkan tanpa was-was untuk diadakan pilihan raya kecil semula, keputusan Speaker tidak mesti sebegitu adanya.


Speaker mungkin membuat keputusan yang berlainan daripada apa yang kita semua harapkan.


Kalau mengikut undang-undang, disertai pula jika Perdana Menteri sedia untuk berdepan pilihan raya kecil semula – senang cerita – tidaklah sukar untuk Speaker membuat keputusannya.


Jika sebaliknya, tunggu sajalah nanti, macam-macam alasan akan kita dengar mengenainya.


Cuma jangan lupa, jika notis pemakluman Bersatu mengenai kekosongan kerusi itu ditolak Speaker, ia bermakna tidak menjadi kesalahan juga buat Ahli Parlimen UMNO dan DAP ( jika ada) untuk mereka mengumumkan tidak lagi menyokong Anwar dan kerajaan perpaduan, meski kedua-dua parti itu adalah sebahagian daripada kerajaan.


Apa bezanya Ahli Parlimen Bersatu yang berada dalam blok pembangkang, tapi memberi sokongan kepada Anwar dan kerajaan perpaduan dengan Ahli Parlimen UMNO atau DAP yang berada dalam kerajaan, namun tidak menyokong Perdana Menteri? – ShahbudinHusin 07Jun2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/06/07/hukum-undang-undang-dan-hukum-politik.html



Anak Hamzah Zainudin: Rasuah RM100k & Seleweng Minyak Masak Bersubsidi


Saiful Nizam




 Anak Hamzah Zainudin: Rasuah RM100k & Seleweng Minyak Masak Bersubsidi


✍️ Saiful Nizam


Anak kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Muhammad Faisal Hamzah, terlibat dalam dua kes mahkamah. 


Pada 5 Jun 2024, Muhammad Faisal Hamzah, 40, didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima rasuah sebanyak RM100,000. Tuduhan ini melibatkan usaha menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan tender daripada syarikat teknologi, Heitech Padu Berhad, pada tahun 2018. Faisal mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 


Sebelum ini, pada 5 April 2023, Faisal dan rakan sekerjanya, Azizul Abdul Halim, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak melebihi had dibenarkan. Kesalahan ini melibatkan pemberian maklumat palsu mengenai penjualan minyak masak kepada syarikat peruncit tempatan dan memiliki minyak masak melebihi 50 tan metrik. 


Kedua-dua kes ini menambah lagi senarai panjang skandal yang melibatkan ahli keluarga pemimpin politik PN. Sebelum ini, menantu kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Perdana Menteri Malaysia, terlibat dalam kes rasuah dan kini berada di luar negara kerana melarikan diri. Begitu juga dengan kes anak Menteri Besar Perlis yang juga menantu kepada Presiden PAS, yang menghadapi tuduhan yang serupa.


Perkara ini membangkitkan persoalan serius mengenai kredibiliti slogan "bersih dan stabil" yang sering dilaungkan oleh Perikatan Nasional. Walaupun PN mendakwa diri mereka sebagai parti yang berintegriti, realiti menunjukkan sebaliknya. Insiden-insiden ini mencemarkan reputasi parti dan menimbulkan keraguan terhadap kemampuan mereka untuk memimpin dengan bersih.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



KKM PERTIMBANG HASRAT INSENTIF LAHIRKAN RAMAI PAKAR GERIATRIK.




Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan pemberian insentif untuk menarik lebih ramai pelajar perubatan menceburi bidang geriatrik. 


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa kini hanya tiga hingga lapan pelajar perubatan sedang mengikuti pengajian geriatrik di universiti awam tempatan.


Malaysia sedang menuju ke arah transisi demografik, dengan jangkaan 15 peratus penduduk akan berumur lebih 65 tahun menjelang 2030. Pada masa ini, terdapat 33 pakar geriatrik di hospital kerajaan, 13 di hospital universiti, dan 14 di hospital swasta. Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.


Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan bilangan doktor dalam bidang geriatrik bagi memastikan kesediaan menghadapi peningkatan populasi warga emas di Malaysia.

.

#KKMprihatin #kamisediamembantu 

#malaysiamadani



Dari Sinar Harian, ke mana duit persaraan dihabiskan?


 

Dari Sinar Harian, ke mana duit persaraan dihabiskan? 


Saya ulas sedikit: 


1. Ubah suai rumah. 


Mungkin ianya 'life long dream' untuk memiliki rumah besar tetapi percayalah ramai menyesal mempunyai rumah besar di usia tua. 


Di Shah Alam saya perhatikan ramai menjual rumah banglo mereka dan berpindah ke rumah lebih kecil kerana tinggal berdua sahaja. 


Rumah kecil lebih mudah untuk diselenggara dan jika anak-anak tiada tempat tidur semasa beberapa hari di Hari Raya, sewa sahaja homestay atau hotel. 


Kenapa perlu banyak bilik dan ruang besar yang tidak digunakan kecuali pada tiga hari dalam setahun? 


2. Belanja kenduri kahwin anak


Seorang rakan saya membelanjakan lebih RM100k untuk perkahwinan anak beliau. Malangnya selepas setahun berkahwin anaknya bercerai dengan isteri. 


Buatlah majlis walimah yang sederhana dan tidak membebankan keluarga. 


3. Bayar hutang


Hutang perlu dilangsaikan sebelum bersara. 


Jangan bersara jika anda mempunyai hutang lagi. Titik. 


4. Biayai kos perubatan


Kos perubatan di Hospital Kerajaan sangatlah murah tetapi Hospital Swasta memberi lebih keselesaan dengan tidak perlu menunggu lama. 


Insuran perubatan takaful banyak membantu mengurangkan kos perubatan selepas bersara jika anda memilih keselesaan. 


Jangan lupa ambil insuran perubatan takaful semasa zaman bekerja. 


Saya dan famili mengambil imsuran perubatan BSN Prudential semenjak 20 tahun lalu. 


5. Terlibat pelaburan tidak sah. 


Ramai terkena scam dan lesap duit simpanan selepas bersara. 


Hakikatnya, 'don't think big' selepas bersara dan cuba untuk 'buat' duit tambahan dari simpanan sedia ada, kecuali simpanan yang dijamin Kerajaan. 


Usahakan passive income semasa zaman bekerja agar duit pencen dan simpanan tidak berkurangan. 


Amma ba'du. 


Scroll balik dan baca banyak artikel saya mengenai 'Bersara dengan Bergaya'. 


Wallahua'llam. 


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: zainuddin omar.




KISAH TAK CUKUP JOMLAH.


Desa HM


 Tadi pak aji beli kuih kat gerai Kak Nab depan sekolah...


Kebetulan ada un pakai baju hijau ARC taman sebelah sdg belek2 kuih..


Pak aji beli kuih RM3.00.. tp sengaja bayar RM 2.00 kat kak Nab...


Kak Nab sound pak aji... "ehh.. ni baru 2 ringgit... tak cukop jumloh lagi ni Abg Aji".. kuat pulak dia sound aku kat perkataan 'tak cukop jumloh' tu...


Un tu jeling jer kat Kak Nab.. 


Jilaker tul Kak Nab.. bukan dia tak tau... hati un boleh hancur lebur dgn istilah tak cukop jumloh... 

saja jer dia nganjing... jahat tul.


Cili mulut tu kang...


🤣🤣🤣🤣

HARAP JANGAN BIARKAN. TOLONG BANTU MEREKA.

 

Cik Yannie



Saya merayu pada @AzminAli , @suffikamari , @hamzahzainudin_ , @FadhliShaari suapa bantulah mereka supaya tidak dizalimi oleh kerajaan kelantan.

Penduduk rumah setinggan Gua Musang mohon kerajaan negeri beri pampasan dan rumah baru sebelum rumah mereka di robohkan, 7 June 2024



HARAP PDRM SIASAT MAKLUK NI WUJUD DALAM NEGARA ATAU AKAUN FAKE LUAR NEGARA.

 




MB SUKA MUHONG


 

RUMAH PENDATANG YANG DUDUK


 

HIMPUNAN BISU PA PLAK..


 

KESIAN DIA NI...KKMART DIA BUAT PASAL...DIA MACAM TAK TAHU ISU MELAINKAN SERBU TEMBOK...MACAMANA KAU DAPAT PHd..


 



KEMANUSIAAN MENGATASI KAUM DAN AGAMA!



Video yang viral ini menujukkan seorang Mak Cik berketurunan India sedang menyuapkan makanan kepada seorang anak muda Melayu yang sakit. Kejadian berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.


 Mak Cik India ini dilaporkan asalnya datang melawat ahli keluarganya yang sakit di wad yang sama. Dia melihat anak muda Melayu ini memerlukan perhatian. Dan dengan sentuhan seorang Ibu, beliau menyuapkan makanan kepada anak muda ini. 


Alangkah indahnya scenario ni sebagai simbol kepada rakyat Malaysia berbagai kaum. Juga adegan kecil ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sifat kemanusiaan itu sangat tinggi dan ia merentasi kaum dan agama.

 Kemanusiaan juga adalah alat untuk mencapai perpaduan.



Video petikan Tik Tok




REHAT BILA PENAT.




 Terdengar kat radio berita pasal seorang Engineer dilaporkan hilang kemudian ditemui mati di dalam kereta.


Yang sedihnya Engineer tu dipercayai sudah meninggal 3-4 hari dalam kereta.


Berita ni sama je mcm kematian sorg kenalan aku. Dia ditemui mati di dalam kereta. Cerita dia sama je..dilaporkan hilang dan ditemui mati dlm kereta.


Sblm dia ditemui mati, aku penah call dia tanya pasal keje..lepas tu dia mengadu yg dia stress keje..nak kejar payment client pas tu bos plak micromanage slalu marah2..so mamat ni punya life mmg serabut la. Skali dapat berita mati dalam kereta.Lepas 1 bulan dia meninggal..tempat dia org lain ganti. 


Bayangkan kita kerja keras sampai mati tempat kita kat opis tu kejap je orang lain ganti..tp sapa nak ganti tempat kita dalam family. Kena plak ko sorg je yang keje.


As a reminder to myself and others, jaga diri jaga kesihatan..kalau penat atau sakit rehat dulu..keje boleh tggu..jangan keje sampai mati. 😁




TOLAK PAS..


Mohd Fairul Al Qasas


 Peringatan untuk diri sendiri dan  mereka yang mahu berfikir serta takut kepada Allah SWT...tolak walaun & untit KHAWARIJ yang perasan depa dah kompom ahli syorga sehinggakan hari-hari buat dosa QAZAF pun depa tak rasa apa-apa.



HANG MAKI ORANG BUAT APA..

 



Ada orang Whatsapp aku si Suffi Kamari ni membebel. Tersembur ayaq teh aku. Harey.


Bak kata Ahmad Nisfu, apa yang kau merepek ni shaitan?


Dia kononnya teraniaya kena siasat dengan polis sebab content dia kes pelajar tahfiz datang konsert Kepci.


Dia kata dia mengkritik tindakan PMX ada di majlis yang sama.


Oi, tu bukan kritik, tu maki. 


Hang twit maki hamun PMX yang cuma jadi jemputan di majlis tu. Takkan la PMX yang nak tentukan siapa dijemput, siapa yang buat persembahan.


Lain la kalau konsert anjuran parti politik macam PN masa PRN Johor dulu. Siap ada perempuan seksi buat persembahan.


Pastu twit hang tu punya elok bahasa. Memang patut la disiasat. 


Zaman Madani ni, hang dulu pun pernah repot aku. Aku pun pernah kena panggil soal siasat. Benda tu biasalah proses siasatan.


Hujung-hujung video ayat si Suffi ni, 


"Mintak supaya bangkit dan bangunlah rakyat. Inilah masanya. 


Tak boleh biarkan kawan-kawan. Perkara ini mesti, mesti buat sesuatu.


Menteri mesti bertindak! Mesti mesti bercakap! 


Jangan bohong! Jangan berdiam diri! Mesti bertindak sekarang jugak."


War cry daripada Suffi Kamari siot. Fuh!


Hampa rasa meremang bulu roma dak? 😆


Tapi apa yang dia cakap ni macam takdak point jelas. Bersepah-sepah.


Dah tiber nak suruh Menteri bertindak. Bertindak apanya?


Haihla Suffi. Kelakar la awaa.


*Video di komen



WALAUN TIDOQ DI PANGKAL POKOK GETAH.


 

UPSEREYNAPETEY

 

W. Faudzin


Aku harap chegu musibat tu jangan putus asa untuk buat demontrasi bodo lagi ye...tak ramai tak penting tapi yang penting nampak bahawa ekau masih wujud lagi untuk cari mentekedarah...