KKM PERTIMBANG HASRAT INSENTIF LAHIRKAN RAMAI PAKAR GERIATRIK.




Kementerian Kesihatan Malaysia mempertimbangkan pemberian insentif untuk menarik lebih ramai pelajar perubatan menceburi bidang geriatrik. 


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, menyatakan bahawa kini hanya tiga hingga lapan pelajar perubatan sedang mengikuti pengajian geriatrik di universiti awam tempatan.


Malaysia sedang menuju ke arah transisi demografik, dengan jangkaan 15 peratus penduduk akan berumur lebih 65 tahun menjelang 2030. Pada masa ini, terdapat 33 pakar geriatrik di hospital kerajaan, 13 di hospital universiti, dan 14 di hospital swasta. Jumlah ini tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.


Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan bilangan doktor dalam bidang geriatrik bagi memastikan kesediaan menghadapi peningkatan populasi warga emas di Malaysia.

.

#KKMprihatin #kamisediamembantu 

#malaysiamadani