Video yang viral ini menujukkan seorang Mak Cik berketurunan India sedang menyuapkan makanan kepada seorang anak muda Melayu yang sakit. Kejadian berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Mak Cik India ini dilaporkan asalnya datang melawat ahli keluarganya yang sakit di wad yang sama. Dia melihat anak muda Melayu ini memerlukan perhatian. Dan dengan sentuhan seorang Ibu, beliau menyuapkan makanan kepada anak muda ini.
Alangkah indahnya scenario ni sebagai simbol kepada rakyat Malaysia berbagai kaum. Juga adegan kecil ini memberi pengajaran kepada kita bahawa sifat kemanusiaan itu sangat tinggi dan ia merentasi kaum dan agama.
Kemanusiaan juga adalah alat untuk mencapai perpaduan.
Video petikan Tik Tok